Tuesday, October 8, 2013

When one door closes, the other one opens

...but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us..


Laaaaamaaanyaaaa  :)

1. Bukak belog jugak, cuma tak sempat nak mengarang. Seminggu dua yang lepas, teruk aku kena back pain. Dari bahu,  tulang belakang sampai ke kaki semua sengal lain macam. Dia punya sakit sampai bawak ke demam. Mom cakap aku silap makan ke apa entah. Sebelum tu, kitaorang pegi bedal nasik lauk kampung dekat Sambal Hijau Sg Penchala. Banyak lah jugak aku hadap kacang botol rebus dengan sambal hijau, ikan bakar bagai cicah air asam. Sedappppp kan. Sebab tu ke?

Lepas tu kitaorang tapau pulut durian. Hahahaha. Takkan tak buleh makan pulut pulak dah? Semalam rasa macam bisa bisa muscles lagi. Gasak.

2. Sah. Raya Haji kat KL aje. Sedih gila aku. Ibubapa pulak tak dapat datang sebab diaorang ade buat qurban kat sana. Lepas tu nak pegi Guangzhou pulak. Syoknya depa. Kitaorang tak balik sebab sang suami tak buleh sambung cuti lama lama sebab Aidilfitri itu hari memang lama sangat dah cuti. 

Minggu lepas aku pon dah siap beli ketupat segera Nona nak rebus di malam raya. Harap harap tak kedengaran lagu dendang perantau. Huh? Hahahaha. Tampar nak?

3. Alhamdulillah.
Penantian kami selama ini berbaloi. Darling husband akhirnya dah dapat permanent resident di sini. Walaupon selama ni diaorang cakap kalau expat memang tak jadi masalah nak dapat PR dan cepat, tapi tak semudah tu jugak. Jenuh naik turun Putrajaya. 

Sampai kurus aku sejak dua menjak. Eh tetibe dah kenape.

Ada yang menunggu bertahun, ada yang sampai dua belas tahun pon belum tentu lagi. Terus masa memula nak apply dulu, dalam hati aku dah rasa macam tak seronok kot.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sempurna untuk kami. Syukur sangat sangat. Sebenarnya dari bulan puasa dah dapat berita, cuma perlu selesaikan beberapa process terakhir lagi sebab tu tak berani aku nak over excited sangat. Alhamdulillah dah selesai semuanya. Rezeki yang tak disangka.

 

Lalu, hujung minggu itu kami pon pegi meraikannya secara kecil kecilan berdua sahaja. Berdua lah kau pon, sape lagi nak mengekor? Baby follicles haddoooo lah. Ha ha ha


Sedaplicious. Walaupon masa nih memang tengah sakit sana sini macam mak nenek, tapi nenek ini tetap layaaan uolss..lol


4. Sedang menunggu masa nak men-tonton Insidious2. Hari tu kami telah menakutkan emosi masing masing dengan The Conjuring. Lepas tu Raaz3. Ya Allah, serious seram dia mak aaihh... Tak tipu. Balik rumah, nak tido pon terbayang bayang muka hantu tu. Hahahaha. Bila dah siang hari, sambil masak pon aku buleh terkenang kenang lagi. Nak mandi lama lama pon dah tak senang.  Aku memang begitu. Tapi tak serik.

Jadi hari raya nanti, kami dah bercita cita nak pegi tengok movie dan lepak lepak aje :) Jangan sapa sapa sebok nak datang beraya rumah aku. KAHKAH.


We don't have to fear this moment. We could go slow, see where this goes. Cos you'll never know :) Ewah. 

Tu kat Wondermama Bangsar jer pon. Tak payah nak perasan sangat.


5. Yeah. Sehingga ke saat ini, aku masih lagi di dalam fasa untuk mensesuaikan diri dengan retainer. Masih rasa tak selesa, masih rasa leceh gila bila kena pakai sebelum tido tetiap malam seumur hidup. Inilah dia yang dikatakan takde keje pegi carik keje sangat. Gasak. Penah jugak aku ngelat tak pakai satu malam. Tapi esoknya bila bangun pagi, aku bajet muka aku macam pelik pulak. Hahahahaha.


Suka saiko diri sendiri lah katakan.


 Payah punye pompuan!!

2 comments:

  1. Congratulation to ur hubby...to u as well :-) Akak pun raya haji x dapek nak coti lelama. Cik abe keje, so no pint amik coti pun. Cuti hari raya tu je la... but I'm lucky coz my parent & MIL dokek yo umah... pagi di PD, petang balik Klang... malam kembali ke pangkal jalan... hehehehe....

    ReplyDelete
  2. Thank u kakak :D besttttnyaaaa.. Janji buleh blk kampung di pagi raya okay lettewww..

    ReplyDelete