Friday, September 21, 2012

Nasi daging Utara uolss..

Foto instagram cik puan besaq. Ternyata instagram adelah botox di alam maya. Suka gila.


Sebelum tido malam semalam sudah berangan angan walau apa pon terjadi nasi mesti dimakan oleh aku. Heh heh heh. Maklum lah sudah tiga hari tidak bernasik. Bukan tak memasak, memang memasak bagai nak rak saban hari, tapi akibat lemak sudah meningkat ke 50kilo dengan bangganya, takut hoih takut. Aku pon nak lah jugak merasa selim melim macam Duchess of Cambridge itu kaannn. Tapi itu untuk tiga hari aje larr, hari ni pepagi buta dah rendam beras, nak bagi panjang panjang sebab nak masak nasi daging, Omaigod. Duchess of gemoks haddoo.

Akibat keperihatinan sang suami, sejak puasa hari tu memang kami sepakat mahu menggunakan beras herba ponni kalau memasak di rumah. Basmathi dah jarang jarang digunakan, tapi bila balik penang macam biasalah punah semua cita citaku. Kini dah sambung balik memakan makanan berkhasiat gituu. 

Tips cik puan besaq, ewah ewah : Beras ponni nih kan kecik kecik dan ringan, kalau nak panjangkan sikit buleh lah direndam selama  1-2 jam sebelum memasak yea kawan kawan.

Bahan bahan 

Daging batang pinang, kalau nak extra lembut dan juicy lah kan. 
Minyak dicampur sedikit mentega

*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Bunga cengkih
*Bunga lawang

Daun pandan
Serbuk kayu manis
Rempah sup tulang Adabi
Tomato soup, kalau takde buleh gantikan dengan tomato puree. Kalau ade lagi baguih la, sebab keharuman dia yang agak luar biasa.
Garam, gula secukup rasa

Paste nasi daging

2 sudu besar rempah kurma
Bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar
Campurkan semua sekali, dan letak tepi. Jangan kacau.


Memula masak sup daging dulu.

Sup daging

Tumiskan bahan bertanda * bersama sup Bunjut tulang Adabi. Nak guna jenama lain pon takde hal, aku guna yang ini sebab mom dah ajar dari memula, taknak lah menderhaka kan. Ha ha ha

Bila dan wangi dan sedikit garing, masukkan daging dan air. Masak dengan api perlahan sampai daging empuk, kira macam masak sup biasa lah kan. Itu pon nak kena ajar ke? Engkau ni ponn..

Lepas siap masak sup, masak lah nasi nye pula..see, senang kan.. dalam pada tu buleh lah jugak kuarkan bahan bahan untuk buat air asam jugak. 


Nasi daging

Tumis bahan bertanda * daun pandan, dengan mentega dan sedikit minyak.
Masukka paste nasi daging yang dibuat tadi, masak hingga pecah minyak dan menjadi wangi macam nasik kenduri kawen engkau.
Masukkan 2-3 sudu besar tomato soup/tomato puree, dan kacau lagi jangan putus asa.
Masukkan beras yang telah ditos, kacau sebati.
Curahkan sup daging yang dah siap dimasak tadi perlahan lahan ke dalam nasi, ikut sukatan macam masak nasi biasa lah. Cuma bezanya tak gunakan air kosong, digantikan terus dengan sup daging.
Perasakan dengan garam dan gula, kalau nak sedap masukkan aje sedikit serbuk Knorr secukup rasa tu, dan masak nasi seperti biasa.

( Daging kalau nak dimasukkan sekali dengan nasi pon buleh, nak diasingkan untuk dihiris nipis kemudian pon buleh, ikut citarasa tekak masing masing )


Taraaa siap, senang aje kan tak payah tunggu kenduri, masak sendirik pon menjadi nokzz. Kalau kat Penang, memang selalu sangat dapat makan nasik daging, nak nak masa bulan puasa. Moreh kat sana memang nasik dagingggg memanjang. Kami lah perut perut yang bahagia bila pulang ke kampung. 


Aku selalu makan nasik dengan sup sampai licin. Lepas tu cicah daging dengan air asam sambil ratah banyak banyak. Dapnya dapnya!


Dua tiga hari yang lepas, telah memasak bihun goreng singapore. Malaysian yang masak, singapore yang tak semena mena mendapat nama apesal, eh tak paham haku. 

The Other Half punya lah suka, walaupon dia bukan pemakan bihun dan mee yang tegar macam aku. Sambil makan sambil puji yang tak buleh tahan tu.

Aaah, that guy itu sememangnya sweet :)


Bihun singapore idaman kalbu. Ada udang, ayam, dan sedikit sayuran. Elemen penting adelah sambal kicap itu. Malattopppss uolsss.


Sekarang buleh berehat. Isnin depan pulak kita masak yo. * Haar haar haar *semput lagi* :P


-Sash-

4 comments:

  1. adooi sedapnya ..pandai la cik puanbesaq masakk...

    ReplyDelete
  2. Mengasah bakat yg hampir tumpul. Ha ha ha

    ReplyDelete
  3. Wow..pandainya sash masak ...boleh buka restoran ...tq 4 the recipe...

    ReplyDelete
  4. kepandaian yg tak seberape kot, cuba la nnt ;)

    ReplyDelete