Wednesday, December 5, 2012

In Syaa Allah Kalau Ada Rezeki

Halo semua. Ala macam cliche. Bohsan.

Sekali lagi.

Ohai darls! 

Bila bangun pagi dan mendapat perkabaran gembira dari suami adelah membuat sepanjang pagi kamu ceria sampai hangit sausage di kuali. Macam omaigod sangat?

Cerita ceria tang mana pulak neh? Biarlah dia menjadi sentimental value antara kami suami isteri dahulu. Sampai masanye akan kita bincangkan bersama. Ewah. Mintak penampar sangat kot? Kahkahkahkah!! Okay okay jangan nak jeng je jeng sangat. Sila lah abaikan demi kebaikan kita.

1. Sekarang sudah penghujung tahun. Bila selak selak balik kejadian yang berlaku di tahun ini, Alhamdulillah kebanyakkannya yang indah dan menyenangkan, despite few hiccups here and there biasalah takkan smooth aje sepanjang masa kot, so tak payah tipu. Semua orang tentu ada dugaan dan masalah masing masing, jadik pandai pandai lah nak uruskannya, takkan nak melalak macam takde iman aje sepanjang hidup kan. Jadik ambik lah yang baik baik aje jadikan iktibar. Yang buruk hodoh tak payahlah bawak sampai ke tahun baru, buat sesak nafas aje kot. Fikirkan yang positif, yang buleh membawa kegembiraan berkekalan contohnya perbincangan berkaitan hollymoon pada masa depan. Contoh tu contoh. Ha ha. Ikutlah jiwa raga uols, kalau aku itu aje dah cukup buat kegedikkan sampai ke bintang. Terus lupa duka nestapa yang menimpa.

2. Tahu tidak, sekarang kami sudah pandai memakan makanan yang sihat secara rutin dan lebih teratur gitu. Nanti akan I kongsikan resepi berkhasiat dan sedap paling penting senang gila. Minggu lepas sudah mula membeli brown rice. Maka secara permulaannya kitaorang makan selang sehari, sebab takut rasa muak pulak kan. Pastu bila dah pandai agak agak nak masak dia ni (sebab memula masak macam terlebih kembang, pastu terlajak kering kontang pulak) bila dah okay, terus The Other Half cakap dia nak makan tiap tiap hari lah sebab sedap. Kalau dia dah cakap sedap tu, memang haruslah sedap sungguh si isteri ini masak. Kalau terlebih masin terkurang apa pon, dia memang akan terus terang, kira senang ceritalah kan. Maka, makan lah kami brown rice itu setiap hari sekarang ini. Nampak, life is simple. Jangan kucar kacirkan. Makan brown rice pon buleh membuat kehidupan gembira. Hahahahaa. Layannnnn.

3. Selain dari brown rice, diet sekarang telah ditambah dengan avocado selang sehari. Nak makan tetiap hari pon musti tak lalu jugak. Memandangkan rasa avocado nih macam lemak lemak tawar, jadik memang tak sesuailah untuk diratah begitu aje selang sehari kot kang hidup pulak menjadi hambar. Sah sah tak jalan langsung. Maka, berselang pagi atau petang harus dibuat avo-smoothie dan ditambah dengan chocolate syrup. Nyum nyum nyum baru bersemangat minum. Suami pon begitu juga. Semangat yang luarbiasa nampaknya.

4. Bagaimana sambutan tahun baru kamu semua? Kitaorang haruslah pulang ke kampung halaman untuk makan durian sepuas hati. Memang gila tak sabar kali ni, bukan lah kat kl takde durian tapi masalahnye nak makan pulut durian macam mom selalu masak adelah sesuatu yang mustahil di sini. Maka sekarang sangat menghitung hari untuk bergembira ke arah itu. Jadi jangan kaco.

5. Pagi tadi setelah menghangitkan sausage untuk breakfast suami isteri, terus rasa tak lalu nak makan sausage sampai sebulan. Last last mampu cicah butterscotch dengan white coffee aje. Carik bihun, rendam, dan bercita cita mahu memasak bihun goreng untuk makan petang yang membawa kekenyangan hingga ke malam. Aku bantai aje ape yang kelihatan menarik di mata lantas turun ke hati ketika itu. 


Lalu terhasillah bihun goreng aku bantai saje. Ada ayam, udang dan sedikit left over daging dalam freezer pon dimasukkan jugak. Pastuh tengok bok choy, carrot dan kobis pon ade, jadik siap. Tambah black pepper sauce, oyster sauce, fish oil, sesame oil pong pang pang pang.. taaadaaaa! Sedap hoih. Dan tidak dilupakan cili kicap. Ohnomnomnom.

Itu aje lah trend terkini kehidupan aku. Kahkahkahkah. Malas memasak adekalanya masih seperti dulu juga. Ekceli bukan lah malas tak agak agak, (amboi kau ni pon kalau ayat nak kenenkan I, gigih kan membaca) cuma malas nak ikut recipe asal yang leceh leceh. Kebanyakan mesti aku akan tukar ikut selera dan tahap kemampuan aku nak memasak berserta mood pada ketika itu.

Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca budiman cewah, haddooo? 

Selamat bercuti kepada yang nak mengejar impian, selamat pulang ke pangkal jalan pada yang baru balik bersama kenangan, selamat menabung kembali kepada yang berhati besau nak melangkah panjang kelak (kahkahkah tak buleh blah yang ini) dan selamat menguruskan rumahtangga masing masing bersama yang tersayang.


Selamat Datang 2013 Tahun Cinta!

5 comments:

  1. Sebagai pembaca yg budiman, ahkak jugak mengucapkn slamat tahun baru sash :-) sila ingat kt i masa makan durian tu ya... Kalo bleh pos2 lah ke sini juga.... Huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Oit Cik Puan. Manaci citer separuh jek. Citer la sampai abes. Hehe. Happy coming 2013 to you to babeh.

    ReplyDelete
  3. Ahkak sweet tooth: Ha ha ha nanti Sash pos foto manyak manyak. Harap ahkak terhibur! :P

    Dot: Kahkahkahkah entry bersambung taun depan. Lalalalala

    ReplyDelete
  4. slmt makan degheyan....slmt balik kampong dan slamat dtg cinta utk kamuberdua....

    ReplyDelete
  5. Thank u Angah. Ayat last skali paling syahdu :)))

    ReplyDelete