Thursday, December 29, 2011

Roti jala gulai ayam

Selamat petang puan puan. Diharap puan puan gembira disamping suami dan anak anak. Maklum lah cuti sekolah bakal berakhir tak lama lagi. Jadi mesti ramai yang sedang menghabiskan masa cuti bersama keluarga masing masing. Ewah ewah apesal keluar cerita skema rumahtangga nih cik puan? Tak paham.

Terlebih hormon gembira bukan kepalang kot.

Hari yang indah ini saya mahu berkongsi resepi masakan kegemaran ramai. Hahahaha. Bajet chef jadian lah kononnye. Bukan apa, petang tadi saya telah berjaya belajar satu lagi resepi masakan dari mom. Mari saya tunjukkan.


Roti jala dengan gulai ayam. Akhirnya selain daripada menjadi hebat akibat men-makan, sekarang saya sudah buleh dengan bangganye mengakui kehebatan menjala roti pula. Memang tak semudah yang disangkakan. Kalau tersilap cara, mahu terurai terus roti tu sebelum masuk ke mulut.

Jadi saya tidak mahu menjadi pandai seorang diri. Saya mahu berkongsi kehebatan ini dengan puan puan semua. Pahala percuma pun dapat kan kalau berkongsi ilmu nih tau. Takmo kekwat kekwat hokey. Jom kita pandai sama sama.

Resepi kuih jala paling senang dan sedap!

1. Tepung gandum. Kalau nak lagi lembut dan sedap guna MFM yea puan puan - 2 cawan
2. Telur 2 biji
3. Air 1 cawan - Yang nih kena agak agak yea, masukkan sedikit sedikit. Tak nak terlampau pekat atau cair, nanti tak cantik macam saya. Eh?
4. Secubit garam. Jangan banyak. Nanti saya cubit. Hep!
5. Sedikit pewarna kuning. Pink? Kau jangan nak memandai. Dengar cakap chef.

Cara caranye

1. Blend kan semua bahan tadi sehingga mereka sebati dan sehati.
2. Titiskan sedikit pewarna kuning.
3. Masukkan ke dalam acuan, kalau juraiannye tak putus putus dan tak terlalu tebal, maknanye memang cantik molek lah roti jala uols tu nanti.
3. Panaskan non stick pan, sapu sedikit minyak ke atas pan dengan daun pandan sebab nak wangikan roti jala tu nanti.


Acuan roti jala yang saya guna


Percubaan pertama saya. So so aje. Sebab tangan menggeletar bukan main.

Mom masak kuah durian. Sangat sedap. Lepas cicah dengan gulai ayam, cicah dengan kuah manis pulak. Baru puas makan.

4. Mula jalakan di atas pan. Biarkan beberapa saat sahaja. Angkat dan lipatkan ikut citarasa.

5. Nah siap. Yum yum yum


Apa punya senang lah roti jala kau nih sash? Sambil tido pun buleh buat kalau cengini. Ha ha ha. Kan saya dah cakap, saya nak kongsi resepi yang senang memasak, hebat dimakan.

Sekarang mahu makan nasik gulai ayam dengan cili padi kicap pulak.

Harap maklum. Saya sedang gemoks dot com.

Jumpa lagi semua.

2 comments:

  1. Sash... Resepi gulai ayamnya??? Share lah skalik... Uih...lapo perut tgk gambo ni....

    ReplyDelete
  2. Rasanye penah letak kot recipe tu dalam entry2 lepas. he he. Alaa gulai kan senang aje. Lolz

    ReplyDelete