Wednesday, January 13, 2016

Nothing worth having comes easy

 
Lately memang asik mengemas rumah aje keje ku dari siang ke malam. Lepas tu tersadai penat macam menjaga dua orang anak. Ya Allah penatnya. Baru aje kemas elok elok, lepas tu kena travel lagi. Maka rumah kembali bersepah macam hantu HAHAHA. Tetapi kini tidak lagi, paling kurang kurang pon lepas raya baru ku berazam untuk berjalan jalan dan kembali selfie ala syok sendiri. Itu antara azam di tahun baru. Eh silap. Itu bukan azam aku sebenarnya. Itu azam suamiku. HAHAHAHA. Padan muka aku kan. Pertama sekali sebab tuntutan keje dia yang tersangat sibuk, dan kedua kitaorang dah nekad untuk memberi dua ratus peratus tumpuan untuk project ttc (trying to conceive) kami. Wauuu. Sila tepuk tangan semua. 

 
 
Kelmarin adalah pertemuan pertama dengan Dr.A di tahun ini, dan pertemuan pertama jugak untuk membincangkan apa lagi kalau bukan pasal impian nak melakukan ivf. Dah lama ku simpan hasrat di hati, hampir setahun jugak menambah ilmu pasal ni, bukan main ku membaca di mana sahaja kami berada dulu, ulangkaji mengalahkan nak ambik exam uolss.. HAHAHA (ku memang gigih begitu)
 
Bukan apa, bila dah jumpa gynae senang lah sikit nak bersoal jawab kang dia bersemangat bercerita takde lah aku baru terhegeh hegeh nak google maksud itu ini. Lagipon tolak campur dengan kesibukan si suami itu, akhirnya dapatlah jugak kami masa yang betul betul sesuai untuk semua. Tapi semestinya pertemuan tak berakhir di situ, mungkin ade lagi 2-3 kali lagi ujian yang perlu di lalui.
 
Moga Allah mudahkan lah untuk kami. Dah lama sangat menanti dan juga sedikit lelah pon dah terasa. Tak pasti bagaimana yang lalui semua ini begitu kuat dan tabah hingga berjaya. Allah. Sememangnya itu antara semangat yang daku perlu ada mulai sekarang.
 
Lepas tu, tadaaaa sila lah bersedia untuk main cucuk cucuk. Yahuuuu? HAHAHAHA. Kau jangan nak macam macam yer. Ekceli memang stress. Belum apa apa aku dah rungsing. Mampukah aku bertahan?  Fitrah lah tu. Ku hanya wanita biasa. Ewah
 
 
Jaga makan. Jaga kesihatan. Harapannya bila balik kampong di masa hadapan, ku akan lebih berhati hati dengan segala mak nenek yang ku telan. Nasib baik hujung taun lepas dah makan pulut durian siap siap, kalau tidak mau kecur air liur tahap mengidam kan.
 
Amboi belum apa apa dah sibuk nak mengidam kot. Tampar nak? HAHAHA
 
Buat masa sekarang, hanya multivitamin, folic acid dan vitamic C sahaja yang ku ambil setiap hari, disamping perbanyakkan lagi pengambilan buah buahan seperti prune, delima (pati buah delima aje, masam bukan main HELP!) kurma dan buah buah lain yang ku makan mengikut mood dan selera tekak. Air kosong 2lits sehari. Gasak  jugak ku nak habiskan dari pagi sampai petang.
 

 
 
Ini adelah contoh kelazatan yang perlu dihindari buat masa sekarang. Puas makan masa balik penang itu hari. Kalau ratah aje tak best kan, mestilah nak kena makan dengan pulut susu, santan, sedikit gula lepas tu apa lagi ngapppp laa. Terima kasih emak.

 
Inipon antara minuman kegemaran sejak dua menjak cuaca panas kemain membahang ni. Thai milk tea dan mestilah extra susu cair. Rasanya ini pon tak elok untuk diamalkan selalu. Sebulan sekali okay lah kut. Ini fatwa aku sendiri lah kan, HAHAHA.
 
 
Kitaorang dah berusaha dan akan sentiasa berusaha sedaya yang mampu, selebihnya berdoa lah agar dipermudahkan oleh Nya. Mungkin ada juga hikmah dibuka pintu hati untuk kami melakukan ivf sekarang (kalau boleh mestilah tak nak kan? sapa yang rela dicucuk cucuk setiap hari haha) kalau dari dulu dah buat mungkin benar dah ada baby(s) ataupon aku akan jadik lagi stress tak buleh terima kenyataan jika sebaliknya yang berlaku.
 
Sebab dulu tahap stress ku itu pon buleh tahan jugak sebenarnya, tapi sekarang dah semakin kurang dan baik Alhamdulillah :))
 
Belajar menerima keadaan dan takdir yang Allah dah tetapkan akan membuat hati sebenarnya lebih tenang, pendek kata REDHA. Tak semuanya yang kita inginkan akan selalu ada di depan mata, mungkin Allah gantikan dengan kesenangan hati dengan cara yang lain.
 
 
Baiklah.
 
 
Tidak akan lengkap entry ini tanpa sedikit show off masak masak oleh cik puan yang persis Nigella ini (omaigod) ya tuhan kau rasa macam nak log off terus tak? HAHAHAHA
 
 
 
 
Lepas balik clinic, pegi makan di Bangsar kejap lepas tu carik groceries apa yang patut, maklumlah nak eat-clean-diet kan mana buleh makan luar selalu. Wah. Kerajinan yang luarbiasa, kau jangan sekejap aje ye Sash. Malam tu, dinner kami ayam kurma dan sayur taugeh goreng bersama tauhu. Hmm dapnyaaa.. memang dah lama tak masak lauk kurma..
 
 
Lepas ni saya jugak berjanji dengan diri sendiri untuk tidak memakan lagi ayam goring kehepsi yang juicy itu secara banyak banyak, sedikit sedikit mungkin? HEH.
 
 
Jumpa lagi!
 

2 comments:

  1. Wah!!! Akak plak yg excited with ur upcoming IVF. All the best dik!

    p/s: nangis tgk pulut durian tu...dlm fasa diet, bleh jamu mata ja... T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u kak nina. Kiter pon nak eat-clean diet jugak laa :')

      Delete