Showing posts with label Braces. Show all posts
Showing posts with label Braces. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

I wanita braces

Transformasi 2010, 2011, awal 2012 dah terkini. Ecececeh. Sedar ruang yang ada, kalau tak suka tengok, sila keluar sekarang. Kahkahkahkah


Bukan mudah untuk menjadi seorang pembraces ( pemakai braces lol ) sebenarnya. Macam macam gelaran aku kena tadah telinga selama ini. Gigi besi lah, gigi kawat lah, ugly betty dah tetap tetap. Masa raya kalau datang sedara mara yang macam mak nenek pulak dia akan buat buat terkejut, eh eh kenapa gigi tu? Sakit ke macam gitu? 

Hew hew hew

Aku gelak sebab aku jenis yang akan masuk telinga kiri dan keluarlah dikau dari telinga kanan dengan segala hormatnya. Setakat benda benda cikai macam gini dah macam makanan ruji aku, banyak lagi benda benda yang memerlukan perhatian emosi aku dari melayan species mak nenek ini. Okay tutup cerita.

September 2011 Aku bersembang sembang dengan The Other Half dan meyakinkan dia untuk pakai braces. Ekceli dah lama, kalau godek balik entry dulu kala dah banyak kali aku pasang angan angan nak pakai braces bagi gigi cantek. Lumrah lah manusia, wanita pulak tu musti nak cantik kot. Bila dia dah setuju 101%, esoknya pagi pagi terus aku menelepon clinic dengan gigihnya.

October 2011 Appointment dengan ortho yang pertama. Xray, molding dan extract gigi terus hari tu jugak. Kalau sebelum datang tu nurse bagitau awal awal memang kena cabut gigi, sah sah aku tak pegi lagi kot. Cuak bukan main, nak kencing berkali kali semua cukup. Aku nih pulak bukan jenis penahan kencing dengan jayanya. Ortho cakap memang 4 batang gigi kena cabut, tak lebih tak kurang..adehhh. Nak cantik punye pasal bertabah lah aku. Seminggu cabut dua batang, kau mampoo?? 

Sembang pi sembang mai, lepas selesai mengorbankan empat batang gigi yang precious itu, campur tolak sakit dan rompang, hujung bulan October ortho pasangkan aku braces untuk gigi atas dulu. Punya lah aku eksaited pagi pagi buta dah terpacak depan clinic. Seperti biasa jugak, The Other Half akan merekodkan saat saat terindah itu untuk tatapan anak anak kami kelak. Betap beraninya mummy pakai braces :))

November 2011 Mahu seminggu juga aku tak buleh makan nasik langsung. Ayam goreng, pizza, pasta tak payah nak berangan tengok. Bubur nasik bersama bayam atau mashed potato sahaja yang buleh makan. Sengal, ketat, sakit macam macam haddooo. Itu kalau makan lah. Kalau tak makan, okay aje takde lah sakit berdenyut denyut setiap masa macam sakit gigi tu. Berat aku sampai mencecah 47 kilo masa tuh. Syiok aar.

Jadi setiap bulan aku akan berjumpa dengan ortho tanpa jemu untuk fixing. Memula mestilah aku pakai color pink. Hot pink gitu. Lepas tu bila dah bohsan, macam macam color aku cuba dari biru, hijau, purple dan habis semua koleksi color yang diaorang ada. Ha ha ha. Memang puas hati betul. Bila fixing, kesakitan adelah tidak sama seperti memula dulu. Tak payah telan ubat penahan sakit dah pon. Paling kurang susah nak makan, sehari aje sebab sedikit ketat. Lepas tu hari esoknya dah buleh mengunyah seperti biasa. Burger, goreng pisang, cekodok, ketupat dan apa saja lah yang dihajati oleh hati, semuanya aku sapu tanpa rasa bersalah. Takde masalah langsung.

September 2012 Pegi fixing macam biasa. Ortho sangat berbangga dengan progress gigi aku. Dia cakap kalau ikut umur aku kadang kadang lambat jugak gigi nak bergerak maklumlah dah lewat remaja kan. Hahahahaha. Tapi gigi aku baik, tak degil. Jadi dia pon anggarkan, kurang dari 6 bulan lagi aku dah bebas dari braces. Aku jadi sebak tetiba. Hahahahahah. Biasalah mak kan emosi. Aku dah lama dengan braces, braces adelah separuh dari aku. Braces dah buat muka aku macam di cocok botox, omaigod. Jadik mestilah aku gila sayang sampai mati kan. Lepas nih, aku cuma perlu pakai retainer tiap tiap malam sebelum tido aje untuk mengelakkan gigi aku jadik rosak balik, maka sia sia lah pengorbanan aku selama ini. Itu kawtim, takde hal punye..Sedangkan buat laps pon aku tak goyah, inikan pulak menjaga gigi kan nokzz..


Aku kira pelaburan sebanyak 3k++ untuk braces ( termasuk penjagaan dan keseluruhannya ) adelah sangat berbaloi. Kalau aku guna duit tuh membeli belah merapu meraban belum tentu aku berpuas hati sebanyak ini.  Ramai yang tegur, muka dah lain, ade yang cakap sebab kurus ke atau sebab dah gemok ke, macam macam lagi lah. Ha ha ha

Bila pakai braces, memang dia akan mengubah struktur muka kita, sebab anjakan rahang akan membuat muka kelihatan sedikit runcing ( ortho aku cakap laa ) Tapi aku pakai braces bukanlah sebab sebab ini, memang aku sendiri pon tak tahu dari awalnya. Bila kawan kawan dah tegur, baru lah aku sedikit perah-santan. Ha ha ha ha Yang penting, aku nak lebih berkeyakinan dan rasa cantik di mata suami. Kalau orang cakap buruk pon tak apa apa, sebab duit laki aku kau haddoo? Hewwww.

Jadi kepada sesiapa yang berhajat dan bercita citaan untuk memakai braces, ataupon merasakan perlu untuk berbraces dengan alasan apa saja pon, jangan tunggu lama lama. Percayalah ini adelah pelaburan seumur hidup yang paling berbaloi yang pernah aku buat. Bertabah lah demi kepuasan hati yang hakiki. 

Klinik Pergigian Bangsar
03-2284 5228

Takde potongan harga pon kalau sebut nama aku kat clinic tu, hahahaha.. saje aar berkongsi apa yang aku rasa patut untuk semua tahu. Ortho dia pon okay, buat aku rasa selesa dan tak takut takut lagi :)

Wednesday, May 16, 2012

Braces Diary kot


Ohmaigod. Wifey sapekah bergigi dawai berbiru bagai neh? Raksaksa pon buleh larik kalau tengok hokek.

Ini kerje engkau dalam bilik sensorang yea.



Sabarlah Sabariah..



Wednesday, May 9, 2012

Bubur Nasi Berlauk bagai

Semalam kasi ketat sama itu braces lagi. Sekali ortho taruk power chain atas bawah, hari nih terus tak mampu nak mengunyah langsung. Punye lah sengal kalau nak makan jangan cakap lah. Naseb baik bukan minggu depan, kalau tidak.. hu hu hu tak mampu aku nak bayangkan kesengsaraan macam gitu.

Tapi yang bestnye bulan nih aku pakai wire color baby blue.  Wah bajet  comel letteww. Comel punye pasal sakit pon bertabahlah jugak..

 
Jadi hari nih, tak nak fikir lama lama bila masuk kitchen, memang dah sedia almaklum lah bahawasanye aku hanya buleh makan porridge aje.

Walaupon makan bubur nasik, tapi selera tetap besau jugak. Bubur bukan sebarang bubur nokz, engkau jangan main main. Ini bubur nasi berlauk suka hati. Ha ha. Bubur nasik nih dimasak macam biasa, kali nih tak tumis langsung dengan bawang ke apa.. cuma campakkan halia sikit rebus kan dengan udang dan crabstick nak bagi rasa manis dan lemak. (sebab itu aje stock yang ada dalam magic fridge ku itu..)

Lepas tu  wifey menjadi rajin lagi, dia masak daging berempah pulak, goreng ikan bilis dan rebus telur masin. Wah, wifey sapa lah tu? Awat yang rajin tak tentu hala sangat nih taktau? Ha ha ha. Jangan lupa, cili kicapnye kena hado, kalau tidak mana nak kick bubur engkau nanti. Boring aah kan. Padahal baru minggu lepas kena gastric macam nak fengsan.. Tak sedar diri lagi makan pedas pedas. Dan paling penting, bawang putih goreng bersama minyaknye untuk dicurah ke atas bubur tu nanti. Baru malatopsss.


Daging berempah versi wifey. Ingatkan dah guna daging batang pinang kira lembut lah buleh gak aku ratah banyak banyak. Takde nye engkau. Kena potong kecik kecik pastu tabur atas bubur baru buleh hadap. Itupon terkial kial jugak menguyah macam baby baby.. Awww.

Esok ibubapa nak datang. Yeayeay. Cadang nak masak nasi arab. The Other Half pon dah sibok nak makan nasik arab dari minggu lepas, cuma kiter cakap tunggu esok aje, sebab buleh masak sekali gus untuk semua orang sekali. Jimat tenaga sikit. Aparar punye malas.. Ha ha ha


Hari hari yang seterusnya berfoya foya lah aku macam madam besar.

Tuesday, March 13, 2012

Lady in black



Kalau ke Pavy jangan lupa bawa credit card,
Kalau terlupa kang robek lah duit saku,
Walau gigi ku terasa ketat,
Pose bajet hot adelah kehebatan aku..

Ewah ewah..


Takde mood sebab susah nak makan sehari dua nih.

Okbye.

Thursday, December 1, 2011

Braces Diary : December


Kenalkan kawan baru saya, Power Chains yang paling power di dunia.


Mak aaih.

Ingatkan hari nih berganti bracket aje, rupanye baru masuk bulan kedua encik ortho sudah mahu men-pakaikan gigi saya dengan power chains ini. Apekah fungsinye? Ianye berfungsi untuk memberikan extra force kepada gigi kamu dan membuatkannye tidak sabar sabar untuk bergerak dengan cepat. Dan yang penting sekali adelah bertindak menutupi extra gap yang ada masa extraction dulu. Ingat tidak? Apekah mungkin kau lupa akan kerompangan mu itu. Ekceli sekrang sudah tidak jelas kelihatan pon. Saya juga sudah tidak lagi menjadi bahan ketawa oleh suami macam dulu dulu. Ha ha ha. Horror okeh horror sangat.

Jadi pagi tadi, ortho memasangkan powerchains itu di kiri kanan dan atas bawah. Dia cakap kita tunggu next month dan lihat progress macam mana. So far gigi dah banyak bergerak. Pheww. Balik rumah tak sempat nak bukak kasut dah rasa sengal umpama nak pijak orang kalau carik pasal masa nih, lepas makan bertambah tambah sengal yang luarbiasa lagi.

Bertabahlah demi kecantikan abadi yea nokz. Ayat nak sedapkan hati. Bukan apa, kalau aku cakap banyak pon dah tak guna.. terlajak perahu buleh diundur, terlajak perbuatan gatal nak berbraces tua tua cengini hambek lah kau padahnye.

Whoa oh, these chains on my teeeeeth
Are really killing me-e
Yeah..
(nyanyi dan joget kejap.. ewah ewah)

Menu semalam : Butter shrimps pasta. Shedaappp hoih.


Back on soft diet lah nampak gayanye minggu nih..Lupakan makanan yang lain.

Sadis.Sekian.

Monday, October 24, 2011

Susah Hati..

.. hari hari saya menjadi suram dan kelabu walaupon lagi berape kerat hari aje nak pegi berjalan jalan lagi. Terlajak perahu buleh diundur, terlajak men-extract gigi mampos tahan sakit lah engkau pakai braces nokz. Nak sangat kan? Nak sangat kan? Ape nih? Ape nih? Sabotaj i nampak? Heeee. Takde lah teruk nak mams pon, saje aje drama minggu ini lebih.

Tapi hati selalu menjadi gundah gulana macam orang nak terberanak tak lama lagi. Eh? Nak nak kalau melakukan aktiviti men-huplod gambar makanan. Mak aiih suka berlaku keji dengan diri sendiri sangat. Perkenalkan kawan kawan semua, inilah cheesy beef lasagna yang paling sedap di dunia. Ha ha ha. Dah la rupa paras pun comel, mewah dengan cheese dan daging daging, namun apelah maknanye kalau aku buleh men-makan tak sampai separuh pon?

Ini pula nasi minyak bersama chicken vindaloo. Teringat pulak kangaroo vindaloo dekat gold coast dulu. Alaa tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kampung halaman. Ewah ewah. Menu simple, tapi sangat sempurna di mata saya untuk menjamu encik suami yang pulang dari berjuang di tempat kerja.

Hari nih hari keempat saya selamat memakai braces. Tapi baru kat atas, bawahnye minggu depan pulak. Nasib baik dia tak pasang atas bawah sekali, kalau tidak lagi kurus kering lah haku tak makan nokzz. Masuk hari keempat dah buleh mengunyah pelan pelan walaupun terasa ketat dan sengal sana sini. Bila lah agaknye buleh makan kembali seperti zaman kegemilangan ku dulu? Waah..sadis.

Bertabah lah demi kecantikan abadi kan. Cantik kah? Ha ha ha. Maaf lah, sejak pakai braces nih, tahap toleransi kecomelan diri sendiri aku agak tinggi. Nak nak pakai braces color pink nih. Bajet diri comel lah konon. Ha ha ha. Kau haddo?


Ape lagi, tepuk tangan macam biasa lah. Entry malas sudah tamat.

Friday, October 21, 2011

October 20

Gulai udang bracesism.. .ewah ewah..!


winks&smiles!

Monday, October 3, 2011

Phewww!


rindu oh rindu!


Pukul 10 pagi kami suami isteri sudah terpacak di Bangsar, jumpe orthodontic lah ape lagi. Beraninye. Wifey siapekah itu? Bila sampai sana rupanye ade lagi ramai yang berani dari aku. Ha ha. Nasib baik keluar awal. Sempat lagi pegi makan roti canai bagai sebelum tuh. Saje nak pujuk hati yang penakut nih.

10 am - Register dulu. Berdebar debar tunggu diaorang panggil masuk macam nak ambik exam dah pulak.

10.45 am - Masuk lah aku masa nih untuk moulding dan xtray. Bila dah siap semua, my ortho (cheh.. dan dan) cakap memang kena extract 4 batang. Mak aaih. Terus peluh sejuk iols kat situ. Hubby sibok terkekeh kekeh nak gelakkan aku saje. Nasib baik bukan yang depan. Setakat belakang belakang tuh buleh sorok lagi, sape yang nak kepoh pegi tilik dalam dalam kan. Lagipun bukannye selamanye nak cengitu. Dia cakap buleh extract selang sehari bukannye semua sekali pon. Jangan nerbes. Jangan nerbes. Nak cantik kan kena tahan sikit nokz.

11.15 am - Hilang lah sebatang wisdom tooth aku yang comel itu. Three more to go. Engkau jangan main main. Eh magic lah apesal tak sakit langsung nih? Ha ha ha. Alaaa kalau saya tahu tak sakit dah lama datang jumpe encik ortho :)

11.30 am- Bila kuar terus rasa justin bibir aku berat dan tebal lain macam. Nurse bagi painkiller jugak, kalau kalau sakit nanti buleh makan. Kalau rasa tak sakit macam pahlawan gagah perkasa tak payah lah kan. Total package semua RM3200. Paling murah yang saya dapat di KL. Lagipun di Bangsar, senang sikit.. memang dah macam tempat main kitaorang lah. Ortho dan nurse kat clinic pon sangat baik dan tak kekwat. Baru sedap hati cik puan.


Dia cakap kalau takde ape ape masalah nanti, maybe dua minggu lagi dah buleh pasang. Yeay!




Balik rumah terus masak untuk diri sendiri dan suami. Chicken broccoli moi sup for me, chicken karahi for hubby! Nomnom! Jemput makan semua.


winks&smiles!