Thursday, October 23, 2014

When in doubt, travel.


\

Nampak ke tidak ciri ciri kegigihan di situ. Ke nampak sangat takde keje kau Sash, pegi la sidai baju ke apa kan. Saja lah nak buat kenangan, sebenarnya daku baru terbeli ankle boots lagik. Ha ha ha. Kitaorang pegi jengok jengok H&M yang baru dibuka dekat NU Sentral tuh. Dah alang alang kan. Lagipon memang selesa giler bila pakai, terus jatuh hati. Tak pernah lagi daku ada ankle boots color begitu. Okay kot? HEH.

Minggu lepas sedikit mencabar emosi akibat sesuatu di luar jangkaan berlaku, tak semena mena masa  mid cycle ada spotting pulak.  Dah kenapa pulak kan. Lepas jumpa Dr Nicole ( bukan nama sebenar ) masih tak berapa nak puas hati sebab dia cakap takde apa yang kelihatan pelik 'di situ '. Ha ha. 

Bincang punya bincang, pasrah aje lah kena tunggu dan lihat. Tak sabar giler nak balik rumah dan telan ubat yang dibagi, dengan harapan beserta doa yang banyak agar semuanya okay seperti sedia kala, gitu. 


Traveling is my drug of choice. Ecececeh.

Daku punya susah hati sampai tak selera nak makan, tapi singgah Mahbub habis jugak sepinggan bukhara dia. Lapor! 

Dah lah nak travel kot, buat nye sakit teruk ke apa kan. HAHAH. 

Dasar Gemini memang begitu. 

Alhamdulillah. Malam tu terus takde apa apa yang luarbiasa dah. Crystal clear kau. Ha ha. Lega gila rasa hati. Sepanjang dua hari tu husband asyik dok suruh bed rest dah pulak kenapa. Dia memang jenis pen-risau begitu. 

Tapi tak lama pon, kelmarin petang aje  daku dah memberontak nak keluar. Mana buleh duduk lama lama dalam bilik kan, maka ke Dip Dip di Bangsar kami pergi :)


Triple chocolate crepe. Ya Allah dia punya manis lemak berkrim menggoncang seluruh pelusuk jiwa raga ku. Dah lama teringin nak makan, tapi dua tiga kali lalu ke situ asyik penuh. Dah lah kat area situ memang susah nak parking, teringat zaman pegi bukak braces tetiap bulan kat area tu jugak, jenuh pusing rasa nak nangis pon ada kadang kadang. 


Ewah. Ewah. Sebelum makan mesti lah kena senyum simpul simpul dulu. Yang husband ponnn.. melayan kot. Hahahaha.

Kesedapan sangat! Kalau ikut hati tetiap petang pon daku mampu ratah benda alah ni, tapi kena sedar diri sebab berat senang mencanak naik. Bukan setakat berat, daku alah jugak kalau selalu makan benda benda manis nih, sebab mula lah jerawat nak naik tak tentu hala, nak nak kat dagu botox itu. KAHKAHKAH. Keji diri sendiri please. Eh dah risau kenapa pulak. HEH.


Sampai kat luar pon orang makan, kat dalam pon ade jugak orang dok beratur tunggu kitaorang bangun aje. Mesti lah tapau jugak kan, bukan senang nak mai celah nih kalau saja saja. Lagipon hari nih memang daku dah tak memasak pon, apa lagi layan lah chocolate tu sampai lebam sementara tunggu si suami pulang bawak makanan. I sanggup.  Nyum nyum nyumm. 

Kau tak memasak langsung ke Sash? Amboi amboi..


Kambing ada. Ayam ada. Sayuran pon ada. Okay lah tu. Musim musim hujan nih masak begini aje yang laju. 

Dalam minggu ni sekali aje daku memasak dalam rela, itu pon bukan nye jenuh nak menggoreng tumis bagai. Ushar dalam magic freezer ku ada lagi stock kambing dengan ayam yang dah diperap. Nih kena habiskan jugak, sebab nak kososongkan sebelum bercuti nanti. Jadik malam tu kita 'kenduri' uolsss. HA HA. 

Daku cuma tambah thyme dengan rosemary aje. Pastuh campak sekali carrot dan potatoes. Masak jugak butter rice sebab sendiri yang teringin. Itu aje lah kot.

Okay.

Packing dah. Web checked in dah. Kasut baru pon kau dapat dah :P

Esok ke Perth lah kami, InsyaaAllah. 


Hingga jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment