Wednesday, November 21, 2012

Berpantang-Larang


Masalah utama dengan berpantang ni bukannye ape sangat. Macam aku ni, adelah pantang nampak. Pantang dengar. Maka habis lah segala pantang larang semuanya aku langgar macam tak ada masa depan. Pantang bukannye tak makan atau minum terus. Itu bagi pemahaman aku larr. Kalau nak terus macam gitu, eh teruk lah nanti. Ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong pon bercicir cicir jugak. Hahahaha. Kena jugak rasa sikit sikit ( sebab nak bagi sedap hati sekarang kan musim doyan.. hewhewhew )

1. Ade orang cakap, jangan makan durian. Sebab durian tu panas. Tak kisah lah engkau tengah pregnant ke, dalam proses nak men-pregnantkan diri ke ataupon sesudah pregnant setahun jagung. Aku tanya balik, apesal bila aku makan tak pernah rasa panas sampai tak buleh tido pon macam sesetengah orang cakap? Ke badan memang jenis kebal tak berperasaan? Ha ha. So far, ade lah jugak rasa takut takut. Bila balik kampung, mom cakap kalau tengah makan ubat apa apa jangan makan durian lepas tu. Tak elok begitu tak elok begini.. and bla and bla and bla. Tapi anak ini degil. Dia makan jugak. Heeeeee.Tak jadik apa apa pon? Mom ugut lagi. Sekarang memang lah tak jadi ape, kau tunggu lima enam tahun lagik. MOTHER! Hahahahaa

2. Ade orang cakap, ini bukan sorang dua, memang ramai pon dok bercakap dari dulu. Tak elok makan nenas sebab dia ini tajam dan buleh mencuci ape saja dalam perot engkau. Dulu aku suka ratah nenas cicah kicap. Mak aaih sedap kot. Tapi aku pon agak agak lah jugak, sepanjang 2ww tu memang tak makan langsung. Lagipon bukan aku makan tiap tiap hari kot, setahun ade lah dua tiga kali. Macam aku cakap tadik lah kan, setakat rasa rasa aje..bagi sedap hati sendiri. Takpe kot?

3.Ade orang cakap tak elok minum minuman ber-caffeine sebab buleh mengundang toxic dalam badan. Sejujurnye aku rasa segala makanan yang masuk ke dalam badan kita saban hari memang berisiko menjadi toxic jugak. Cekodok kalau hadap tiap tiap hari pon buleh jadik toxic kot? sebab berminyak kan..Jadik tak adil lah kalau nak suruh aku buang terus stock white coffee nih. Ha ha *nanges dalam ketawa* Selalunye aku minum pagi aje, itupon tak sampai satu sudu teh aku bancuh. Kalau tengah berpuasa, memang jarang minum coffee waktu bersahur, sebab seharian kita tak minum air kan, kang kekeringan dan ketandusan pulak..jadik aku minum waktu berbuka bersama bergelas gelas air suam. Takpe kot?

4. Ade jugak orang cakap, tak elok makan buah betik banyak banyak. Sebab buah betik mengandungi latex yang tinggi serta buleh menyebabkan contractions and leads to miscarriage pulak dah. Banyak info yang dibincangkan dalam forum forum luarnegara kalau rajin google lah kan. Tapi, setahu aku betik nih memang baik untuk digestive system kita. Kadang kadang waktu dulu, bila doc bekalkan progesterone support untuk luteal phase, maka selalunye terjadik lah jugak masalah masalah sampingan seperti constipation yang macam ewww sungguh menyiksakan. Bila makan aje betik sepotong dua terus okay macam magic. Tapi selalunye kalau aku tak kena constipation nih, akan kena cheery berry pulak. Tertakluk lah kepada perubahan hormones gamaknye. Jadi berbalik kepada betik tadi, bila kami google hari tu dan baca info pasal betik terus sampai sekarang aku tak makan dah, sebab suami yang prihatin itu tak kasi :) Lagipon kat sini memang susah lah nak curi curi makan sebab tak banyak betik potong yang sedap sedap dan manis macam di penang. Kalau rasa sikit, takpe kot?

5. Baru baru ni ade terbaca jugak, ade lagi orang cakap yang black seed/habatussauda tak elok diamalkan sebab dia ini berunsur panas. Tapi seperti yang kita tahu, memang elok amalkan habatussauda nih rata rata untuk kesihatan tubuh badan. Agak agak lah jugak kot, takkan nak telan sebotol sekali hadap kan.. Kalau i, cuma 7 biji aje setiap hari. Lahaaiii kecik cenonet aje pon, kecik lagi dari beras ponni tu. Takpe kot?

6.Orang cakap elok amalkan apple cider vinegar. Bila aku dengar vinegar memula terus terlopong biar betul. Jakun nye. Baru tau yang vinegar buah buahan ini berupaya menstabilkan dan membuang lebihan asid di dalam badan. Tapi jangan lah pegi bantai minum cengitu aje, kena campur segelas air dulu, selawat dan minum lah. Tapi i tak cuba lagi yang ini, sebab tak habis membaca lagik. Bila dan confident baru buleh cuba kan. Maklumlah badan ini adelah manja.

7. Orang kata jugak, elok amalkan minum susu kambing dari susu lembu. Aku pon dah berjangkit lah, maka rajin jugak membeli fresh milk sekarang. Susu kambing katanye bersifat alkali. Buleh menyah-toksid dan acid di dalam badan. Itu orang kata lah, banyak dalam forum forum dibincangkan. Bagi aku, minum sebab sunah Rasulallah, dan dia ini antara minuman kegemaran Baginda. Ape salahnye mencuba, kalau tidak mendatangkan kemudaratan. Takpe kot?

8. Orang kata jugak, elok amalkan madu dan cinnamon powder. Madu seperti yang kita semua tahu, memang banyak kebaikan. Bila bergabung dengan cinnamon powder, banyak manfaatnye juga. I sendiri masih amalkan makan madu, hari tu kitaorang beli Madu Tualang, katanye antara madu yang terbaik jugak. Rasa dia memang lain dari madu biasa, kurang manis, agak kelat di hujung hujung. Minum satu sudu besar setiap malam.. Tahan lah jugak, lagipon madu buleh cantikkan kulit. Hmmm hmmm. Harap harap dah lama lama minum madu tualang nih, dah tak payah tenyeh muka dengan SK2 tu lagi. Kahkahkahkah. Over kan.

9. Orang kata jugak, bahawasanye avocado adelah bagus untuk kesihatan dan kesuburan. Kalau pegi bandung, harus tak lena tido tanpa minum cokelat alpukat ini. Diorang panggil avocado sebagai alpukat. Memang sedap, manis lemak semua cukup rasa. Kalau betul bagus, petang nih jugak rasa nak heret The Other Half pegi cold storage carik avocado. Lagipon dah lama tak minum jus alpukat nih, disamping menyegarkan dia ini juga berfungsi melawaskan.

10.  Tak kisah lah ape pon yang orang selalu cakap, selalu bincangkan, selalu amalkan siang malam, yang penting terpulang kepada penerimaan tubuh badan masing masing jugak. Tak semestinye elok untuk dia, maka dah tentu tentu elok juga untuk kita kan. Bincang dengan pakar masing masing dulu, kalau rasa tak berape nak sesuai tak payah lah kot. Kang nak larik dari satu masalah, ditambah dengan masalah lain pulak. Ya Allah takutnye. Berdoa lah selalu moga diberi petunjuk dari Allah SWT atas apa sahaja usaha yang nak kita lakukan. Macam aku, selalunye nak buat apa apa pon, hati mesti tenang. Kalau memula dah rasa tak sedap hati, memang sah sah aku abaikan aje. Bukan ape, kalau diri sendiri tak yakin macam mana nak teruskan nanti. Daripada berhenti separuh jalan, baik tak payah buat langsung. Kira tu macam contoh lah tu.

Tapi hakikatnye, kalau nak pantang benda benda lain mungkin buleh lagik dibawa berbincang, kalau nak berpantang dari makan makanan sedap sedap hingga menjilat jari jemari buleh mengundang banyak masalah kot? Ha ha ha

Hari ini dalam sibok sibok kuarkan entry berpantang bagai nak rak, sempat lagik masak. Sambil blogging sambil memasak. Dalam pada tu sempat reply lagi viber kengkawan. Ewah. Resam hidup suri di kota lah katakan..


Semalam tertengok AFC, cerita pasal Hainan chicken rice. Terus sepantas kilat pegi bukak freezer nak pastikan cukup ke tidak ayam untuk dimasak hari ni. Kat rumah ini, walaupon tinggal berdua tapi kalau i masak nasik ayam haruslah kena goreng ayam banyak banyak baru tak berebut rebut nanti.

Maka tadi, terjadiklah nasi ayam untuk lunch dan dinner karang. I tak buat cara hainan, sebab The Other Half macam tak lalu nak makan ayam color kuning pucat begitu, ha ha ha.. jadik i masak guna resepi yang selalu i buat lah. Kalau rajin godek, entry yang dulu dulu ade dibincangkan kan. Ewah.

Bezanye hanya lah pada sauce tomato itu, aku tambahkan pudina dan blend semua bahan seperti biasa. Masak lebih jugak tadi, harap harap buleh simpan sampai esok. Sebab esok dah janji janji mahu makan di luar :) 

4 comments:

  1. Habbatus sauda bgus beb. Ada 1 hadis sahih tu, rasulullah kata habbatus sauda penawar sgala penyakit. Kecuali as sam. Sahabat tya apa itu as sam Rasulullah saw jwb as sam itu mati. So amalkanlah. Ai pun xtau before. Nad yg rekemen kan. So now wajib everyday hadap. Mmg sgt membantu membanyakkan ssu bdn. Tak pyh dok telan shak*** bagai. Hehe

    ReplyDelete
  2. Yg penting, bersederhana.... (hahaha...i pun jenis org yg pantang jumpa...balun je....).

    ReplyDelete
  3. Ada sorang doktor tu kak sash.. Dari sebelum dia pregnant sampai bersalin dia minum nenas yang diblend. Itulah..kena bersederhana kan..=)

    ReplyDelete
  4. Betul tu, elok aje bersederhana.. tertakluk lah kepada kemahuan dan kesanggupan masing masing.

    Ade jugak yang dalam pantang pon tibai kfc lagik. I pon antara calonnye lah nanti kot. Ha ha ha

    ReplyDelete