Wednesday, December 22, 2010

Bila tak puasa.

Ohai!Ohai!

Minggu lepas seperti yang telah dibincang panjang lebar oleh blogger akan sebab penyebab dia tak memasak. Maka minggu nih sah sah saya tak mampu nak mengelat lagi. Mengelat bukan mengulat. Mengulat mampu lagi nokz, bila ada masa terluang. Ha ha

Minggu ni takde sape sape pun yang berpuasa, eh jap..ada sape lagi cik puan? bukan ker watak korang berdua jer yang asyik diulang tayang? Itu lah. Nampak sangat drama aku kekurangan character. Cepat pegi tambah sorang lagi. APA?? Hey, kau ingat semudah membeli Dorothy Perkins di KLCC? Tetibe kena siggah sana jugak kan. Damn sangat. Ha ha ha.

Justeru, menu kembali meriah macam orang berpuasa padahal dimakan oleh makhluk yang tak berpuasa. Nak makan itu ini begitu begini. Semua berselera bagai kalau nampak makanan di tv. Gedik. Eh bukan saya sorang. Hubby pon sama gedik. Poor baby, terpaksa kena tempias kegedikan ku jua akhirnya. Kan. Sapa suruh tido sebelah. Eh.!

Sila rujuk gambarajah di bawah.


Menu ni bernama tak ingat hari apa. Chillax. Jangan kelam kabut. Maksud nya, blogger tak ingat hari apa dia telah merasmikan menu tersebut. Fried minced lamb with Eton oil. Pernah dengar tak? Hahaha. Itu nama manja di rumah. Olive oil nama glamour dia. Korang ni pun. Jadi, tambah la bawang, tomato, garlic paste dan sedikit black pepper untuk penyedap tekak masing masing. Lepas tu boley la dihidangkan bersama fresh salad yang dibeli di carefour. Posh beckham pon makan cengini aje. Betul tak?

Tetapi, sebelum berlakunya kejadian menu di atas, saya dan hubby telah berpadu tenaga di work station untuk menyediakan ini pula.

Nama cik adik ini adalah ayam masak kerutuk. Jangan berani tanya mengapa dia bernama sedemikian rupa. Penyebabnya adalah rempah adabi itu. Iyer. Katanye rempah kerutuk itu adalah keluaran terbaru mereka. Gigih lain macam aje la saya memasak hari tu. Sampai si suami pun diheret bersama untuk aktiviti mengupas bawang bawangan. Mana nak cari hubby yang sanggup berkasih sayang di dapur sebegitu? hahahaha. I love you bee! -iklan-

Dengar lagi la. Tak habis lagi cerita sang kerutuk ini. Rasanya sangat sedap. Harus la sedap aje kalau aku yang memasak kan. Bukan. Faktor penyumbangnya adalah rempah itu juga. Tanpa dia siapalah diri ini. Cuba lah.

Adabi, bila nak sponsor rempah ratus ke rumah saya pula lepas ni?

nasi tomato macam mom masak.

ayam masak merah campur preggo. eh sedap kau! patut la merahnya makngah!
kesukaan!kesukaan!

Nampaknya perot bersuka ria semenjak dua menjak. Suap segala gala. Semuanya dimakan. Takdenya ditolak. Kalau bagi lempeng pisang cicah gula pun aku sapu bersih. Dulu menggeletis tak lalu makan, tekak perasan diva. Sekarang bila dah jadi penduduk tetap KL, sibuk aje nak mencari kuih tradisi di pasar malam. Baru sedar diri. Bak kata pepatah, hujan diamond di negeri orang, baik lah white gold Habib aje di negeri sendiri. Kan. Ha ha.

Sudah. Jangan sibuk nak berlari lari setempat sebab nak membuang lemak ayam dan daging di badan kau lepas ni. Itu belum masuk lagi half boiled eggs yang dimakan dengan kicap semasa breakfast selang sehari. Semuanya berunsur pembesaran dan kebolatan semata mata cik puan ooi.

*nanges*

Ooooohyeah, MNG tengah giler sales sekarang kau. Sejak itu, tido malam saya sering kali terganggu sudah. Entah la kenapa.. Jeng je jeng!!

Winks&Smiles!

3 comments:

  1. Banyaknya lauk...habis ke tu? I rasa macam nak pindah jadi neighbour u pulak.

    ReplyDelete
  2. doc.. u dah tentu tentu mampu duduk sebelah umah i, i je yang tak mampu tinggal sebelah umah u lagi. hahahaha.
    masak lebih antar kat jiran sama(mcm makcik makcik..lolz )

    ReplyDelete