Tuesday, February 19, 2013

London adelah best!


Tajuk tak menggambarkan keadaan gambarajah langsung. Hahahahaha. 

Halo orang Penang!
Halo orang Kyell
Halo tanahair!

Dah rupa macam dalam pantang aku hari ni. Alhamdulillah selamat sampai London awal pagi semalam. Kalau dah berasap hidung mulut semua maknanya memang sejuk melampau lah bagi aku. Bukan main main punye sejuk kali ni, selalunya kat luar tak pakai winter coat buleh tahan lagi, tapi kali ni kurang kurang pon kena sarung jugak long johns kat dalam. Pagi petang sama aje ooi. Sekarang kat luar adelah -1'c dan kabus yang tebal gila :"( tinggal tak turun snow lagi macam minggu lepas tu.

Sampai London pukul 5.15 pagi lebih kurang 13 jam setengah jugak perjalanan. Malam tu memang dah mengantuk dengan letih yang amat sebab seharian memang tak tido langsung. Duduk aje kejap, aku terus tido macam takde masalah. Hahahahaa. Bila terjaga rupanya dah dekat New Delhi, Ya Allah tak sangka buleh tido sepanjang tu. Selalunya paling cikai pon sejam dua aje, sekarang baru faham lain kali memang elok sangat amik flight malam macam ni sebab badan aku akan menjadi sangat sopan.


 

Bukak mata aje ape lagi, mintak makanan la. Rugi pulak rasa bila bayaq mahai mahai aku tak enjoy habis habisan makan dalam airbus ni kan. Hewwww.  Kesedapan satay tu memang tak dapat dinafikan dari dulu lagi malah semakin best pulak aku rasa kali ni. Ke sebab baru bangun tidoq tak tahu lah kan. Aku memang tak buleh sangat minum air sejuk kalau dalam flight, kang mesti rasa loya dengan kembang semacam aje jadik tekak. Jadi teman satay tu adelah teh tarik panas yang sempoi habis, siap mintak lebih lagi instant tea powder tu bawak balik ke hotel. Itu pon keadaan yang biasa berlaku jugak. 


The Other Half dari awal dah bercita cita nak makan lamb chop dia tu, tapi kali ni macam kecik pulak kalau banding yang selalu. Cuma diaorang tambah banyak salad dengan roti. Nasi pon ade jugak tapi sebab masing masing dah kenyang, masa kat epot kitaorang dah balun chicken mcdeluxe sorang sebijik. Dia sempat tido dalam empat jam aje lebihnya tengok movie sorang sorang. Iols haruslah sambung tido balik lepas makan. Hahahahah. Memang best gila kalau travel takde masalah macam nih. Aku punye tido sampai ke Amsterdam nokz. Itu pon bangun sebab perot jahat membuat onar. Hahahahahah. Pastuh basuh muka, tukar baju suma siap siap sebab dah nak sampai kan. Tak nak nampak permandangan langsung kat luar sebab awal pagi lagi, tapi yang best buleh tengok kat screen macam pilot tu. Geli pulak rasa. Kalau aku kat depan sure muntah bogek dah. Patut lah tak jadik pilot. Lolz

Kat Heathrow pon cepat sebab kitaorang ada fast track priority service pass tu, immi pon takde masalah cuma dia tanya ape aku buat sampai tiga minggu kat London. Kepochi punye pakcik. Nasib baik hensem. Hahahahaha. Luggage pon okay takde pulak diaorang suruh bukak ke apa, aku risau jugak sebab bag kami rasanya macam berat gila. Tapi tak bawak makanan ape pon sebab tahu kat sini memang takde masalah langsung dengan food. Tak payah nak memandai suruh aku masak ke apa kat sini ek. Ha ha. Bawah hotel bersepah kedai makan pak arab. Nak nasik biryani, ayam goreng, pizza semua ada. Tapi haruslah dah nama pon cik puan besaq, kalau takdak nasik kandaq kari campur banyak banyak terus tak baper nak laju sangat lah kan aku makan. Heeeeeeee :) Kalau nak makan nasik campur buleh ke Malaysia Hall kan? Sepanjang tempoh aku mai London ni tak penah pon pegi jenguk Malaysia Hall. Teringin lah pulak. Tengok lah kalau sempat pegi nanti, haruslah foto gebu aku itu menyusul di sini :)))

Sampai hotel pon awal sebab jalan dari Heathrow ke central London sangat smooth maklum lah pagi pagi buta lagi. Kitaorang amik black cab terus senang cerita, lagipon bag besar besar gabak kalau ikut tube takde tenaga lah aku nak heret kot.  Itu kira cukup tido tu, bayangkan tahun tahun lepas yang aku tak tido langsung sebab flight pagi dari Kl. Pastu bila sampai London pulak tengahari buta. Walking zombie sangat.

Masa dalam cab baru rasa pening pening, mengantuk pon ye jugak sebab letih sangat kot, kena pakai tudung sehari semalam kan. Dalam pening pening tu lalu depan Knightsbridge terus mata aku jadik segar bugar bila tengok kekasih lama, eh. Hahahahahaa. Keji.

Okay sekarang dah rasa mengantuk balik padahal baru bangun tido ngan breakfast aje pon. Nanti aku cita pasal rumah baru kami ni, ececeh macam biasa lah kan.. tetap nak kena selit jugak sebagai kenang kenangan di kemudian hari. 

Aku sempat berfikir sebelum tido semalam, ini berjalan berdua duaan aje, kalau heret baby(s) nanti tak tahulah macam mana keadaan si emak ini. Pukul 5 petang semalam aku dah berperang dengan mata sendiri sebab mengantuk bukan kepalang. Makan pon takmau dah, rasa nak nangis gila bila hubs tak bagi tido, kurang kurang pon kena tunggu sampai pukul 9 malam baru buleh tido macam biasa, sebab tak nak badan aku hilang kawalan kan. Takut nanti tak buleh fokus masa kat Oxford pulak. Kang sapa susah? Ha ha ha

Aku banyangkan lah jugak, kalau ada baby(s) harus lah nak bagi diaorang tido makan mandi semua dulu, buatnya baby(s) pon mewarisi penyakit jetlag emaknya jugak, mampuih aarr. Pastu secepat kilat aku tanya The Other Half, kalau in future nanti nak ke dia bawak kami lagi bila keluarga dah besar kan. Dia selamba aje jawab, InsyaaAllah kalau Allah bagi rezeki apa salahnya. Haaaaa..lega baru buleh tido lena. Apa salahnya jugak kan daddy tolong jaga anak anak malam nanti. Hahahahahaha

Selamat makan petang semua kawan kawan di tanahair ( kalau ade yang teringin hadap belog aku la ) Kitaorang kat sini baru merancang nak carik luch sebab kenyang lagi baru lepas sarapan aje. Semalam The Other Half ade suruh aku tengok map nak ke Bicester Village ( sebut Biss-Terr yea dahhlingss). Apa? Bicester? Omaigod. Omaigod. Biar betul dia nih. Patut lah aku jatuh cinta terlebih sayang kat dia lately. Muahahahahahaha

Ini lagu yang tengah hawwtt kat London dan haruslah masuk bertapak dalam kepala aku dah siang malam. Best best best best!!! Semalam aje dah dengar banyak kali kat Heart.fm :)


8 comments:

  1. sash, bila u plan nak ke bicester? I maybe jumaat ni. Mana tau kalu sama blh la kita laga pipi :) London mmg adalah teramat sejuk. Im down with flu n fever, spoil percutianku! hikhik

    ReplyDelete
  2. Hamboooi cik adik ni jalan sakan tak balik tanahair lagik?? Sejuk kan, klu kat bicester lagi sejuk kot. Kitaorang baru dok belek map, either friday atau saturday kot rasanya. Klu nampak you i rasa dah kenal punye :))) U dok area mana? I masih kat Park Plaza. Dah try taza kebabs? Hahahaha i belummmm..rindu gila! Take care, and get well soon ;)

    ReplyDelete
  3. awwwww... terasa seperti blogger sgt popular pulak bila ada org kenal ni. hahaha. i kat nottingham ni, drive to Bicester from here. padahal aritu dr London pun dh pegi. nafsu shopping membuak camtu la kan? ish ish ish. ni lah pompuan. kihkihkih. alaaaa i xde pun try taza kebab. sedap sgt eh? next time la, eh? ;p

    babe seriously kalu kita jumpa kat bicester tegur tauuuuuuu....

    ReplyDelete
  4. Gila tak fofulaarrrrr!! Rugi laa klu i tak tegur :))) taza kebabs sedap sgt, murah ngan besar pulak tu memang puas makan.. Yeah alasan untuk datang next time kannnnnnn :P

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat naik kelas perniagaan ni. I miss that satay. Tapi, pikir2 the extra RM21K that I can save (for her to shop) dengan menaiki Y class, maka tinggal kenangan sahajalah.....

    U pernah cuba scone dgn cloted cream tak kat sana? I tak pernah lagi la. Gi la, lps tu boleh cerita kat I kat mana nak beli clotted cream yg best.

    Have fun ya :)

    ReplyDelete
  6. Doc, ni semua hasil belas ihsan ahli keluarga. Mana yg sempat i bodek, nasib badan lar. Hahahaha. Kalau duit sendiri u ingat i nak ke duduk mengebat gini? Lagipon duit i kan tak penah cukup dr dulu..lolz

    Tak penah lagi, nanti i carik..weekend ni kitaorang balik london lagi :D

    ReplyDelete
  7. Kat KL ni yg best kat Teapot Cafe kat SS2, memang best walaupun the clotted cream tu rasanya bukan yg original. Ada yg kata M&S punya tu OK jugak. Yg Devonshire should taste better tapi tak tahu pulak market mana yg jual.

    Wah! Balik London (macam balik kampung pulak :)

    ReplyDelete
  8. Doc dia sama macam yang kat Harrods Knightsbridge tu ke? Ali cakap kat situ macam ada, tapi tak tahu lah yang tu clotted cream ke apa sebab i beli macaroons aje. Maknanya kena pegi tengok balik la kan? Ke macam mana? Hahahaha :P :P

    ReplyDelete