Friday, April 25, 2014

Trying something new



It doesn't matter where you're going, It's who you have beside you. Chinggg!

Amboi merah nya kau! Ha ha. Tak pernah seumur hidupku beli ankle boots color menyilau begini. Ekceli bukannya merah sangat pon, faktor pencahayaan semata mata. Lebih kepada maroon kot. Okay ke tidaaaak? Takde lah teruk sangat mokcik nak menghayun langkah kelak. Jiwa remaja masih menebal dalam diri nak buek camno.

Yang penting selesa bila pakai, merah pon merah lah Sabaariyaahhhh. #namasayabukansabariah.


Nak countdown pon lambat lagi, nanti nanti lah. Ha ha. Tapi semua dah siap, tinggal nak bawak keluar luggage aje. Baju yang nak bawak semua dah letak tepi, tak payah nak pening pening nanti nak pakai apa. Siap baju masa nak pegi pon aku dah gantung kat luar. Tu namanya gigih Sash ooii.

Flight pon kitaorang dah checked in dua tiga hari lepas. Nanti pegi hantar bag aje. Takde la banyak sangat yang kitaorang bawak, tiga bijik aje pon. Sebijik tu kira extra habuan nak shopping sikit sikit katanya :) 


Baik. Tutup cerita syok sendiri.


Memandangkan hari ni hari Jumaat, seperti biasa tetiap minggu mesti kena masak special dari yang lain. Bagitau husband pagi pagi buta lagi. Hari ni kita tak payah makan brown rice tau. Yay! 

Kesian dia. Terkulat kulat ikut diet aku jugak. Kekekekeke.


Nasi tomato, korma daging dengan carrot, sayur kobis goreng kunyit dan salad petang karang baru buat untuk si suami itu. Lama rasanya tak makan bersungguh begini. Ha ha ha. Mesti dia syok gila. I lap you suami!


Dan macam biasa, cik puan besaq mesti lah kena test-market dulu kan sebelum orang tu balik keje. Terbaahikkkk wa cakap lu! 

Memang sedap tak dapat dinafikan lagi. 

Untung laa dapat bini pandai masak, kalau tak bawak bini tu pegi jenjalan tak tahu lah nak cakap apa lagi. Hahahahaa :P

Okay ini bagi selera aku lah jenis penggemar nasik. Kau bagi lah segala bentuk nasik pon aku memang cakap sedap seikhlasnya.


Ini pula antara yang aku sempat masak minggu ni TAPI  dimakan dengan brown rice. 


Chicken stew + Bok choy goreng cendawan


Lamb keema + rocket salad


Nasik daging ala brown rice. Perghhhh! Memang menyelerakan ditambah dengan ayaq asam tu pulak. Tapi daging tu takde lah aku salai, rebus lepas tuh cicah gitu aje. Tak. Tak bertambah pon, sekali aje daku makan :)

Yang penting pandai pandai lah mengira calories masing masing. Aku takde lah terror gila bab kira kira nih, tapi buleh lah dari main hentam makan aje macam dulu. He he. Tiap tiap hari aku cuba untuk tidak melebihi 1200 calories. Selalunya memang tak lebih pon. Tapi ini TIDAK tertakluk pada weekend ye. Kauuu.. aku pon nak le jugak merasa nikmat duniawi sekali sekala. 

Dulu petang petang mesti suka makan cake. Memang senantiasa ada dalam fridge aku. Asal petang aje mesti kena carik benda manis macam gitu. Sekarang nih daku dah insafi diri. Hahahaha. 

Tapi tetap beli cake jugak, bila teringin sangat tuh aku cubit jugak sikit dan makan. HEH  Macam loser sangat kan? T______T


Selamat datang MAY bulan cinta. 

2 comments:

  1. Have fun trip dik... oh, weekend memang masa utk merehatkan diri dari diet (read:membelash makan). heheheh....

    ReplyDelete
  2. Thank u kak. Yea buat nye long weekend lagi gasak laa. Ha ha

    ReplyDelete