Thursday, October 29, 2015

Travel far enough, you meet yourself

 
Goedemorgen! Gemorning! Selamat pagi duhai cinta! Posing silang kaki pepagi buta kat mampu? LOL *muntah*
 
 
Halo! Selamat mendarat di Netherlands pagi kelmarin setelah hampir 14jam perjalanan. Laaaamanya tak datang sini, semuanya masih sama seperti dulu. Kenangan sangat mentusuk jiwa. Dan, tentu tentu lah yang terpenting sekali, belanja satu pose-epot dulu sebelum keluar. Jagan keji please. HAHAHA. 
 
 
Pegi reload OV card habuan senang nak melilau, lagipon encik suami dah nak masuk office nanti. Barulah panjang sedikit langkah ku.
 
 
Sebab semalam terlampau letih dan mengantuk, sempat pegi lunch merangkap dinner aje, dapat masuk hotel pukul 9 pagi tu dah dikira sangat lah bertuah dan bersyukur. Dengan cuacanye yang berangin dan sejuk sampai bergetar tulang rusuk (ececeh) memang tak sanggup lah nak jenjalan jauh lagi, walalupon masa nak pegi makan dah 'terserempak' dengan Primark omaigod. HEHEHE.
 
Jangan risau, minggu depan kita akan pindah lagi dekat dengan kekasih itu, buka tingkap pon dah buleh lelambai tangan. Eek!
 
 
Okay lah saya pening pening lagi. Nanti sambung. Doei!!

Thursday, October 22, 2015

Autumn 2015

 
 
Halo rumah lama. Tak zaaabarrnyaaa nak jumpa awak semula. HEHEHE! *kuisbahusuami*
 


Friday, October 9, 2015

Welcome to reality

 
 
Kegemaran terkini adelah mengumpul mug 'You Are Here' yang comel sangat. Kenapa lah dari dulu aku tak berkenan? 
 
 
Selamat kembali ke pangkuan rumah manis rumah.
 
 
Ohai! 
 
Bila emak di sisi, boleh lah bergolek golek sana sini, TAPI bila kembali ke rumahtangga sendiri, pepagi buta dah terpaksa bangun seperti isteri isteri kebanyakkan dan sediakan sarapan apa yang patut, membasuh baju di tepian kali, mencari kayu api di hutan, kau dah kenapa? HAHA.
 
Berminggu lamanya ku mengemas rumah yang dah serupa kapal yang hampir pecah itu omaigod. Ya Allah, kehidupan sangat mencabar sejak pulang dahulu. Hampir dua bulan dilanda demam dan batuk batuk, berbakul bakul ubat sampai dua kali menghadap antibiotics sumpah tak best langsung rasanya.
 
Sekarang baru lah ku buleh menghela nafas lega dan merasa sedikit bahagia, SO bila nak jenjalan lagi ni? HAHAHA. Tolong. Tolong lah jangan keji. 
 
Florida juga antara kenangan terindah yang penuh magis (gitu..) sewaktu kitaorang di America. Sebenarnya percutian ke sana tidaklah dirancang bersungguh sungguh,  selepas berhari raya seminggu dan segala shipments dah dihantar pulang, baru lah kami sepakat untuk pegi ke sunshine state itu. Lagipon, setakat Orlando itu ape lah sangat kan, tiga jam sahaja dari Houston dengan menaiki si kacak berhidung biru. 
 
 
Maka gigihlah daku mengheret beg apa yang patut demi hollymoon untuk sekian kalinya. Pepagi buta seawal 9 pagi dah terpacak di Hobby.W yang lebih kurang KL nak ke KLIA sahaja jauhnya.
 
Walaupon sedikit hujan di pagi hari, tapi sesampainya kami di sana, cuaca sangat lah cantik dengan langit biru memanggil namaku, terus mokcik fefeeling nak ajak suami ke Miami pulak, amboii HAHAHA padahal Orlando pon baru jejak 15 minit aje masa tu. Hovverr kan.
 
Perjalanan ke sana hanyalah mengambil masa 3 jam sahaja, dan sewaktu pulang ke Houston, kami transit di Alabama yang sangat cantik. https://instagram.com/p/5wuxYmGtnI8yqlt5l-TS0MOUSb2ZTzfpfktJQ0/
 
 
Perkara utama yang perlu dibuat sesampai aje di Orlando epot, sila lah jangan lupa berselfie dengan si pinky ni tau. Tak beli pon, jenguk jenguk dan terkesima aje dengan kecomelan nye. Lepas sampai hotel, terus rasa menyesal sebab terkenang kenang akan blusher yang best tu pulak. Orang lah cakap best, daku tak penah guna pon HAHA
 
 
It's not where you are in life, but who you have by your side that matters..
 
 
Esoknya seharian kami ke Magical Kingdom, bersuka ria dan berjalan seharian lebih kurang 16km dari pagi sampai ke malam. Hambik kau. Sampai ke hari ini, masih ada kesan luka di kedua dua tapak kaki ku itu, dua kali bertukar kasut masa di sana. Tapi jenjalan punya pasal, I is rela uolss.. HAHAHA.
 
Kali ni jugak kitaorang main habis habisan segala mak nenek rides yang ada, antara yang terbest dan patut naik adelah seven dwarfs train yang macam nak tercabut jantung tahap nak menangis muntah hijau tak tipu. 
 
Yang lain lainnya sempat kitaorang cuba adelah, tomorrowland transit, walt disney railroad, magic carpets, flying elephant, haunted mansion, splash mountain, jungle cruise dan bersiar siar sekitar Cinderella chateau. Masih ada lagi yang tak sempat kitoarang pegi sebab masa tu dah terlampau sakit kaki dan letih, jadik lepas tengok fireworks terus kitaorang ambik cab dan pulang ke hotel. Rasa dah gile rabak atas bawah masa ni. LOL
 
Memang dah tak kuasa nak tunggu shuttle datang. Lagipon memasing dah kebulur lapar nasik, sebab kitaorang makan seafood dan pasta aje.
 
Makanan pertama sesampai kitoarang dari Houston hari tu, mestilah nasi beriani kambing dan kebab.  Dasar pemakan nasi yang tegar, tak dapat nasik sehari mesti tak bermaya kehidupan ku. Pendek kata, memang tak payah nak risau pasal makanan langsung sepanjang di sini.
 
Di samping itu, kedai menjual souvenir pon banyak. Sempat lah ku sambar ape yang patut juga untuk dibawa pulang.
 


Fairfield Inn and Suites by Marriott. Sepanjang di Orlando, inilah rumah comel kitaorang. Bilik yang luas beserta ruang tamu, katil yang besar dan sangat selesa. Kalau di U.S ni memang jarang sangat dapat hotel dengan bilik yang besaq gedabak macam di Malaysia. Terletak di Downtown Disney dan berdekatan dengan Disney parks dan shopping outlet, lebih kurang 10-15minit sahaja.
 
Mereka juga menyediakan breakfast percuma ( banyaklah jugak pilihan buah buahan, breakfast cereals, telor, roti, muffin dan juice, cuma tak ada lah nasik lemak sambal tumis sotong pedas lol kau jangan nak macam macam yer )  dan juga shuttle, jadi memang berbaloi sangat lah tinggal di sini. Kedai makan halal  hanya lah beberapa langkah aje dari hotel. Kalau rajin, nak ke seberang jalan pon banyak restoren lagi.
 
Tetapi sepanjang di sana, kami gunakan Uber untuk jenjalan, sebab kalau naik shuttle yang mereka sediakan memang terpaksalah terikat dengan waktu waktu tertentu. Jadik untuk ketenangan fikiran memasing, baiklah gunakan Uber sahaja, tak lah mahal mana pon. Tak payah juga nak terkejar kejar bangun awal risau tak sempat nak minum ke apa, sebab takut terlepas.
 
Lagipon, daku kalau menghadap cermin nak melilit shawl pon mahu setengah jam, belum lagi keluar masuk toilet, kau rasa?? HAHA
 
 
Kalau berpeluang, semestinya nak lagi ke sana mengecap nikmat cinta berdua ececeh macam banyak sangat ke duit tuuuuu? *goncang tabung krikk krikkk kriikkkk*
 
 
 
Sejak menjak menggunakan cik-pot ini, makin teruja pulak memasak. Walaupon hanyalah nasi tomato, rendang pedas ayam dan acar timun acah acah aje, tapi itu lah kan.. kesedapan makan di pinggan dambaan kalbu ini lain benar rasanya. Nak nak lagi kalau dimasak julung kalinya oleh cik puan besaq. HAHAHA.
 
Sekarang ini kami di dalam fasa yang bersungguh sungguh mengurangkan junk-food katanya.. ( but I don't really eat much junk kot? HEHE ) maklumlah projek besar menanti di tahun hadapan. Maka, terkedek kedek jugak lah nak mencarik kembali folic acid dan pre-natal vits ape yang patut. Serious nampak? Kau jangan beriya seminggu dua aje Sash. Ya Allah kuatkan lah hatiku ini.
 
Dan yang terpenting sekali, daku dah pon bersedia dengan backup-plan jugak. Mampu?  MuaHAHAHAHA.
 
 
Nah. Belanja satu lagi video kenangan waktu sampai di kota NY dulu https://instagram.com/p/3Pyn7NmtoS_IViaFX-8RXMMKpbatfjNhyBOKQ0/
 
 
Baiklah. Minggu hadapan nak melawat ibubapa. Rindu.