Wednesday, December 15, 2010

kisah rumahtangga.

Halo!

Saya suka lagu Halo, Beyonce tuh. Taylor Swift pun saya suka jugak. Kalau terdengar lagu mereka di radio atau tv di rumah atau kereta, saya akan menyanyi nyanyi dengan penuh kecintaan. Ha ha.

Okay. Berbalik ke bentuk asal.


Sehari dua yang lepas rutin tak banyak berubah. Kebusy-an agak agak bertambah, maklum la di akhir akhir tahun. Dan semangat mengemas rumah semakin berkobar kobar lately. Ibu bapa nak datang melawat. Oh patut lah. Saya semakin ganas mengemas, mengubah, menyusun apa saja dalam rumah. Sampai hubby pun jadi pening. Kedudukan semua barang berubah ubah macam dalam billboard music charts. Sama lah macam mood aku jugak. Ha ha.

kenalkan, ini adalah pokok Ikea saya.

Sememangnya saya akan menjadi sangat suka bila dapat membuat semua orang happy dan selesa berada dalam kawasan jajahan saya. So tak payah la cerita apa yang boley membuatkan saya murka. Lain kali kita akan bincang pasal tu.

Jadi, esok dah 10 Muharam. Hari yang paling bertuah, hari Assyura. Maka kita disunatkan berpuasa right? Sepatutnye hari nih dah start puasa. Tapi atas sebab sebab yang tak mampu dielakkan, maka saya hanya akan mula berpuasa esok dan Jumaat, Insyaallah. So, petang tadi saya dah siap siap memasak untuk dinner dan boleh lah dibuat makan sahur sekali. Terasa macam Ramadan pulak :)

Menu malam ni. simple simple aje. Kiter masak chicken rice. tapi agak agak berlebihan sedikit, dah kata nak simpan untuk bersahur nanti kan..

inchi kabin with salad. 2 in 1.

lemond and herbs fried chicken with enoki mushroom. konsepnye sama macam gambarajah di atas. 2 dalam 1. Selain daripada ayam, dalam masa yang sama terdapat unsur unsur sayuran jugak. Sangat berkhasiat dan cepat disediakan oleh wifey wifey yang mengejar masa macam saya ni. Cuba lah.

Herbal chicken soup. Guna perencah bunjut Adaaabiiii. (kena nyanyi macam iklan adabi dalam tv tu dulu, tapi jaga pitching yer.. )

yogurt serbaneka. dah lari konsep asal. nih macam rojak campur dah pulak aku nengok. Ha ha. Tapi tekak saya tetap memuji akan kesedapannya. Okay la tu.

mango nectar. sesuai untuk sedapkan hati dan tekak.

Lepas masak, terus saya bantai sorang sorang. Tapi sikit aje, sebab nak test market dulu. muahahah. Hey, sedappp nye chicken rice saya!! Tak sudah sudah memuji diri sendiri dalam hati sambil makan.

Mesti darling saya suka menu malam karang. Semoga rezeki yang dihidangkan dengan air tangan isteri ni nanti dapat melapangkan fikirannya yang seharian penat bekerja. Insyaallah.

saat saat manis si suami menikmati lamb kebab and shawarma di Dutamas. tak ingat nama restoren ape, sebab terlampau sedap sampai saya hilang ingatan.. ha ha.

Cheers!

Winks&smiles!

2 comments:

  1. Hahahahah, I like the way you wrote this post :) Senyum sorang2

    ReplyDelete
  2. saya akan menjadi merapu bila keboringan doc. harap maklum. ha ha ha.

    ReplyDelete