Friday, February 21, 2014

Honey what's for dinner?


..Kalau nasi goreng tak lah aku bersungguh sangat nak jawab selalunya :)) 


Wajib test-market dulu sebelum suami pulang. Nampak macam banyak kan.. nampak aje tu. Separuh nasik, seketul drumstick dan acar timun. Dia punya kenyang buleh bawa sampai ke malam kalau takde orang goda aku dengan manis manisan petang nanti. 


Setiap Friday di rumah saya akan seperti rumah kenduri. Setiap Friday mesti kena masak yang paling terbest. Nasi biryani ke, nasi minyak ke, nasi tomato ke yeah contohnya macam gitu lah. Sorry..nasi goreng tak tercalon dalam kategori itu. Dia dikategorikan seperti masak segan tapi nak hidup kena lah jugak makan. Ha ha ha


Tak tahu berapa kali dah setahun aku akan masak nasi tomato. Ada kawan aku cakap yang dia masak nasi macam gini pada musim musim perayaan sahaja. Ikutlah keperluan masing masing kan. Kitaorang yang jenis pemakan nasi begini, nangis lah kalau tak pelbagaikan menu nasi setiap minggu. 


Ayam kapitan ala penang mari punya. Paling senang dan yang penting mesti lah sedap. Cara dia masak macam ayam rose, bukan ariana rose ye ha ha ha cuma masukkan satu sudu rempah kari ayam. Tumiskan macam biasa. Jangan lupa goreng sedikit ayam terlebih dahulu. Sempoi aje kan? 


Dah alang alang dok eksyen dengan menu tengahari dan makan malam, alangkah baiknya kalau aku tempekkan sekali sarapan pagi tadi. He he he. 

Pasta goreng ayam fishball udang apa adanya.

Tengah kemas kemas kitchen tadi pastuh nampak spaghetti tinggal separuh balang, udang dengan isi ayam pon tinggal saki baki aje.. rimas pulak tengok separuh separuh tertinggal macam gitu kot. 

Masukkan semua yang ada, MAKAN! Sebab tu masak lunch lambat sikit tadi, sempat lah aku pegi main facebook dulu. HEH.


Esok suami cuti yeay. Dalam erti kata lain kitchen tetutup. Sekian.

2 comments:

  1. Alamak...baru plan nk masak nasik goreng je malam ni (mood malas!ahahahha). Salute la kat Sash...rajin betui masak2 :-)

    ReplyDelete
  2. Ha ha kena rajin lah kak.. lain la klu keluar keje kan..itu buleh ngelat takpe ;)

    ReplyDelete