Wednesday, April 25, 2012

Aromatic Meatballs yang mengujakan

Ohai!

Lamakan tak hupdet entry. Hujung minggu adelah sepenuhnye beristirehat macam puteri raja. Motif sangat kan dari cik puan besaq kini bercita cita mahu menjadi si puteri pulak. Fitrah manusia lah begitu. Hew hew hew

Okay hari ini aku mahu mengajar korang memasak satu lagi recipe yang aku sendiri pon buleh kecur air liur sambil memasak. Cliche tu cliche. Abis tu, takkan nak ajar recipe yang tak best pulak kan. Engkau jangan nak main main, cepat salin kalau nak jadi terer macam aku. Ha ha ha ha Riak hokeh.

Tapi, ini pon ikut lah tahap kepandaian tekak masing masing memakan. Kalau suka buleh cuba. Maklumlah tahap memasak aku sekarang tengah berkobar kobar sejak menjadi rajin berblog walking ini. Nak nak pulak kalau selalu hadap belog si Nigella itu.

Sekotak minced meat
Seulas bawang besar
1/2 teaspoon cinnamon powder
1 teaspoon kofta powder. Yang nih buleh beli dekat Cold Storage. Berlonggok.
1 egg
1 teaspoon paprika
1 teaspoon salt
Sedikit scallions & lemon thyme.

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, Gaulkan sebati semuanye ( kecuali lemon thyme). Cover with plastic wrap masukkan ke dalam fridge and leave in for 1/2 hour cukup. 



Dah siap sedia beratur semuanya..

Lepas tu buatkan bentuk bebola ikut aje saiz yang masing masing nak. Kalau kecik kecik akan nampak comel aje dan senang nak goreng nanti.

Bila goreng kena letak minyak yang betul betul panas, dan alihkan kiri kanan bila dah masak kekuningan. Kalau tidak hancur bederai lah meatballs engkau, faham?


Gravy nye pula lagi lah senang. Yang nih memang bajet terer habislah kan engkau buat. Goreng bawang dalam sedikit minyak yang diguna untuk meatballs tadi, masukkan tomato puree, sedikit kofta powder, paprika tambahkan air dah biarkan ia mendidih. Masukkan meatballs tadi and tadaaaa.. siap uolsss! Hebat tak hebat tak?


Lemon thyme ini memang wajib diletakkan bila dah masak. Baru aroma dia akan menusuk qolbu jiwa raga engkau nokz. Buleh dimakan dengan nasi, garlic bread dan cicah dengan apa saja lah yang dihajati.


Tekstur nye memang malatopsss hokeh. Rasa pedas, manis daging dan rempah yang dimasak tadi semuanye complete. Memang The Other Half akan sapu licin lah malam karang. Ha ha. Buat lebih, harap harap buleh simpan untuk makan sampai esok.


Tangan comel itu sedang meratah ratah sambil menunggu kepulangan suami untuk sama sama raikan makanan sedap untuk dinner malam nanti.


Tahap kesedapan : 10/10

Tahap kesenangan memasak : 7/10 sebab kena goreng dan buat gravy asing asing. Kalau sekali masak semua aku bagi markah 10 jugak. Hahahahaha.


2 comments:

  1. terus rasa meluap-luap seleranya tengok entry nih... huih...kecur ayaq liuq...

    ReplyDelete
  2. Wahhh... Ini dah macam Nigella ni.. Hihi Dah siap salin, minggu ni boleh lah mencuba pula sambil berangan seperti Nigella. Haha

    ReplyDelete