Monday, February 20, 2012

Busy seperti lebah

Eh eh.. ada lagi lah. Ingatkan dah jadi tugu peringatan belog dia nih. Caras nampak?? Baca balik tajuk entry tadi. Baiklah, sama sama jadikan iktibar. Bukan mudah menjadi blogger tak berbayar macam haku. Kan belog sudah menjadi hidup segan mati tak mahu.. Cuba laa sekali hupdate entry dapat duit ribu riban, baru kelass kaaann?? *cakap nada pondan*

Krispy Kreme on 14th Feb. Kebetuan sambut harijadi mom :)
RV antara yang terbaik di Delicious. Alaaah.. naik 5gm aje pon lepas makan. So macam takde hal lah.
Dan lain lain lagi..
Dan lain lain lagi..

Ape nih? Lama tak bukak belog, sekali keluar gambar makanan tak semena mena. Jadi ini kerja kau yea Sabariah?? Ini adelah bulan yang paling sibuk. Abang Kassim, eh?? suami asyik asyik bekerja di luar negara. Naseb baik dekat dekat, kalau jauh jauh lagi lah rasa terumbang ambing. Motif kau nak terumbang ambing apesal pulak? Kata best sangat menjadi seperti lebah. Ha ha. Betul, hidup saya sama seperti lebah yang sangat sibuk. Huh.

Singapura, Jakarta, Manila adelah sama seperti makan kacang putih bagi kami sejak dua menjak ini. Pergi balik macam Shah Alam ke Kuala Lumpur pun ade. sobsob. Dalam pada tu curi masa jugak pulang menjenguk ibubapa di kampung halaman ataupun ibubapa yang datang melawat kami bersama buah tangan macam setahun tak jumpa.


Minggu depan rasa rasanye nak balik penang lagi. Nak bawa diaorang datang sini sebelum bertolak menunaikan umrah. Photo di atas masa pegi Ikea. Dapat lah habuan sebijik Love-pillow itu sebab jadi pemandu pelancong yang baik hati. Heh?


Ini jugak namanye rezeki jangan ditolak. Ha ha ha. Orang cakap untung lah kau jadi anak sorang nih tak payah berebut rebut. Tapi besar tanggungjawab sebenarnye anak tunggal. Banyak hati yang kena jaga. Ada jugak masa kena tepikan perasaan dan kepuasan hati sendiri demi orang orang yang kite sayang. Mereka semua sentiasa saya dahulukan dalam apa juga pertimbangan :)

Maka dengan kisah kisah itu, dapur di rumah akhirnye menjadi tugu negara. Indah dipandang, dipegang jangan. Gile lama tak memasak, paling hebat pon aku buat sarapan pagi aje yang boleh membawa kekenyangan sehingga ke petang. Malam pula, kami akan menjadi kupu kupu malam mencari makanan. Kalau ibubapa di sini, siang siang lagi dah hilang merayap. Ha ha. Sama aje anak dengan mak bapak kan. Paling tak jemu adelah aktiviti mengemas dan mencuci kain baju macam nak rak. Nak nak lagi bila travelling. Penat hoih. Macam mana kalau bertiga, berempat dan berlima kelak? Hew hew hew..

Terima lah lagu paling suka minggu ini. Dos nye adelah seperti 7 kali sehari layan tanpa jemu.



Terima kasih semua. Ta-ta.

winka$smiles!

2 comments:

  1. Sash, buat sarapan yang membawa kekenyangan ke petang adalah perkara biasa untuk i... huhuhuhu (nampak benor ke'pemalasan'ku)

    ReplyDelete
  2. U buleh salahkan lucrin. So, tak mengape. Ha ha ha.

    ReplyDelete