Wednesday, August 1, 2012

Oh my coffee!

Halo semua. 

Cerita HCMC sebenarnye tak habis lagi. Maklumlah sibuk sejak dua menjak. Nak huplod foto pon macam menggigil gigil aje, ecececeh!

Okay. Mari dengar cerita kakak.

Kalau ke Vietnam, terutamanye ke syurga membeli belah di Ho Chi Minh itu, adelah menjadi tidak lengkap kalau masing masing tidak meminum kopi. Omaigod. Suka. Dari awal awal lagi sebelum berangkat dulu, memang dah bercita cita  perlu  men-minum dia ini. Sebab diaorang cakap, rasa kopi Vietnam memang lain dari yang lain, kalau setakat jenama N itu memang sah sah ketinggalan ke belakang lah. Eh? Betul ke? Betul ke? Eksaited sampai macam tu dulu.

Maka, letak aje luggage dalam bilik, benda pertama yang aku ingat, mesti minum kopi. Padahal makan nasik pon belum masa tu. Untuk makluman semua, aku ini memang peminum coffee yang tegar. Kalau sehari tak minum, memang bakal mengundang demam. Hahahaha. Tak kira ape jenis coffee pon buleh bantai tanpa rasa bersalah. Awal minggu berpuasa tuh, memang gasaklah tahan sakit kepala bertubi tubi. Caffeine withdrawal syndrome lah sangat kan. Lepas tuh okay laa cik puan besaq :))



Tengok! Its so special! Its so Vietnamese. Rasa dia memang unique. Betui tak tipu. Memula tu ade lah jugak aku terpandang lekeh aje dengan kopi diaorang nih. Tah tah kena minum bertinggung kat tepi jalan kot? mak aaaihhh  kalau macam gitu, sumpah aku cabut balik malam tu jugak. Makan pon dah belum tentu lagi macam mana kan. Itu cakap dalam hati sebelum pegi la. Tapi ternyata, Ho Chi Minh City adelah tidak seteruk yang aku sangkakan memula dulu. Tapi jangan lah kau pandai pandai nak bandingkan dengan city city yang lain, contohnye macam New York City ke? Hahahaaha. Eh tak semena mena pulak.

Aku pon bertanya lah dengan  diaorang kat lobby tu, kat mana nak carik coffee yang paling sedap di dunia. Jenuh lah jugak dia nak bagitau, siap dengan bahasa isyarat semua pon keluar tanpa was was lagi. Kat sini masalah utama yang aku rasa adelah bahasa dan sebutan masing masing. Diaorang memang susah nak faham, aku lagi lagi lah susah nak terjemahkan apa yang diaorang nak cakap. Yang penting, kena ada map, maka suruh diaorang explain berpandukan map itu. Senang sikit hidup kau di sana kalau bercadang mahu ke tempat tempat tertentu.


Rupa rupanye, tilik punye tilik map, dekat aje. Atas sikit dari Ben Thanh Market, sebelah kiri jalan. Cuma satu aje cafe yang menjual coffee vietnam  yang lengkap dengan wifi kat situ. Sempat lagi aku main facebook sementara tunggu kopi tu penuh. Lumrah lah kan begitu.



Memula dia akan bawakkan kita penapis kopi seperti kat atas ni. Dia akan letak susu di dalam cawan siap siap, dan kena tunggu dalam 5-10 minit macam tu untuk kopi dari tapisan itu masuk ke dalam cawan.


Dah siap. Masa nih, kalau tak reti nak buat sendiri, buleh lah panggil diaorang tolong bancuhkan yang selebihnye. Sikit aje kan. Tapi jangan bimbang. Banyak ini pon dah cukup untuk membuatkan engkau gila bayang dan terkenang kenang sehingga ke hari ini. Hahahahaa


Dalam family, cuma aku, dad dan arwah baba (father in law) yang meminum coffee dengan bersungguh hati.   The Other Half buleh minum sikit sikit aje, aku pon pelik kenape dia tak suka, mom memang dah tahap tak buleh pandang langsung. Jadi bila dapat kopi yang sedap, lemak, terasa aroma dia yang menggoncang qolbu macam gini, maka paling cikai cikai pon mesti lah pekena dua gelas sorang kan, macam dad minum nih. Comel! Hahahaha

Baru puas hati datang jauh jauh. Pastu sebelum balik, tapau jugak coffee powder tu sorang sebungkus, yang mana buleh tahan sampai setahun kot. Okay letteww.

Jadi jangan lupa, kalau yang berhajat besar mahu ke Ho Chi Minh City, wajib jugak mencuba coffee ini. Ekceli kalau nak cari powder tak susah, memang berlonggok longgok diaorang jual. Kalau terlupa, kat epot pon banyak walaupon sedikit mahal. Tapi tak kisah lah kan, janji haddooooo :)

2 comments:

  1. cayalah uncle!! bleh minum 2 gelas skaligus..memang comel..

    ReplyDelete
  2. Hahahaha sedap! Pastu jadi mcm adddicted, mesti kena minum lagi dan lagi dan lagi :))

    ReplyDelete