Thursday, May 15, 2014

Rumah kami di Radisson Blu


MyMulti-3. Elok sangat lah beli kad ini jika berhajat nak duduk dalam seminggu dan berjalan sampai ke zone 3 iaitu Blue Mountains. Kalau nak ronda ronda yang berdekatan aje, buleh ambil multi-2. Belum apa apa, dah kena keluar $126.00. 

Tapi berbaloi lah jugak sebab unlimited travel on trains, buses, light rail and ferries. Paling jauh memang kitaorang sampai ke Blue Mountains. Banyak cerita bakal menyusul kelak. InsyaaAllah.


Halo!

Kitaorang selamat sampai pukul 10 pagi, Alhamdulillah semuanya sangat dipermudahkan, takde masalah langsung. Dekat Immi pon beratur dalam 5 minit aje, lepas tu ambik bag dan terus breakfast dulu. Pegi pekena chai latte + flat white, kau sampai $13.00 Aku buleh buat lagi sedap kat rumah kot.

Tapi dah nama pon nak berjalan dengan bergaya kan.. gasak lah hang. Hahahaha. 

Konsep kami, kalau berjalan mana pon makan sentiasa kena didahulukan, dan tak buleh kurang. Sebab masing masing pemakan yang tegar. Ha ha ha. Yer la kan.. kalau berjalan perot tahan lapar pon tak seronok kot? Lagipon bukan selalu. 

Tapi bila balik hotel aku lah yang rajin dok mengira bajetnya jugak. Orang penang memang begitu. EH. HAHAHA

Sambil tarik bag keluar, sempat lah nak sondol sondol ambik foto kan sementara tunggu taxi.

Ada lah 3- 4orang sebelum kami. Lagipon pukul 1 petang baru buleh check in. Taxi terus ke hotel lebih kurang 20 minit aje,  dengan harga $56.00



Radisson Blu Sydney

Buleh carik info dekat tripadvisor. Malas nak cerita panjang sebab semuanya syok belaka kalau aku cerita kan. 

Ini lah rupa rumah sementara kami selama seminggu di Sydney Australia. Terletak di CBD, nak jenjalan ke mana mana pon sangat lah mudah. Dan yang paling penting, makan! Nak cari makanan halal pon dekat. 

Best sangat sebab first time menjejaki Sydney dan memang berpotensi untuk daku pergi lagik. HEH.

Ini antara hotel yang best kalau kat Sydney. Memang dua tiga bulan jugak kitaorang buat homework carik tempat yang betul betul berbaloi untuk duduk selama seminggu tu. 


Ni back entrance dia yang selalu kami gunakan untuk jalan ke Wynyard Train station. Tak jauh sangat lebih kurang 300-400m dari hotel. Tapi kalau jalan waktu malam, jenuh menggigil dagu jugak tahan sejuk.


Masuk bilik, mandi, solat dan rehat rehat kejap.. lepas tuh terus perot dah mula lapar lagik. Gigih lah kitaorang pegi carik kebabs. Alhamdulillah dapat jugak, seberang jalan aje pon. Punya lah besar gabak, sampai tak habis pon daku makan.

Sempat la lepak kejap, pegi ushar ushar line kat Wynyard station, study map ape yang patut. Masa tu kepala aku dah pening lain macam. Sebab atas flight aku tido 4 jam aje. Terus kitaorang nekad balik hotel sebelum keadaan bertambah dahsyat HAHA, tunggu lepas Maghrib baru keluar pulak.



Amboii kaki dok silang bagai kat situ. Awat lama sangat tak tau?? Mentang mentang bini dok kalut ambik gambar.

Masa kitaorang pegi ni memang tengah Autumn, tapi dia punya sejuk memang dah macam winter sesangat. Tapi ok la sebab tak hujan langsung, kalau tidak lagi susah nak menapak. 

Kalau kat sini memang banyak gunakan kudrat dan kaki lah ye. Jalan tu pon tak payah lah nak melenggang lenggok sangat, kalau tidak tercicir lah dikau ke belakang nanti. 


Setiap kali nak pilih hotel, kalau buleh mesti nak yang ada free wifi. Kalau tidak mesti rasa sedikit down gitu. Tapi jangan risau, kalau tak dapat wifi dalam hotel, kat luar memang merata rata. Dalam ferry pon ada tau. 

Laju pulak tuh, kira kalau setakat kau nak upload 10 keping foto serentak dalam IG memang takde hal langsung. Aku lah tuuu. Ha ha ha



Sebab masa booked hari tu memang ada mintak bilik yang cun dengan permandangan harbour lah konon sebab nak hollymoon kan, sekali sampai semua dah fully booked. Kalau ada pon yang lagi giler mahal, nak upgrade buleh jugak tapi kena bayar lagi berapa entah. Tak payah lah kot, ini pon dah cukup bagus.

Lepas tu diaorang datang hantar sekotak hadiah bersama kad cinta, eh. Nak ambik hati letteww.. 

Terus weolss feefeeling pengantin baru kejap. Hahahaha.


Circular Quay. Dari hotel dalam 500m aje pon. Buleh ambik ferry dan ronda ronda satu Sydney. Dengan adanya multi-3 tu memang dah tak payah risau pasal transport langsung, buleh turun naik ke mana sahaja yang kau nak bila bila masa.  

Petang tu lepas Maghrib kitaorang keluar pegi test-try-kawasan. Dari circular quay, ambik ferry menyusuri Harbour Bridge terus ke Darling Harbour bersama darling husband. Sweet ke tidaaaaak ?

Jalan jalan ke Harbourland malam tu, sangat happening giler, sebab kat sini jugak terletak Hard Rock Sydney. Kitaorang tak beli apa apa pon kat sana, sebab bukan peminat tegar HRC.. jadi pegi setakat nak ambik foto aje. Itu pon sebab dah kebetulan ternampak. 

Kitaorang pegi ke sana hanya lah untuk memenuhi satu mission yang dah lama terpendam dalam hati. 



Okay. Nanti rajin aku sambung lagi. Sebab dah tak larat nak mengarang tetibe.  Hi hi hi.


2 comments:

  1. wah...tambah kurus la sash balik msia nanti ;-) banyak bejalan ni...terbakar semua lemak2 degil...heheheh...

    ReplyDelete
  2. Kak.. Masalahnya lemak itu tersangatlah degil kot. Ha ha ha. Dah selamat sampai Kl dah :)

    ReplyDelete