Thursday, July 19, 2012

Marhaban Ya Ramadan Al Mubarak


Stock untuk disumbat dalam magic fridge aku. Ini untuk bekalan sehari dua berbuka dan bersahur kelak. Habis semua makanan ini, kita bawak berbincang lain lah nanti ;)


Ohai!! Rindunye berbelog lama lama!

Ini adelah enty laju laju untuk menyambut bulan puasa tak lama lagik. Sepanjang awal minggu lepas adelah sedikit kurang sihat *sobsobsob* tapi hari ini Alhamdulillah! Syukur! dah  makin bersemangat dan sihat seperti sediakala. 

Jadi dengan laju lajunye jugak, hubby wifey ini pegi membeli barang barang keperluan untuk dimasak berbuka dan bersahur hujung minggu nanti. Maklumlah hidup di kota ini kadangkala menjadi tergesa gesa dan susah untuk menjejakkan diri yang comel seadanye ini di pasar setiap pagi. Hahahaha..Kalau dikira kira, hanyalah dua kali aku ke pasar ttdi itu. Dia aje yang besar dan agak dekat dengan rumah pon. Yang lainnye haruslah menapak di carrefour dan cold storage aje untuk membeli grocery. Tapi semenjak Publika dah berdiri megah belakang rumah, makin gigih lah langkah aku ke sana tak semena mena dan semakin liat jugak mahu memasak. Kat sana ade Cawan uolss. So siang malam pon i macam takde ape hal kalau nak hadap di Cawan, sebab tersangatlah sedap makanan dia. Antara yang selalu aku makan di situ adelah nasi lemak, mee kuah dan Lontong. Makk aihh meleleh hokek! Pagi pagi dah ratah lontong dengan rendang daging. Siapa lah yang ajar engkau makan cengini Sash? 

Baiklah. Ini jadual kerja untuk hari pertama sahur dan berbuka nanti. 

Untuk pagi pertama bersahur, saya dah berkira kira mahu men-makan garlic bread, cicah minced meat yang tak tahu lagi nak dimasak apa. Kalau rajin buleh lah buat sedikit salad express di pagi pagi buta untuk sang suami. Dia pon bukanlah jenis pemakan berat di pagi hari. Kira sangat senang lah kerja aku nanti. Kalau dah dasar pemalas memang payah laa..Hikhikhikss

Tak dilupakan juga, haruslah meminum Milo fiber dan sedikit buah buahan berserta kurma demi kesihatan usus masing masing. Info kesihatan ini dibawakan khas oleh cik puan besaq dot com.


Omaigod kecur air liur please. Ini adelah perbuatan kami sewaktu balik Penang secara mendadak tempoh hari. Haaiihh.. Tak sabar nak balik berbuka dan beraya nanti. Bam bam the bam bam lah hakuu jawabnye..

Okay okay iklan kejap.

Menu berbuka pula, kami dengan rasminye sudah sama sama bersetuju akan men-makan nasik. Hahahahaha. C'mon tell us something new. Macam tak buleh blah sangat kan. Nasik pon gigih nak buat bahan masuk entry. Bukan. Bukan nasi biryani. Tapi nak berbuka dengan nasi tomato yang paling sedap di dunia. Ececeh. Lauk pauknye masih di dalam perbincangan, sebab tertakluk kepada akta kekuatan dan daya tahan badan si isteri lah kan. Tapi Insyaallah akan diusahakan jugak kalau suami nak makan. Pahala tu pahala. Kalau isteri yang nak makan, maka bergandalah pula pahala sang suami kena pegi carik sampai dapat. Hahahahaha

Hari nih adelah puasa terakhir di bulan Syaaban. Jadi memandangkan suami perlu ke site, tak tahu pukul berape dia pulang, harap harap sebelum berbuka lah kan. Maka berbuka di rumah aje lah kot. Paling cikai pon dah cadang nak masak ayam kicap tapi wajib pedas pedas belaka. Padahal baru baik demam aje pon. Selera huru hara lah sangat sejak dua menjak ini.*Pasrah*

Kepada semua, Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak, selamat menjalankan ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga doa dan amalan kita semua akan mendapat keberkatan dan hidayah Allah SWT. Amen.


Tahukah anda 20 rakaat solat terawih dapat membakar lebih kurang 180 kcal. Jadi apa tunggu lagi uols, jom sama sama tambahkan berkat dan kurangkat berat :))


-Sash-

No comments:

Post a Comment