Monday, September 3, 2012

Post-raya stories

Cerita Aku

Sudah kembali ke pangkuan kuala lumpur. Rumah masih cantik seperti dulu. Ha ha. Raya pon dah habis. Yang tinggal hanyalah sakit baki kueh raya dan separuh kek yang mom buat sebelum kami pulang. Dan ada juga sedikit bekalan serunding daging.

Bangun pagi, kemas rumah, basuh baju dan ajak suami membeli grocery seperti dulu dulu. Stock bekalan makanan perlu dilengkapi di dalam magic fridge yang dah lama menjadi usang, sebab yang ada cuma sedikit minuman ringan kegemaran, dan makanan kering.

Maka rutin memasak pon bermula lah hari ini. Rindu pada kampung halaman ada lah jugak sedikit, tapi tak apa apa, sebab bulan depan Insyaallah akan ku pulang lagi. Hoyeaah.


Jeruk betik pedas. Mak aaihh, kalau pegi Chowrasta wajib beli betik nih selain dari amra dan mangga muda. Beli sikit sikit aje, ambik syarat katanya. Tahu.. memang tak elok kalau makan benda alah ni selalu, tapi kalau dah sampai kecur air liur kalau lalu ke situ mana buleh tengok saja kan. Beli sebungkus, campur dengan mangga muda. Ini pon memang buleh tahan lama. Sebab aku sorang aje yang makan. Yang lain semuanya penjaga kesihatan terlampau, payah nak cerita! :P

Cerita Dia

Hari bekerja keras untuk sang suami pon sudah bermula. Dia dijangkakan menjadi sangat busy sehingga awal tahun depan. Paling busy bermakna banyak akan melakukan perjalanan sambil bekerja dan isteri ini akan sedikit sebanyak ditinggalkan sehari dua. Okay itu sedikit sedih. Tapi kenapa aku menaip sambil tersengih sengih pula? 

Yang gembira, adelah kami sedang menantikan perkabaran kot kot lah ade rezeki ditempatkan untuk beberapa tempoh tertentu di negara itu untuk project yang sedang diusahakan. Tak kisah lah bila, sebab aku dah sepenuh jiwa bersedia ke arah nya. Hahahahaha. Itu kalau ade rezeki. Kalau tak ada pon tak mengapa, Allah dah tentukan. Hidup macam sekarang pon dah cukup buat kami bahagia. Adalah jugak kekurangan sana sini, biasalah manusia.. mana ade sempurna kan. 


Makan berempat. Tapi yang dua itu makan acah acah aje , yang lagi dua memang betul betul punya makan. Habis nasik, ratah lauk pauk pula. Naseb baik mendapat ibubapa yang budiman dan suka bagi anak anak makan non stop. Hahahaha

Cerita Raya

Seronok beraya uolss? Kitaorang puas sungguh beraya lama kat kampung halaman. Punye lah tido makan aje kejenya, sampai berkilo kilo lah naik lemak di badan masing masing tidak terkira kot. The Other Half sampai diserang demam bila jejak aje kaki di sini. Demam sebab terlebih makan ke demam sebab rindu tak dapat makan sesuka hati macam di Penang? Tak dapat nak dipastikan lagi kesahihannya. Harap harap tak berjangkitan lah dengan aku, karang banyak keja yang tak menjadi. 


Char Koey Teow terbestest dekat rumah. Kalau balik sana tak pegi makan, memang mengundang nestapa lah jawabnye.. Aku seperti biasa mesti yang special punya, sebab ada udang banyak. Makan pulak dengan cili jeruk.. Malatopsss nokz!

Cerita Langkawi

Pertama kali kami berdua ke Langkawi menaiki boat.  Gila punye best. Rupanya tak jauh mana pon dari rumah ke Kuala Kedah. Dad yang cadangkan, walaupon mula mula memang lah aku berasa was was, sebab tak tahu macam mana keadaan bot tu nanti. Nak nak pulak, asyik hujan aje dua tiga hari lepas raya masa tu. Mom pon tak berapa nak setuju sebab dia memang penakut laut. 

Pegi sana dengan tujuan utama nak membeli kelengkapan dapur macam mak mak orang. Yang kedua nak bermadi manda di pantai sampai puas hati. Aku kan wanita pulau. Mana buleh aku tengok laut tanpa berbuat apa apa begitu sahaja.

Masa perjalanan pulang, dad bawak pegi makan laksa teluk kecai. Yum yum yum. Diaorang cakap kuah laksa ini adelah dari belud? Betul ke? Aku sapu jugak semangkok licin..



The Other Half memang tarik muka sepanjang nak naik boat dari Langkawi sebab kena heret berkotak kotak akibat perbuatan aku di sana. Hahahahaha. 

Cerita hari ini

Aku terpaksa masak di rumah. Dah dibeli macam macam jenis punye periuk belanga, kalau tak nak masak jugak memang carik penyakit lah sangat kan. Hahahaha. Dulu selalu cakap, periuk besar takde, periuk kecik kurang, pinggan tak cantik menyebabkan kurang selera nak makan di rumah, sekarang ini aku sudah tak buleh nak bagi alasan tak mau masak lagi, bila tengok kembali akan bahan disaster itu.


Thai pumpkin soup bersama chicken. Pertama kali masak macam gini, dan menjadi sangat sedap. Buleh makan dengan nasik panas panas, cicah bersama roti atau dihirup begitu aje. Siang malam pon takde hal, bulah aje makan tanpa henti. Penangan masak dalam periuk baru kot. Hikhikhikss.

3 comments:

  1. Hoooo...Kecur air liur tengok Kak Sash tayang makanan.
    Saya pun pernah dengar kuah laksa Teluk Kecai dari belud. Tapi satu dua mangkuk juga saya makan. hihih

    ReplyDelete
  2. Selamat pulang ke pangkal jalan sash.... Huhuhuhu...ingatkan x nampak dah jalan pulang ke kl :-D ehehehe.... Kalo tau u pi langkawi, sure i pun nk terkirim beli sebarang dua periuk tu.... Hahhahahahaha :-p

    ReplyDelete
  3. Carmello: Betul la laksa tu kuah belud ek? kak sash tatau! Ya Allah tak sangka aku pemakan makanan exotic hahahaa

    sweet tooth: Lagi panjang la moncong cik abang nanti nak heret barang, jenuh i tadah telinga dalam bot. hahahah

    ReplyDelete