Showing posts with label AmericaCalling. Show all posts
Showing posts with label AmericaCalling. Show all posts

Friday, March 13, 2015

Little things are actually big things



Kurang lebih dua minggu aje tinggal, tapi ape pon tak ku simpan lagi. Bag baju masih terbongkang di tengah tengah rumah ( masa foto ni diambil lah, tiga hari lepas ) 

Tapi kini tidak lagi. HEHE. LALALALA..

1. Penat. Sungguh memenatkan kehidupan ku sekarang. Lepas tu terus perasan diri sedikit kurus setelah berhempas pulas mengemas kain baju, rumahtangga dan hal hal yang lain itu? Ya Allah. 

2.

3.

4. Ciri ciri yang sama dikenalpasti sehingga ke nombor 3. Maafkan lah saya kerana sedikit over. Buat masa sekarang emosi saya di tahap yang kurang stabil, kesilapan teknikal bakal mengundang diri bertukar menjadi raksaksa. HEH. * tiup tudung sendiri*

5. Semestinya masih memasak walaupon dalam kuantiti yang semakin sedikit dan tidak rumit. Rujuk lah gambarajah di bawah sebagai bahan bukti.

  

Nasih putih, ayam goreng kunyit dan sambal cili padi pedas mak lampir kau! Paling senang, paling sedap dan menjimatkan tenaga untuk tidak lama lama berkeliaran di dapur. Lepas masak secara cepat cepat, kemas kemas dan kembali melipat baju.  

6. 70% sudah bersedia untuk melangkah menjalani kehidupan di tempat baru bersama suami yang sama. HAHA. Selebihnya masih dalam keadaan emosi yang tidak keruan kerana memikirkan perkara perkara tertentu, contohnya lauk pauk di bulan Ramadan yang bakal menjelang nanti. EH? Keji sangat kan ingat ke makan aje, padahal dalam keadaan sekarang ni sejujurnya dah kurang berselera makan kerana saya dikehendaki meminum 2.5 lits air sehari. 


Helo rumah baru :) Allahuma Yassir..

7. Masih daku ingat, satu malam di tahun lepas bila dikejutkan dari tido dan diberitahu bakal berhijrah buat sementara waktu ke tempat baru lagi kerana tuntutan kerja nya. Ohoiii, Maka bermula lah mimpi mimpi best dan tak terbest bertandang dalam hidupku. 

Mesti lah risau, sebab kena berjauhan sekali lagi dengan ibubapa. Itu aje, yang lain takde apa apa yang ku lihat buleh menjadi kesedihan di hati pun. Ini juga merupakan pengalaman dan peluang kedua ke luar negara setelah The Hague pada 2006 dahulu. 

Semestinya itu tak termasuk hollymoon ke jollymoon ke apa apa aje lah yang kau panggil ;)

Memang kalau pasal berjalan buleh mencetuskan kegedikan ku kembali ke bentuk asal. HAHA. Terus hilang penat lelah nye tadi.

Alhamdulillah. Life is good right about now. Selebih nya biar lah takdir yang menentukan. Ewah. 

8.

Seperti yang dinyatakan di awal awal tadi, saya masih tercari cari mood memasak secara banyak dan berhemah. Jadi rezeki of the day kami ; Sedikit nasi putih, wet butter chicken dan taukua goreng togel togel sahaja HAHAHA. Ok la kan?  Aku penat ni, kau jangan nak macam macam ye. 

9. Weekend nanti bakal menjadi sibuk mencari barang barang dapur untuk keperluan sementara di sana. Bukan lah segala mak nenek nak kubawa pon, rempah kari dan kicap kipas udang semestinya menjadi kewajipan para perantau. Tak gitu?  Kalau tidak, nangis tak berlagu lah daku * sambil urut dada*


10. Baiklah. Jumpa lagi. Saya sedang menuju ke hati awak yang paling dalam. Dah. Pegi tido. 

Saturday, February 28, 2015

Diam diam berisi

 
Ohai!

1. Wah. Kau. Tajuk memang mengundangggg sesangat. Takdo makno nyoo lah. Makin berisi isi hadooo.  *nangis tepi bucu katil sekarang jugak*

2. Kali ni memang paling lama dalam sejarah belog di tinggal tinggalkan. Tersangat lah rindu namun akibat kekangan masa yang sangat berharga, (ececeh) memang banyak benda nak dibuat di dalam sebulan dua ini. Dengan tajuk belog yang sememangnya nya jeng je jeng, jagaaaaa! Memang misteri sangat game kau ni Sash. HAHAHA


Ape ni? Ape semua ni? 

3. Punya lah daku eksaited kemahinn lagi kut. Maklum lah first time cik puan besaq nak naik Emirates uolsss. HAHAHA Sumpah tersangat lah jakun di situ. Kesian tak? Ya Allah bini sape lah tu. Bimbing lah dia ke jalan yang benar.

4. Nak cerita panjang lebar kena buat entry baru, kat sini memang sangat tergesa gesa akibat daku sedang berada di penang darul makan (lagi?) HA HA. Yeah. Tepat dan tidak syak lagik. Lepas ni memang lambat lah nak berjumpa dengan ayahanda dan ibunda :( 

5. Mom masak special atas permintaan anak pada hari semalam. Kalau hidup di rantau memang sah sah la tak merasa kesedapan begini kata emak ku. 
 


Sambal udang petai, memang lama giler tak makan petai. Dah lah tak reti nak masak sedap macam gini kalau di rumahtangga sendiri kan. Ada juga asam rebus ikan kembong nyum nyum nyum ini memang betul betul punya teringin dan sambal belacan bersama ulam.
 
Dua kali bertambah nasik kau. Tapi malam dah tak makan sebab saya perasan diri dah gemok padahal baru dua hari kat sini. HA HA. 
 
6. Yeah. Betul. Tak lama lagi saya akan mengikut suami ku encik orang minyak, EH?  bertugas ke tempat baru. Secara tepat nya ke negara baru. InsyaaAllah jika tiada aral. Yay.
 
Nak kata sedih sangat tu tak jugak, eksaited lebih pon takde lah jugak. Sebab sekarang daku di dalam fasa stress nak mengemas dan packing kain baju. Ewah. Suka lettewww baik kau ngaku cepat!! HAHA
 
 
 
Gituuuuu :D
 
7. Kesinambungan bakal menyusul kelak. Ni emakku dah terjerit jerit memanggil sebab dah masuk waktu memakan tengahari, walaupon dua jam lepas baru ku tibai nasi goreng cili padi bersama sosej.
 
 
Jumpa lagik. Muah kiri kanan cikedd.