Showing posts with label Ho Chi Minh 2012. Show all posts
Showing posts with label Ho Chi Minh 2012. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Oh my coffee!

Halo semua. 

Cerita HCMC sebenarnye tak habis lagi. Maklumlah sibuk sejak dua menjak. Nak huplod foto pon macam menggigil gigil aje, ecececeh!

Okay. Mari dengar cerita kakak.

Kalau ke Vietnam, terutamanye ke syurga membeli belah di Ho Chi Minh itu, adelah menjadi tidak lengkap kalau masing masing tidak meminum kopi. Omaigod. Suka. Dari awal awal lagi sebelum berangkat dulu, memang dah bercita cita  perlu  men-minum dia ini. Sebab diaorang cakap, rasa kopi Vietnam memang lain dari yang lain, kalau setakat jenama N itu memang sah sah ketinggalan ke belakang lah. Eh? Betul ke? Betul ke? Eksaited sampai macam tu dulu.

Maka, letak aje luggage dalam bilik, benda pertama yang aku ingat, mesti minum kopi. Padahal makan nasik pon belum masa tu. Untuk makluman semua, aku ini memang peminum coffee yang tegar. Kalau sehari tak minum, memang bakal mengundang demam. Hahahaha. Tak kira ape jenis coffee pon buleh bantai tanpa rasa bersalah. Awal minggu berpuasa tuh, memang gasaklah tahan sakit kepala bertubi tubi. Caffeine withdrawal syndrome lah sangat kan. Lepas tuh okay laa cik puan besaq :))



Tengok! Its so special! Its so Vietnamese. Rasa dia memang unique. Betui tak tipu. Memula tu ade lah jugak aku terpandang lekeh aje dengan kopi diaorang nih. Tah tah kena minum bertinggung kat tepi jalan kot? mak aaaihhh  kalau macam gitu, sumpah aku cabut balik malam tu jugak. Makan pon dah belum tentu lagi macam mana kan. Itu cakap dalam hati sebelum pegi la. Tapi ternyata, Ho Chi Minh City adelah tidak seteruk yang aku sangkakan memula dulu. Tapi jangan lah kau pandai pandai nak bandingkan dengan city city yang lain, contohnye macam New York City ke? Hahahaaha. Eh tak semena mena pulak.

Aku pon bertanya lah dengan  diaorang kat lobby tu, kat mana nak carik coffee yang paling sedap di dunia. Jenuh lah jugak dia nak bagitau, siap dengan bahasa isyarat semua pon keluar tanpa was was lagi. Kat sini masalah utama yang aku rasa adelah bahasa dan sebutan masing masing. Diaorang memang susah nak faham, aku lagi lagi lah susah nak terjemahkan apa yang diaorang nak cakap. Yang penting, kena ada map, maka suruh diaorang explain berpandukan map itu. Senang sikit hidup kau di sana kalau bercadang mahu ke tempat tempat tertentu.


Rupa rupanye, tilik punye tilik map, dekat aje. Atas sikit dari Ben Thanh Market, sebelah kiri jalan. Cuma satu aje cafe yang menjual coffee vietnam  yang lengkap dengan wifi kat situ. Sempat lagi aku main facebook sementara tunggu kopi tu penuh. Lumrah lah kan begitu.



Memula dia akan bawakkan kita penapis kopi seperti kat atas ni. Dia akan letak susu di dalam cawan siap siap, dan kena tunggu dalam 5-10 minit macam tu untuk kopi dari tapisan itu masuk ke dalam cawan.


Dah siap. Masa nih, kalau tak reti nak buat sendiri, buleh lah panggil diaorang tolong bancuhkan yang selebihnye. Sikit aje kan. Tapi jangan bimbang. Banyak ini pon dah cukup untuk membuatkan engkau gila bayang dan terkenang kenang sehingga ke hari ini. Hahahahaa


Dalam family, cuma aku, dad dan arwah baba (father in law) yang meminum coffee dengan bersungguh hati.   The Other Half buleh minum sikit sikit aje, aku pon pelik kenape dia tak suka, mom memang dah tahap tak buleh pandang langsung. Jadi bila dapat kopi yang sedap, lemak, terasa aroma dia yang menggoncang qolbu macam gini, maka paling cikai cikai pon mesti lah pekena dua gelas sorang kan, macam dad minum nih. Comel! Hahahaha

Baru puas hati datang jauh jauh. Pastu sebelum balik, tapau jugak coffee powder tu sorang sebungkus, yang mana buleh tahan sampai setahun kot. Okay letteww.

Jadi jangan lupa, kalau yang berhajat besar mahu ke Ho Chi Minh City, wajib jugak mencuba coffee ini. Ekceli kalau nak cari powder tak susah, memang berlonggok longgok diaorang jual. Kalau terlupa, kat epot pon banyak walaupon sedikit mahal. Tapi tak kisah lah kan, janji haddooooo :)

Friday, July 13, 2012

Saya rasa Ben Thanh Market adelah cool!

Ho Chi Minh City dan Ben Thanh Market adelah dua unsur yang berkait rapat, kalau sampai ke kota ini dan tidak menapak di Ben Thanh adelah menjadi kesalahan besar di bawah akta menyoping. Sampai begitu sekali uolss. Sebab utamanye adelah, hanya di Ben Thanh sahaja yang betul betul menarik perhatian dan sesungguhnya ini antara gudang terbesar untuk membeli kain kain seperti cotton lah yang paling banyak, sutera vietnam, baju kurung, jubah dan sebagainya. Payah lah nak sebut satu satu melainkan engkau pegi tengok sendiri.

Perlu diingatkan juga, di sini adelah bukan seperti Kuala Lumpur, ataupon Jakarta dan jauh lah sama sekali jika nak dibandingkan dengan New York City. hahahahahaa. Jadik engkau janganlah berperasaan diva yang tengah membeli belah di Harrods lah pulak nokz. Memang takde maknenya, sebab hangat dan sesak nak mampuih kat dalam market nih. Sehari aku kat sana dah mengundang tension-headache. Nak shopping punya pasal, ku redahi jua :)


Sungai Mekong adelah sungai yang ke 10 terpanjang di dunia okeh. Dan dia ini mengalir dari Dataran Tibet di sebelah utara melalui China, Thailand, Laos, Kemboja  hinggalah ke Vietnam. Rujuk gambarajah di atas yeah kawan kawan. Ini adelah sebahagian dari Sungai Mekong ketika pesawat kami ecececeh melintasi wilayan Saigon ini sebelum mendarat. 

Lebih kurang 90 juta penduduk adelah bergantung kepada sumber dari Mekong ini kerana kebanyakkan mereka adelah pesawah. Dari atas pon dah nampak betapa padat dan mampat penduduk di sini kan, sekali aku tengok dah macam kotak kotak putih aje rumah diaorang ini. Dan kalau nak tahu, rumah atau bangunan di sini adelah dalam bentuk meninggi dan kurus kurus aje, jarang sangatlah dapat tengok bangunan yang besar gabak dan lebar. 

Epot dia adelah sangat bersih , jauh lebih elok dan besar dari Bandung. Imigresen kat sini pon okay takdelah banyak cekadak sangat, lagipon diaorang rata rata kat sini memang tak buleh berbahasa Inggeris, jadik masing masing diam aje lah. Pandang muka pon taknak.. Hahahaha Senang cerita lah kan macam tuh dari nak bersoal jawab tak tentu hala nanti.

Matawang utama  adelah Dong. Tapi bawak lah jugak Ringgit Malaysia kerana semua penjual di situ memang akan terima ringgit jugak. Untung laa.

 
Dari epot ke hotel adelah lebih kurang 20 minit aje campur tolak traffic jam diaorang lah. Ambil cab Vinasun sahaja, kalau yang lain alamatnye belum tentu sampai lah engkau ke hotel nanti. Betul. Jangan main main, diaorang nih hati kering jugak. Ini lah yang dipesan berkali kali oleh kawan aku sebelum kami ke sini :)

Hotel yang kami tinggal adelah di Distric 1, jadik memang senang nak menapak membeli belah.. Elok lah carik hotel yang betul betul selesa, tak payah lima bintang pon takpe, sebab yang tiga bintang pon adelah terbaik di Saigon ini. Siap ade jacuzzi dalam bilik lagi. Next entry aku cerita. Best!

Hotel yang berdekatan dengan town adelah sangat senang untuk bergerak, kira dah tak payah guna cab lah nanti (lagipon aku ini memang jenis fobia kalau naik cab di perantauan, aku akan jadik takut lain macam) dan yang paling penting bukan sahaja pada aku, malah rakan rakan Muslim yang lain jugak adelah lokasi yang strategik dengan makanan halal. Kat sini memang payah nak carik halal food nokz, kalau silap tempat buleh kebulur engkau. Betul tak tipu. Aku ini pulak bukanlah jenis pemakan sardin atau maggi yang tegar, sehari buleh lah kalau nak hadap, kalau tiap tiap hari memang bakal mengundang masalah pada masyarakat sekeliling jugak.. Hahahahaha. Jadik take note yea. Buat homework rajin rajin sebelum pegi.

Rujuk Gambarajah di atas sambil membaca baca.

Tak salah aku ada empat pintu masuk ke Ben Thanh Market, itu yang aku sempat kira lah.. mungkin ade lagi kot tak tahu lah kan, dari hotel ke sini berjalan kaki tak sampai lima minit. Nak exit dari belakang hotel pon buleh dari depan pon buleh, sebab depan belakang pon penuh dengan kedai kedai jualan kain baju, telekung dan lain lain. Lintas aje jalan dah terpacak Ben Thanh Market ini. Masuk aje ke dalam, dah bergantungan barang barang hiasan, kasut, bag kulit, kedai tempahan baju, kain kain dan cenderamata.

Kat sini sentiasa sesak dan penuh dengan pelancong, sebab ini adelah tempat perhatian utama untuk membeli belah di HCMC sebab buleh tawar menawar sampai nak rak. 


Ini adelah kedai yang menjual barangan kulit. Harga yang diaorang letak memang mahal berapi maklumlah ramai tourist kan, naik kepala lah masing masing. Kalau berminat nak beli, tawar sampai serendah yang mungkin, tak perlu nak malu malu atau bajet makcik kaya kat sini. Kalau tak nak beli memang tak payah la kau pegang langsung, kalau tidak jenuh lah kena tarik dengan diaorang. Hahahahah. Pada yang berlaki bajet hot itu pulak, jaga jaga jaga lah jugak sebab diaorang nih jenis suka menyendeng dan berpegang pegangan tanpa segan silu. Abang Sayang sentiasa aje kat mulut diaorang nih macam aku nak cili aje rasa mulut masing masing. Hahahahahaa. Kalau nampak mat sals lagi lah macam cacing kepanasan aje aku tengok. Meluat pon ade gak. Haaihh duniawi.



Pada yang rajin memakai baju kurung, jubah dan yang suka menempah baju memang sangat sesuai lah ke sini. Memang banyak pilihan fabrik, tapi macam aku ini hanya berminat dengan yang bermanik aje. Cotton beli sepasang, vietnam silk pon sepasang, itupon dah dijahit siap dengan taburan sequins yang sangat cantik uolss. Harga adelah berganda murah dari yang dijual di KL, percayalah. Kalau yang nak menempah baju kat sini pon buleh, sehari aje dah siap, pastuh diaorang akan hantar sampai ke hotel.

Antara kedai baju yang aku rasa betul betul ekslusif lah jahitannya kalau nak dibandingkan dengan yang lain lain dan berbaloi untuk dibeli adelah di Butik Hong Anh, Butik Mary dan Butik Minh. Hong Anh mungkin sedikit mahal jika dibandingkan di dalam Ben Thanh tetapi kalau dilihat, baju baju yang dijual di sini adelah lebih elok kualiti materialnye. Lagipon kat dia banyak pilihan baju kurung moden dan baju kurung pahang. Aku memang suka. Bajet sweet di hari raya gitu.. Manik dijahit sangat kemas dan banyak.

Begitu jugak dengan telekung Vietnam yang sangat selesa dipakai. Semua kedai kedai nih tak jauh antara satu sama lain, kiranye tak payah susah susah nak naik cab. Macam kitaorang, lepas shopping balik hotel, rehat dan solat kejap, pastu keluar makan dan sambung shopping balik. Begitulah aktiviti setiap hari. Hahahahaa. Memang lah tak banyak yang aku beli sepanjang kat sana, cuma banyak masa dihabiskan membandingkan antara satu kedai dengan yang lain. Bila dah rambang mata macam gitulah jadiknye kan..


Dong Du mosque atau Central Mosque dalam 15 minit berjalan kaki aje dari hotel. Lepas solat buleh jugak makan makan di sekitar kawasan ini. Masjid ini terletak betul betul belakang Shereton Hotel. Kalau dari Ben   Thanh Market, jalan terus aje dan perlu melintas ke seberang jalan lagi. Bab yang nak melintas jalan nih adelah satu masalah besar sangat pada aku dan mom sebab kami memang rajin berjalan. 

Kat sini walaupon banyak lampu isyarat, tapi hanyalah tiang lampu semata mata kekdahnya. Hahahaha. Lepas tu kalau engkau teragak agak, dan nak tunggu sampai semua berhenti dengan jayanya macam di KL itu, sampai malam lah kau terpacak kat tepi jalan. Jadik, redah jugak..sebab bila dah di tengah tengah jalan  nanti, memang diaorang akan pandai cilok cilok dan mengelak :) Insyaallah selamat sebab aku dah cuba. Semua orang cakap macam tuh. Hari pertama stress lah jugak kan sebab macam bodoh sangat rasa sebab dekat sepuloh minit aku melopong depan jalan tu, jadik nak shopping punye pasal aku nekad jugak jadik wanita Vietnam yang tabah seperti di bawah ini..


 
Nampak tidak? Bukti nih bukti. Hahahahahahahaaa. Siap pakai topi keselamatan hokek macam baru balik bendang. 


Next entry aku cerita lagi pasal hotel serta makanan yang halal dan sedap macam omaigod!


Okay lah nak pegi masak biryani ayam kejap. Laki i dah nak balik. Hikhikhikss


Jumpa lagi!
-Sash-

Wednesday, July 11, 2012

HCMC dan bahan rumahtangga!



1500hrs adelah sedang mencuci dan meyental rumahtangga seperti tiada hari esok

Patut lah sekali keluar rupa pinggan mangkok tak semena mena. Ini belum lagi foto kain baju yang dah bakal menjadi kl tower tak lama lagi jika tidak diambil ikhtibar. 

Letih bukan main main. Kali nih memang betul betul nak tutup buku berfoya foya demi kebaikan rumahtangga bersama. Hahahahaa. The Other Half pon sudah mula bekerja, aku pon masuk work station lah jugak dari pagi pagi buta sampai sekarang baru habis semua kerja mengemas. Sape cakap duduk rumah buleh joget sesuka hati, walaupon kadangkala kantui jugak joget di hadapan suami ha ha ha. Selesai laundry, cuci bilik air pulak, lepas tu mengemas dan mengemop luar dalam, rehat kejap main facebook. Lepas tuh sambung memasak. Penat hoih penat. 

Hari nih memandangkan jadual kerja sangat produktif, maka aku masak pon cikai cikai aje. Gulai daging dan kobis tumis air. Janji mengenyangkan, untung untung buleh simpan sampai esok. Buleh la karang belog lama lama sikit. Sekarang nih jangan katakan belog, nak kentut pon rasa macam dah kekurangan masa. Hahahahahaha. Mak aaihhh. Perumpamaan aje tuh, engkau nih pon. Aku kan begitu, benda sikit pon suka sangat jadikkan bahan.. Gasak lah masing masing. Hahahahaa

Rasa hilang segala bebanan bila tengok rumahtangga bersih dan kemas, lagipon dah nak sambut Ramadhan tak lama lagi. Takkan nak mengemas masa raya aje kan, bulan puasa pon elok lah kita raikan dengan gembira. Setahun sekali baru bersua, seronoknya bukan kepalang. Insyaallah masih sihat tubuh badan untuk menjalani ibadah berpuasa.

Ape berlaku di Ho Chi Minh City?


Tempat yang wajib menapak adelah Ben Thanh Market. Bila berjalan masuk aje, kiri kanan rasa macam berada dalam gudang kain baju. Dari english cotton, japanese cotton, silk cotton, viscose, chiffon dan macam macam lagi. Cakap aje nak macam mana semuanya diaorang ada. Bila dah nampak banyak warna warni semua nih, mula lah aku jadik tamak. Sepasang rasa macam tak cukup, padahal aku pakai baju kurung pon di pagi raya aje kot :)

Tapi dalam banyak banyak kain itu, yang wajib beli dan carik adelah fabric yang penuh dengan beads. Baru malaatopsss lebaran uolss hokek. Masa sebelum pegi, aku  memang dah dapatkan contact dari kawan yang pernah ke sana berkali kali, so dia yang cadangkan kedai yang jual kain cantik cantik, harga murah dan yang penting kualiti beads dia sangat halus dan rapi. Senang lah kerja menyopping ku ini. Thank u erni shayangg :)


Kalau pandai menawar, sepasang sandal buleh dapat dalam sepuloh hengget ajo. Serious sangat cantik, hari pertama dah aku borong ape yang patut kat sini. Buat basahan di hari raya kekdahnye... Hahahahahaaa


Antara penganiayaan ke atas matawang Dong yang aku buat di awal awal minggu sewaktu di sana. Maklumlah hotel yang kami duduk tuh kira buleh jalan kaki aje ke Ben Thanh, maka tak senang tido lah aku asyik asyik rasa nak merayap memanjaanggg. Cara shopping kat sini memang lah berbeza dari tempat kita, kalau di London jauh lah sama sekali.. tapi tetap ada keistimewaannye. Yang penting, kena pandai tawar menawar, buat muka kekwat aje kalau nak tawar tuh, beli ikut keperluan sudah melainkan engkau nak berniaga kain baju buleh lah angkut satu gudang, pandai pandailah pilih kedai dan bandingkan kualiti barang yang nak dibeli, maknanye sebelum pegi tu rajin rajin laa buat homework pasal Vietnam, nak nak pada yang memang bajet pegi nak beli kain bagai nih.

Baiklah, itu aje cerita HCMC. Bebila menjadi sedikit alpa dari kerja rumahtangga, maka akan aku karang lagi lama lama. Sekarang ini, warm up dulu lah ape yang patut nokz. Janji entry ade bahan ilmiah jugak kan..

Uols semua, Dah ada cadangan ke nak masak apa hari pertama berbuka minggu depan? Kami masih dalam perbincangan. Ha ha ha. Maklumlah menu bukak puasa nih kena menjadi adil dan saksama. Tekak masing masing menjadi sangat demanding tak semena mena pulak, naseb baik tak ramai..kalau tidak menggelupur lah cik puan besaq nak masak dan risiko untuk makan di luar adelah sangat tinggi di kala itu.. Heh heh heh



Jumpa lagi dahhlinggs!