Tuesday, February 5, 2013

Nasi goreng sempoi



Okay, sekarang tolong abaikan rupa paras nasik goreng I. Walalupon mungkin ade yang terus nak pitam  bila tengok foto ni buat julung julung kalinya kot. Ha ha ha. Eh ini bukan sebarangan nasik goreng okay, cuba eja balik tajuk entry kat atas. Aku masak dua tiga hari lepas sebelum menutup kitchen dengan rasminya pada bebila masa dari sekarang :)

Selalunya kat rumah memang jarang buat nasik goreng melainkan kalau betul betul malas tak buleh blah, ataupon sedang merana akibat pms, amboi. Maka, katanya tak kuasa nak berdiri lama lama di dapur sambil pakai sweater dan stokin. Memang aku begitu. Kalau witch itu muncul,, sehari semalam la aku sarung sweater. Tapi kejadian ini bukan akibat witch pon tapi lebih kepada nak menghabiskan apa yang patut. Yeay.

February dan Mac ( oh yeah dan juga April ) adelah menjadi sesangat busy. Ekceli takde lah nak lompat bintang sesangat pon bila hitung hitung balik penat yang bakal ditanggung kelak. Sekejap di KL, pastu di Penang sat, pastu singgah UK kejap tengok apa yang patut ewah ewah, lalu balik semula ke KL. Pastu rehat kejap, amboi tube pon tau rehat kot? Pastu pulak, nak pegi tengok project kami di Bandung. Puiiii. Hahahahaha. Semua nih kalau dibuat rumusan adelah project yang bakal menjahanamkan aje.

Jadik sapa sapa yang nak jumpa aku sila la buat appointment awal awal, itupon tertakluk kepada jadual aku macam mana. Hahahahaha Penampar nak?

Pastuh The Other Half kena travel lagik katanya. Aaah? Tolong lap peluh sat ? Oh yeah, lepas tu nak pulang ke Penang semula. Dan begitu lah kitaran hidup kami buat masa sekarang. Saje hupdet sesiap kot kot karang nak bukak belog pon dah rasa menggeletar kepala lutut.

Sapa yang beriya cakap tak mau berjalan langsung tahun nih kot? *Tiup rambut*

Okay berbalik kepada nasik goreng sempoi ni, antara yang paling senang dan sedap yang mom ajar sebelum aku kawen dulu. 

Bahan bahan utama

Nasi, aku guna brown rice. Yeah masih peka dengan kesihatan nampak gayanya.

Cili kering. Kau rebus dan kisar aje siap siap, simpan fridge. Kalau nak buat kan senang cedok aje. Aku masukkan dalam 3 sudu besar. Kasi pedas, baru puas hati makan.

Bawang puth, bawang merah dan sedikit belacan. Kisar semua sekali.

Mesti ada jugak ;

Daging atau ayam. Tapi aku guna daging sebab ayam dah goreng berasingan.
Kobis. Wajib. Celery pon wajib. Kalau nak tambah sayur lain dipersilakan jangan malu malu tapi macam tak sedap kot? Ha ha 

Panaskan minyak, Goreng bawang putih bersama daging. Jangan sampai garing. Masukkan bahan kisar tadi,  kicap pekat dan garam. Kacau hingga pecah minyak. Baru masukkan pula nasi dan akhir sekali sayur sayuran. Goreng hingga kering dan tak melekit.  And taadaaa, siap. Senang macam magic kan. Dan yang penting takde ciri ciri telor di situ. Nampak tak, nampak tak? Dah dekat 3 minggu tak makan telor. Sadis!

Memang rasa dia sangat evergreen, tang bau belacan tu lah yang sempoi habis. Pedas, pastu kat hujung hujung dia ada rasa manis kicap sikit. Antara yang paling kick lah kalau makan tengah malam sambil tengok movie. Tak sedar buleh bertambah tambah jugak. Nak nak lagi sekarang memang makan brown rice aje kat rumah, maka langsung tak rasa guilty pada diri sendiri kalau nak cedok nasik lebih pon. 

Rugi la sapa tak cuba :P 

Okbai.


Ending yang tah ape ape.

No comments:

Post a Comment