Helo Jelo
Sebenarnya ini pertama kali akan daku pakai telekung berwarna sweet begini. Sempena kedatangan bulan yang mulia tak lama lagi, ku telah menghadiahkan diri sendiri dengan 2 pasang telekung baru. Sepasang lagi esok lusa sampai lah kot, bersama sedozen tops untuk dipakai di hari raya kah kah kah.
Sejak dua menjak ni memang membeli belah di alam maya aje keje ku, konsep hidup stress-free begini memang perlu diamalkan selalu demi keharmonian rumahtangga bersama.
Okay.
Persediaan Ramadan kali ini semestinya lebih meriah dari taun lepas semasa di U.S dulu. Awal awal hari tu dah pegi mencarik air sirap, sebab di rumah kelak sirap ais bersama biji selasih memang menjadi minuman wajib berbuka. Minggu depan pula bercadang nak menambahkan stok ikan bilis, telor asin, ikan kering apa yang patut, memang risau akan suami itu dibuatnya. Sebab mana lah dia reti makan benda benda alah ni. Ruginya kau alahai. HA HA.
Kenkadang waktu berbuka dan bersahur, benda benda yg simple begini jugak yang menjadi dambaan tekak, kan. Tapi itulah.. kita hanya merancang, karang bersahur milo panas dan roti jugak jadiknya. LOL
Meriah sangat, dah nampak kelibat ketupat dan warna warni lampu raya :)
Antara kewajipan sebelum puasa dan raya mestilah jugak heret cik abang itu ke Jalan TAR. Kahkahkah kasihan. Melilau aje mata aku mencarik tudung yang murah gile kat sana. Bukan setakat murah, memang cantik cantik juga dan banyak pilihan. Kalau raya sebulan, apa lah sangat sehari satu tudung baru uolss.. HAHAHAA. Sumpah dia punya murah begitulah.
Maka, weekend lepas menapak lah kami ke sana berbekalkan sorang sebotol air mineral berjalan lah kitaorang sambil mengelap keringat dari Jakel Mall ( parking lot kat sana lebih banyak dan senang berbanding Sogo, okay yg ni memang aku baru tau ) meredah sepanjang pasar petang Jalan Tar dan Masjid India. Puas hati aku.
Di samping membeli tudung dan jubah untuk diri sendiri dan emak, dapat jugak senaskah Tafsir Al Quran yang dicari cari selama ini, naskahnya bewarna warni cantik sekali.
Sepanjang awal Ramadan kelak, kitaorang memang akan berpuasa di KL sahaja, dan seminggu sebelum raya nanti balik lah kami ke kampong halaman, yaaaahuuuuu tak sabar nauuu naauuu.
Memandangkan nak berpuasa di sini, kenalah menjadi extra rajin untuk memasak sepanjang hari bekerja. Memang jarang berkesempatan nak makan luar mahupun ke pasar Ramadan melainkan hari cuti. Maka, dah ku sediakan beberapa menu yang bakal dimasak, yang penting mestilah kena dengan tekak memasing yang citarasa nya tu kenkadang memang over. Namun, daku bernasib baik juga, sebab si husband itu hanya suka akan nasik dan tak payah nak berkueh mueh sangat. Cukup setakat pudding takpon agar agar sahaja. Jadik dua tiga lauk dah memadai lah buat kami berdua.
Kalau nak senang lagi, ke masjid wilayah aje lah kita berbuka yea husband HAHAHA.
1. Nasi ayam terbest di dunia. Resepi ada dalam entry yang lepas dah penah ditulis. Lagipon tak susah mana nak masak nasi ayam ni, kacang puteh krup krup krup aje.
2. Pulut lemak manga harum manis. Daku gunakan pulut-susu kiriman emak, yang extra lemak dan moist bila dimasak. Jadik kau tak payah dah letak santan banyak banyak.
Ini adelah contoh menu yang buleh kita sama sama rajinkan diri untuk dihidangkan pada suami dan keluarga di bulan yang mulia. Gigihkan kumpul pahala ting ting tinggg.
Nasik ayam resepi ibunda sentiasa menjadi pujaan hati dulu kini dan selamanya. Itulah resepi memikat suami ye puan puan. KAHKAHKAH.
Kejadian pulut manga itu pula memang tidak disangka sangka sama sekali. Satu hari kami dikejutkan dengan kehadiran berkotak kotak harum manis dari daddy-cool yang sweet umpama harum manis itu jugak. Baru aje cakap teringin nak makan ( maklumlah di utara hari tu memang tengah musimnya harum manis ) terus sampai dua hari kemudian buat puteri tunggal kesayangan. Memang gula gula sangat daddy ku itu.
Puas makan. Alhamdulillah. Boleh dibuat stok sampai Ramadan lah nampaknya. Maka makanlah kami berulamkan harum manis saban hari dari agar agar sampai ke lassi kitaorang hadap. Memang manis dan harus semerbak namanya.
Weekend pula ibubapa nak datang, tak sabar betul dan berkobar kobar semangat nak bawak diaorang jalan jalan dan mendapat upah baju raya sebagai balasan. HA HA HA HA