Monday, March 10, 2014

Moga dalam lindunganNya


1. Okay. Lately sudah banyak ilmu kapal terbang yang aku pelajari walaupon selama nih tak pernah amik tahu. Makin banyak aku baca, makin gila gelisah aku rasa pulak :"( Memang terkesan sangat dengan berita buruk pagi Sabtu lepas. 

Too heartbreaking. Ya Allah Maha Berkuasa selamatkan lah. Sekarang kebergantungan kita hanyalah pada Allah semata mata. Untuk berita gembira.

2. Weekend tu jugak takde selera aku nak keluar berfoya foya. Nak masak apatah lagi. Hahahah alasaannn lettew. Untuk lupakan seketika emosi kacau pagi tu, ( sebenarnya harapan sangat tinggi dapat dijumpai di mana mana, tak kisah lah atas air ke darat ke janji semua okay sebab masa tu tak sampai 24jam lagi ) kitaorang pegi makan dan terus balik rumah. Sehari suntuk menghadap Awani, pastuh kejap kejap tukar CNN pastuh Awani balik. Sampai lah waktu tido. Tido pon dah tak berapa nak best.



3. Nak makan pon tak senang hati. Sambil makan sambil godek phone carik news. Ni yong tau foo sup dekat Berjaya, Bangsar. Okay tak dinafikan memang sedaaaappp gell! Minggu lepas aku demam teruk sampai tak buleh makan berat berat sebab sakit tekak. Memang banyak makan yang simple aje. Bila tengok yong taufoo terus berselera. Cicah sikit sikit dengan cili kicap. Kitaorang tapau juga curry mee dia untuk dinner sebab memang dah berkira kira kalau balik rumah memang sah tak keluar dah malam karang.

4. Esok aku nak balik Penang. Husband kena ke NL lagi sebab keje dia sekarang tetiba banyak di sana. Susah susah kita duduk sana aje lah kejap, aku bagitau dia satu hari tu. Hahahah. Muluttttt..masin kang tak pasal kau kena angkut duduk betul betul. Padan muka.

Tapi jauh dalam hati, kitaorang tak berniat pon nak pegi pindah mana mana melainkan tak buleh dielakkan atas urusan kerja dia. Paling kurang pon biarlah ada baby (s) dulu kan. Tapi yer lah, kita hanya merancang.. Aku pon tak tahu apa yang dah diaturkan untuk hidup aku. Okay sebak sekarang T__T

Elok jugak aku balik penang. Lagipun..Aku kan jenis penakut duduk sensorang lama lama, paling kuat tiga hari aku berani la, kalau lebih dari tu memang aku cabut balik kampung. Hahahaha.

Sebab kepala otak aku ni suka berfikir macam macam, nak nak lagi bila malam.. time tu jugak dia dok melilau teringat cita hantu yang aku pernah tengok :'( suka naya kan diri sendiri. Tapi kali ni seminggu aje dia pegi, lepas tu kiter sambung jalan jalan carik makan kat penang. Okay lettew :D

5. Pertama kali dalam hati rasa tak berapa nak tenteram menanti esok. Dah dua tiga malam aku dok fikir pasal ni. 


Berdoa agar semua pihak dapat melakukan yang terbaik dalam waktu sukar begini. 

Never give up. 


Kerana aku juga ingin terbang.