Semalam adalah hari kerajinan kerajaan saya. Dengan sukacitanya saya meng-offerkan diri sendiri untuk memasak, supaya tidak menyusahkan hubby membawa saya untuk makan di luar. Susah sangat ke makan kat luar cik puan ooi? Susah bagi saya adalah, kena mandi dulu, keringkan rambut, iron scarf, pakai scarf, tempekkan bedak mac serba sket, sembur perfume ala kadar dan keluar makan. Banyak tu yang kena buat sebelum dapat makan dengan senang hati. Baik kau makan kat rumah aje nokz, bersantai atas katil sambil makan macam puan besar pun ada ke orang nak kisah? ha ha.
Cuma yang tak bestnye adalah aktiviti mencuci pinggan mangkuk dan periuk selepas memasak dan mengemas akan berlaku secara immediately (maknanye sebelum makan, kitchen kena bersih dan rapi seperti sedia kala.. ) itu adalah aktiviti di tangga kedua yang sangat menjengkilkan selain daripada melipat baju..
Okay..kembali ke pangkal jalan.
Sebenarnye, menu semalam kitaorang adalah Yakhni Pulao. Apekah??
Yakhni pulao refers to a kashmiri specialty and a royal dish from the kitchens of the maharajas dekat pakistan dulu dulu. Itu adalah fakta yang saya tahu. Raja zaman apa dan bila, tak payah la dibincangkan kat sini sebab tak berapa nak penting melainkan kau nak pergi kaji selidik salasilah diaorang.
Cara memasak dia sangat senang dan lebih kurang macam gaya memasak biryani jugak. Cuma bezanya, pulao mesti menggunakan banyak fresh yogurt sebab itu adalah asas yang penting untuk memasak nasi ni. Mungkin ada jugak yang cakap, 'alaa ni lebih kurang biryani la rasanye.' Jangan terpedaya dengan rupa parasnye okey. Walaupun muka dia ada iras iras biryani sket.. tapi rasanya amatlah lain sama sekali. Sebab tak pedas dan panas tekak macam makan biryani tuh.

lepas makan, jangan lupa men-cuci mulut dengan buah buahan sambil men-tonton tv dan meminta upah untuk hasil kerja memasak itu tadi..
Baiklah. jumpa lagi di siaran akan datang.
winks&smiles!
No comments:
Post a Comment