Showing posts with label NYC2015. Show all posts
Showing posts with label NYC2015. Show all posts

Monday, June 15, 2015

Eat Well Travel Often

 
 
 
Yang paling teringin nak makan masa di NY itu hari adelah mee sup daging dengan sambal kicap. Selain dari nasi, saya memang suka sangat makanan yang bercirikan sup. Apa saja sup memang layan habis. Di saat menulis belog ini, fikiran sudah melilau mencarik kat mana nak dapatkan tomyam campur. Kalau tak dapat makan di kedai, memang kena usahakan lah jugak cari paste tomyam yang halal di Asian market nanti. Mesti! Bulan puasa pon lagi berapa hari nak menjelma, memang sah sah lah lagi macam macam selera aku nanti kan.
 
Bukak magic freezer ada lagik stock daging dan tulang untuk dibuat sup. Ape lagi, terus lah menjadik mee sup ku minggu lepas. Sangat sedap walaupon simple takde tauhu dan taugeh ku gantikan dengan bok choy yang dicelur. Perah limau nipis. Perghhh terangkat!! Layaaannnn habis, hujan pulak masa tu. Sejuk sejuk kalau makan mee sup pedas begini memang meminta minta tambah dua mangkok lah sangat. Masak jugak nasik putih, sebab untuk husband yang memang kurang berminat dengan mee ataupon bihun. Weekend kelak kena pegi beli stok daging dan barang mentah yang lain untuk projek masak masak di bulan puasa nanti.
 
 

 
Masa di NY hari tu, kitaorang jugak mengambil kesempatan pegi menjamu selera di Restoren Rasa yang terletak berdekatan dengan Greenwich Village. Sebelum ke restoren, sempat lah jalan jalan sekitar Washington Square dan dari sana kami berjalan kaki sahaja dalam 500m dah pon sampai.
 
Setelah sekian lama aku tak tengok orang melayu dan dengar bahasa kebangsaan macam di kampong halaman sendiri, akhirnya di sini ku temui segala cinta bersama makanan makanan yang sumpah sedap memenuhi segala hajat di tekak sangat. Tengok menu dia aje dah rasa tamak nak makan macam macam, tapi yang paling utama semestinya lah satay ayam dan kuah kacang. Ini dari di Houston lagi ku dah bercita cita nak makan. Satay dia sangat lembut, fresh dan kuah kacang pon sedap, pekat dan lemak secukup rasa. Terus teringat satay favorite di pasar malam seberang jaya.
 
Rinduuuu letteww!

 
 

 
Selain satay, ada jugak murtabak mini daging cincang, dan nasi lemak gulai ayam, sambil bilis bersama acar. Ya Allah sangat sedap sambal bilis dia. Mungkin sebab dah berbulan tak makan makanan macam gini di luar, umpama nak nangis sangat kesedapan dia itu. HAHAHA. Licinnnnn okay!   Sampai pejam pejam mata ku menikmati nya.
 
Kenapa lah kau tak nak bukak kedai begini di Houston ooih? Terseksa seksa aku nak carik makanan melayu tau tidak. Apa lagi, laju lah menapak hari tu, maklum lah perot dah kenyang. Terus rasa gagah perkasa mengatur langkah bukan main lagi sampai ke world's largest Macys pulak dengan gembira nya. Ewah.

 

Husband pulak dengan nasik goreng kampong pedas memang tidak dapat dipisahkan lagi. Nasi goreng dulu kini dan selama lama di hati nya.
 
Kakak kedai tu belanja kitaorang sambal belacan semangkok habuan dah lama tak merasa makanan begini. HAHAA. Usap perot dengan bahagia kami petang tu, diakhiri jugak dengan teh tarik sebagai melepas kerinduan pada mamak Bestari belakang rumah dulu.
 
Di NY memang banyak sangat restoren dan makanan halal kalau nak dibandingkan dengan tempat kami sekarang ini. Kalau lah aku ini memang tak pandai langsung memasak, memang kebulur lah kitaorang nak merasa makan nasi kari daging bihun sup nasi tomato ayam masak merah dan lain lain lagik hihihi. Maklum lah tekak melayu jati masih menebal di dalam diri. Tapi kalau makanan Arab/ Pakistan dan North Indian memang banyak sesangat di sini. Sekali sekala okay lah, kalau dah selalu memang tidak lah kan. Naik jemu jugak, sedap lagi makan sambal tumis sardin nasi panas panas dan telor mata goring garing yummss!
 
Minggu ini saya akan menjadi sangat busy maklumlah bulan Ramadan yang mulia bakal berkunjung tiba. Setiap tahun pastinya akan ditunggu tunggu dengan penuh teruja apatah lagi di tahun ini. Satu pengalaman yang baru menyambut puasa di negara orang dan jauh sejauhnya dari keluarga. Mestilah sedikit sedih, tak dapat merasa makanan kegemaran dari air tangan emak, tapi itu lah kan.. tanggungjawab di sisi suami yang mencari rezeki di sini perlu lagi diutamakan.
 
 
 
Jadual solat dan waktu berbuka puasa untuk kawasan kami dah pon dapat. Siap lekat di fridge lagi. Kurma pon dah siap beli dari Kroger. Di sini memang sepanjang masa ada dijual kurma Medjool ini, kalau nak carik Yusuf tayyobb *sebut dengan suara berbisik* memang takde lah kan.
 
Esok buleh lah top up barang dapur apa yang patut. Ayam, daging, udang dan sayur sayuran adelah yang wajib dibeli. Masih tak pasti menu apa yang nak dimasak untuk sahur dan iftar pertama kami.
 
Tapi yang pastinya mestilah berbuka di rumah. Jauh sekali lah nak merasa ke pasar Ramadan, tapi husband cakap di masjid ada dibuat bazar kecil kecilan jugak. Tak tahu lah lagi, berkesempatan nak pegi ke tidak. Iftar di sini hampir ke pukul 8 lebih kot :)) Kena asuh perot tak makan banyak banyak sangat di petang hari dari sekarang, sebab risau menggigil lutut sambil memasak pulak kelak. HAHAHA.
 
Ini antara souvenirs yang dibeli untuk diri sendiri dan keluarga masa di NY tempoh hari.  Beli apa yang patut sahaja, sebab tersangatlah mahal barang barang di sana. Kalau ikutkan hati, memang macam macam lagi nak ku sambar aje, tapi nasib baik lah ada si penasihat kewangan itu. HAHAHA.
 
Yang terpaling kiri itu semestinya paling WIN kan!! Omeyy sangat  :))
 

Tuesday, June 9, 2015

Only focus on the positive things in life..

 
 
Dalam banyak banyak coke di kedai makan di 6th Ave, ini jugak lah yang aku terambil. Sweet ke tidaaakkk? HAHA Tak sedar pon, masa tengah makan baru nampak sisi tepi dia, apa lagi secepat kilat ambik gambar buat kenangan dari kota new york. Balik Houston, belambak di Kroger, daku aje yang tak tau sebab sekarang dah kurang minum coke. Tapi sekali sekala kalau beli, langgah jugak sampai habis sebotol.
 
 
 
Hallewwww..
 
Percutian ke NYC adelah tersangat awesome okay. Sampai sekarang ku tak habis habis lagi membelek foto di sana sambil tersenyum simpul, dekat seribu lebih gambar semuanya (over giler tahap sambil lintas jalan pon nak candid photo jugak sebab banyak pengaruh sex and the city ke apa pulak?! ) lalu macam nak upload aje semua dalam instagram, nasib baik cepat cepat dihalang oleh si suami yang low profile itu HAHAHA.
 
Alhamdulillah Khamis malam dah selamat mendarat kembali di Houston setelah hampir tiga jam terkandas di La Guardia NY akibat hujan lebat, flight pon hampir lima kali delayed nasib baik buleh naik jugak malam tu dan selamat sampai rumah pukul 1 pagi.
 
Dia punya letih jangan cakap lah kan, walaupon dari NY ke Houston cumalah tiga jam setengah aje tapi sebab meleret leret waktu menunggu dengan tak buleh makan nasik sewenang wenangnya, membuatkan daku sehabis letih malam tu. Sebab dah terlampau lewat sampai rumah, hadap megi kari dengan telor aje lah sebelum tido, itu pon aku sensorang aje yang layan, husband memang dah ke lalaland sebab dah tak kuasa nak makan malam malam buta katanya.
 
 
 
Kitaorang menaiki pesawat Southwest Airlines si hidung biru yang omeyyy sangat ia tuu, best naik flight ni sebab ada wifi. Walaupn rata rata aku perasan aircrew semuanya dah ala ala kertu  aje. HAHA.
 
 
Tapi diaorang sangat baik, peramah dan tak kedekut roasted peanuts yang sedap dan ranggup, ada jugak cheese crackers dan pelbagai jenis minuman sejuk dan panas yang disediakan, tak silap ku lebih kurang 10 jenis semuanya untuk dipilih. Makan dan minum lah sepuas hati selagi tak sampai. Flight memang penuh, cuaca pulak sangat cantik. Cuma pilot tak berapa nak handsome,  mak aaih sempat lagi kan kau? LOL
 
Kitaorang berangkat dari rumah pukul 7 pagi ke Hobby Airport, lebih kurang 45 minit sahaja dah sampai. Sehari sebelum tu, web checked in semuanya sesiap supaya tak tergesa gesa nanti, jadi pegi hantar beg sahaja, itupon bawak sorang sebijik. Sangat senang takde masalah sepanjang di epot, tepat pukul 10 pagi dah bertolak ke NY. Punya lah teruja bukan kepalang, maklum lah ini adalah penerbangan pertama kami ke sana.
 
 
Perjalanan dari epot ke hotel lebih kurang setengah jam, sebab kota NY memang terkenal dengan traffic yang sangat teruk terutamanya masa hari bekerja. Kalau dibandingkan dengan Houston, amatlah tenang sama sekali walaupon sampai ke hari ni, masih juga ku takut takut nak drive. 
 
Husband cakap memang dah tentu tentu dia tak nak tinggal di NY kalau diberi peluang pon. Tapi husband why? I rasa kita buleh duduk je di New Jersey? kan dekat dengan NY?  Ujar si isteri yang sangat licik itu. HAHAHAHA. Banyak cantik muka hang!      
 
Selama seminggu, Westin lah tempat bermalam kami di sana. Terletak di tengah tengah Times Square NY, segala galanya macam depan mata aje. Bilik kitaorang di tingkat 22, dari hadapan menghadap H&M yang terbesar di sini, dan dari tepi buleh melihat permandangan Hudson River yang sangat indah. Tapi bila cuaca mendung berawan, memang separuh dari bangunan di sini akan dilitupi kabus, pon cantik jugak. HAHAHA Pendek kata semuanya sangat cantik sempurna lah di mata ku.
 
Sampai aje rehat rehat kejap apa yang patut, lepas tu apa lagi terus ku heret husband menapak times square yang bak melambai lambai aje setiap kali ku lihat ke tingkap. Kuat sungguh godaaannnnnn mu like omaigoddd :P
 
Tapi yang penting mesti lah pegi carik makanan dulu sebab perot pon dah berkocak lapar sangat, sebelum keluar rumah pagi tu sempat jamah sekeping roti dengan nescafe aje. Nak makan banyak banyak risau jugak, kang payah nak ke toilet kalau di sini. Paham paham aje lah kan, dengan masalah air bagai, kalau terdesak sangat memang aku bawak masuk botol air aje dalam tandas. Pedulik? HAHA. Memang aku penah buat pon masa ke Galleria dulu.
 
Tapi pagi tu, memang aku berada dalam tahap berhati hati sebab tu kurang makan sepanjang dari Houston ke sana.
 
Jalan keluar dari hotel, terus berasak asak dengan orang ramai, memang diaorang kat sini tak reti jalan pelan pelan langsung. Dah lah besar besar orang nya, ke tepi ke tengah daku ditepis. Takde peluang nak ambik foto dengan tenang, kalau di tepi jalan pon ade aje yang melintas. Namun tetap lah ku gagahi jugak. Kau, bukan senang nak sampai sini kot. HAHAHA. Gasak aah.

 
 

 
Tak jemu langsung lalu lalang di sini. Tetiap hari pon takpe. Ye ke tewwww?
 
 
Masa tengah jenjalan terjumpa restoren makanan halal yang pertama. Kitaorang makan set ayam goreng dan nasi bersama kebab daging yang besar gedabak. Memang sah sah tak habis pon, terpaksa lah tapau bawak balik bilik. Di sini, selayak nya lah makan sepinggan aje seorang sebab portion nya sangat besar luarbiasa. Di Houston pon sama jugak, jenuh bercinta kalau aku nak habiskan sensorang.
 
Halal food truck memang merata rata kalau di NY, setiap simpang jalan mesti ada. Diaorang jual kebab, ayam goreng, nasi bersama ayam/kambing, hotdog dan burger. Memang mewah sangat dapat makan hotdog sepuasnya di sini. Kalau di Houston memang takde peluang lah kami nak merasa sebab payah nak mencari yang halal. Sebijik hotdog di sini hanyalah $2, dan sangat besar saiznya. Puas makan. Tetiap malam mesti kena tapau bawak balik bilik, kecuali malam terakhir kitaorang lepak di times square, sambil makan makan dan tengok gelagat manusia yang macam macam.
 
Kalau di KL takdenya aku nak buat semua tu tambah tambah si husband, memang dia kurang sangat berkenan nak bersesak sesak dengan orang ramai tak tentu hala. Iolss layaannnnn aje sebab iolss memang sejenis gedik begitu. Hihihi
 
 
 
 
 
Sepanjang seminggu di sana, kitaorang melepak dari Manhattan uptown, downtown sampai lah ke Harlem yang ramai dengan orang AfricanAmerican yang sambil sambil berjalan pon diaorang boleh lagi berjoget joget gumbira HAHA, dan terus ke Brooklyn City merentasi bridge yang sangat cantik itu.
 
Cuaca pulak redup dan tak berapa panas, cuma dua hari terakhir sebelum balik memang hujan lebat di NY. Nasib baik lah dah sempat jalan jalan dan membeli belah apa yang patut, cuma masa nak pegi cari souvenirs terpaksalah meredah kesejukan malam dan hujan.
 
 
 
 
Kitorang ambil package Liberty dari Big Bus NY yang membawa ke Liberty Island dan Ellise Island dan pulang semula ke Times Square. Senang sangat. Dari Manhattan ke Liberty station tak sampai setengah jam pon tapi terasa lama sebab traffic teruk waktu tengahari dan petang.
 
Sebelum dapat menaiki boat, kena lah melalui security check point sama seperti di airport. Habis jacket, kasut, jam tangan semua kena keluarkan. Lama jugak beratur dekat sejam sebab diaorang memang perati habis sorang sorang tambahan pulak yang bertudung lain macam ni kan. Paham sangat dah.
 
Selesai semuanya lega dapat naik boat, kitaorang duduk di atas sekali. Ape lagi terus layan macam Titanic dah pulak, belum sampai Liberty Island lagi dah berpuluh puluh gambar uolss..Ke tepi, ke tengah semua nak. Ada pulak orang melayan, apa lagi, lemak naik kepala la. HAHAHA.
 
Di Ellis island kitaorang tak turun pon, setakat menghayati permandangan dari atas boat,  sebab di pulau tu cuma museum sahaja. Aku bab bab tu memang kureng sikit, lain kali punya trip mungkin buleh lah kot nak tengok apa yang patut di situ kan? EHHH? Cubit perot sendiri please.
 

 
Sendiri edit sendiri letak crown. MAMPU?? LOL
 
Malam harijadi hari tu kitaorang gi cari café kat tepi hotel aje sebab husband cakap nak beli kan aku RV kek walaupon muka masing masing tahap busuk dan rabak dah.
 
Takde nya dia nak surprise kan dengan kek seploh tingkat apa pon, sebab dia memang begitu. Kau nak kek kan? jom pegi beli konsepnya begitulah. HAHAHA. Jadi itu lah sambutan gilang gemilang harijadi saya taun ni dengan letupan mercun dum dam dum dam dan warna warni bunga api di dalam hati :))
 
 
Tapi semestinya kota new york lah adalah antara kenangan yang terindah di dalam perkahwinan kami. Terima kasih husband! I love you husband! Nak gi jalan lagi husband?!! Hihihi.
 
 
 
Jauh di sudut hati masih tetap rindukan Malaysia tanahair tercinta..
 

Saturday, May 30, 2015

From NYC with love



Karangan panjang lebar budak darjah enam pasti akan menyusul tak lama lagi. Mohon bertabah lah. HAHAHA.

Alhamdulillah. Lagi beberapa jam dah nak masuk 34 tahun :) 






Tuesday, May 19, 2015

All I Want For My Birthday Is You


 
If your dreams don't scare you
They aren't not big enough
 
 
 
Tinggg! And the countdown has officially begun :)
 
 
 
 
**Entry budak darjah dua. Dilayan jangan. Okbai**