Monday, June 24, 2013

Random sebelum puasa



Bahan ilmu pertama bulan nih. Dalam banyak banyak yang aku nak beli, ini antara yang paling berguna di masa hadapan kelak InsyaaAllah. Niat dah ada, belum mendaftar lagi tapi dah risik risik apa yang perlu, masih dalam proses perbincangan seisi keluarga mengenai tarikh dan sebagainya. Bukan tahun nih, tapi bagi I yang belum pernah menjejak kan kaki ke tanah suci, elok lah cari ilmu awal awal secukupnya dulu kan. Moga Allah permudahkan segala urusan kami. Doa doa doa :)

Ooh Hai semua!  

1. Jerebu teruk sesangat dari kemarin. Nak keluar sidai baju pon buleh jadi stress. Balcony macam dah seratus tahun dah bercuci. Eeee geram pulak aku tengoknye. Lagi stress bila dapat tahu baju Jovian yang sepatutnya aku pegi amik minggu lepas tuh tak siap siap lagi. Sehari dua nak puasa baru buleh dapat. Dah dua kali tunda. Nak marah, tak sampai hati :))))) stress sikit takpe la. Dush! Dush! 

2. Lagi berapa hari aje dah nak masuk bulan Ramadan, maka makin gigih lah kena bersiap sedia mental fizikal. Tahun nih tak dapat pulang menyambut puasa di kampung halaman, TAPI takpe. Tak sedih sangat pon sebab seminggu sebelum raya aku akan pastikan kami pulang berkampung dengan jayanya sampai habis Syawal. Hahahahah

3. Tahun ni Eid akan jadi extra meriah. InsyaaAllah. Keluarga mertua akan datang berpuasa dan beraya di sini jugak. Lama tak jumpa diaorang semua, walaupon selalu skype, tapi mana nak sama duduk bertepuk tampar sekali kan. Seronok lah ramai ramai macam gitu nanti.

4.Tapi yang paling penting, dad dah janji dengan aku nak shopping raya kat sini minggu depan. Maka yang lain tu dah turun carta kurang berkepentingan lah. Hahahahaha. Bukan lah nak beli apa pon, saje aje nak bawak diaorang jalan jalan kat sini, pastu I pon dapatlah habuan apa yang patut.

5.Antara usaha terakhir sebelum Ramadan jugak, jumpa gynae. Well, tell us something new sash. Heh :P

6.Biasa lah kan dah nak puasa raya nih. Aku memang bajet ramai yang bertandang kat rumah macam selalu. Maka banyaklah soalan soalan yang nak kena aku telan sampai keluar air mata. Sekarang pon dah ada jugak dengar sikit sikit. Yeah aku kawin dah lama. Tapi kau bukan tahu segala gala? Aku tak pregnant, yang engkau terguris sangat dah kenapa?  :) 

Yes, i am hormonal so don't mess with me kelak bakal membawa susah. Bersyukur lah.

7.Memang sengaja kalau buleh aku tak nak bukak braces lagi, senang dengan adanya braces aku tak payah banyak sembang dengan orang, buleh aje pura pura sakit gigi. Ha ha. Hambek kau kena sakit betul betul karang, hilang seri Aidilfitri aku +___+ 
Hujung minggu kena jumpa ortho, tengok lah dia nak cakap macam mana.

8.Persiapan sambut puasa takde apa apa lah sangat. Cuma dah mula mengaji dengan gigih dari biasa, ada masa terluang baca lah sikit sikit pon takpe. Dalam hati sebenarnya aku sangat berbangga dapat suami yang buleh mengajar, menegur aku bila lambat solat, bila tak pegang Quran. 
Persiapan lain, takde apa apa pon. Nak berhias bagai rumahtangga tak lah jugak sebab kami bukannya beraya di sini kan, tapi setakat nak salin langsir baru buleh lah kot? Alaaaa..curtain rumah kami buatan Ikea aje. Yang mahal mahal tak mampu kot lagi. Lain la ibubapa berhajat nak menaja? Heh. 

9. Tema raya dah ditetapkan oleh aku. Hahahahah. Tapi last last nanti suma bawa halatuju masing masing jugak. Sadis.

10.Selamat berpuasa sunat di bulan yang mulia ini dan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak untuk semua muslimin dan muslimat. Semoga ibadah dan doa kita semua mendapat keredhaan Allah SWT. 


No comments:

Post a Comment