Thursday, June 28, 2012

Wednesday, June 27, 2012

Sawadee ka ececeh!


Laa baru hari Rabu rupenye. Apesal lambat pulak rasa. Oh patut lah, sebab dah tiga hari berturut turut aku kena memasak dan mengemas rumahtangga. Semalam lepas Maghrib aje dah tersadai, padahal kemarin aku masak sambal tumis telor, pastuh grilled chicken dengan potato aje. Senang keje sangat, sebab kemarin sibuk mengemas our third room yang konon kononnye nak dijadikan mini library, so bila mood membaca datang masing masing kena masuk bilik tu aje. Hahahahaa. Disiplin tu disiplin. Tengok lah lama mana  nak bertahan.

Bila tengok bini dah tersadai macam baru lepas balik dari ladang, The Other Half cakap, 'hon, u must be very tired. Let's eat outside tmrw okay? No need to cook' Macam nak lompat aje aku dengar perkataan tak payah masak. Terus rasa sihat walafiat. Sejuk hati sepanjang zaman nokz. Ha ha ha. Tapi sebab dah janji dengan diri sendiri, paling koman pon aku nak masak jugak sampai Rabu, lepas tuh kitchen buleh ditutup sehingga diberitahu kelak lah jawabnye. Lagipon, Jumaat parents dah nak datang, so memang makan luar aje lah nanti. Senang kan hidup kalau macam nih selalu. Hahahahaaa.. Kalau dah pemalas, carik alasan aje lah nak mengelat kan..

So sebagai penutup perbuatan masak memasak untuk minggu ini, i pon masaklah tomyam kung sebagai lunch, dinner, supper dan breakfast untuk esok hari. Lunch makan dengan nasik, dinner makan dengan mee, supper hirup sup aje, breakfast cicah roti..okay lah tu kan. Ha ha ha

Foto cilok dari Instagram cik puan besaq

Tomyam paste nih BFF saya belikan masa dia balik kampung. Jauh kan kampung dia :) Untung lah aku dapat BFF pon orang jejauh macam nih. Dah lama nak try masak, paste dia sangat fresh, merah terserlah mak ngah.. dan yang paling penting halal. Cuma perlu tambah bahan mentah yang diingini, dan perkakas tomyam yang seangkatan dengannye. Dah cukup masam dan pedas jugak, tapi biaselah aku ini kuat pedas, kalau tak tambah cili padi tuh rasa macam tak cukup malatopsss pulak nanti.


Taaadaaaa.. Tom Yam Kung Campur. Senang, sedap dan sambil joget lagu Jessie J pun buleh siap macam takde ape hal langsung. Dalam Tom Yam Kung ini, i letak isi ayam banyak banyak, udang, sotong, crab meat, mushroom, carrot, baby corn dan tomato. Bahan bahan mentah adelah terpulang kepada selera tekak masing masing lah. Paling penting, ia adelah sangat masam dan pedas, sampai bila makan pun engkau akan kelihatan  macam tengah berperang. Baru puas hati, terasa masam pedas manis seafood bagai semua cukup macam gitu kan. Ayat macam mak mak orang lah pulak.

Ade extra daging ayam, kalau simpan lama lama pon dah tak fresh nanti, i pon buat goreng kunyit untuk The Other Half. Dia suka ratah cengitu. Memang sedap. Tak payah masuk rempah ape ape pon, tumeric dan garam aje, pastu biarkan selama 15-20mins sampai sebati dan goreng. Makan dengan nasik panas panas pon jadik kalau macam ni.


Pastuh bila dah kenyang kenyang begini, sang suami pulak bekerja dari rumah hari nih, buleh lah rehat rehatkan diri kejap, sembang sembang apa yang patut, contohnye seperti short getaway sebelum puasa ke nanti? Hahahahahaa.. Mari kita cuba naseb..

Till then ;)

-Sash-

Monday, June 25, 2012

Cycle kembali ke pangkal jalan..

Kembali sudah ke pangkal jalan akhirnye. Lama sunggoh tak masuk work station, periuk belanga suma dah  seakan akan nak beku sebab takde masa nak pegang langsung. Beberapa hari di kampung halaman dah lebih dari cukup untuk menjana kemalasan terlampau dalam diri ini, tahu tak. Tapi cepat cepat Istighfar takmo malas malas, sampai rumah rehat rehat ape yang patot, esok aje terus ajak the other half carik grocery. So aku takde lah rasa bersalah sangat kan kalau nak tido terbongkang lama lama nanti. 


Ekceli tak banyak pon stock makanan yang kitaorang beli, sebab hujung minggu nih aku nak terbang bebas di angkasa raya lagi.. Cakap dalam hati : kau nih keje ape sebenarnye sash? Hikhikhikkk Mengalahkan cabin crew pulak kheennnn sampai tak lekat rumah kot. Hobi tu hobi :))


Ape ni? Ape semua ni? Dad beli masa aku kat penang, hadiah harijadi sebab haritu tak sempat nak sambut sama sama :) Thank u dad sebab menjadikan saya kembali mudo remajo. Hahahahahaa. Buleh lah pakai pegi berfoya foya di Ho Chi Minh City kelak. Masa muda tak teringat nak pakai, dah tua cengini baru rasa bajet hot kalau pakai dengan jegging. Aalalalaaa tak buleh blah sangat. Abis tuh, takkan nak pakai dengan baju kurung di pagi Eid Ul Fitr pulak, eh engkau ni pon..

Iklan kejap tak semena mena..

Jadik, kami beli lah apa yang perlu untuk beberapa kerat hari aje. Untuk tidak menyebabkan rasa bersalah  (kali kedua) sebab dah lama tidak memasak untuk laki, maka aku dah bertekad, minggu nih adelah secara rasminye perbuatan memasak saban hari tanpa jemu. No makan makan luar. No tapau tapau. Sikit sikit buleh dipertimbangkan kot? Ha ha ha


Lepas menyental bilik air, mengemas laundry room, balcony dan melipat baju (Eeeee.. yang last tu paling tak buleh tahan, sebab bakal mengundang kemurungan kalau tengok baju banyak banyak) terus masak lunch cepat cepat. Sebab kalau dibiarkan lambat, karang energy level buleh menonong dan membawa kepada perbuatan tido dan bermain facebook seperti tiada masa depan. Takmau cengitu hokeh.

Hari nih menu kami adelah chicken thai green curry and stir fried veges sesame oil..


Adelah gabungan tenaga bok choy, baby carrot, mushroom dan  frozen crab meat. Ini tertakluk lah kepada stok yang ade dalam magic fridge itu. Bila dah hampir nak masak, baru curahkan manja manja sesame oil ke atas dia. 


Thai green curry ini buleh dimasak dengan daging jugak. Tapi selalunye i masak dengan ayam, tambahkan  eggplant sebagai penyeri suasana. Kali nih i masak tak pedas sangat macam kebiasaannye, sebab semalam rasa macam tak sedap tekak. Takut jugak kan, karang tak pasal pasal kena telan antibiotic lagi. Eh engkau jangan, banyak program sepanjang bulan nih sampai July.

Itu aje lah menu yang sempat dimasak hari nih, janji complete dan cukup berkhasiat.. kira okey lah tu kan.   Kejap lagi nak sambung kemas closet pulak. Pastuh kena tarik keluar bag baju sekali lagi lah nampak gayanye.. Ha ha ha ha

Tak sabar tunggu cycle baru, banyak benda menanti. Ini memang kena kejar laju laju sebab mahu jugak ambil keberkatan Syaaban dan Ramadan nanti :)) 


Kbye. Itu aje kali nih.


-Sash-

Friday, June 22, 2012

Sharing is caring


Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan. Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.

Assalammualaikum semua. Salam Jumaat buat semua saudara saudara Islam ku. Semoga kita sentiasa di dalam peliharaan dan kasih sayang Allah SWT.

Selawat serta salam buat Baginda Rasulullah SAW.

Para para sahabat serta keluarga Baginda Rasulullah SAW

Alhamdulillah. Hadirnya sekali lagi Syaaban di 1433H :)

Ihsan dari  © Jabatan Mufti Melaka 

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.



Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat . 
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.



"Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat  


Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Semoga amalan kita sentiasa diberkati Allah. Ameen.

Wednesday, June 20, 2012

Can't think of a catchy title

Assalammualaikum

Halo dahhlingg suma! Meh sini, cikgu nak bagi recipe lagi. Ececeh. Seperti biasa kalau mood tengah baik maka hati pon akan turut menjadi baik lalu mahu mengajar memasak lagi dan lagi, dengan tidak semena mena. Ekceli kalau mood tak berapa nak elok pon hati tetap bajet baik punye lah kalau cakap pasal makan. Ha ha ha. 

Ade kawan bertanya, belog engkau nih bercirikan apa sash? Kadang kadang tiap tiap hari asyik makaaan manjang, kadang kadang jalaaaan manjang. Baiklah, belog aku ini memang tak bercirikan apa apa buat masa sekarang, sebab aku memang layan entry apa sahaje. Santai hokey santai. Kalau esok esok nanti tak tahulah kan, mungkin akan bercirikan keibubapaan ke, atau ke-baby baby-an ke. Fitrah lah hati dan minda manusia kadang kadang berubah ubah :)) Tapi buat masa sekarang layan lah dulu apa yang haddooo..

Baik.

First time dalam sejarah perkahwinan, cik puan besaq baru nak belajar masak kari ikan. Orang utara cakap masak gulai. Sama aje, kalau jadi.... sedap lah kari engkau, kalau tak jadi... gasaklah curi curi buang ikut pintu belakang. Hahahaha

Recipe turun temurun keluarga. Arwah nenek memang pandai masak, recipe nih tak penah luput sampailah ke generasi kami. Harap harap dapatlah belajar banyak lagi dengan mom nanti. Memang banyak recipe dengan dia, cuma aku ajar pemalas tak buleh blah bila balik penang. Meraaayaaap aje kejenye.

Kari Ikan ala Penang terbaik punye. cheh cheh. kasi up sket.

*Bawang merah- 3ulas
*Bawang putih - 2 ulas
*Halba campur- 1 sudu
*Daun kari
Curry powder
Santan 1/2 kotak tambah sedikit air, jadikan satu cawan.
Cili hijau-2 biji
Cili padi-4 biji
Tomato- separuh biji, dihiris nipis. Masukkan dalam 3-4 hirisan sahaja.
Asam jawa paste, tambahkan sedikit air.

Bahan kisar
Bawang merah - 2 ulas
Bawang putih- 2 ulas

Curry paste
Bahan kisar+ Rempah kari+Cili hijau dipatahkan+Cili padi+Tomato dihiris nipis


Tumis bahan * dengan minyak panas hingga garing. Bila dah agak agak nak terbersin kelak, masukkan pula curry paste tadi. Masak hingga pecah minyak, kiranye konsep di sini mahukan curry paste tadi betul betul masak kalau tak nanti kari engkau akan berbau pahit rempah pulak. Nak masak, biar bersungguh jangan nak ngelat banyak. Tumis hingga pecah minyak seperti di atas :)

Masukkan santan, biarkan sekali mendidih dan masukkan ikan yang masing masing kepingin nak makan. Aku guna ikan kerapu kali nih. Nak kepala bapak ikan pon tak jadi masalah, buleh aje guna recipe yang sama. Lagi malaatopss periuk belanga uols nokzz

Lepas semua dah sebati, curahkan pulak air asam jawa. Kalau di penang, kari ikan selalunye akan rasa masam masam dan pedas. Baru kick hokek. Nak pulak esoknye bila dah panaskan balik, mahu satu rumah engkau berbau kari macam tak buleh blah sangat.. Hahahaaa


Bila dan agak agak nak masak ikan tuh, masukkan garam dan gula secukup rasa. Jangan dilupakan si cili hijau, bendi dan sedikit daun kari bagi memeriah dan mewangikan suasana..


Taadaaaaaaaaaa..siap! Sape cakap susah nak masak, kalau hati nak belajar semua menjadi senang. Nak pulak dah ade orang nak tolong ngajar kan. Contohnye macam sape? Jawah betul dapat hadiah. Heeee publisiti murahan nampak? Ha ha ha ha

Maka, adelah tidak lengkap kalau mahu menmakan kari ini semata mata, jadik mestilah di combokan juga dengan menu menu lain sebagai penambah rasa jiwa dan raga, tak gitu nokz. Sambal belacan ulam kacang botol, masak lemak labu manis dan ikan goreng panas panas.

Tahukan kamu, khususnye kepada para ttcian, makanan yang berkhaziat dan berprotein tinggi adelah penting untuk pembesaran ovum untuk menghadapi minggu ovulasi. Eh eh eh apesal tak semena mena nih? Keluarengkausekarang

Mentang mentang esok nak balik rumah jumpe laki kaaaaaaannnnn... hahahahahaaa















Nih pinggan cik puan besaq yang konon nak makan acah acah aje. Bertambah sampai dua kali setengah sape nak jawah pulak tu?



Selamat memasak dahhlingg ku semua!

Love
-Sash

Tuesday, June 19, 2012

Selamat petang menu sihat!


Menu penutup segala entry balik kampung. Bihun hailam campak campak. Bangun tido rasa lapar, selongkar fridge ibubapa, tengok suma buleh kawtim ajak mom buat semangkok bihun hailam nih. Kalau letak lagi banyak sayur lagi sedap, tapi ini aje yang haddoo, jadik lah kan dari tak dapat merasa langsung kalau dah balik Kl nanti.

Petang nih nak pegi carik tudung lagi, nak diangkut balik sana. Lagi banyak aku tengok si bawal tuh, lagi geram rasanye pulak. Selain dari tudung, mom jugak nak bekalkan frozen beef samosa, fruit cake, dan rempah ratus untuk dibuat memasak semasa bulan Ramadan nanti. Ini dah kira macam bekal pre ramadan aje kot. Sebabnye sebelum puasa memang kami akan balik sini lagi untuk sama sama memeriahkan suasana gitteww :))


Breakfast pagi tadik yang membawa kenyang dan tido berkali kali. Nasi lemak, daging masak kicap, sambal udang, telur dadar. Sempurna untuk si gemuk ini. Hahahahahahaa


Jumpa lagi Penang. Halo Kuala Lumpur. 


Hujung minggu depan langkah panjang lagi lah haku Yeahoooo :)))

Sunday, June 17, 2012

Faedah of the day

Best lah kalau kat penang lama lama, sebab dapat makan semua yang memenuhi selera. Takde satu pon yang tak suka, semuanya telan dengan gembira. Kalau di KL banyak sangat fast food ataupon kitaorang panggil microwave food, boring kan? Ha ha. Melainkan kalau mood aku tengah rajin nak masuk work station tiap tiap hari, dapatlah merasa makanan yang macam mom masak sebab bajet diri dah jadi terer. Tapi kebanyakkan hari nye memang aku memasak pon, kesian pulak The Other Half nanti kalau makan air tangan mamak Bestari tuh tiap tiap hari kan. Hahahahaa..

Faedah yang pertama


Nasi Dalca Pokok Ketapang, Bagan atau nama brutal dia ini nasi ganja. Mak aaih, nak menunggu pon jenuh jugak, 11 malam baru diaorang sibuk nak mengatur periuk belanga, 11.30 macam gitu lepas tunggu giliran dengan beratur bukan main panjang, baru lah dapat menghadap dengan senang hati. Kalau makan sini, i selalu ambik daging masak hitam, telor sotong kunyit, telur masin, kuah campur campur lagi pedas lagi baguih dan haruslah nasik kandaq ini diakhiri dengan cili hijau yang rangup dan malatopsss iteww..

Naseb baik dekat aje dengan rumah, kalau tak, mahu aku tido dalam kereta dulu lepas makan nasik nih. Sangat sedap, antara yang terbaik kena cuba kalau cheq semua mai Bagan hokek. Kalau nak tambah pahala disamping makanan sedap, jangan lupa ajak cik puan besaq sama :)

Faedah yang kedua


Ini pula lunch tengahari tadi. Semalam makan nasik kandaq, hari ini nasi biryani dalca pulak. Jangan lupa kalau ke George Town, cuba nasi biryani Hameediah nih. I makan dengan ayam kapitan, acar mentah, dalca sayur dan kuah campur banyak banyak lagi. Aku ini kalau makan mesti kena curah banyak kuah, kalau sikit macam tak cukup syarat lah pulak, tapi lain tekak lain selera lah kan. Pedas adelah keperluan utama. Naseb baik tonsils dah jarang mengkhianati diri ini. Patut lah engkau telan segala mak nenek.


Kalau balik kampung halaman dan tak men-makan di tepian pantai Queensbay makanan makanan sebegini adelah sesuatu yang sangat sia sia engkau tahu tidak. Supper tadi, sempat lah rasa manja manja aje, ikan bakar, kerang rebus cicah air asam dan tomyam campur. Dalam manja manja pon aku sapu licin dua pinggan nasik, dengan tomyam itu. Kalau bersungguh sungguh? Ha ha ha


Perempuan gemuk itu sedang bermain dengan kerang dan merasa diri dia terlalu comel. Eh macam aku aje. Omaigod.


Selamat malam semua. Mimpi yang indah!


-Sash-

Thursday, June 14, 2012

Recipe mee bandung penang, Wowwow!



Dapat lah rezeki beberapa helai shawl, mom beli tadik :) Aku ini senang memakai shawl berbanding tudung lycra dan sebagainye. Shawl pulak takdenye perlu brand yang mahal mahal belaka, asalkan cantik yang masjid india punye pon aku sapu jugak dengan penuh kesyukuran. Flexible lah, janji sedap mata memandang kira okay lah tu. Tahu tak, sekarang adelah trend tudung bawal dengan berenda bagai dan bercorak. Yang color purple dan berbiji bijian di tepi itu adelah bawal yang terkini lah. Lama tak pakai tudung bawal, kali terakhir masa di uni dulu. Tapi dulu kosong aje, bersulam pun sikit sikit. Gigih lah aku borong, masa dulu sangat murah, sehelai 8 hengget sajork. Semalam dapat lah sehalai purple color, yang lainnye shawl bercorak. Semuanya cotton, sangat selesa bila pakai. Sebelum balik KL ingat nak borong lagi satu batch bawal lah. Ini  untuk test market dulu sesuai ke tidak..Heh heh heh


Baiklah puan puan, kakak kakak semua. Nampak sangat pengkhususan belog aku sudah tidak berbaur hati muda remaja. Tak kisah lah, kalau ade unsur ilmiah sedikit pon sudah buleh jadik bahan nokz HAHAHAHA.

Hari ini i bermurah hati mahu mengajar kamu semua memasak lagi. Dah lama kita tak main masak masak kan. Maklumlah belog pon menjadi sedikit huru hara akibat perbuatan tuan belog yang banyak bermain dari memberi pengajaran.

Mood rindu laki dah berkurang sebab dapat makanan sedap hari ini. Ha ha. 

Dahhlingg semua, mari kita masak Mee Bandung ala penang. Suka tak suka tak?

Okay selamat bersalin, eh?  Bahan bahan wajibnye adelah..

-Mee. Dan nama pon mee bandung. Tak payah memandai nak tukar ke pasta pulak.
-Daging + tulang rusuk sebab isi dia lembut. - Direbus
-Udang- Direbus jugak.
-Tomato soup Kimball. Ini berkewajipan tinggi. Sila highlight.
-Cili kisar- 4 sudu makan,. Ikut lah keperluan kepedasan tekak masing masing. Tiada jaminan insurance di kala ini.
-Bawang putih- 3 ulas
-Bawang merah- 6ulas

*Sawi
*Taugeh
*Taukua digoreng sedikit. Hiris nipis
*Ubi - direbus. Hiris nipis.
*Green peas- satu botol


Untuk hiasan cantiks cantiks pulak

#Daun sup dan daun bawang
#Cili merah
#Telur rebus
#Bawang goreng
#Tomato
#Limau -tatau nama penuh dia ini. Yang bersaiz sederhana besar itu, bukan limau kasturi.

Okay sekarang mari i ajarkan cara memasak kuah dia yang sedap melatopss itu dulu. Tak, tak payah guna bahan letupan. Ha ha ha. Main banyak kan engkau. Kuah ini adelah elemen penting di dalam pembuatan mee bandung. Kalau kuah dia pon dah rasa huru hara, lupakanlah hajat nak jamu sang suami masing masing. Jadi, salin nota betul betul. Practise makes perfect..waah gittew.


Cara memasak kuah mee bandung penang

1. Kisar bawang merah + bawang putih.
2. Tumis bahan kisar bersama cili sampai garing.
3. Masukkan air rebusan daging ( bersama daging ) dan air rebusan udang ( bersama air kulit udang yang dikisar dan ditapis untuk menambahkan kenikmatan wow! Udang tak payah masuk ). Didihkan sebentar.
4. Masukkan pula tomato soup kesemuanya + garam+gula+ seasoning secukup rasa.
5. Masak hingga mendidih. Senang kan.

Cara memasak mee bandung macam mom

Selalunya mee bandung ini, mom akan masak untuk sorang demi sorang. Buleh jugak kalau nak buat banyak banyak sekali, cuma takut mee akan tercepat kembang lah pulak. Macam kitaorang nih tak ramai, kira untung laa buleh buat satu satu, kalau ade 7 orang nak makan, gasaklah engkau kat depan dapur tuh nokzz..

Bila dah mendidih macam ini barulah sedia untuk dihidangkan. Jangan masak lama lama sampai lecur segala gala pulak karang tak jadik aah.


1. Panaskan periuk. Jangan memandai mandai pegi letak minyak, tak payah.
2. Masukkan kuah yang dimasak tadi. Kalau nak lebih, campak lah lebih sikit, no hal lah jangan kekwat.
3.Masukkan ubi+udang+daging+sawi+taukua+taugeh+peas ( kalau terasa tamak, letak lah banyak banyak macam aku selalu buat bila mom menjadi sedikit alpa.. ha ha ha )
4. Masak mereka semua hingga sekali didih sahaja.
5. Hias cantik cantik hingga nak makan pon rasa terlebih sayang, pastuh masuk mulut kunyah dan telan. Kalau ini pon kau nak salin memang mintak penampar sangat lah masing masing kan. Hahahahaa


Taaadaaaaaaaaa... siap. Jemput makan dahhlinggss :))



Gigihkan i letak foto besaq gabak macam gitu. Hahahahahaha. 


Selamat memasak!


Love, 
-Cik Puan Besaq Sash 

Wednesday, June 13, 2012

Rindu-Ttc-Makan


Next stop kah? hahahahahaha Confirmed aku larik tak cukup tanah kena kejar dengan laki sendirik. Oh NYC, bila lah kita dapat bercanda di kota cintamu itu? Gigihkan cik puan besaq dok pegang timeout new york. Masa nih dekat books dept Harrods Knightsbridge, nak carik buku Zita West asalnye, ternampak buku pink itu terus menonong aku pegi mendapatkan kekasih dambaan hati. Memang angau tahap gila nak pegi gara gara kawan aku dah sampai, maka haruslah aku panas kaki tangan nak pegi jugak tak semena mena. Angau lah engkau sensorang, The Other Half dah cakap kalau nak pegi pon dia nak bawak anak anak jugak. Terus lah aku rasa macam nak terberanak malam tu jugak demi kota new york. Hahahahaha. Overrr letteww..


Rindu suami.

Hari ini The Other Half terpaksa meninggalkan saya terkontang kanting sendirian. Cheh cheh. Banyak cantik ayat engkau. Ha ha. Sangat sedih hokek. Bukan kena tinggal dekat dekat,  ini kena tinggal jauh jauh pulak tu. Berlainan benua lah kiranye. Malas nak sebut kelak nanti akan menambahkan rindu yang menggunung everest ini. Faktor kedua malas nak sebut adelah akan menyebabkan rasa kerugian pada diri sendiri kerana aku tak dapat ikut. Hahahaha, Kalau bukan sebab baru balik London minggu yang lepas lepas itu, mesti aku dah mengekor sama kan. Lalu aku menjadi tamak. Astagfirullah apa aku tengah buat nih.

Dan faktor faktor ekonomi jugak adelah turut serta :) Nak korek tabung pon dah tak rupa tabung sebab dah kering kontang kegersangan gitu. Ha ha. Bukannye dekat, jauh nak mampuih dengar harga flight ticket pon buleh rasa nak pingsan berkali kali.

The Other Half akan menjadi sangat busy sepanjang tahun ini sehinggalah 2015 untuk project terbaru mereka.  Nak keluar dinner dengan dia pon kena cari slot yang free awal seminggu dah macam mengalahkan pak menteri. Tapi aku dah biasa begitu, lumrah lah bersuamikan orang minyak. Eh apesal macam ngeri pulak sebut ayat cengitu kan. Memang selalu ditinggalkan, tapi macam selalu jugak aku mengekor habis habisan. Okay fine fine ,aku adelah addicted dengan dia ini, sehari tak tengok pon aku tak senang duduk.

Bee, i missed you a lot! 

Tapi walau macam mana pon kami dah siap plan kurang kurang pon untuk 3 bulan akan datang demi project kami berdua jugak, baby (s)-business lah apa lagi yang berkepentingan mengatasi segala gala gitew.

Insyaallah mudah mudahan dipermudahkan semuanya. Harap harap perancangan berjalan lancar tak tertunda lama lama. Sekali lagi, kita hanya merancang Allah jua yang Maha Mengetahui dan mempunyai perancaganNya yang sendiri. Sama sama doa yang baik baik okay :)


Mom masak lemak cili padi ketam tadi. I makan sikit aje sebab hati terkenang kenang sang suami. Aku ini kalau baru baru berjauhan mula lah drama air mata. Esok esok okay lah. Tambah tambah lagi  memang esok mom nak masak mee bandung udang oh wow!, memang bertambah okay lah aku jawabnye. Hahahahaa



nak tido sambil peluk baju suami lah.  sobsob!



lagu latarbelakang entry ini adelah : California King Bed, Rihanna.. hahahaha sesuatttuuu sangat kan engkau.



Tuesday, June 12, 2012

July 2012 Jeng je Jeng



Saya adelah sexcited hokek! :P





cakap dalam hati : Sabarlah Sabariaaaahhhhhhhhh hoih! 

Sunday, June 10, 2012

From pulau with love, gitteww

Assalammualaikum
Ohai!

Okay sekarang i berada di Penang. Eh macam best lah. Ape barang nak pegi obersee lama lama, Penang pon dari atas flight dah nampak macam new york city nokz. Hahahahaaa hep hep. Hambooi i bukan ape, asalkan balik kampung halaman, semangat patriotik ke atas tanah tumpah darah ini amatlah berkobar kobar jadiknye. Dulu ke sekarang ke, perasaan cinta adelah tetap sama hokey. Minggu depan balik rumah sendirik gasaklah aku sentap mencarik mood yang hilang kan..


Ape lagi, pulut durian lah kami hadap dulu sampai aje di rumah. Durian pulak dah siap kopak semuanye, kejap aje ngappp masuk molot. Kitaorang tak suka ratah durian macam gitu aje, kalau nak makan haruslah bersungguh hokeh. Ha ha ha. Mesti kena siap masak pulut lemak bagai, pastu kena ade santan pekat pekat sampai naik kolesterol melangit, pastuh gaulkan semuanya baru lah puas hati engkau makan.

Ekceli semalam kitaorang tak terus balik rumah pon, kita dinner kat Bee Chew dulu. Masing masing makan nasik goreng daging pedas dengan fishball soup. Pastuh aku rasa macam lapar lagi maklumlah jauh perjalanan, okay alasan manjangg kiter hadap hainan chicken chop dengan mee soup pulaks. Mak aaihh punye lah sedap terangkat habis sampai tak sempat cik puan besaq nak ambil gambar nokz. Tapi Bee Chew memang menjadi kecintaan ku selalu. Kalau sape sape perasan, setiap kali aku balik Penang nama Bee Chew nih pon tidak semena mena akan keluar dalam entry belog ini  :)

Kat Penang sehari dua asyik hujan aje, jadik tak terasa lagi panas teriknye sangat. Lagipon kitaorang di Butterworth kira suam suam kuku aje lah,  kalau kat seberang akan terasa kot bahang air lautnye bila siang hari kan. Lensbury pulak sejuk aje, eh eh.

Malam karang i tak sabar nak pegi makan nasik kandar beratur, tapi tengok lah keadaan macam mana, kalau tak tahan nak tunggu lama lama sampai tengah malam, dad cakap makan aje dulu kat Line Clear. Tapi rasanye aku dah nekad, walau apa terjadi malam nih kena carik jugak. Dari dalam flight aku dah bercita citaan nak makan, takkan nak persiakan hasrat sebegitu aje kan..Rugi lah aku balik jauh jauh cengini. Ha ha ha

Sedappppnye! kecur air liur sudah. Foto nih masa tengah makan entah bila pon tak ingat, sebab macam dah lama bebenor aku tak pegi. Paling wajib adelah ayam goreng drumstick, memang panas panas diaorang goreng kat situ, curry campur campur dan cili hijau yang rangup dan pedas, baru rasa kick lebih.  Nak tahu, ade jugak yang panggil nasik ganja kalau kat sini. Hahahaha. Sebab engkau akan rasa ketagih lain macam bila dah kena sekali. Tapi nama dia aje yang propa lebih, bapak bapak polisi pon beratur panjang demi nasik ganja ini tau tak. Kitaorang sebut nasik beratur aje, tak tertelan pulak aku, kalau cakap nak pegi makan nasi ganja haaihh.


Baiklah itu aje pon ceritanya, jumpa lagi. Kalau kat sini memang tak senang hati aku nak ber- beloging lelama, sebab rasa macam tak cukup aje masa yang ada apa tah lagi nak mencarik sesuap makanan :))


Esok ke lusa ke, i akan bagitau satu news. News?? Apekah? :)


So stay tuned for more information. Wah giteww, engkau memang.. benda kecik pon suka sangat nak jadikkan bahan. Hahahahahaaaa


Love!
-Sash

Thursday, June 7, 2012

Bulan puasa 2012


Seperti setiap tahun, adelah menjadi kewajipan untuk wifey membeli majalah ini. Waahh majalah bukan sebarangan, ini majalah masakan uols. Hahahahaa macam luarbiasa aje dia nih. Ekceli aku beli edisi bulan Ramadan aje, bulan lain tak penah pon aku ambik tahu rupa paras buku ini macam mana.

Dalam majalah nih, recipe dia banyak yang senang senang aje, ade sesetengah tu dah macam terer lah aku buat. Cuma bila dah ada buku bergambar cengini, senang lah sikit idea datang nak masak untuk berbuka. Kira kasi trigger lah kat otak sket, macam hcg trigger tuh. Hahahaha aparar punya contoh pon tak buleh blah nokz. Kalau google aje pon buleh, tapi aku suka simpan sebagai kenangan bulan Ramadan tiap tiap tahun. Sentimental value gitew..

Aku ini kalau bulan puasa kebanyakkan harinye adelah berbuka di rumah aje. Berbuka di luar kadangkala hanya di hujung minggu, sebab melihat akan kesesakan luarbiasa depan rumah ini pon dah buat aku rasa hazab nak drive. 

Pasar Ramadan pon jarang jarang dapat pegi kalau kat KL nih. Lagipon kami bukanlah pemakan kuih muih sewaktu berbuka. Selalunye minum air sket, makan kurma, solat lepas tu terus hadap nasik. Melainkan kat penang pandai pulak aku mengatur menu, sebab mom tolong masakkan. Heh heh heh. Untung aah kalau balik sana.

Antara menu menu yang wajib ade sepanjang bulan puasa adelah seperti nasik..hahahahahah aparar macam lah engkau sorang aje dapat makan nasik, okay okay selain dari nasik adelah, lauk pauk yang bercirikan tradisi seperti rendang, asam pedas, kari,  sayuran yang ber-soup, mee atau bihun goreng, kalau ikan bakar ayam bakar bagai semuanya tak penah aku buat sendirik, beli aje lah kalau dah teringin sangat, dan yang paling cikai adelah nasik goreng untuk bersahur. Ha ha ha. Oh tak lupa jugak, nasik kerabu adelah wajib dibeli kalau ke pasar Ramadan. Daging salai mesti lebih. Yumm *salivating sudeh*


Memang banyak Ramadan Buffet kalau kat KL nih walaupon tak semua yang berbaloi kot nak pegi disamping mahal tak agak agak. Tapi antara yang aku rasa kagum dan kena dengan tekak adelah kat Halabi Lounge nih sebab buffet dia hanya untuk bulan puasa, hari hari lain memang takde lah yang special kat situ. Harap harap tahun nih pon sedap dan banyak menu dia macam tahun tahun lepas jugak.   Hubby sangat suka sebab makanan tekak dia lah nokz. Tempat pon indah mata memandang disamping harga buffet yang tak berapi macam tempat lain :)

Tapi kalau kat penang haruslah makan kat rumah tiap tiap hari tanpa jemu, sebab mom masak sangat sedap mengatasi segala gala :))


Rebung Chef Ismail pon antara hot spot untuk berbuka jugak. Ini memang untuk tekak melayu jati tak buleh blah macam aku. Sedap hoih sedap! Memang puas hati kalau makan kat sini. Jangan lupa try nasi kerabu, daging dendeng, masak lemak daging salai dan masak lemak siput sedut adelah terbaik kat sini. 

Oh yeah, Minggu depan akan berada di Penang. Silap silap haribulan, weekend dah cabut balik. BFF cakap, bila dah pokai akhirnye engkau pulang jugak ke pangkal jalan, tak guna betul. Hahahahaa..

Tengok lah macam mana, tix tak beli lagi, sebab baru hari nih rasa kurang kefeningan dan kemengantukan itu. Tapi bag dah bawak keluar sekali lagi, aku sendirik pon nak tergelak sebab baru dua hari lepas aku beriya - iya simpan macam tak nak travel dah.

 Eksaited letteww..


Insyaallah entry seterusnya dari Pulau Mutiara.


*Okay confirmed, memang balik weekend nih, the other half dah beli tix tadi. Yeahhooo!!* Hahahaha


Love, Sash.


Wednesday, June 6, 2012

Jet lag is evil

Saya adelah sedang mengalami jet lag yang sangat horrible. Menjadi kupu kupu malam aka burung hantu yang comel ( nak comel aje memanjang ) adelah bukan keinginan zahir ku sebenarnye. Ini macam redha dalam paksa jek lah. Breakfast pada pukul 2 petang merupakan sesuatu yang sangat gila. Hahahahah.

Maakk aihhh. Macam mana nak buat nih? Penyakit jet lag nih memang telah dari dulu sering dihidapi oleh aku. Jangan cakap London, pegi Indon pon aku jadi serabut bagai. Tapi tentulah tak seteruk yang ini. Tapi yang pelik bila sampai sana senang pulak aku adjust, sehari dua aje kot fening fening gitew. Ke memang nak kena pegi sana lagi? Hahahahaha eh eh, dah tak mengantuk pulak rasanye nokz :))


Vege pizza Lensbury, olive dia besaq besaq dan banyak tak kedekut macam sini. Pizza pon sangat lembut dan cheesy.

Harap harap buleh kembali seperti bentuk asal kejadian dalam sehari dua ini. Esok ade appointment dengan encik Ortho nak fix braces lagi, pagi pagi buta pulak tuh, ntah buleh bangun ke tidak drive ke Bangsar. Sang suami perlu ke site di Cbj, tak sempat lah nak meneman.

Banyak benda naka kena settlekan sebelum next week nih. Macam terkejar kejar pulak rasanya, cepat sangat masa berlalu. Nak nak macam sekarang nih, pagi aku bermula pukul 2 petang, lagi lah tak menjadi satu keje pon.

Jadi ini adelah bukan minggu yang produktif. Yang aku rajin adelah melipat baju yang tidak berkesudahan aje. Maklumlah kami takde maid, so nak tak nak aku lah yang kena jadik bibik kat rumah khennn :) Takpe i pasrah you.


Pmsing aje mesti nak makan sambal belacan banyak banyak. Ape punye hormone pon tatau. Ini adelah merangkap makanan tengahari dan dinner kami sebab masak lunch menghampiri pukul empat petang pada awal minggu hari tuh. Masak dalam keterpaksaan namanye. Kalau tak masak teringin pulak. Sekali aku masak buleh simpan dalam magic fridge untuk bekalan sehari dua. Jadi dalam tempoh itu, buleh lah aku tido lama lama sikit. Hahahahaa.


Bukan kat KL aje ade magic fridge, kat mana mana pon sama. Kat situ lah tersimpannye makanan makanan macam magic untuk dihadap sewaktu kebulur tak kira masa kelak. Contohnye di sini yang kelihatan adelah dari kanan, yogurt, kat belakang dia ada sour sream, tingkat bawah biryani, curry, pasta, melons, kebab, fruits juice dan kat belakang dah tak ingat apa yang i sumbat. Hahahahahaa.. Sebelah kiri tu suma minuman yang kena bayar mahal nak mampuih, so kami tak hadap langsung la.


Sape dah siap tempah baju raya? Yeah baju di pagi hari raya gitew? Ha ha ha I belum :'(


Eh pengakhiran yang tak semema mena pulaks.

Tuesday, June 5, 2012

Till we meet again Mr L!


Sampai Heathrow benda pertama yang paling wajib buat (selain hantar luggage yang besaq gabak tuh ) adelah VAT Refund. Kiranye macam siap shopping bagai suma pastuh buleh dapat refund balik, nak tak nak tak? Ha ha ha. Ekceli, VAT adelah tax yang EU citizens kena bayar, tapi sebagai pelancong yang tinggal tidak lebih dari 3 bulan, kita buleh dapat refund untuk sebarang pembelian yang dibuat. Ini depends on the stores itself la, tak ada fix amount. Kalau Harrods, sikit aje tapi Primark memang untung banyak lah engkau. Caranya mudah, tunjuk receipt, bawak VAT form yang buleh diambik dari mana mana stores yang kita pegi and tadaaa dapat cash lagi balik. Sanggup aku mai epot awai nokz. Pastuh cash yang dapat tuh buleh lah digunakan untuk shopping dalam Heathrow pulak. Hahahahaa..Nampak tidak, ini adelah contoh pelaburan yang berbaloi kalau dapat wifey berilmiah macam gini :))


Penerbangan balik dari London adelah pukul 10 malam. Badan memang dah letih dan lembik, sebab seharian tak tido langsung, lepak dalam bilik aje sambil simpan barang. Kepala pon dah rasa macam fening fening, tak sedap badan. Telan dua bijik paracetamol, rasa lega sikit. Atas flight makan acah acah aje, sebab dah terlampau mengantuk. Sedap sedap aku tido, kurang lebih 3-4 jam macam tu tiba tiba turbulence sangat kuat masa flight melintasi caspian sea kalau tak silap. Dari mengantuk, terus terbukak luas mata aku, terkumat kamit baca doa sampai tunggang terbalik. Hahahahaha. Betul, tak tipu. Kalau sikit sikit aku takde lah kisah sangat, ini betul betul punye bapak turbulence nih. Sampai jatuh terbalik aku punye water bottle sekali dia bergegar. Walaupon tak lama, tapi cukup buat aku tak senang duduk.. kot kot lah kan. Ha ha ha. Aku ni kan Gemini, kadangkala daya pemikiran aku nih buleh melangkau ke satu tahap yang orang lain tak sempat nak fikir pon :)



Lepas dapat refund, hantar luggage semua, masuk mas golden lounge dari luar dah bau gulai ayam dengan nasik minyak. Yum yum yum. Macam setaun aku tak jumpe nasik minyak rasanye. The other half macam biasa lah, dalam banyak banyak makanan, dia pegi carik teh tarik dulu. Kat sini buleh rehat solat dan isi  perot apa yang patut sebelum balik, bukan mudah nak mai pulak, mau penuh duit tabung dulu kot. Ha ha ha. *Okay sekarang buleh mula drama kesedihan tinggalkan  encik London*


Selain dari kain baju aku, bag dua tiga bijik (kah?), barang sang suami, pesanan dari ibubapa, ipar mertua bagai, aku jugak suka sangat terbeli (di dalam sedar) benda merapu meraban asalkan dia nampak cute mesti sambar. Bila balik rumah, aku sendirik tak sangka buleh beli dan sedikit menyesal pon ader lah jugak. The other half pulak keje angkut chocolate, tahun lepas punye pon dah sejuk beku dalam magic fridge aku tak habis makan. Kira aku punye barang tak lah rugi sangat kalau beli pon, sebab mana ade tarikh luput, paling kurang pon sumbat dalam closet la, dia bukan tau. Ha ha ha


Ini dia terimalah beberapa keping gambar pengubat rindu sepanjang i di perantauan giteww. Kalau nak add i kat instagram pun buleh, chewah.. ade ke yang nak add nokz? Siapekah engkau? Ramlah Ram pon tak penah promote intagram dia kat belog hokek. Hahahahaha

Sampai aje rumah, terus rasa nak basuh baju sesangat. Aku memang pantang macam mak nenek kalau tengok baju bertimbun timbun dalam laundry room. Tapi dengan waktu tido pon dah jadi tak tentu hala, okay salahkan jet lag di sini, bangun pagi pon kena letak alarm, kalau tidak buleh tido sampai ke Asar.  Betul. Penah jadik. Badan dan minda aku nih memang sangat horrible bila balik dari bejalan. Yang mereka tahu nak bejaaaaalann aje manjang. Hahahahaha

Jadi minggu ini adelah perbuatan mencuci dan melipat kain baju aje lah nampak gayanye. Tapi minggu nih aje kot, sebab minggu depan..


AM READY TO FLY AGAIN


waahhhh gittewww..


Love, Sash!