Friday, September 28, 2012

Kepada engkau si biadap!

Sekarang emosi sudah stabil. Maka saya memilih untuk meluahkan semua perilaku si biadap itu ke dalam belog saya. Memandangkan ini belog peribadi, adelah menjadi tanggungjawab kepada diri sendiri untuk berlaku adil. Tak perlu sesiapa susah payah berfikir untuk judge ke apa, ini adelah urusan saya dan dia :) 

Ini kejadian weekend lepas. Infact mungkin dah lama, tapi baru disedari. Mula mula saya acah tak acah aje membaca luahan keji dia itu di laman sosial. Mana buleh disangka. Sebab sebelum ini dia tak pernah menunjukkan reaksi marah atau gila terdesak pada saya, lepas kejadian mahu meminjam wang ribu ribuan ringgit itu dari saya. Mana mungkin dia seteruk itu, lagipon saya telah jelaskan jangan berharap sangat wang yang diminta, kerana saya tidak bekerja, jadi mustahil untuk dapat sediakan cash sebanyak dan secepat itu, dan saya sama sekali tidak akan mengheret suami atau ibubapa dalam hal pinjam meminjam ini. NEVER.

Setelah dibaca berulang kali, dan mendapat bukti bertulis (yea memang aku carik sampai lubang cacing bukti engkau yang sebenarnya menganiaya aku ) saya rasakan ada sesuatu yang fishy dalam kenyataan dia itu. Dia memang tujukan kepada saya, bersama tokok tambah cerita supaya saya dipandang perempuan paling buruk dan jahat, maka dialah pihak yang paling teruk dianiaya oleh si perempuan jahat ini.


Banyak sangat penulisan dia yang menghina dan mengkenen kenenkan saya akibat dia tidak mampu mendapatkan wang dari saya. Dan sebelah itu antara bukti bertulis yang saya dapatkan mengenai keterlanjuran kata kata dia di belakang saya. Bagaimana dan dari siapa itu tidak penting. Sebab saya memang  tidak akan membuang masa untuk mengetahui tentang hidup dia tanpa sebab. Bila dia berani mengheret nama saya, maka dia harus lah menerima pembalasan nya juga.

Kepada kamu si biadap :

Engku ingat aku ini jenis yang bagaimana yea? Diam dan takut apabila kau mula memperlekehkan aku sebab nak menagih simpati orang. Engkau totally tukar cerita, dan bila mendapat sokongan pengikut engkau, maka lagi hebat engkau berdrama? Macam bagus sangat kan kau.

Engkau ingat engkau ni siapa mahu menjadi kurang ajar dengan aku? Engkau jangan ingat aku ni jenis senang bagi muka dengan orang macam kau. Engkau sedar tidak bila engkau datang rumah aku, macam mana keluarga aku semua melayan engkau dengan hati yang besar dan banyak dengan kasih sayang? Tergamak engkau kan? 

Tiba tiba engkau menjadi marah tak tentu hala kenapa? Bercerita, mengumpat, berkata dusta di belakang aku. Ape kena mengena duit aku, duit suami aku, duit mak bapak aku, ke mana aku nak pergi, apa aku nak makan dengan hidup engkau? Apa motif engkau mengeji aku pada kawan kawan aku jugak? Engkau nak menagih simpati orang? Sebab aku tak bagi engkau duit ribu ribuan itu. Engkau sangat keji kan?

Engkau ni betul ke tidak? Atau Engkau dah hilang pertimbangan hidup? Tolong jaga mulut engkau, sebab benda nih tak akan habis di sini.

Here we go

Aku tak faham apa yang dia sakit hati sangat dengan aku, padahal depan aku bagai nak rak bermanis mulut kalau bersembang bertepuk tampar. Rupanya engkau guna muslihat yang sama pedayakan kawan kawan yang lain jugak? Jadi aku ini di tangga ke berapa yea carta mangsa tipu fitnah engkau?

Apa yang best sangat kehidupan aku dengan suami aku ni sampai masing masing nak terhegeh hegeh mengambil tahu, bercerita di belakang aku? Seriously perangai macam mak nenek. Apa yang aku ada dan kau tak ada, sampai aku kena buang masa tak semena mena nak menganiaya hidup kau ke apa? Engkau betul ke tidak?

Engkau ada suami, engkau ada anak anak. Kenapa tak jaga anugerah Allah itu sebaiknya daripada nak menjaja kisah kehidupan aku dan suami. Aku pon bukanlah siapa siapa yang engkau nak iri hati. Lawak. Mari gelak. 

Akhirnya engkau kata, aku yang menganiaya hidup engkau sebab tak tolong bagi duit kat engkau. Engkau ni betul ke tidak? 

Eeee geli la statement engkau yang bertubi tubi itu. Macam lah aku terhegeh hegeh sangat ada masa nak menganiaya hidup engkau, lain lah engkau buleh bagi pulangan profit pada aku. Tolong lah.

Ini antara bukti yang aku dapat. Nasib engkau memang baiklah setakat ini.

Engkau cakap memang kau tak bersalah langsung, kononnya ada manusia lain pulak yang menganiaya hidup engkau dan aku, kenapa perlu sembunyi sembuyi menghantar pesanan pada aku malam itu?  Laaaa... engkau ni siapa? Apesal ramai sangat yang nak menganiaya hidup engkau nih? Dah tak pasal pasal engkau seret aku sama untuk menjadi gang kumpulan wanita teraniaya? Sorry about that yea. Aku tak pernah rasa seteruk macam engkau. Sebab hidup aku penuh dengan limpahan kasih sayang. Wang ringgit mungkin tak semewah orang orang lain, tapi apa yang kami miliki hari ini adalah rezeki dan kerja keras suami aku. KERJA KERAS. Kalau lah engkau faham kerja keras tu macam mana kan..

Sekali lagi, aku sedikit tidak terjejas dengan apa yang engkau buat. Jadi, apesal engkau asyik menghantar pesanan pada aku, minta maaf dan harap dilupakan apa engkau buat? Apa kata engkau tulis balik apa yang engkau cakap seperti engkau mengeji aku di lama sosial itu? Engkau ni betul ke tidak?

Aku beranggapan bahawasanya engkau adalah seorang manusia yang biadap, tidak bertimbang rasa, tidak bersyukur di atas nikmat apa yang engkau terima, penuh dengan tipu daya, fitnah. Dan juga bodoh. Memang engkau berjaya membawa kemarahan aku, dan belum reda. Itu memang engkau berjaya. Kalau dari segi lain aku memang tak terjejas langsung. Sebab aku bukan jenis manusia yang tak beriman dan tak ada pedoman hidup. Kalau setakat hilang seorang manusia macam engkau dalam hidup aku, Alhamdulillah. Aku memang bersyukur sebab Allah bukak mata aku awal awal. Aku tak perlu meyakinkan kawan kawan yang lain pasal engkau, seperti yang kau lakukan bersungguh sungguh untuk menjatuhkan aku.

Kau lihat, Allah Maha Besar tahu tidak.

Kalau aku di tempat engkau, memang aku dah lama takut dan mintak maaf secara terang terangan bukan curi curi hantar private message sebab risau kantui dengan orang lain pulak. Masa engkau menyalak mengeji aku, kenapa engkau tak heran? Sebab engkau buka cerita aku yang menganiaya hidup engkau kan. Apesal engkau tak beritahu semua orang, pasal duit ribu riban yang engkau nak dari aku? Apesal engkau tak bercakap terangan terangan pasal kehidupan aku yang engkau kalutkan dan fitnahkan itu? Engkau ni betul ke tidak ni?

Jadi secara keseluruhannya apa yang aku  buleh rumuskan adelah engkau MEMANG cemburu dengan aku. Tolonglah terima kenyataan itu. Bila engkau susah, engkau mahu aku sama sama jadi susah macam engkau. Masalahnya engkau yang mencari susah, lepas itu mahu orang lain bertanggungjawab tidak semena mena?  Bila engkau tak dapat yang engkau hajatkan, engkau tabur fitnah dan menghina di belakang aku.

Sila lah jadi manusia yang tidak kurang ajar dan berfikiran terbuka. Nak warning aku yea? Nak menghentam aku dengan benda benda murahan yang engkau copy paste tah dari siapa. Aku rasa engkau patut selak dan fahami dulu sebelum engkau berniat untuk tujukan pada sesiapa. Lihat diri sendiri dan jadilah sedikit cerdik, walaupon tidak secerdik aku. Itu kenyataan, kau lihat..kadangkala kenyataan memang susah untuk ditelan.

Memandangkan engkau begitu lantang secara terbuka menyerang aku, aku berhak memberi respons cara aku jugak. Dan aku dah buktikan yang aku sendiri bersemuka bertanyakan pada engkau, walaupon bukan bertentang mata lagi. Aku bukan pengecut macam engkau. 

Pendek kata, Engkau memang kawan tak guna.


Jadi tak payah nak sorok sorok mintak maaf, sebab aku dah betul betul tak kuasa nak membaca tulisan engkau.


 Kalau ilmu panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Engkau tahu buruk padahnya.  

4 comments:

  1. WOW.....U GO GIRL!....HANGING TOUGH !

    ReplyDelete
  2. Sash, dia memang tidak betul... Pedulikn org2 mcm ni.... Doa banyak2, Allah makbulkn doa org yg dianiaya...

    ReplyDelete
  3. Melampau tau ENGKAU itu..bykkan sabar dgn karenah org cam tu Sha. Betul kata SWEET TOOTH tu...doa byk2 sbb doa org teranaiya ni ALLAH cepat makbulkan

    ReplyDelete
  4. Ade hikmah atas apa yang kami lalui tempoh hari. Alhamdulillah, sekarang rasa lebih 'aman' bila bawak ' haluan sendiri'. terima kasih atas sokongan kalian semua :)

    ReplyDelete