Friday, December 3, 2010

Owh, mac and cheese!


Halo Halo!


Kelmarin adalah hari bahagia. Tiap tiap hari pun hari bahagia. Tak nak complain bebanyak, bersyukur sudah atas apa yang ada. Alhamdulillah.

Setelah sekian lama bercita cita ingin memasak m&c seperti yang ditunjukkan oleh cooking guru saya kakak Nigella Lawson itu, maka kelmarin dengan bangganya saya merialisasikan impian terpendam setelah sekian lama. Sangat berbangga dengan diri sendiri, eh jap.. dah dua kali kau ulang perkataan bangga tu sash. nampak sangat berciri takde idea. ha ha

Yang penting hubby puji tak henti henti macam hujan yang turun semalam. Paling bestestest!! Tipu. yang testest tu saya yang tambah atas kerelaan diri sendiri. Dangg!!!




Steps sangat senang. Celurkan aje macaroni dengan sedikit olive oil. Sejukkan dan letak sebelah. Tapi kau jangan fikir bley berehat bagai lepas tu. Tumiskan pulak ape yang patut.

Campakkan dengan kasih sayang, bawang dan ayam dan digoreng dengan butter. Lepas tu tambah la sayuran ikut citarasa tekak uols.. Saya suka tuscan mushroom aje.

Bila dah didih, masukkan macaroni tadi dan gaul kan sekali aje.. tambah putih telur. Gaulkan semua bahan dan biarkan menjadi sehati sejiwa.

Dalam Ikea punye casserole ( tetap nak promote Ikea kan.. ), masukkan bahan tadi dan dilapiskan dengan cheeeeeese. sampai la berlapis lapis yang korang nak. lepas makan sila ukur lapisan perut masing masing pulak. Ha ha.


Kalau la saya boley ambil gambar bau dia, dan tempekkan di blog ini.. tentu semalam menjadi kenangan terindah..


Bakar lah mac and cheese dengan suhu 180'C dan 30 minit..

Perasan kejap. Terus pulak bercita citaan nak buat show sendiri dah pulaaak.. Natasha Bites! yang ala ala Nigela Bites! itu. Menarik bukan?? maaak aaihh!

Sejukkan dan boley dipotong macam cake. Isinye sangat cheesy dan kaya dengan ayam ayaman. Oh so tasty!!

Kalau nak tambah rasa tekak omputih lagi, jangan lupa hidangkan dengan organic earl grea. what a great combo!!

Jadi, cukuplah bekalan cheese di dalam perot saya ini untuk sebulan yang akan datang. Saya tidak sesekali akan memontelkan diri sendiri dengan cheese cheese tambahan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.


Yang tinggal untuk supper..


Very cheesy ending kan.. ha ha


winks&smiles!

4 comments:

  1. SEDAPNYAAAAAA!!! Terus nak cuba pulak ni. Tapi kenalah gi Ikea dulu beli kaserol tu kan kan kan? Berbaloi hubby U belikan.

    ReplyDelete
  2. oooh.. ikea adalah semestinye doc. klu guna kaserol cap lain nanti tak jadi. ha ha ha :p

    ReplyDelete
  3. guna sos tomato buatan sendiri ke sos Prego?

    ReplyDelete
  4. i guna Prego fresh mushroom, campur Heinz sket. fresh tomatoes letak last skali utk topping, tp taknak byk sgt sbb nnt dia juicy, tak leh potong..so tak cantik :)

    ReplyDelete