Wednesday, April 20, 2011

200 sudah..

Mom's polka dot. Cute naaa. Saya suka cicah dengan white coffee di petang hari


Apekah pulak?

200 hengget?

Bukan. Bukan. Takde berkaitan duit hengget pon. Saje propa lebey. Ini adalah entry saya yang ke 2oo. Cheh! Baru ke dua ratus sudah mau bikin kecoh. Orang lain menulis bagai nak rak tiap tiap hari takde ape hal pon. Eh itu lain. Menulis adelah kewajipan mereka. Mereka menulis dan mendapat upah. Aku menulis kadang kala mengundang masalah. Kah kah kah. Keluarkausekarang!!


Gurau tu gurau. Ape barang hidup tak boleh bergurau.

Weekend saya sudah mahu pulang ke kota. Kota yang semak dengan kereta. Kota yang semak dengan manusia. Tapi saya harus pulang juga kerana kewajipan saya menanti di sana. Tak mahu bersedih duka, kelak menjadi derita jiwa. Eh keluar lagi ayat gurindam jiwa saya ini. Aparar. Ini adalah kejadian asli. Takde kaitan dengan suhu sekeliling.

Mom akan membekalkan saya dengan pudding penyejuk tekak, sejujurnya saya masih tak tahu nama sebenar akan pudding itu. Maka sampai ke saat ini saya dengan yakinnya memanggil ia pudding penyejuk tekak. Saya sangat teringin nak memakan rendang ayam. Maka mom akan membekalkan saya rendang pedas ayam juga nanti. Dad seperti biasa akan menghulurkan apa yang patut buat bekalan di rantau kelak. Kah kah kah! Thank u mom. Thank u dad. Semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya selalu. Doa saya tak pernah lekang untuk orang orang tersayang -Sebak melanda-

Sedih dalam hati bila kira hari. Tapi saya mesti tabah. Tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Insyaallah dua tiga hari bila kat sana okay lah saya. Mudah mudahan. Pembawakan ape tak tahu lah kali nih, emo lain macam. Ngeee~

Tengah menghitung waktu nak melangkah ke alam 3 series pun yer jugak. Semoga hidup ini akan diberkati selalu. Ameeen. Oh ya, bulan may nanti, turut genaplah 8 tahun kami berkasih sayang sejak di bangku-uni lagi. Masa sungguh berterbangan kan. Baru aje rasa macam semalam dia menunggu saya di cafeteria block Harapan untuk makan bersama sama lepas balik kuliah. Tup tup sudah empat tahun menjadi teman sekatil. Cheh :)

Kalau nak makan cengini harus lah ke Park Plaza County Hall sahaja. Batu Feringgi takde macam nih okeh. Kerang bakar banyak lah. Ha ha ha.

Esok adalah hari yang saya nanti nantikan. Tekak akan disogok oleh nasi kandaq. Akhirnya.. dapat jugak saya makan setelah berpantang bagai. Tak sia sia kan.

Baiklah. Harus men-telefon suami sekejap sebelum tido. Mata tersangat berat akibat makan tak putus putus. Pagi pagi buta saya telah dimanjakan oleh yang ini......
..

..

..

..




ayam goreng berempah yang diratah licin oleh anakanda ini


pagi pagi aku dah sapu nasi ayam berempah habis habisan. waaa gemoks gemoks!


Alhamdulillah. Rezeki tummy :)


winks&smiles!

2 comments:

  1. Mmmm...sedapnya semua makanan2 itu. Kalaulah I duduk dekat rumah ur mom......sudah lama ku serbu tiap2 hari :))

    ReplyDelete
  2. doc, kat mana nak beli rv itu? saya sudah mengidam. ha ha ha. i heard kat pavvy pon ada. baru nak cari bila balik nnt.

    ReplyDelete