Tuesday, November 8, 2011

Selamat datang November

Assalammualaikum semua!

Akhirnye kita bernafas di waktu dan benua yang sama..

Halo Malaysia! Halo Penang!

Lama tak berbelog manja manja. Tengah mentenangkan diri di kampung halaman akibat perbuatan men-shopping yang tidak seberape di bandung minggu lepas. Suami pula sudah berangkat pulang ke kuala lumpur petang tadi dan akan ke singapura tidak lama lagi. Saya pula tidak bercadang untuk menambahkan quota perjalanan ke kota singa itu. Ape lah sangat ke sana, takde rugi apa apa pun kalau aku tak ikut sebab dah banyak kali pegi. Baik duduk penang diam diam lagi sedap. Minggu depan baru balik KL. Yeay single mingle jingle lah haku kejappss.

Braces pula menjadi sangat baik hati kepada saya sejak dua menjak. Langsung tidak menyakiti diri ini lagi. I love you lah! Tapi yang tak berape nak best nye, bracket saya yang dulu pink bajet comel lotey telah menjadi tidak berape pink lagi akibat pemakanan kari yang terlampau. Walaupon dah digosok berkali kali lepas makan dan minum ape saje, tapi tetap cepat pudar warna dia. Maka, saya telah bercita cita mahu bertukar kepada midnight blue bulan hadapan. Kali nih bajet ala Katy Perry Last Friday Night lah pulak.

Menu pagi raya kami yang lepas. Nasi kabsa buatan anakanda puteri, lemang dibeli di rnr tapah, udang goreng jalapeno buatan anakanda menantu yang pedas nak mampos , ayam masak merah yang melatopss oleh bonda puteri, salad, cucumber yogurt oleh anakanda puteri, cheese brownies, chocolate brownies dan kerepek tempe yang diborong macam nak rak kat bandung hari tu. Padahal nak makan kerepek pon terkial kial lagi sebab susah nak geget. Tamak.

Oh yeah, hari nih jugak saya sangat menjadi gembira. Hari yang dinanti akhirnye tiba di penghujungnya. Penantian selama beberapa bulan ini telah berakhir. Semoga Allah permudahkan segala gala nye buat kami pada masa akan datang nanti. Syukur. Banyak doa dari suami, ibubapa dan mom mertua saya yang tak pernah putus. Alhamdulillah dah rasa sihat sesangat sekarang.

Bawa ibubape ke Pasar Baru, Bandung. Banyak jugak batik, jubah, telekung yang murah murah kat sana. Kelengkapan haji dan umrah pun pelbagai. Yang penting kat sini kena pandai tawar menawar, memang berbaloi sangat sangat. Borong sakan lah diaorang hari tuh sambil senyum sampai telinga. Selain ke pasar baru, kami juga ke rumah mode, dan beberape fo's yang berdekatan riau, dago dan di setiabudi. Kitaorang jugak tak lepaskan peluang pegi petik strawberry di tangkuban perahu setiap kali ke bandung nih. Makan sampai lunyai. Itu aje yang termampu untuk kami membahagiakan ibubapa :)

Aktiviti wajib wifey nye pulak ape lagi.. ice cream adelah keperluan asas hidupku. Kalau ke sini, jangan lupa cuba ice cream alpukat nye. Kalau tak dapat ice cream, juice alpukat pon adelah menjadi kewajipan okeh. Alpukat adelah avocado yea puan puan sekalian :) Pelik betui diorang letak nama dia nih kan.. Juice alpukat enak diminum bersama chocolate. Tapi saya sorang aje yang suka, yang lain semua berasa geli tekak.

Jadi, next stop ke mana che puan..? California ade berani?? Ha ha ha. Nak mampos engkau berjalan sebulan sekali. Hubby cakap, condo kami tuh rasanye belom cukup tinggi untuk dia terjun kalau kalau terdesak nanti. Hahahahaha. Cheh. Berkira sangat dengan aku kan?? Aparar. Gurau tu gurau. Hubby adelah ter-best dalam hidupku. Paling tidak berkira dengan saya mahupun ibubapa, unlike me..sehengget pon aku tuntut balik. ..Ha ha ha.

Insyaallah next year ada rezeki kita atur hollymoon lagi. Sempat lah menabung kembali *pokai-face*


Selamat datang November bulan yang penuh kecintaan. Sekarang mahu sambung ratah cheesestick pojaan hatiku.



winks&smiles!

No comments:

Post a Comment