Wednesday, May 30, 2012

From Lensbury with love


Mengintai dari tirai kamar

Hari ini i dah 31!

 Dia ini memang sangat sweet begitu :)

Sambut awal sehari sebelum ke Lensbury. Sebabnye bakery yang dekat dengan County Hall tu halal rupanye. So? Kot kot lah kat sana nanti susah nak carik cake yang halal, kempunan lah jiwa dan raga ku kelak. Oleh itu, awal awal lagi dah cakap dekat the other half kalau nak beli cake untuk birthday sang isteri ini, haruslah merupakan cuppies yang gemuk gemuk belaka.

Lalu, cake burpday aku bukanlah lagi menjadi kejutan luarbiasa, alaah..apa lah sangat kejutan kejutan bagai macam gini. Dah dewasa pon. Sebenarnya malas nak cakap dah kertu. Hahahahah


Dari kiri nama dia Darling Chocolate, Blackberry cheese, RV sweetie dan Berrys something something..lupalah pulak. Ini pon dah habis licin suma baru tau nama masing masing. Takdenya nak tiup lilin lompat lompat sakan, bukak kotak terus sambar cheese cake itu dulu :)

Ekceli tak mintak apa apa pon dengan hubby, sebab dah datang sini pon kira rezeki dia nak bawak. Sangatlah seronok bukan kepalang. Aku ini, kalau dia bawak makan nasik kandaq pon dah buleh senyum sampai ke telinga :) Takdenye high maintenance, naseb badan aah.


Tapi the other half adelah pandai menjaga hati. Oh, that guy memang sangat sweet. Baik dah dua kali tulis, macam engkau aje yang ade suami paling sweet kan. Ha ha ha  Pegi Harrods sama sama, tapi saya tak tahu langsung yang dia belikan jam ini. Patut lah dari KL lagi dia asyik tanya apa yang nak sangat saya beli kalau ke situ. Sudahnya pulang Malaysia nanti kena hantar Harrods balik, sebab tali tersangatlah panjang. Tahu tahu lah size tangan aku kan, tak pernah membesar. Yang kat tempat lain nak sangat dia membesar bagai juara. 

First time jatuh cinta dengan jam ini bila nampak Fasha Sandha pakai masa dalam drama ape ntah. Lepas pada tu, memang aku nekad nak carik jugak cengitu, kalau nampak kedai jam aje, sibuk suruh hubby carik color putih. Tapi sebab busy dengan percutian semua nih, terus terlupa. Aku rasa macam bajet hawwtt lah dengan jam macam ni kot. Hahahahaha

Alhamdulillah. Syukur pada Mu Ya Allah. Umur sudahpun 31. Rezeki yang Allah beri sehingga ke nafas hari ini sangat bermakna. Di usia ini jugak, memang sudah sangat tidak sabar mahu memiliki zuriat bersama suami. Insyaallah kami sudah memberi 101% komitmen untuk menjayakan misi ini. Hahahahaha. 

Tapi itu semua urusan Allah. Siapa kita mahu melambat dan mencepatkan sesuatu yang kita sendiri tak tahu. Doakan yang baik baik sahaja, bersangkakan yang baik baik sahaja. Tentunya hanya Allah yang berhak ke atas segala gala. Setakat hari ini, kami sangat gembira dengan kehidupan sebegini. Bukanlah mewah, tidak pula sampai menyusahkan, tapi rezeki yang ada cukup untuk membahagiakan kami dan keluarga. Andai kata Allah berikan nikmat dengan zuriat dari rahim ini, lagi bertambahlah gembira hendaknya. 

Baiklah. Itu cerita perempuan yang sedang menyambut harijadi.

Ohai. Kami sudah berada di Lensbury tau. Berdekatan dengan Teddington. Kingston pon dekat jugak. Kawasan yang jauh dari suasana bandar dan kotaraya, menjadikan dia ini seperti dalam cerita Inggeris lama. Sangat vintage uols. 

Nanti aku cerita panjang lagi sebab sekarang sangat mengantuks dan perut sedang memuja muja Chicken Cottage yang baru ditapau tadi. Dah lama tak makan ayam goreng nokz. Tengok ayam goreng halal terus menggelupur suh hubby beli jugak.

Jumpa lagi, Assalammualaikum :)



Ini pula hadiah untuk diri sendiri sebab aku menjadi sangat baik sepanjang percutian kami ^____^

 Sabarlah Sabariah....

Tuesday, May 29, 2012

Gedik letteww!


Ini suamiku, teman tidurku, teman khayalku, teman gaduhku, suara kebenaranku ketika penafian, suara penyedap ketika keraguan, arjuna cinta ragaku.

Happy 9 years together! 

Cinta pertama
Cinta yang tak main main
Cinta yang membawa kepada aku menjadi isteri yang sah selama enam tahun ini :)
Adalah terakhir cinta untuk aku. 

















Okay, my birthday is coming up in few hours, where's the gift larrr..???



Hahahahahah 


Monday, May 28, 2012

Salam dari London, lagi!



Halo masih bersiaran di benua yang sama. Hari nih baru berkesempatan nak hupdet skit. Sekarang tengah busy mengemas dan menyusun kain baju apa yang patut.

Bukan, bukan nak balik KL. Tapi nak balik Lensbury pulak. Ha ha. Okay, excited letteww.. 

Jadi hari ni adelah hari terkahir di central London. Esok petang akan bertolak ke Lensbury, Insyaallah. Sempatlah engkau sukat apa yang patut lagi. Semalam pegi Notting Hill, Covent Garden dan Harrods aje. Sebab kaki sakit tak buleh blah sangat. Dah bertempek plaster kiri kanan depan belakang :( Balik bilik awal, tido pastu rasa okay sikit, malam dah buleh berfoya foya kembali. Tapi pegi makan aje.


Nampak tu, cakap tak suka membeli belah bagai, bila aku skodeng dari belakang satu bakul penuh dia usung baju. Pastu bila turn aku nak beli dan dan dia buat pokai-face. Hahahahaha


Okay jumpa lagi dari Lensbury nanti. ( Aah masih seperti dulu dia ini, datang dan keluar sesuka hati )

:))

Thursday, May 24, 2012

Another pot pet pot pet please.



Breakfast on bed katanya. Ini aje yang halal dan buleh dimakan, engkau suka ke tidak, telan jugak jangan banyak bunyik. Tiap tiap hari menu bertukar, diaorang akan letak form dekat pintu, jadik pilih aje makanan yang ada. Harga dalam 16GBP +3GBP sebab cik puan besaq nak makan atas katil. Banyak lah jugak menu menunya, jadi tiap tiap hari kami main main pilih, tak termakan semuanya pon, tapi saje sebab dah alang alang bayar kan. Macam Nutrigrain tu buleh tapau makan sambil jenjalan. Untung laa. Kalau hotel lain belum tentu ada halal food macam neh, lain la kalau engkau duduk kat MH kan. Tapi itu jauh nak ke town kot, kalau dari Waterloo memang sangat dekat.

Hai semua!

Ekceli tadi tu intro aje. Hahahaaaa Beriya sangat aku neh cerita nak bagi paham.

Masih di central London. Sangat lah best, tipu kalau aku cakap cikai cikai aje. Sejak kedatangan kami, cuaca di sini sangatlah cantik dan menjadi baik. Kalau minggu lepas hujan dan sejuk semahu mahunya, berbeza dengan minggu nih, ternyata kehadiran aku membawa sunshine kepada mereka. Wahh giteww!

Fajr di sini adelah awal, lebih kurang pukul 3.45 pagi dan Isya mahu dekat pukul 10 malam. Jenuh jugak aku terkulat kulat tunggu, sebab selalunya bangun pagi adelah tidak menjadi masalah sangat di sini. Kira sebelum subuh aku dah terpacak buleh bangun gosok gigi tapi tak mandi pon. Jadi lepas Maghrib nak menunggu solat Isya adelah sangat dan paling mengantuks masa nih. Rasanya kalau sambil berjalan pon aku buleh rasa macam nak tido kejap. Dah rupa zombie berjalan kekdahnya. 


Ini adelah sekitar pukul 9 malam. Now tell me camne tak rasa bersalah nak tido masa cengini? Orang lain sibok berkejaran dalam tube, takkan kami dah nak tarik selimut kot? Ha ha ha sesuatuuuu sangat hokeh. Tolong la tolong la.


Masa siang hari cuaca antara 25-28 'C. Jadi jangan verrangan lah engkau nak pakai trench coat hangat hangat buta macam gini. Setakat boots tu okay lah sebab senang nak bergerak. Tapi kat sini bukanlah rasa panas berbahang macam kat tanahair terchenta itu. Kiranya dia panas panas dingin aje. Malam baru sejuk siket. So malam sarung lah balik trench coat engkau tu apa susah. 

Hotel kami hanyalah walking distance to London Eye, Westminster Bridge, dan yang seangkatan di situ. Dari Underground pon lebih kurang lima minit aje. Dekat dengan station Waterloo dan Westminster.


Pentas peragaan ^___^

Sepanjang kat sini adelah mudah bergerak kalau memiliki Oyster card. So bila balik jangan terus buang merata, kot kot lah ade seru lagi bila bila datang buleh top up terus aje. First day sampai itu lah benda pertama yang aku pegi buat dulu. Reload 20GBP sorang, kira tahan lah untuk beberapa hari. Pastuh reload phone credit pulak lagi 20GBP. Kat sini guna aje local number, mana buleh tahan roaming yang mahal nak mams tuh. Aku pulak rajin merepot aktiviti harian dengan ibubapa, robak lah poket suami tak semena mena kan. Jadi beli aje sim card tempatan. Aku pakai 3Mobile dah bertahun tahun gitew.. Heh heh

Bila di London ini, ingatkan buleh lah diet sikit sikit, rancangnya tak nak makan nasik langsung, tapi lepas termakan biryani kat Bangalore Express belakang hotel nih terus terkesima dan ketagih lain macam. Serious sangat sedap macam tak penah makan macam tu pon sebelum nih. Okay Sash please tell us something new now..


Chicken biryani, chicken karahi, fresh salad with yogurt. 11GBP. Kalau makan kat Nirvana Bangsar buleh dapat setalam besaq kot.

Macam macam yang aku makan baru dua tiga hari kat sini. Kebas dah berketul ketul masuk perot, nasik biryani, nasi rendang ayam, satay, pizza, fish and chips, salad, seafood pasta, chocs dan buah buahan tempatan :) Kira kalau pasal makanan jangan risau lah, sangat senang mendapat makanan halal di sini. Harga kalau kebab dalam 4-5GBP kalau sekitar Oxford. Jangan memandai engkau pegi kira dalam hengget pulak nokz, tidak sama sekali kalau tak nak kebulur di masa depan demi sebijik kebab. Kira okay lah, sebab kat Malaysia mana buleh dapat kebab besaq gabak dan lazat macam gitu. 


24 jam yang pertama. Terhoyang hayang aku dalam tube bawak hasil keja keras di Oxford. Okay penipuan. The Other Half yang bawak kan, aku tolong pegang makanan kami aje. Ha ha haaa


Baiklah. 


Late Nite Shopping in London Happens on Thursday!!




Nuff said :)

Wednesday, May 23, 2012

Khabar anak rantau!

Assalammualaikum semua!

Ohaai!

Halo kota London! Kita bernafas di benua yang sama, aaah finally kan. Flight yang berjam jam bukanlah satu keadaan yang men-seronokkan. Sampai lemau bangun tido, makan dan tido semula pon tak sampai sampai. Lepas masuk perkampungan Amsterdam, terus aku sexcited eh eksaited lain macam sebab dah dekat sangat. Kalau nak kencing pon rasa macam tak sempat dah kekdahnya. Ha ha ha

Sampai Heathrow T4  dalam pukul 3.30 petang waktu tempatan. Naseb baik dapat priority pass for fast track kat epot, ini kelebihan kalau business class, yang lain tu bagi aku macam biasa jugak sebab tahap lemau yang sama. Takde masalah dengan luggage, tak beratur panjang pon. Tak sampai sepuluh minit dah selesai suma, terus ambik black cab ke hotel. Cuaca adelah sangat sangat best okeh.

Ekceli aku nak buat entry panjang panjang lagi. Tapi memandangkan kat Malaysia sudah 4 pagi, dan di sini baru memasuki 9 malam, mata dan kepala aku dah macam tak tentu hala hendaknya. Tengok luar, masih cerah tak gelap gelap lagi. Mak aaih. Naseb baik kaki dah tak larat nak bejalan kalau tidak, sanggup lagi aku nih merewang.

Tapi dalam pada tuh, tetap nak bagitau jugak, tadi dah selamat tawaf satu round Oxford St. Heh heh heh. Beli apa? Lain entry kita ceritera, sebab aku sendirik macam tak tahan daulat tengok bag bag shopping tadi. Baru sehari kat sini kot :)

Untuk tidak melihatkan diri kekwat, maka aku akan hadiahkan uols yang sudi baca entry ini ( cheh ade ke yang sudi pon, dari kl sampai ke sini tak abih syok sendiri khen ) sekeping gambarajah aku buat tatapan pengubat rindu di qolbu.

Pastu tiba tiba aku rasa macam nak hadiahkan sekeping lagi, buleh gitew..Ha ha 


Sudah sudah. Pegi buat keje masing masing, tak guna hadap lama lama pon sebab stok gambar akan disimpan untuk kemudahan masa akan datang.


Hujan diamond di negeri orang, hujan white gold di negeri sendiri. Takde apa hal lah, dua dua pon aku suka!


Jumpa lagi dolls!

Friday, May 18, 2012

Busy bee katanye


Hajat di hati dah tak nak masak, pagi pagi bangun dah siap menyental apa yang patut.  Sangat busy seperti lebah yang cantik. Ha ha ha. Motip nak cantek memanjang? Sesuatu sangat kan. Kemas luar dalam, sebab nanti kalau balik bercuti tak lah terbongkang penat.

Bila bukak magic-fridge tadi ada lagi saki baki stok makanan. Takkan nak biar lama lama pulak, kang membazir buang aje. Dah alang alang menjadi rajin hari ini, maka masak lah jugak walaupon semalam dah siap janji janji tak nak masak, kitchen closed bagai kan.


Masak campak campak aje, apa yang ada depan mata maka terjadi lah sambal telur puyuh, green curry daging dan ubi ( sepatutnye letak eggplant tapi asik lupa nak beli ) pastuh nampak tumbuhan hijau maka goreng aje dengan mushroom dan sesame oil. Buleh lah hadap sampai dinner, untung untung esok pagi buleh dibuat breakfast jugak cicah dengan roti.


Petang kelmarin the other half itu teringin nak makan meatballs dengan tomato puree sauce. Yang ada kat cold storage daging kambing aje, kambing pon kambing lah. Sedap dan manis dari daging lembu kalau buat meatballs nih. Buat siap siap semua, simpan dalam freezer buleh tahan lama, dapat lah 30 bijik comel comel macam bola golf. Bila lapar goreng aje nanti, senang sikit keje kan.

Malam karang dah kena pack barang  dengan sepenuh hati tak leh main main dah. Baju baju suma dah siap pilih, cuma tinggal nak lipat masuk bag aje. Itu yang malas sket tu. Bag bawak sorang sebijik, aku extra sebijik lagi habuan kot kot terbeli apa yang patut nanti. Engkau macam tak biasa kan.

Esok baru nak tukar currency. Ahad dah buleh web check in, isnin pagi pagi keluar hantar bag dekat kl sentral aje. Tapi kena awal lah jugak, maknenya lepas subuh tu dah tak buleh tertonggeng tido suka hati aku macam selalu.


Insyaallah entry seterusnya dari Kota London.


See you again, dolls! ( wah dah pandai sebut dolls macam Kim K uolss,,,hekhek)

Wednesday, May 16, 2012

Braces Diary kot


Ohmaigod. Wifey sapekah bergigi dawai berbiru bagai neh? Raksaksa pon buleh larik kalau tengok hokek.

Ini kerje engkau dalam bilik sensorang yea.



Sabarlah Sabariah..



Monday, May 14, 2012

The hubs turns 32!



Semalam adalah harijadi suami. Sambutan tidaklah secara hebat hebatan. Mula mula tak nak beli cake pon, tapi dad yang beriya sakan nak belanja anak menantu. Lalu, cake harijadi suami dipilih mengikut selera tekak anak sendiri. Maka dapatlah kami sekeluarga merasa akan kesedapan menjilat jari jemari sewaktu men-makan jelly cake harijadi suami. Sedap dan comel sungguh. Sampai nak potong pon rasa sayang menyayang.  *Tengok muka sang isteri yang teruja akan cake itu mengalahkan tuan punya birthday pulak* 

Lepas sesi meniup lilin bagai, peluk peluk, suap menyuap cake ke arah satu sama lain, kami semua terus pegi bersantai dan makan makan di Publika Solaris. Simple tapi penuh bermakna sebab dapat bersama semua yang saya sayang. Kalau mom mertua ada lagi meriah. Mesti dia kena paksa joget lambak dengan menantu macam dulu dulu. Ha ha ha

Hadiah untuk darling husband dibeli dengan cepat cepat sewaktu ketiadaan dia. Cuak pon ade jugak, walaupon mintak izin dengan dia sebelum keluar tapi terpaksa melakukan penipuan sunat, eh pepandai aje kan engkau cakap sunat ke tidak. Nasib baik misi itu berjaya dan yang penting suami tersangat gembira. Hilang rasa macam nak muntah hijau menghadap traffic dari rumah nak ke The Gardens. Walaupon hadiah ku itu tidaklah sehebat kota London atau New York City, ececeh nih sape yang teringin nak ke NYc bagai nih engkau ke husband?

Okay, gurau tu gurau. Ni yang betul betul punya..

Happy Birthday to the most supportive and understanding husband ever!! I am very thankful for all the joy you brought into my life. May our love will be till Jannah, Insyaallah :)

Selingan iklan shopping menyoping cap ibu dan bapa. Weekend lepas bawak mereka ke Bukit Bintang. Jalan jalan sampai balik rumah masing masing berebut Ogawa. 

Suami sudah 32. Saya pula bakal menjadi 21. Eh eh muda lagi cik puan besaq rupanya. Ha ha ha. Hati mudo lah katakan. Umur 31 pon nak forever 21 memanjang kan engkau banyak cantik...........!


Tak sabar nak jadi mummy lah kalau macam tu! 


Pengakhiran yang tidak semena mena. Maafkanlah saya.

Thursday, May 10, 2012

Nasi Arab, Chicken Saffron

Hubby cakap tak payah susah susah pegi sampai ke Saba lah nak makan haneeth atau mandy sebab saya masak lagi sedap. Wah terus rasa nak masak nasi arabbbb aje sepanjang kehidupan ini. Ha ha ha


Sepatutnye masak dengan lamb lagi meleleh air liur. Tapi mana nak pegi carik kambing, pasar pon sekali dua aje kami pegi sepanjang duduk kat KL nih. Semua barang dapur kite beli kat Carrefour atau pon Cold Storage aje, itu pon sebab dekat rumah. 

Nasi Arab ni sama dengan recipe yang lepas lepas jugak, cuma kali nih ditambah Saffron ke dalam nasi dan jugak ayam. Maklum lah stock saffron tengah banyak sebab mom belikan masa diaorang pegi Istanbul tu. Murah katanye dari sini.. Kira tahan lah sampai raya nanti..

 Kalau nak jimat buleh tanam lah sendirik belakang rumah ha ha ha 

Cucumber raita. Cucumber yang diparut halus, tambah fresh yogurt..  Memang penyejuk tekak sangat. Letak dalam fridge, nak makan baru keluarkan.



Taadaaaa.. Sampai licin semua makan nasi arab saya hari nih :))

Esok cuti. Nak pegi berliburan dengan ibubapa. Lusa pon gayanye tak memasak lah aku sepanjang mereka kat sini. Hew hew hew..

Wednesday, May 9, 2012

Bubur Nasi Berlauk bagai

Semalam kasi ketat sama itu braces lagi. Sekali ortho taruk power chain atas bawah, hari nih terus tak mampu nak mengunyah langsung. Punye lah sengal kalau nak makan jangan cakap lah. Naseb baik bukan minggu depan, kalau tidak.. hu hu hu tak mampu aku nak bayangkan kesengsaraan macam gitu.

Tapi yang bestnye bulan nih aku pakai wire color baby blue.  Wah bajet  comel letteww. Comel punye pasal sakit pon bertabahlah jugak..

 
Jadi hari nih, tak nak fikir lama lama bila masuk kitchen, memang dah sedia almaklum lah bahawasanye aku hanya buleh makan porridge aje.

Walaupon makan bubur nasik, tapi selera tetap besau jugak. Bubur bukan sebarang bubur nokz, engkau jangan main main. Ini bubur nasi berlauk suka hati. Ha ha. Bubur nasik nih dimasak macam biasa, kali nih tak tumis langsung dengan bawang ke apa.. cuma campakkan halia sikit rebus kan dengan udang dan crabstick nak bagi rasa manis dan lemak. (sebab itu aje stock yang ada dalam magic fridge ku itu..)

Lepas tu  wifey menjadi rajin lagi, dia masak daging berempah pulak, goreng ikan bilis dan rebus telur masin. Wah, wifey sapa lah tu? Awat yang rajin tak tentu hala sangat nih taktau? Ha ha ha. Jangan lupa, cili kicapnye kena hado, kalau tidak mana nak kick bubur engkau nanti. Boring aah kan. Padahal baru minggu lepas kena gastric macam nak fengsan.. Tak sedar diri lagi makan pedas pedas. Dan paling penting, bawang putih goreng bersama minyaknye untuk dicurah ke atas bubur tu nanti. Baru malatopsss.


Daging berempah versi wifey. Ingatkan dah guna daging batang pinang kira lembut lah buleh gak aku ratah banyak banyak. Takde nye engkau. Kena potong kecik kecik pastu tabur atas bubur baru buleh hadap. Itupon terkial kial jugak menguyah macam baby baby.. Awww.

Esok ibubapa nak datang. Yeayeay. Cadang nak masak nasi arab. The Other Half pon dah sibok nak makan nasik arab dari minggu lepas, cuma kiter cakap tunggu esok aje, sebab buleh masak sekali gus untuk semua orang sekali. Jimat tenaga sikit. Aparar punye malas.. Ha ha ha


Hari hari yang seterusnya berfoya foya lah aku macam madam besar.

Tuesday, May 8, 2012

Travel Must Haves gitew..


Kalau bab nak bejalan bukan main siap sedia mental dan fizikal. Kalau nak sidai baju, terus rasa lemah emosi zahir dan batin. Belum masuk bab lipat baju sebakol lagi. Eee tak suka tak suka buleh membawa kepada keadaan stress berulang kali.

Okay drama.

Kurang lebih dua minggu sudah nak bercuti dan bercinta cintaan di kota itu. Justeru, ia telah menyebabkan saya menjadi semakin glowing tak tentu hala. Sambil makan pon tersenyum simpul, sambil masak pon buleh berangan angan nak membelah belah bagai. Choi lah.

Semalam beriya iya mengemas rumahtangga dan membelek baju baju yang nak dibawa bersama. Hajat di hati nak beli trench coat baru, tapi tengok lah keadaan duit tabung macam mana. Last weekend dah sambar beberapa helai baju dan jeans dekat Forever21. Belom pegi London aku dah sengkek. Hubby dok bising sebab setiap kali nak bejalan sibok nak membeli itu ini baru. Jangan kata baju, body lotion pon nak bawak yang baru punya. Ha ha ha. Payah lah macam ni kan. Balik penang pon sanggup pegi carik tshirt baru engkau. Bini oh bini.

Baiklah. Ini antara barang dan kelengkapan yang wajib lah kita bawa kalau nak travel jauh jauh dengan keadan cuaca yang tak agak agak. Mari ambik iktibar bersama.

1. Trench coat adelah kemestian. 
Mai lah spring ke summer ke, kalau dah tuan punye badan memang tak tahan sejuk.. pegi Gold Coast pon aku rasa macam nak pakai coat sambil jalan tepi pantai sebab sejuk nak mampuih. Tapi takde lah pakai pon, acah aje. Kang terkesima pulak ikan di lautan itu.  

2. Gloves, pocket warmer ( yang comel polka dot pink& black itu ), muffler bawak lah jugak sebagai bekalan.
Bukannye rugi pon dah bawak beg besar gabak, sumbat aje kan. Baru lah photo nampak pelbagai sket nokz.

3. Hand & body lotion, moisturizer, lip balm dan pekakas make up lain
 Habuan nak tenyeh di muka agar diri kelihatan hebat di rantau orang. Sebab bila dah bertukar cuaca, kulit yang oily pon akan jadi kering luarbiasa kan. Pakai lah apa yang perlu, janji jerawat tak naik dan merosakkan mood berhollymoon.

4. Kompas
Sekarang zaman moden, dekat ipad pun dan ade App utk donlod kan kompas dan waktu waktu solat bila di rantauan. Engkau jangan nak mengelat yea, jalan jalan jugak.. jangan lupa dan sombong diri dengan Allah. Sejadah buleh bawak yang kecik aje, senang lipat masuk dalam bag.

5.Pasport/visa perjalanan/ doc sewaktu dengannya.
 Hahahahah. Yang ni kalau engkau lupa, hai hai bye bye aje lah nokz. Memang tak dapat mak nak nolong. Tolong tampar nak?

6. Bekalan ubat ubatan yang tak terlampau. 
Bukan apa, kalau bawak sendiri lagi senang dari nak terkial kial mencari pharmacy di sana nanti. Kalau saya, yang wajib adelah Activefast Panadol, Diflam untuk sakit tekak/tonsils, Clarinase untuk flu, Pil Chi Kit Teck Aun kot kot lah terkena cherry berry kan. Ewww mintak simpang nokz. Dah lah susah nak cari wash room beserta air. Takkan nak calit calit aje..Mak aaih.. Too much info plak. Heee.

7. Sunglasses. Obviously to look like Posh sewaktu di rantau. Tapi jangan lah lupa pulak bawak extra lens dan multi purpose lens solution bagi yang rabun tapi nak berlagak diva nih. Ha ha. Aku letteww.

8. Books, camera, ipad. Bila boring buleh baca buku ambik gambar dan bermain game.

9. Chocolate Dove. Kalau tetiba terasa stress sebab jet lag, kunyalah Dove berulang kali. Makanan lain tu tak payah lah nak angkut, sebab menyusahkan engkau aje takkan pegi sana pon sibok nak menumis bagai? Ha ha. Cari hotel yang dekat dengan resto halal, paling cikai pon kebab. Kalau aku dapat makan kebabs, dah lupa terus akan nasik dan sambal belacan. 

Okay ini adelah antara yang penting dan yang ada dalam kepala sekarang. Selalunye list ini memang akan bertambah dari masa ke semasa selagi aku tak bertolak. 

10. Oh ya, paling penting ( macam mana aku buleh letak di akhir entry nih..) jangan lupa bawak dan heret Finance Minister sekali. Kalau tidak, sia sia lah percutian engkau Sabariah..


Hew hew hew * jelir lidah*

Thursday, May 3, 2012

Bittersweet konon..

Travel checklists. How many of you rely and depend on this before packing up? 

1. Wahh gitew! Lama tak hupdet entry tak semena mena keluar travel checklists bagai hokey. Ilmiah tidak? Ha ha. Saya adelah orang yang memerlukan benda alah ini, tak kisah lah nak pegi mana pon, balik penang pon sibuk nak buat list jugak. Sebab aku nih kalau travel bukan setakat bawa kain baju aje, segala macam mak nenek aku bawa sampai mampat dan padat. Kalau closet tu buleh bawak skali, memang dah lama aku sumbat jugak.. Ha ha ha

2.BFN. Yeah, big fat Nay!! Okay, perasaan takde lah terkeciwa sangat, sebab dah tau chances pon kurang untuk mencapai kejayaan. Another cyc to go, kali nih dengan lebih extreme gitew Insyaallah sebelum Ramadan. Okay buleh nangis sekarang. Kejayaan sampingan yang aku dapat kali ini adelah seperti jerawat macam nak rak dua minggu lepas, berat turun 1 kilo lemak, gastric yang melampau dua hari lepas dan dapat pegi London dengan hati yang tenang. Kau mampu nokz? Ha ha ha ha. Tampar kang. Alhamdulillah, kedewasaan hari ini dah banyak mengajar aku menjadi lebih bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Takde setitis pon air mata kali ini :)

3. Aktiviti memasak secara ala kadar aje. Lepas kena gastric hari tu, doc cakap kena kurangkan makan pedas sebelum gastric aku jadik lagi teruk. Terus sentap takde selera langsung nak makan. Takkan lah nak hadap sup tiap tiap hari kan, macam tak keruan pulak rasa.

4. Hadiah harijadi belum dicarik lagi untuk suami. Dia nih simple simple aje, takde lah demanding sangat. Tapi aku pulak yang ter-over eksaited sebab setahun sekali mencari hadiah untuk dia dengan duit tabung sendirik. Ha ha ha

5. Eh eh tak lama lagi dan nak berpuasa uols. Lepas tu rayaaaaa! Tema tahun nih belum decide lagi, malas nak pilih awal awal sebab buleh mengundang pergaduhan suami isteri sebab dua dua orang ego dengan ketaksuban color kegemaran masing masing. Okay raya raya jugak, puasa dah habis bayar ke belum engkau nih? Naseb baik tahun lepas saya dapat puasa penuh :)

6. Harap harap buleh balik penang kejap, rasa rindu pulak. Padahal baru sangat balik sana masa kenduri hari tu. Mom ajak teman dia pegi Bandung nanti. Okay lah tu, rezeki jangan ditolak. Heh heh


Ni pon rezeki jugak. Stress-free. Kalau tak makan buleh gila ketagihan kejaps.