Monday, January 21, 2013

Just a monday rambling

Hari ni adelah hari pertama puasa ganti. Ade lima hari lagi nokz. Memang nak sangat bayar puasa awal awal tahun cengini, lepas tu kiter buleh fokus puasa sunat aje. Baru hati lega bila tidak terbeban hutang dengan Tuhan. Kalau hutang kad plastic tu pon dah tak senang duduk inikan dengan Allah. Tak begitu.

Dan ini adelah first entry jugak untuk aktiviti menggeletis di dapur tahun ni. Bukan lah sepanjang minggu minggu lepas aku goyang kaki tangan macam banyak cantik muka kau aje, cuma tak sempat nak mengarang panjang dan takde tenaga banyak banyak akibat selalu pulang ke kampung halaman.

Oh by the way, my blood test results came back dengan jayanya hujung minggu lepas, kecuali yang satu tu aje lagi. Overall cantek lah jugak hahahahaha melainkan cholesterol level yang tak buleh blah. Dah borderline uols, dah borderline. Namun, tak terkejut langsung. Sebab aku ingatkan lagi tinggi dia akan mendaki. Kahkahkakah

Maka tak ade lagi stok telur puyuh banyak banyak kat rumah, telur biasa pon akan cuba dielakkan, macam seminggu sekali okay lah kot? Seafood tolong pegi jauh jauh sekarang. Tolong. 

Lama mana tak nak makan nih? Sebulan sekali aku jenguk jenguk lah mereka. Ekceli bukan lah tinggi luarbiasa lagi, cuma takut bila dah borderline maka akan berpotensi lah dia mencanak naik dengan jayanya kalau aku tak control kan :'(

Tadi dah masak siap siap untuk iftar malam karang. Selalunya kalau berpuasa memang akan memasak paling lambat pon lepas Zuhur. Lepas tu buleh rehat lama lama sikit. Kalau masak dah nak dekat berbuka nanti, menggeletar lah kepala lutut aku jawabnya. 


Karahi chicken. Buang kulit bagai, kasi naked sama dia. Ha ha ha. Cadangnya nak makan sampai sahur jugak. Cicah dengan capati Kawan. Okay lah kan? Karahi ni aku tambah tomato soup dan lemonade. Wangi satu rumah. Tak sabar tunggu The Other Half balik. Tak dan bukak kasut dia dah puji melambung. That guy memang begitu.


Bok choy goreng dengan sesame oil. Campak lah baby carrot dengan garlic banyak banyak. Tak rugi pon. Kalau dulu I suka letak crab meat atau shrimp jugak, lagi manis rasa soup dia nanti. Tapi buleh gantikan dengan isi ayam, no hal lah :)


Nanti dah nak dekat berbuka baru buat salad ni. Ade lettuce, tomato, cucumber, blueberries dan low fat fresh yogurt. Kalau nak letak buah lain pon sedap. Dad selalu tambah grapes. Sedap!


Bukan. Ni bukan nasik minyak. Ni lah brown rice yang kitaorang dok pulun makan sejak dua menjak ni. Rasa macam nasik biasa jugak, tak lembek pon, kalau nak aroma dia macam nasik minyak tambah aje lah daun pandan.. Senang kan nak makan makanan berkhasiat ni. Buleh pelbagaikan, masak nasik biryani ke, nasik daging ke pon sedap. Nasik goreng hailam pon laju bertambah kitaorang makan. Yang penting kena rajin aje. Kalau malas, tak mampu lah nak nolong.

Tapi semalam tido dalam sedikit rasa guilty sebab termakan nasik lemak sedap gila belakang bangsar village tu. Aku letak ayam goreng, sambal sotong ( kuah aje pon ) dan kerang goreng cili padi. Memula cakap nak makan separuh aje sebab dah malam malam buta plak tu, pastu sampai licin aku balun akhirnya. Yang tinggal hanyalah telor dan kacang goreng, itu memang tak berani lah nak sentuh. 

Must exercise :(

Kalau masak nasik lemak kat rumah, I guna santan kotak aje pastu tambah air. Bukannya aku tuang sekotak penuh pon, jadik kurang lah rasa guilty kan :P

Dalam sebok sebok dengan healthy diet, blood test ini blood test itu, jumpa gynae secara berhemah sempat lagi kitaorang nak melencong kejap April nanti. Ha ha ha. Ini adelah keputusan yang tidak disangka sangka. Biasalah me and my random decisions. Sekarang tengah gigih merancang (selain merancang keluarga) lepas Ramadan dan raya nanti,  ingin menjalani hollymoon sekali lagi dengan sang suami. Kan dah cakap, hollymoon ni mengketagihkan.


Like a proper sweet escape? *licik*

1 comment: