Wednesday, August 22, 2012

Eid Mubarak!

Halo semua!

Selamat Hari Raya :)

Raya kat Penang semestinya gile best seperti setiap tahun. Walaupon tak ramai, tapi dua ekor ini cukup memeriahkan suasana Syawal yang mulia. Makan makan marathon adelah seperti tiada berkesudahan nampaknya. Dari seminggu sebelum raya memang sangatlah menderhaka dengan disiplin diet sendiri. Dari berbuka memang dah tentu tentu makan nasi, lepas tu moreh pon melantak nasik jugak dan sahur pon dah pandai makan nasik. Bila raya menjelma, haruslah nasik yang diberi pendekatan untuk sekian kalinya juga.

Ibubapa adelah paling gembira bila tengok anak anak menjadi kuat makan dan berselera besar gabak.

Kepada muslimin muslimat yang masih berjaya mengekalkan berat badan yang ideal seperti sebelum raya, tahniah diucapkan. Ha ha. Kepada yang kurang berkemampuan mengharungi dugaan dugaan seperti saya, Good luck lah yea. Cuti ade lagi seminggu lebih kat sini, mampuih aaaaaaahhh. Help!

Ini cerita kalut di pagi raya.

Lepas solat raya, semua bergegas pulang ke rumah. Kalau dulu singgah ngeteh ke apa dulu, kali ini tidak lagi. Banyak menu yang nak kena dimasak, maklumlah raya ini semuanya mom masak sendiri,  dah takde buffet macam tahun lepas sebab semua orang bercuti masa hari raya pertama. Jadi sendiri makan, sendiri hidanglah.

Terus tukar uniform bibik sementara lah hakuu hari itu. Bohsan betui. Naseb baik dah siap sedia dah keperluan semua, cuma perlu tumis apa yang patut aje.



Tema tahun ni adelah true-blue vintage gituu. Sampai ke wire braces pon aku pakai color biru jugak. Naseb baik pilih mid night blue, kalau yang terang terang sah sah lah bertukar warna tak sampai sebulan sebab banyak makan kari kat sini..

Baju kurung pahang dari Ho Chi Minh City nokz, siap bermanik bagai adelah wajib untuk aku kalau tidak macam rasa togel aje pulak. Ha ha ha. Tudung  beli kat outlet Aidijuma The Curve aje. Cantik tidak, cantik tidak? Hahahahaa. Mahal uolsss tudung mak datin itu walaupon bawal aje, kalau aku beli kat Jusco penang buleh dapat 5 helai kot. Tapi Juma punye pasal gagah lah jugak nak pakai kannnn..


"Nak, kalau mahu duit raya, meh tukar baju pegi masak cepat tak payah lah kau nak bajet hot pepagi buta ini sebab tak ada maknanya" Kahkahkahkah

 

Purata duit raya aku tahun ini adelah sedikit lebih dari tahun lepas. Alhamdulillah rezeki rezeki. Senyum sampai telinga lah cik puan besaq, sambil tido pon rasa tak senang. Tak sangka kertu kertu begini pon buleh kira duit raya lagik. Mengharapkan belas ehsan ibubapa dan suami aje lah pon, orang lain takdenya nak hulur kat aku kot. Ha ha ha.. dasar mata $$ memang tak dapat lah mak nak nolonggg nokzz..


Lepas sesi bergurau senda dan bermaaf maafan di pagi Syawal yang mulia itu, sarapan pagi sama sama, mulalah aktiviti memasak. Malam raya dah siap anyam ketupat, masak rendang, ayam masak merah dan kuah kacang. Lemang beli seberang jalan aje, memang berlonggok diaorang bakar kat sini. Pastu siapkan paste bawang, cili dan seangkatan dengannya untuk dimasak pagi raya pulak. Senang sikit kerja kan, kalau tidak, mahu tak merasa makan tengahari tetamu tetamu yang datang nanti.


Kami masak biryani kambing, ayam kapitan, korma kambing, udang goreng masala, dalca pon ade jugak, acar mentah dan sedikit manisan.

 

Mom ade jugak buat dua tiga jenis biskut raya, yang lain kitaorang beli aje, kek memang wajib buat sendiri,  rich fruit cake dengan prune, chocolate dan butter cake juga. Tidak ketinggalan manisan gulab jamun, makanan tradisi keluarga yang wajib ada. Dia ini dibuat daripada susu tepung dan sedikit telur, dimasak dengan butter/ghee, dah dimakan dengan air gula. Letak dalam fridge dulu, ratah sejuk sejuk mak aaihhh.. terbaaekkk! Raya aje lah nak merasa makan, hari hari lain tak pernah ade masa nak buat pon :)) 

Tetamu tak putus dari tengahari, sampai lah ke malam. Mahu lemau dan lunyai jugak. Kaki tangan semua dah sengal sengal, pukul 2 pagi baru selesai mengemas segala lepas tuh terus tido terbongkang tak ingat dunia dah.

Raya kedua pon kena masak lagi. Raya ketiga dapat berehat rehat kejap. Dan raya keempat sambung masak lagi sekali untuk keluarga yang jauh pulak.

Penat tapi seronok. Lemau tapi berbaloi bila tengok semua orang gembira. Tak kisah lah kan, bukan selalu..setahun sekali, tak ada yang lebih bermakna selain dapat bersama sama yang tersayang di hari yang mulia ini.

Selamat hari raya semua. Kepada yang sibuk dengan rumah terbuka, makanlah dengan berhemah juga. Kepada yang sudah pulang ke kota, selamat bekerja dan berhati hati di jalan raya.

Sementara yang masih berfoya foya itu, redhoooo aje lah. Hikhikhiks

4 comments:

  1. Sash, meriahnya raya :-) seronok i baca... Teringin nk rasa manisan gulab jamun tu. Bawak balik skek untuk i eh.... Hehehehhee...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah nnt i dah pandai buat gulab jamun, i bagi u rasa. Hikhikhik. Yang ni i jadi tukang makan aje, klu nak fresh dan lagi sedap, kena tunggu i balik pakistan nanti :D

    ReplyDelete
  3. amboi meriahnyaaaaaa....selamat hari raya....

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya angah. Klu buat laksa jemput lah saya jugak. hah hah hah

    ReplyDelete