Monday, April 25, 2011

Kl, am home!

Assalammualaikum

Selamat petang Kuala Lumpur. Kita bernafas di GMT yang sama.

Back to square one. Eh takpe. Hati bahagia. Bila berjauhan membuatkan saya rindu dan sayang lebih. Walau hakikatnye tak pernah kurang dari dulu dulu pon.

Weekend dipenuhi aktiviti berunsur wifey lindungan bulan. Mengemas kain baju, cuci rumahtangga, beli barang dapur di carrefour macam mak mak orang dan memasak untuk keluarga kecil saya. Pheww. Upah jangan bayar lambat okeh, bulan nih keja lebih masa. Kahkahkah!


Dah lama tak memasak di rumah. Sejak balik dari london sampai lah ke hari ini, baru dapat peluang memegang tefal dan vision dengan bangganya. Motif nak promote barang dapur kat sini? Heh heh. Bukan takde peluang sebenarnya masa yang tak membenarkan saya memasak bagai. Kat penang lagi lagi lah melampau kau.


Bila balik ke sini kena agak agak lah kalau nak bergoyang kaki tangan kan. Kesian cinta hati saya nanti.


Teka apekah? Bukan. Bukan ayam masak merah. Ini adalah Chicken Masala.Yums!


simple and healthy

Dalam beberape minggu ini aktiviti berjalan sesuka hati mengikut kepala sendiri harus dan terpaksa dikurangkan atas sebab keletihan dan pelbagai. Eh kalau tak bersebab apa pon memang rasanya nak rehat banyak banyak sebab tersangatlah letih terkejar ke sana sini. Sampai kurus sudah saya. Cheh.

Selain itu, saya terpaksa juga menghabiskan dose antibiotics untuk tonsils yang sakit macam tak payah nak sebut. Doctor cakap saya kena rehat banyak, kalau pegi bercuti lagi bagus. Eh?? Bukan saya cakap doctor yang tak bersalah itu yang cakap. Kahkahkah!


mom yang suka memasak dan membuatkan saya gemoks!

Bulan depan insyaallah dapat jumpe ibubapa lagi. Mereka nak datang ke kl masa birthday saya. Weehooo. Best naa. Boley saya bawa jalan jalan macam pelancong yer. Oh rindu terus!

Lagi beberape minggu jugak, birthday si suami. Wifey nak bagi hadiah ape? Jeng je jeng. Saya sudah beli yay! Tapi kena sorok di tempat yang pelik pelik dulu sebab dia nih rajin memunggah. Jadi kebarangkalian untuk dia terjumpa awal adalah sangat tinggi. Walaupun nilai tidaklah seberapa macam hadiah kota London yang dia dah beri untuk saya hari tuh, tapi saya tahu dia mesti suka. Berani tak suka. Hahahahaha. Gurau tu gurau.

Baiklah. nasi dan ayam masala bukan masalah tau, tengah memanggil saya.

Jumpa lagi bila ada masa dan mood nak menconteng blog kelak.


-wifey kecoh signed out-

3 comments:

  1. Amboi! Sungguh 'gediks' n sexy gambar itu. Mekap pun dah porcelain-like, sama macam patung :)

    ReplyDelete
  2. hubby slalu tanya ape maksud gediks.sumpah dia tatau sampai skrang. i bagitau, gediks maknenya wifey yang paling baik di dunia.LOLz

    ReplyDelete
  3. hahahaha.. mencari jalan menderhaka sangat puan seri ooiii...

    ReplyDelete