Thursday, April 28, 2011

Ahlan wa sahlan..

cik puan besar tengah menghadap River Thames sambil merenung masa hadapan. Secara logiknye tengah berfikir, kot kot ada orang nak bawa datang lagi esok esok nanti, yang tak logiknye pula adelah di malam buta dalam kesejukan pon aku sanggup hadap river tuh. Kalau kat sini nak redah penang bridge malam malam pon boleh mengundang kecelaruan fikiran. Kahkahkah!

Ececeh..ambek mood ambek mood. Nak makan pon kena carik mood okeh, kau jangan main main.

Setelah sekian lama tertunda rancangan ingin memasak menu ini, akhirnya hari ini dengan gembiranya saya menghadapkan tekak masing masing dengan NASI ARAB. Walaupun untuk sekian kalinya masih menggunakan ayam sebagai ganti daging kambing, tapi tetap malaatoppppss okeh. Kau haddo? Pegi gali recipe cepat kalau nak rasa cengini.

Nasi Arab di kuala lumpur. Kalau rasa malas nak bersesak di Al Rawsha ataupun Tarbush, ape lagi sila lah jadi chef di rumah sendiri. Tak payah kau nak kecoh.
nak test market dulu sebelum bagi hubby makan. Ha ha ha. Hoih sedap sedap!


Hubby cakap the bestestestest yaww!! Lain nye kali nih, saya campurkan juga dengan olive oil dan sedikit lemond zest untuk menambahkan aroma. Pandai pandaikan saya menderhaka recipe orang arab. Ha ha ha. Yang lainnye masih sama macam recipe asal dalam entry entry yang lepas. Hidangkan dengan fresh salad dan yogurt yang sejuk sejuk tekak itu. Sambil makan boley lah berbincang bincang manja pasal rancangan percutian hujung tahun kelak. Eh??-Tekop mulut-

Sampai dua kali encik hubby tambah hari nih sambil membuat kerjanye di rumah. Lega bila dapat tengok suami makan dengan aman damai di depan mata. Bukan senang nak dapat lunch sekali setiap hari macam gini melainkan masing masing berada di bawah bumbung yang sama. Cheh.

Nasi kandar beratur yang menjadi menu wajib hadap saya dan suami setiap kali pulang ke penang. Pukul 10 malam baru buka, puas lah beratur dulu sebelum dapat makan.

Tak sabar nak tunggu weekend. Banyak sebab dan penyebab secara fizikal dan mental yang menyumbang ke arah itu.

Owh saturday please be good to me!

winks&smiles!

4 comments:

  1. tolong masak untuk i.. teringin! :( last monday i makan kat saba jalan jelatek.. meleleh air liur sedap.. camana nak buat cicah ayam tu wahai puan seri chef???

    ReplyDelete
  2. ha ha, klu u kat sebelah umah i sure tiap2 minggu dapat rasa sampai gile boring nanti. sauce tu ke? senang aje. tomatoes, garlic, red chili, blend suma, pastu masak. add some sugar n salt. tadaaaa bley cicah skrang :D

    ReplyDelete
  3. puan seri.. sila bagi sukatan.. kang salah sukatan tak sedap.. berapa biji tomato.. berapa garlic.. saya ni ikut buku punya orang... eh dia masak jugak ke??? i ingat mentah mentah jer...

    ReplyDelete
  4. normally i guna 1 biji aje, amik yg besar sket. garlic-2 ulas, cili -1, blend suma.. didihkan, tambah salt n sugar, kacau sampai sekali didih aje, sbb nnt cepat hangit. nak lagi melaatopss tambah 1 sudu heinz ketchup.
    kalau mentah2 tu, buat la fresh yogurt salad. beli nestle fresh yogurt.

    ReplyDelete