Showing posts with label good food. Show all posts
Showing posts with label good food. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

Once upon a time


Masa tu tengah rasa bohsan. Petang itu tiba tiba, perut jadik lapar sebab tak masak untuk makan malam. Masa tu juga hujan renyai renyai. Dah tu, ape kau nak cita nih?

The Other Half cakap kawan dia bagitau ade satu tempat makan yang macam 'sangat best di dunia'. Ha ha ha. Gaya dia cite kat aku macam best gila larr tu.

Tanjung Harapan, Klang. Gila jauh kot nak pegi gelap gelap ke situ dah ler tak pernah sampai. Perot pulak tengah lapar. Kalau carik jalan tak jumpe, sah sah aku meroyan dalam keta karang (dah selalu sangat lolzz). Itu kata kata aku dalam hati lah kan..

Tapi cinta kepada laki punye pasal, bila dia umpan dengan foto foto makanan laut sebegitu hebat mana buleh dipandang remeh begitu sahaja. Lantas secepat petir aku terus besiap nak pegi makan dekat port klang. What?? Kahkahkahkah.

Tolong jangan gelak. Kami memang begitu.
 

Dari restoren Muara Ikan Bakar Tg Harapan buleh nampak permandangan luas terbentang cengini. Cantiknye. Angin pulak kencang kencang bahasa waktu tengah makan. Restoren dia memang betul betul di tengah muara. Halaamaakk nak camne lagi?

Sape pernah pegi? Selama bertahun tinggal di Kolumpo, ini lah pertama kali kami menjejakkan kaki hingga ke Klang demi sesuap nasi, ewah. Perjalanan dari KL ke Klang menggunakan NKVE lebih kurang 45 minit aje kot. Itu pon kira lama sebab hujan, jalan makin gelap bila sampai ke kawasan pelabuhan tu. Lori pulak besaq besaq, sama sangat macam industrial area kat Prai. Eee takut, upah sejuta pon belum tentu aku nak drive dalam keadaan macam gitu. Naseb baik rumah di tengah ibukota. Hekhekhek..


Satu tissue untuk engkau, satu tissue untuk aku.. Mintak lebih kena bayaq naaa

 
Memula masa melangkah masuk dah ternampak otak otak. Mak aaihh macam nak lompat bintang rasanye. Suami memang hantu otak otak. Aku pon terikut ikut jadik hantu jugak. Jadik kiterorang pon meratah lah dia sepuas hati sampai rasa nak kenyang. Maklumlah perot memang lapar sesungguhnye ketika itu. Otak otak tu panas panas dan dicicah dengan sambal kicap yang diperah asam limau. Kecur air liuq naaa.



Antara yang licin dimakan malam itu adelah seperti lala, udang, ikan, ketam pon ade jugak, kangkung belacan tak dilupakan dan diakhiri dengan air kelapa muda yang tersangatlah manis dan fresh gitu. Oh ya, nasik tambah sorang sepinggan :))

 
 
The best part adelah makanan di situ sangat sangat murah, semua ni tak sampai pon seratus hengget. Mahal lagik facial treatment essence yang aku beli hari tu. Kahkahkahkah.

Tapi betul lah, kalau nak dibandingkan makan junk food di mall kadang kadang harga pon lebih kurang aje tapi bukannye sedap sangat pon, mahal satu hal kalau dapat fresh food takpe jugak. Tapi dek malas masak, maka akur lah jugak kadang kadang tu.. Heeeee

Kalau yang nak fresh seafood sedap sedap, pastuh tak nak pegi jauh jauh sampai ke Umbai bagai.. cuba lah ke Tg Harapan nokz.


Tak suka bila pakai pashmina, kat dahi jadik petak cengitu. Mom suruh letak jarum kecik kat tepi, tapi anak ini degil. Padan muka dapat dahi petak. Dah ler luas bukan main tak hengat. Arwah tok cakap kalau dahi luas akal pon luas? Alhamdulillah memang luas tak terjangkau oleh suami. Hahahahahaha...Eh??

Friday, September 21, 2012

Nasi daging Utara uolss..

Foto instagram cik puan besaq. Ternyata instagram adelah botox di alam maya. Suka gila.


Sebelum tido malam semalam sudah berangan angan walau apa pon terjadi nasi mesti dimakan oleh aku. Heh heh heh. Maklum lah sudah tiga hari tidak bernasik. Bukan tak memasak, memang memasak bagai nak rak saban hari, tapi akibat lemak sudah meningkat ke 50kilo dengan bangganya, takut hoih takut. Aku pon nak lah jugak merasa selim melim macam Duchess of Cambridge itu kaannn. Tapi itu untuk tiga hari aje larr, hari ni pepagi buta dah rendam beras, nak bagi panjang panjang sebab nak masak nasi daging, Omaigod. Duchess of gemoks haddoo.

Akibat keperihatinan sang suami, sejak puasa hari tu memang kami sepakat mahu menggunakan beras herba ponni kalau memasak di rumah. Basmathi dah jarang jarang digunakan, tapi bila balik penang macam biasalah punah semua cita citaku. Kini dah sambung balik memakan makanan berkhasiat gituu. 

Tips cik puan besaq, ewah ewah : Beras ponni nih kan kecik kecik dan ringan, kalau nak panjangkan sikit buleh lah direndam selama  1-2 jam sebelum memasak yea kawan kawan.

Bahan bahan 

Daging batang pinang, kalau nak extra lembut dan juicy lah kan. 
Minyak dicampur sedikit mentega

*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Bunga cengkih
*Bunga lawang

Daun pandan
Serbuk kayu manis
Rempah sup tulang Adabi
Tomato soup, kalau takde buleh gantikan dengan tomato puree. Kalau ade lagi baguih la, sebab keharuman dia yang agak luar biasa.
Garam, gula secukup rasa

Paste nasi daging

2 sudu besar rempah kurma
Bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar
Campurkan semua sekali, dan letak tepi. Jangan kacau.


Memula masak sup daging dulu.

Sup daging

Tumiskan bahan bertanda * bersama sup Bunjut tulang Adabi. Nak guna jenama lain pon takde hal, aku guna yang ini sebab mom dah ajar dari memula, taknak lah menderhaka kan. Ha ha ha

Bila dan wangi dan sedikit garing, masukkan daging dan air. Masak dengan api perlahan sampai daging empuk, kira macam masak sup biasa lah kan. Itu pon nak kena ajar ke? Engkau ni ponn..

Lepas siap masak sup, masak lah nasi nye pula..see, senang kan.. dalam pada tu buleh lah jugak kuarkan bahan bahan untuk buat air asam jugak. 


Nasi daging

Tumis bahan bertanda * daun pandan, dengan mentega dan sedikit minyak.
Masukka paste nasi daging yang dibuat tadi, masak hingga pecah minyak dan menjadi wangi macam nasik kenduri kawen engkau.
Masukkan 2-3 sudu besar tomato soup/tomato puree, dan kacau lagi jangan putus asa.
Masukkan beras yang telah ditos, kacau sebati.
Curahkan sup daging yang dah siap dimasak tadi perlahan lahan ke dalam nasi, ikut sukatan macam masak nasi biasa lah. Cuma bezanya tak gunakan air kosong, digantikan terus dengan sup daging.
Perasakan dengan garam dan gula, kalau nak sedap masukkan aje sedikit serbuk Knorr secukup rasa tu, dan masak nasi seperti biasa.

( Daging kalau nak dimasukkan sekali dengan nasi pon buleh, nak diasingkan untuk dihiris nipis kemudian pon buleh, ikut citarasa tekak masing masing )


Taraaa siap, senang aje kan tak payah tunggu kenduri, masak sendirik pon menjadi nokzz. Kalau kat Penang, memang selalu sangat dapat makan nasik daging, nak nak masa bulan puasa. Moreh kat sana memang nasik dagingggg memanjang. Kami lah perut perut yang bahagia bila pulang ke kampung. 


Aku selalu makan nasik dengan sup sampai licin. Lepas tu cicah daging dengan air asam sambil ratah banyak banyak. Dapnya dapnya!


Dua tiga hari yang lepas, telah memasak bihun goreng singapore. Malaysian yang masak, singapore yang tak semena mena mendapat nama apesal, eh tak paham haku. 

The Other Half punya lah suka, walaupon dia bukan pemakan bihun dan mee yang tegar macam aku. Sambil makan sambil puji yang tak buleh tahan tu.

Aaah, that guy itu sememangnya sweet :)


Bihun singapore idaman kalbu. Ada udang, ayam, dan sedikit sayuran. Elemen penting adelah sambal kicap itu. Malattopppss uolsss.


Sekarang buleh berehat. Isnin depan pulak kita masak yo. * Haar haar haar *semput lagi* :P


-Sash-

Tuesday, April 10, 2012

April yang macam menarik?

Dulu dulu, hari saya kadangkala menjadi malas dan bohsan. Nak keluar depan rumah sidai pakaian pon memerlukan semangat yang tinggi. Tapi sejak encik suami hint-hint kan sesuatu yang macam menarik aje, ting!ting!ting! cewah! terus kehidupan aku menjadi maju ke hadapan dalam segala segi. Ha ha ha. Kecoh kan engkau.

1.Perkembangan terkini takde lah yang best best lagi. Cycle ini adelah I-I au-naturel gitew. Wah! Kita cuba cuba dulu. Minggu depan tilik ape yang patut. Harap harap semuanya dah siap pasang. Kau ingat mesin nak pasang bagai nih? Memula ingatkan nak terus aje ambik cik-G itu, tapi lepas bincang punya bincang punya bincang, we decided to try the other cycle lah. Biar bersedia mental dan fizikal. Dulu masa memula mengambil cik G, saya kurang berilmu kot, last last meraung lah haku macam tak mau sebut. Kali ni rasanya lebih dewasa dan pasrah okeh. ha ha ha. Gurau gurau jugak. Hanya mereka yang melalui semua nih akan merasa kemanisan dalam kecewa. Tak begitu. Nampak tidak? Ayat pon dah seperti wanita dewasa dan mempunyai masa depan.

2. Hari itu, kami ke Rasta TTDI dan memakan ini.


Anda penggemar teater lagenda? Dan anda kenal siapa gerangan pemilik Mee Rebus Singapura itu? Bukan. Bukan Fasha Sandha. Nak cuba,jangan lupa singgah di Rasta TTDI. Memang sedap lah mee pak aziz. Kalau makan sepinggan memang tak sempat nak kongsi. Dad nak sangat pegi makan situ :) Lepas makan mee, buleh lah cuba dim sum, nasi lemak ayam dara, bakso dan macam macam lagi lah kat Rasta tuh. Semuanya sedap sedap belaka. Kalau tak sedap, memang tak masuk lah dalam belog hebat aku nih. Ha ha ha. Okay diam.

3. Semalam sudah pasang wire braces yang baru lagi. Atas bawah kiri kanan dengan power chain engkau. Sampai pagi nih pon rasa keketatan ( sumpah susah nak eja cengitu ) maksud saya kat sini adelah ketat yang melampau. Menu hari ini adelah sup, nasi dan susu. Dan ulang tayang lah menu yang sama sampai ke malam kelak. Tak payah nak berangan nak makan laksam ke nasik kerabu ke, jauh sekali Carls Jr. Omaigod. Harap harap minggu depan dah buleh merasa kenikmatan memakan seperti biasa. Tapi sehari dua nih dapat lah aku feeling-feeling Posh kejap sementara minggu depan dah tentu tentu menjadi Beyonce. Ha ha ha. Nak nak, kalau men-makan LP support kelak. Tidak, bukan mengeluh. Sebab tu sengaja letak nama artis yang femes femes, sebab mahu memotivasikan diri sendiri.

4. Rutin wajib bermula minggu ini - susu kambing + honey+ black seed+air zamzam+ kurma Nabi dan (Multi-vita+ Vita-C) dah dimakan sejak beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah demam dan tonsilitis pon dah jarang jarang mengganggu kehidupan. Yang lain itu adelah sebagai makanan asas untuk kesihatan dan keremajaan okay jangan melalut please. Untuk tambahan nutrien katanya :) Susu kambing saya beli Hi-Goat sebab senang dibancuh dan tak berbau pelik pelik, maklumlah saya bukanlah peminum susu yang tegar. Nak minum yang ini pon terkial kial. Sebab dah lama rasanya tak minum susu, elok juga mulakan dari sekarang. Bukannya membawa kerugian pon. Lagipon sunnah Nabi, elok diamalkan. Daging kambing pon saya amalkan tak semena mena juga. Maka Restoren Saba adelah destinasi wajib kami berdua juga. Eh kepoh lah kau cik puan.

Black Seed yang ibubapa belikan dari Mekah. Satu keluarga dah mula amalkan. Sehari tujuh biji. Alahai comel comel aje, lebih kecik dari beras..Tapi besar khasiatnye. 

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan HabbatusSauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan HabbatusSauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, masalah kulit, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.


Dulu selalu aje dengar tapi tak pernah amalkan. Jadi apelah sangat kalau cuba, sedangkan benda benda lain buleh pulak kita makan tanpa was was kan. 

5. Dan kejadian hujung minggu yang lepas.




Darling-hubs tak berape sihat, maka makan pon sikit sikit aje. Wifey yang terlebih sihat itu jangan cerita lah kan. Hew hew hew. Thank u sayang sebab gemokkan i lagi dan lagi. 

Wednesday, March 21, 2012

Sambal belacan, aww!

Okay motif nak letak 'awwww' apesal? Cepat pakai topi MJ engkau tuh, cepat.

Halo semua!

Mentang mentang first time tumbok sambal belacan sendiri, okay tipu. Mesin ajaib yang tolong buatkan sambal belacan saya. Tapi kira pertama kali jugak lah, sebab selama nih mom yang buat. Maka bertambah tambah lah makan tengahari, petang, malam dan tengah malam kami kelak. Heh.

Suami saya tu, pemakan sambal belacan yang tegar. Dari mana dia belajar pon tak tau lah, tapi kalau pegi makan luar, kalau order nasi goreng ke, mee goreng ke, mesti dia mintak sambal belacan. Betul. Mengalahkan tekak orang malaya aje kan. Mom cakap kalau nak sedap sambal belacan tuh, perah air asam jawa. Wifey zaman moden mom, asam jawa tradisi tu pun saya dah tak penah tengok, beli aje Adabi Asam Jawa Paste. Senang hidup. Tak begiteww..

Oleh itu, sebagai trivia kepada makanan feveret suami, saya buatkan entry yang special untuk dia. Naahh, terimalah.sambal belacan untukmu sayang..

Sempoi tak menu kami hari nih?

Selain sambal belacan, sedikit ulaman omputih dan saya juga masakkan gulai daging kegemaran suami. Memang masak lebih macam biasa lah, kalau tak sempat simpan esok..malam karang buleh dicicah manja manja oleh si isteri. Eh macam lah kau tak tahu kan.


Jemput makan uolss..

Lagi berapa hari parents nak balik. Lagi berapa hari nak balik kampung. Lagi berapa hari nak mulakan journey yang baru. Ngeh ^____^


Sedang meniti bahagia. Terima kasih Allah.


Thursday, March 15, 2012

Saya sudah memasak, anda bila lagi ?

Ohai!

Hari nih memasak bukan sebab rajin pon. Tapi sebab berpuasa, jadi perasaan untuk berbuka di rumah berkobar kobar dari makan di luar. Untung berbuka di rumah, buleh terus solat tak dilengah lengahkan lagi. Kalau kat luar terkial kial lah engkau.

Bila dah siap memasak suma nih, terus teringin nak makan cekodok. Teringat mom. Lalu bersedih. Sebab aku tak pandai buat cekodok, so kalau nak makan mesti mom yang buatkan. Nak nak kalau untuk berbuka. Aku nih kalau craving nak makan sesuatu kan, buleh mengalir air mata kalau tak dapat. Hahahahah.

Ok, sila abaikan.

Sambal udang bukan main merah lagi mak ngah. Bape kilo cili kau campak eh?

Biryani yang simple simple bagi memeriahkan suasana hari raya, eh eh??

White korma chicken. Lama tak masak cengini. Sambil memasak pon buleh kecur air liur.

Tak lupa juga sedikit tumbuhan hijau demi kebaikan bersama. Ha ha ha


Ya Allah, pada ketika ini tersangat banyak rindu di hati untuk ibubapa yang jauh di mata. Tak sabar menunggu kepulangan mereka minggu hadapan, Insyaallah. Tak sabar nak peluk cium, sembang sembang sampai tido.

Baiklah. Tak nak cerita banyak banyak pasal suma tu, sebab menambahkan sebak aje.


Kalau dapat makan froyo lepas berbuka pon macam best kan.


Heh. Lumrah lah, ending entry aku memang begitu..


Assalammualaikum. Jumpa lagi nokz.

Friday, January 20, 2012

Friday, December 23, 2011

Guess what!

Yeay am back to the most beautiful pulau in the world. Cheh cheh! Maka dengan tidak semena mena, menu ini telah menyambut kedatangan kami. Yum yum.

Pertama kali dalam sejarah hidup saya, men-makan cik adek ini ^______^

Sumpah sangat sedap hingga menjilat jari jemari sampai licin!


Sekarang saya hanya mahukan quail goreng berempah ini setiap masa, buleh? Kfc? Apa tuuuuu??


Tengah senyum kekwat!

Thursday, November 10, 2011

Nasi daging idaman kalbu

Nama menu tak blah. hahahaha.

Sepatutnye hari ni nak masak mee daging. Tapi sebab dah lama tak makan nasi, eh? dapat lah habuan nasi daging akhirnye. Stok daging korban banyak lagi, walaupon dah dibuat kenduri masa kat surau raya pertama hari tuh. Jadi masak lah apa yang patut, mom cakap buleh hantarkan nanti kat jiran jiran. Berkat dan pahala pun dapat, makan sama sama kan. Nak jemput ke rumah, rasanya dah tak larat aku nak melayan tetamu.. ekceli malas pon ada. Bila balik penang, semangat nak jadi cik puan besaq makin berkobar kobar. Malas ya rabbi. Kalau ada anak kecik, kebulur tak makan lah diaorang tunggu mummy dia bergelimpangan atas katil sampai tengahari. Mom cakap cengitu kat saya :) Alaaa mom, nanti nanti saya menjadi rajin lah demi anak anak kami. Hahahahah.

Nak tulis panjang panjang pon takde mood sangat, sebab makanan makanan di bawah nih sedang melambai lambai ke arah saya. Besar hati nak pegi menghadap mereka lagi dari menulis belog nih sebenarnye. Ha ha.

Nasi daging. Rumah kami dah berbau macam nasi kenduri kawen aku hari nih.. eh motif apekah ayat terakhir ini? ha ha

Dalca tulang kambing campur ubi, eggplant, kacang panjang banyak banyak, carrot dan lentil. Kalau tak makan denga nasi, gantikan dengan roti pratha pon sedap nih.

Sambal hijau. Cicah dengan daging bila boring boring di masa lapang

Air asam+ belacan malatopss

Sedap hoih sedap! Jemput makan semua..

Saturday, October 1, 2011

Let's ngeteh

Ngeteh bukan sebarang ngeteh..
Ngeteh sampai ke negara Taiwan..


Hoih. Chatime sudah datang ke kuala lumpur yawww. Tak payah engkau nak verangan sampai keTaiwan hokeyy. Kalau tak mau cuba kat sini, buleh ke Pacific Fair Gold Coast pun ada jugak. Heh heh. Pilih yang mana berkenan di hati.



Hubby pun beratur lah macam nak rak demi wifey kesayangan. Ramai orang okeh. Beratur, order, bayar, ambik number giliran lepas tuh tunggu sambil saksikan diorang sediakan fresh kat situ. Amber Chia pun suka jugak bubble tea nih. Eh mana kau tahu? Pegi lah tengok sendiri promo diaorang kalau tak caya. Nak cantik macam Amber? Apa lagi, cuba lah Chatime sekarang!


The most famous tea in taiwan katanye. Pearl bubble milk tea. Nom nom nom! Suka geget geget bubble itu.



P/S : Ngeteh = meminum teh secara gedik gedikan

Friday, September 2, 2011

Makan makan Eid ul Fitr

Halo halo!

Cik puan besaq enter frame lagi! Kali neh nak tempek gambar penyedap tekak. Lebaran setahun sekali okeh, nak le jugak buat entry raya syok sendiri kan. Hep hep, jangan keji jangan keji.. bulan mulia neh, kang ade yang nak kena mintak ampon lagi..


Tiap tiap tahun mesti ada. Pakistanis baju kurung yang sangat blink blink tak hengat..


Raya pertama hari tuh, kita dah buat siap siap rumah terbuka sebab kami balik bercuti seminggu aje. Mom masak dua tiga jenis menu masa raya pertama, yang lain kitaorang tempah, naseb baik ader caterer yang sudi memasak di hari raya.. Senang sikit nak melaram baju baru lama lama kan..

Beratur elok elok semua. Jangan risau, masing masing akan mendapat habuan. Hahahahaaa.. Sengal okeh!

Daging masak rempah yang sedap. Hubby ratah berkali kali. Saya tak sempat sangat nak makan bersunggoh sunggoh hari tu sebab terlampau penat macam pulang dari berjuang..

Nasi tomato yang tak agak agak meriah jugak..

Rendang daging batang pinang. Recipe turun temurun. Sedap sangat, tapi saya masak kenape tak sesedap mom masak pon? Banyak ilmu kena belajar nih cik puan ooi..

Ayam Kapitan. Kalau makan di resto nasi kandar di penang, mesti cuba menu neh..

Ayam masak merah Preggo. Kalau bukan hari raya pon mom akan masak bila kami balik sini.

Sedang sibuk melayan tekak masing masing sampai tak sedar happaa.. ha ha

Yang dalam rumah sibok berposing bagai!

Oh memang santek!

Mom punye koleksi kueh raya. Banyak beli dari buat sendiri tahun neh, sebab anakanda yang sorang ni balik pun dah hujung hujung puasa.

Mom's rich fruit cake

Chocodate for kids. Buleh ganti duet raya tak? Ha ha ha

First time cik puan besar buat moist chocolate cake. Dad cakap, not bad eh not bad. Maknanye memang menjadi lah tu!


Malam tuh kitaorang tersadai kepenatan, sampai pukul 2 pagi baru siap selesai semua. Walaupun penat, tapi rasa berbaloi baloi sebab bukan selalu dapat berjumpe kan. Macam macam ragam dan rupa bila dah lama tak tengok. Ade yang semakin cantik sampai aku buleh pandang dua kali, ade yang mengembang tak hengat.. ahahaha, ade yang dulu single kini berdua, ade jugak yang dulu berdua kini single mingle, ade yang dah beranak anak dan tersangat productive, ade yang semakin mengecil bak Posh Beckham, eh siapekah itu??? Hahahahaaa.. Ade jugak yang datang memula malu malu lepas tuh tak sedar diri posing bagai. Nak gelak lagi.. dan macam macam rupabentuk. Ha ha ha. Tak kisah lah nokz, janji masing masing meriah.. Tapi ade jugak yang datang muka macam nak tak nak aje umpama kena paksa kekdahnye :) hmmmm..


Ape neh? Ape semua neh?? wifey melayu terakhir sangat. Hahahahaa..


Apesal suma jejari runcingku sakit sakit neh? Banyak sangat kira duet raya kotttt? Heh heh. Rasa rasa cukup tak buat bekalan ke Ostolia minggu depan?

winks&smiles!