Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Demi handbag baru


Eh eh tajuk tak buleh blah. Tolong blah skrang. Hahahahah.

sambal udang Ombak Rindu Lisa Surihani-over macam tak best langsung rugi duit aku


Masak lemak ayam dengan terung Twilight Saga cinta Jacob tulus dan mulus untuk Bella selamanye..

Ikan merah stim asam limau Mission Impossible tak sabar nak tengok daddy-Suri yang mengujakan itu minggu depan


.. dan ini adelah aku pada penghujung hari itu.


Sampai lunyai mengerjakan rumahtangga sendiri.


Sekarang buleh pergi tido berbantalkan ini. Pergi ^___^

Friday, June 10, 2011

cerita orang pulau

.. from Venice with love, eh silap from padang kota aje nokz. tersasasasul okeh. Ape kabar Venice agaknye? Salah satu kenangan terindah kami jugak :)


Assalammualaikum

Halo Malaysia!

Halo everybody!

Hoih lamanye tak ber-blog panjang. Asyik asyik tempek gambar. Asyik asyik gambar hollymoon. Hep??

Tak ke mana mana pon, balik kampung pun berape hari kerat aje. Tapi letih ya rabbi. Apsal ramai sangat rakyat jelata neh? Tak semena mena dari Kl ke penang sampai 5 jam aku dalam kereta sampai fening. Naseb baik balik dari sana naik flight, kalau tak mesti meroyan jiwa lagi. Memang tak sanggup, lain lah kalau bercuti lama kat sana. Sempat jugak hilang penat. Cheh. Macam lah ape sangat, 5 jam pon kau nak kecoh. Mahu tak hangin, aku jarang balik naik kereta. Sekali sesak teruk cengitu. Nak ke tandas pun jangan harap boley sewenang wenangnya. Naseb baik tak cherry berry nokz. Ha ha ha.

Tapi memandangkan kat kampung halaman dapat hadap makan yang sedap sedap, terus saya menjadi alpa. Bukan selalu kan. Sampai sana dah lewat petang, terus dad bawak pegi makan nasi kandar beratur di bagan. Tido sambil senyum lah kami malam tuh.

Salak gula batu. Gila lama tak makan makcik neh.


Ini lah penyebab aku menonong balik 4 hari aje ke penang dengan ibubapa hari tuh. Kecur air liur tiap tiap hari kalau fikir pasal jeruk. Kat kl pernah beli sekali aje, rasa memang lain sesangat, tak sempat habis dah tersedak sedak cik puan sampai keluar air mata. Yang di kampung halaman memang tak sama, sebab diaorang jerukkan dengan gula batu. Cengitu lah yang menawan hati saya. Ratah sampai lupa diri pun boley. Kau kesah?

Dan ini pula? Tak payah lah cerita. Unsur unsur kegembiraan suami isteri. Heh heh.

Insyaallah sebelum ramadan nanti nak balik lagi. Boleh lama lama siket. Sebab hujung hujung puasa baru nak balik beraya terus kan. Eh, dah tak lama rupanya nak sambut puasa lagi? Rasa macam baru aje sibuk memasak bagai nak berbuka. Pastu kejar kejar pegi bazar ramadan cari nasi kerabu. -Senyum sorang sorang-

Puasa pun tak habis berbayar lagi. Baju raya sudah sudah siap kah? Kah kah kah. Kan dah kecoh. Saya dah pilih warna tema tahun neh. Warna apa? Biarlah roohsiaa gitu.

Baiklah tak mahu melalut panjang panjang kelak merugikan masa. Mari mensidai pakaian sekarang. Lepas tuh boley mimpi yang indah indah belaka.


winks&smiles!

Friday, June 3, 2011

ikea.com

satu petang di Ikano sebelum pulang ke kampung halaman. yay!


winks&smiles!

Monday, April 4, 2011

NOOdle OOdle, Bayswater

First time makan peking duck kat sini. Sumpah sangat sedap. Sebelum nih selalu dengar aje tapi tak penah rasa pon, bila balik dari Tooting hari tu semangat nak makan semakin berkobar kobar lepas ramai bagitau memang sedap dari ayam. Kali nih giliran hubby kena heret ke sini sebab dia memang tak kuase nak memakan haiwan tersebut. Kah kah kah. Padan muka.

Tapi nasib baik tekak dia boleh terima jugak, tak macam takoyaki hari tu sampai nak termuntah bagai. Ekceli lebih kurang sama macam ayam, cuma daging itik lebih lembut, tekstur dia halus dan tak kenyal. Peking duck nih adalah salah satu dish yang sangat famous pada zaman maharaja di Beijing dahulu. Dimakan dengan mandarin pancakes, mandarin onions yang dihiris halus halus dan dicicah dengan hoisins sauce. Ya rabbi sedap sesangat sangat. Tak payah lah sibuk kau nak ke Beijing pulak lepas nih kan.

Kalau rindu nak makan bee chew, boley aje ke sini..Dad mesti suka!

Fresh peking duck from oven. Memula kena hiris kulitnye dulu. Semua spices and herbs banyak kat kulit dia. Jadi apa lagi, ratah sampai licin derr.

Rangup, manis, masin, pedas sikit sikit bila cicah dengan sauce. Haaihh.. nekmat tekak.


Makan dengan pancake. Letak la macam mana kau suka pon, gulung macam nak makan sireh kekdahnye. Pastu mamam. Pancake tu suam, lembut pulak tuh. Hubby cakap macam kebab aje :)


Saya suka ratah banyak banyak. Ini adalah itik yang dah dipotong tadi.Makan panas panas. Sedap hoi sedap!

Haaa.. yang ni wajib order. Lampui saya versi Bayswater. Ada sayur campur yang dipotong cute cute aje, dalam dia ada sotong, ayam, daging dan udang. Pastu siram kuah lebat lebat.
Kung Pao chicken. Menu wajib hubby. Dia suka sangat ayam cengini. Saya rasa macam ok ok aje, munkin sebab banyak men-ratah sang itik kot. Ha ha ha

Sizzling tofu platter. Nak cuba masak macam nih nanti kat rumah lah. Hubby suka. Tak cukup malam tu kami makan.


Hot and sour soup. Order nih sebab teringat bila Dr nicole cakap sedap. Eh memang sedap. Hirup sampai licin jugak.

Pastu sebelum balik, kami men-tapau lemond chicken dan fried koey teow untuk makanan di tengah malam kelak. Lemond chicken sangat sedap, terasa sangat masam masam lemond di dalam tekstur ayam goreng itu. Koey teow pulak boley tahan aje, sebab tekak saya dah biasa disogokkan dengan penang ckt, jadi yang ini umpama digoreng dengan soy sauce aje kekdahnye. Boleh lah daripada tak ada langsung kan. Ha ha


Di bawah nih pula adalah stok makanan kami di tengah malam. Macam macam saya sumbat tak ubah seperti rumah sendiri. Buah memang wajib ada, sebab saya akan dipaksa makan setiap malam oleh si suami yang kejam. Hahahahahahah! Ampun ampun.

Pastu ada fresh yogurt ( dapat free kat hotel, diaorang antar tiap tiap pagi ), pasta segera yang dibeli kat M&S, fruity yogurt wajib makan Activa dan Muller Blueberries tiap tiap hari jugak sebab gile macam punye sedap dan stok chocolate untuk dikunyah bila boring dan tak boring.



Kat rumah sendiri takdenye aku nak makan sejam sekali macam nih, siap kira berapa sudu nasik masuk dalam tummy ada lah. Ha ha ha ha. Diet weh diet :)

Sebelum puasa nih kalau pegi Bandung macam best tidak? Jubah murah murah lah, boley pakai di pagi raya.


Sekian.

Hollymoon


Alahaai la adek dan kakak :)

alahaai la suami dan isteri :)

welcome back to negeri yang melekit bagai? wah. baru berapa hari kerat kau pegi. sabar aje lah.

Alhamdulillah, london was fun. Awesome blossom sangat tak hengat. Alhamdulillah. Macam tu lah lain kali kalau nak menghiburkan hati wifey. Tidak lah wifey berasa gundah gulana dan membawa diri ke klcc selalu. Okay lah kurang kurang pun the curve. Cheh

Semua dah kembali ke bentuk asal kejadian. Ahad lepas dah mula aktiviti membeli groceries di cold storage dan petang karang kena masak serta makan kat rumah aje sebab dapur gile lama tak berasap. Pinggan mangkuk lama tak diguna. Rindu. Jangan nak perasan diva lebih. Sikit sikit takpe. Pegi masak nasik cepat. Pegi.

Eh eh kejap. Tapi itu tak lama. Sebab hari Khamis nih saya akan berterbangan di awan biru lagi. Tapi yang nih dekat dekat aje. Patut lah kau tak kecoh besar kan. Fitrah manusia. Kah kah kah!!



Picadilly circus. beli souvenir untuk diri sendiri dan diri sendiri



Baiklah baiklah. Sekarang silalah hadap lagi beberapa photo yang tak wajib tayang. Kalau tak tengok pon takkan menjejaskan ekonomi negara. Tak perlu risau.

Speakers Corner, dekat Hyde Park jugak, place where public speaking is allowed on any subject without fear. Tak jadi masalah punye. Kat sini semuanye bebas berbahas mengenai idea masing masing, kritik itu ini. Mostly akan bercakap pasal agama lah. Boleh gaduh besar kalau tak sabar. Nampak tak hubby tengah 'berkonflik dalam tenang' dengan suami isteri Jews yang sangat perasan bagus.

Ini pon contoh perasan bagus jugak. Melawat nenda kejap :) Lolz

DP kat sini gile murah dari Klcc. Beli beberapa pasang untuk raya katanye. Caya tak aku boley tunggu dan lihat aje?

Spring has sprung. Kau boleh posing angkat spring dress cengitu tak? Mari log off sekarang!!


Tower of London. Paling gile sejuk masa ni sebab dah nak hujan


Harrods. shopping sampai herot. sekian

hubby cakap apsal billboards kat komtar tu takde sapa kecoh nak amik gambar pon? Aparar dia nih. Potong betul.

mensidai wajah polosku di kota london. Ada??


Pada satu pagi yang indah dah sejuk itu juga, kami telah dengan rajinnye ke Tooting, south london. Jumpe kak sara and family. Borak borak dan makan makan kejap. Dah lama tak jumpe diaorang suma sejak pulang dari holland dulu. Hub dia sama sama dekat Shell jugak. Sekarang diorang dah pindah ke sini. Kiter bila lagi bee? Ha ha ha ha


Shopping senang, makan senang, jalan pon senang. Walaupon kena bersesak sket macam sardine dalam tube tu kadang kadang tapi takpe. Bukan selalu. Bukan tiap tiap hari. Kalau tiap tiap hari belum tentu aku dapat penuh pahala sabar tu pulak. Ha ha ha

Balik KL punye lah penat meng-kemas barang, baju lintang pukang macam titanic nak pecah, tapi dah siap cuci semua dah. Macam magic aje saya buat keja dalam berapa hari nih. Malam karang nak kena kemas bag baju lagi laa.


Terasa diri umpama flight attendant derr :) Rasa tidak?


Baiklah akan bersambung mengikut mood kelak. CUT!


Winks&smiles!

Saturday, April 2, 2011

Jet lag

Hujan diamond di negara orang, hujan white gold di negeri sendiri. Dua dua pun aku nak jugak. Kalau dah dasar materialistic, begitulah kekdahnye. Kah kah kah kah!!

HALO MALAYSIA! HALO KUALA LUMPUR. KAMU SANGAT PANAS. I TAK TAHAN YOUU.

Sakit hati tak dengar?


Penat nih penat. Tak cukup tido. Tak cukup rehat. Tak cukup shopping, eh?? *tekop mulut*


Telah selamat kembali ke tanah malaya. Tapi masih di awangan dan kefeningan nokz. Bila semua dah okay, saya sambung entry nih lagi.



kecoh.com

Tuesday, March 29, 2011

kecoh-terlampau








Ini pula? Objek terlampau apakah?? -LMAO-



Location : Hyde Park, London


winks&smiles!

Monday, March 28, 2011

Cerita dari london

lepas mandi dah tak payah pakai perfume pun boley - cik puan besar


setelah dipaksa dan diheret naik. Akhirnya saya berani jugak jejak atas london eye nih. Hadooih. Geli nye dengan benda tinggi tinggi ni tau!

Assalammualaikum

Lagi beberapa hari dah nak balik. Hoh? Masa berterbangan. Jadi hari nih berehat rehat di bilik sambil 'cuba dan mencuba' mengemas bag serba sedikit. Eh giler banyak baju aku beli kali nih, hubby cakap simpan setengah pakai raya nanti. Penat penat saya galas bag, dah la jauh nak tawaf keliling oxford tu, dia suruh tengok aje jangan pakai lagi. Buleh gitu? Lolz

Hubby macam dia lah yang sangat tidak kisah. Yang dia kisah nak naik london eye. Eeee.. semalam dapat jugak dia naik. Aku dengan berat langkah, muka moncong tiga depa memaksa langkah dari hotel ke situ. Ha ha ha. Saya memang alah benda tinggi nih, tengok capsule dia dari jauh pon dah rasa geli kaki. Ntah macam mana berjaya jugak aku langkah naik pon tak paham. Macam magic. Teringat masa naik Eiffel Tower pon macam tu jugak. Mesti kena gaduh dulu sebelum naik. Hadoooih. Sabar aje lah.

Setengah jam atas nih aku rasa macam berabad lama. Hubby cakap kalau jatuh mesti mati terus dalam river tuh. Hahahah! Sekarang kau faham kan ape perasaan cik puan?

Kota london dari dalam capsules kaca. Saya tak ingat berapa ketinggian masa nih. Tapi memang gile tinggi. Dah lama lama baru boleh berdiri dengan gagah-nye. Eh, apa barang kau ingat aku berani nak bukak sunglass tengok dari atas sini? Cukup lah nampak bayang bayang pon takpe nokz.

Big bus tours pon naik, thames river cruise pon naik jugak. Tower bridge aje tak panjat. Lalu di bawah pon dah cukup lah dengan cruise hari tuh. Punye la sejuk ya rabbi. Gatal nak ber-cruise bagai di thames river la sangat, hambek kau.

Hari nih badan rasa tak sedap. Macam nak selsema pon ada. Sakit tekak dah menyerang sikit sikit. Semalam berjalan dalam hujan renyai masa kat Picadilly. Eh takpe takpe. Tak kecoh. Saja bagitau.

Itu adalah aktiviti yang hubby suka. Benda benda yang aku tak minat sangat memang dia akan menjadi terlebih suka. Memang faham. Tapi benda yang saya suka adalah menjadi kewajipan dia untuk menjadi suka jugak, macam selalu selalu.




Baiklah. saya kena keluar sekarang. Masa dah suntuk. Takkan kau nak hadap blogger aje kan. Baik pegi beramal. Lagi sedap. Pegi.

Malam karang ingat nak ajak hubby makan peking duck di Bayswater itu. Tapi dia tak reti makan. Takper, dia paksa saya panjat london eye kan, siap dia malam karang!! Kah kah kah.

Bila free nanti saya tempek lagi photo photo yang tak wajib tayang.

Cheers!