Showing posts with label Geminian. Show all posts
Showing posts with label Geminian. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Berusah susah dahulu, berfoya foya kemudian

Semalam sudah berlalu. Jadi, ape masalah engkau dengan semalam?

Ekceli, nak tulis semalam adelah sangat panjang dah penat. Hari kami bermula seawal 5 pagi. Dari malam sebelum semalam itu aku sudah tak buleh tido. Tido tido kucing kah? Asyik asyik terjaga dan memikirkan apelah punye nasib diri. Ha ha ha. Okay ini paling tak buleh blah. Drama kan engkau!

Baik. Nak pendekkan drama ini, kami sudah berada di dalam fasa two weeks wait giteww.Tahap keterujaan adelah tidak melampau, of course mengharapkan sesuatu yang terbaik dan keputusan yang membuatkan hati berbunga tulip, eh? Tapi dari awal lagi saya dah mengajar diri sendiri untuk terima dan redha dengan takdir yang Allah dah  tetapkan. Sebab tu kami takde lah over excited, sebab takut kalau kalau dapat result kurang menarik mesti akan membawa padah pada aku. Maklumlah saya kan wanita Gemini, kadangkala emosi cepat menjadi kurang stabil ( bahasa kasar meroyan tak bertempat..) yang buleh membawa kepada keadaan menjadi  huru hara jugak. Hahahahahah

Memandangkan ini unstimulated iuicycle, jadi takde lah aku rasa cuak sangat. Cuma risau  masa dirobek robek aje pon.. ha ha ha ha  isshh malu sungguh kalau dikenang sedemikian rupa :) Selain pada tu, tawakal dan berdoa yang baik baik. Selebihnye berserah pada Allah. Bersangka baik saje pada apa yang Allah akan berikan. Insyaallah.

Jadi, kemarin seharian adelah seperti makan-solat-tido-blogwalking dan begitu lah seterusnya hingga ke malam hari. Takde lah sakit sangat sampai tak buleh berjalan ke apa, cuma sengal sengal sikit aje, hari nih pon masih berkurung di dalam rumah. Esok dah buleh berfoya foya. Pantang larang takde lah banyak sangat, cuma makanan tertentu aje yang tak buleh dimakan. So far okay aje, tak membebankan langsung. Sebab tekak aku nih memang tak hadap pon benda benda tu semua, baik makan ayam goreng lagi baguih. Baik, sila abaikan aku memang begitu. Heww..

Okay, bulan depan adelah burp-day the other half dan juga saya. Kami kan berkongsi bulan yang sama. Tak mintak apa apa pon, dia yang nak bagi. Jadi terimalah dengan hati yang terbuka giteww.. Zaman nak sambut birthday besar besaran dengan berparty bagai meamng tak wujud dalam hidup kami. Cukup lah sekadar disambut dengan dia ataupon family. Takde kek dan lilin pon. Selalunye kami pegi makan makan aje. Kalau nak beli jugak, dia yang suruh pilih kek sendiri. Aparar.. Ha ha ha :)

Eh, macam dah lama pulak tak masak kan. Tau tak, hari tu punye lah aku menggelupur teringin nak makan sambal sardin. Kan dah cakap, tekak aku nih kadang kadang simple aje, makan cikai cikai pon dah buleh membawa kepada kegembiraan berpanjangan. Poor the other half lah, sebab dia memang tak gemar sangat makan sardin dalam tin macam tuh. Terkial kial nak habiskan sepinggan nasik.. Ha ha ha 


Masa nih teringin nak makan macam chinese style lah kononskonons, dan yang paling penting makan dalam mangkuk kecik sebab buleh ambik nasi sikit aje dan ratah lauk lebih :)

Entry tamat tepuk tangan semua.

Tuesday, March 13, 2012

Lady in black



Kalau ke Pavy jangan lupa bawa credit card,
Kalau terlupa kang robek lah duit saku,
Walau gigi ku terasa ketat,
Pose bajet hot adelah kehebatan aku..

Ewah ewah..


Takde mood sebab susah nak makan sehari dua nih.

Okbye.

Monday, July 18, 2011

Down memory lane- part 2

...sambungan

Mari selak selak cerite lama lagi. Walaupun dah berkurun, tapi tetap nak hadap dalam blog jugak. Insyaallah, future kelak saya sangat berharap anak anak kami ( anak anak okeh..ha ha ) dapat jugak tengok ape yang mummy diaorang telah perjuangkan dalam hidup dia. Ha ha ha. Walaauuuupooonnnn..

Masa nih zaman Degree. Jenuh belajar bagai nak rak. Tiap tiap malam study sambil minum nescafe panas yang kaw kaw punyer. Kalau esok nak exam tak tido lah aku baca buku. Hafal nota. Saya tak suka belajar ramai ramai. Rasa rimas dan akhirnye akan membuatkan saya hilang fokus. Saya suka belajar sorang sorang dan dengar radio pelan pelan. Kalau penat, saya main guitar lagu cinta cinta memanjang. Masa nih saya sudah mula bercinta dengan encik suami yang handsome itu :) Dan juga berangan angan nak pakai veil panjang panjang bila kawen. Ha ha ha.

Sudah janji dengan ibubapa. Walaupon berchenta bagai, tetap saya akan hadiahkan segulung ijazah untuk mereka :)

Masih cantek dan gebu lagi walaupun dah bertahun. Hadiah masa convo, dari orang orang tersayang di dalam hidup saya. Kalau buleh nak simpan elok elok cengini sampai bila bila :)

Jeng je jeng. Bunga ajaib apekah ini? Ha ha ha. Ekslusif hanya dalam blog aku okeh. Bunga telur hari perkahwinan kami. Tempah di SSF Inderawasih. Cantik tidak? Heh heh. Idea dan warna adelah pilihan saya :) 2006 adelah yang paling indah dalam hidup kami sekeluarga.

Ape neh pink pink bagai neh? Naseb baik suami takde kat rumah. Kalau tidak, mesti dia tak bagi aku upload benda alah neh. Ha ha ha. Ini adelah kad pertama yang dia hantar pada saya masa nak ngorat ngorat dulu. Tahun 2003 kalau tak silap. Aku dengan senyum simpul sampai ke telinga tido berpelukan ini aje lah malam tuh. Giler berchenta sakan nokz. Ha ha ha.



Pastu dalam kad tadi, dia letak surat chenta dengan kata kata ini. Halaaamaak. boyfie siapekah itu??? Ha ha ha. Sangat comel. Ha ha ha.

Ini adelah cd lagu perempuan melayu pertama yang aku beli. Bukan sebab suka lagu dia pon, sebab giler minat dan nak sangat canteks macam Maya Karin. Lagu ape yang femes dalam nih pon aku tak tahu lah. Sampai sekarang tak penah hafal pon. Ha ha ha. Motif nak hafal lagu maya karin apesal kau??

Buku Ucapkanlah Cinta, kenangan Erra&Yusry. Jenuh carik buku nih kat merata kedai dulu sebab punye lah laku macam kacang puteh tepi jalan. Aku pon tak ketinggalan jugak lah nak ade buku nih macam orang lain kan. Ha ha. Tapi penat penat buat buku, jual sampai rm10 kalau tak silap, jodoh tak panjang akhirnya. Semuanye di tangan tuhan :)

Benda pertama yang aku beli untuk hantar kat kawan kawan masa kat NL dulu. Bila selongkar kotak kotak lama, jumpa ader satu lagi extra. Sapa nak angkat tangan cepat? Siap dengan plastik kedai lagi nokz, ha ha ha.

Rasa rasa hormone dalam badan tengah mendidih sebab tengok barang barang ajaib seperti di atas. Nak nak lagi bile tengok sajak chenta itu. Kah kah kah. Nanti bila balik kampung nak selongkar lagi sejarah sejarah lama. Kalau kat rumah sendiri jangan harap aku nak sepah barang barang lama cengini.

I missed my old skool friends. Sebab masa dulu, kawan kawan semuanya sangat baik, tidak pentingkan diri sendiri, pandai menjaga hati walaupun apa lah sangat zaman kanak kanak kan. Tapi kami masing masing sayang menyayangi di antara satu sama lain. Tidak pernah mengambil kesempatan dan yang penting jujur dalam persahabatan :)

Saya sentiasa doakan mereka semua semoga bahagia dalam kehidupan masing masing.


winks&smiles!

Down memory lane- part 1

Sekolah yang menjadi kebanggaan saya. Banyak jasa guru guru di sini terhadap saya dan rakan rakan yang lain.

Balik penang selongkar bilik sendiri. Bila jumpa benda benda ajaib seperti ini sangat membuatkan hati menjadi sedikit sebak dan rindu masa dulu dulu. Banyak kenangan pahit manis yang tak mungkin akan dilupakan sampai bila bila.

Name tag saya masa Form 5 (1998). Saya adelah anak jati Convent. Fasha Sandha juga. Marion Caunter juga. Datuk Nicole David juga :) Walaupun berlainan tahun. Tapi Convent rocks lah wei. Saya tidak pernah bersekolah di asrama akibat ibubapa tidak mahu saya berada jauh di mata. Dengan keadaan aku yang tidak reti mencuci baju sendiri dulu pon sudah buleh mengundang masalah kepada pelbagai pihak. Baik tak payah. Maka di sini aje saya menghabiskan zaman sekolah dengan rakan rakan yang lain.

Antara buku rujukan untuk SPM dulu. Yang lain entah kat mana, mungkin kena keja keras carik dalam stor bila balik lain kali. Saya berada di dalam aliran Perakaunan. Mengambil 10 subjek untuk SPM dulu.
Rajin buat nota malam malam sambil dengar radio muzik.fm. Masa tuh ader permintaan lagu cinta cinta. Aku suka dengar sambil tulis lirik lagu belakang buku nota. Ha ha ha. Bila mom masuk bilik cepat cepat sorok macam takde ape hal :)

Alhamdulillah. Dapat masuk jugak dalam buku sekolah Convent Forte 98 :) Mom dan dad sangat gembira sampai nanges. Walaupun takde lah sampai masuk tv macam orang lain sebab diorang lagi pandai dari aku. Ha ha ha. Aku masuk buku sekolah pon dah heboh satu kampung. Bangga weh bangga!

Bila dad tanya nak sambung belajar kat mana nanti, saya masih ingat apa yang saya jawab masa tuh dalam kereta. Dengan takde muka bersalah dan selamba budu nye aku jawab, nak jadi PRAMUGARI. Nak belajar kat MAS Academy. Kah kah kah kah!!! Naseb baik aku tak kena telan hidup hidup dengan bapa sendiri masa tu :)

Saya juga penah menjadi pelajar terbaik dalam subjek Kesusasteraan Melayu. Subjek elektif yang saya ambil untuk mencukupkan 10 matapelajaran di dalam SPM. Terima kasih Puan Phatimah, guru subjek ini yang sangat mengambil berat pasal saya sebab mula mula saya memang hampir kecundang akibat tak paham ape ape langsung sebab macam giler susah dan aku memang tak suka langsung. Banyak jasa cikgu nih dekat saya dulu. Terima kasih cikgu.

Ha ha ha. Yang nih mesti uols tak caya kan. Saya adelah sangat rajin ke sekolah zaman dolu dolu. Kalau orang lain nangis bila bangun pagi nak pegi sekolah, aku buleh nangis meraung kalau lambat bangun nak pegi sekolah. Kacau.

Zaman Diploma aku dulu. Masih jelas nampak muka dad dengan mom dalam ramai ramai orang dalam dewan masa tu. Dad curi curi keluar pegi beli bunga sebab taknak aku nampak. Tapi kantoi jugak sebab anakanda ini sangatlah bijaksana. Anak siape lah itu? Heh Heh.

Dapat lah masuk Berita Harian, tahun 2000. Tak ingat bulan berape. Cuba cari yang mana? Okay lambat lah kau carik. Nombor lima dari kanan. Saya lah itu :) Suka pakai tudung bawal masa tuh. Sebut aje warna ape, semua aku ada nokz. Ha ha ha.

Dulu saya sangat gemar dan hantu membaca Reader's Digest. Tiap tiap bulan mesti wajib hadap sampai buleh buat koleksi. URTV? Sorry lah jarang beli. Dad akan menjadi murka kalau saya baca depan dia. Ha ha ha.


...to be continued

Tuesday, April 5, 2011

Am very Geminian


tweettweet!


Lagi berape minggu aje dah nak masuk May. Lagi berape minggu aje birthday darling suami. Lagi berape minggu aje birthday diri sendiri. Maknanye lagi berape minggu aje saya dah masuk usia baru. Hoh? Macam tak caya pun ade. Tua nye aku, walaupon tak lah nampak sangat ketuaan-ku itu kot? Kah kah kah! Itu adalah ayat menjaga hati sendiri. Kau tau ape. 3 series lah sangat.

Am not looking forward so much sebab hadiah birthday dah dapat awal awal. Dapat pegi London, dapat shopping ikut kepala sendiri adalah hadiah yang paling kewl tahun nih. Oh i love being pampered by him. Alhamdulillah, dalam hati tak putus putus bersyukur. Tapi kalau nak bagi hadiah lagi pun takpe. Murah rezeki katanya :P

Balik KL terus dapat semangat baru. Macam magic uols :) Banyak kerja dan project yang terbengkalai sebelum nih boleh disambung kembali tanpa was was lagi. Cmon bring it on! Cheh!

Iklan tu iklan

Tapi May adalah bulan yang dinanti nantikan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan sentiasa murahkan rezeki ke atas keluarga kami. Ameen.

Btw, sangat puas hati gile bila dapat tau Fasha Sandha menang malam kelmarin. Eh apasal keluar cerita Fasha Sandha nokz? Kah kah kah! Iklan tak abis abis lagi. Saya suka Fasha Sandha sebab dia cantik dan orang setaman dan sekampung dengan saya jugak dulu. Tak kisah la kau suka ke tidak. Sumpah tak kisah. Janji kami sama sama gojes. Buley gitu? Tetibe*

Eh baiklah. Terlajak kata buruk padahnye pulak nanti.


tiap tiap hari dapat. tiap tiap hari kumpul. sampai tak lalu nak makan sudah.


Malam karang hubby ajak dine kat luar. Jadi tak payah la terkejar kejar nak masak petang nanti. Seminggu dua nih goyang kaki tangan le lagi nampaknye. April seems to be bulan bersenang lenang, bulan depan dok umah diam diam sudah macam isteri yang baik mulia. Kot kot dapat upah lagi? Jeng je jeng.


Ha ha ha.


winks&smiles!

Sunday, March 13, 2011

You can call me Alisha

August 2006

March 2011

Kah kah kah kah!!


Apesal kau teringin nak naik pelamin lagi sekali kah cik puan?

Haaih.. weekend please come fast!! Cinta saya umpama tulip yang sedang segar bugar sekarang!


winks&smiles!