Showing posts with label Birthdays. Show all posts
Showing posts with label Birthdays. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Thank you life!

Terima kasih kehidupan. Terima kasih Tuhan.

Kerana memberikan kebahagiaan di dalam kehidupan saya selama 30 tahun di dunia ini. Alhamdulillah. Bersyukur. Sepanjang 30 tahun itu juga, saya dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh kedua ibubapa yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri saya. Di dalam masa yang sama, saya telah dikurniakan seorang lelaki sebagai suami yang paling sempurna di mata saya. Banyaknya kalau nak dikira kebahagiaan itu. Jadi, ini mendorong saya untuk tidak membilang kesedihan yang pernah saya lalui. Semuanya hanyalah duniawi semata mata. Kan?


Yang paling membuat saya bahagia, di hari ini saya sekali lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk bersama sama meraikan dengan orang orang yang paling saya sayang dan bermakna di dalam kehidupan saya. Ya Allah. Gembiranya.


the birthday eve. Starhill Gallery.

Tiada party besar besaran. Memang tidak pernah ader di dalam kamus kehidupan saya dan suami pon sebenarnya. Ha ha ha. Cukup lah sekadar menyambut bersama keluarga seperti setiap tahun. Saya rasa lebih bermakna dan dihargai disamping mereka.

Saya yang pilih warna tema tahun ini. Royal-White. Kononnye masih feeling-feeling perkahwinan diraja nokz. Kah kah kah. Eh ekceli setiap tahun saya aje yang memilih warna tema mengikut mood dan kehendak peribadi. Orang lain jangan harap dapat masuk campur.


wifey yang polos. kah kah kah. Tak tahan bukan? kah kah kah


Kami telah sepakat memilih starhill gallery untuk menjadi saksi kedewasaan saya pada hari itu. Eh lamanye tak datang sini, kali terakhir masa buffet bulan puasa tahun lepas.

sangat suka akan sheesh kebabs. Yang lain lain pon menjadi kesukaan saya jugak. Eh macam lah tak biasa kan. ha ha.

Makan sampai lemau.


Saya tidak sangka akan diberi hadiah hadiah lagi. Memandangkan ade hadiah masa dibeli di UK dulu pon masih belum saya buka. Lagipun, bila usia dah semakin meningkat, saya menjadi kurang teruja untuk menyambut hari lahir dan meminta hadiah untuk diri sendiri. Apekah itu tanda tanda penuaan ? Kurang pasti. Tapi seperti biasa, mereka mereka ini tidak pernah lupa untuk memeriahkan hari saya. Jadi, saya bertukar menjadi perempuan gediks yang teruja secara tiba tiba. Kah kah kah. Boley gitu?

Thank you bee. Thank you mom. Thank you dad :D

Oh ya, selain selain itu.. saya mempuanyai satu lagi kezutan yang mengkezutkan. Apekah?? Apekah?? Propa sangatlah kau...


Jeng je jeng!!!!!! thank you suami. thank youuuuuuuuuuuuuuuuu! macam mana lah aku tak terlebey lebey sayang. kan. kan. kan. angau!


Insyaallah. Jumpa di lain siaran. Perlu berkejar ke Ikea bersama ibubapa. Tanggungjawab besar perlu didahului kan ;)

Cheers semua.


winks&smiles!

Sunday, May 15, 2011

Hubby turns 31! Oops.

Yay! Happy birthday suami. Untung suami dapat wifey muda remaja. Kahkahkah. Muda kah kakak??

Kejutan bukanlah kelihatan luar biasa sangat pon, dan dibuat sejam lebih awal. Bukan ape, kerunsingan saya agak terserlah bila dia asyik keluar masuk kitchen aje dengan tidak semena mena. Saya khuatir dia bakal ternampak akan carrot brownies cream cheese itu sebelum saya men-kejutkan dia. Adalah menjadi sia sia aku pegi Ikano dalam hujan lebat dan sepantas yang mungkin sebab takut dihubungi suami yang sedang berada di pejabat seandainya dia menghidu brownies yang wangi menawan itu. Kan?

Maka setelah berlatih dua tiga kali saya nekad melakukan ini. Saya menakut nakutkan dia dengan jeritan seperti...( hep!! tak nak keji diri sendiri) waktu berada di kitchen, kononnye telah ternampak sesuatu objek ganas, maka sepantas superman dia lompat menyelamatkan saya. Kah kah kah. Hebat tidak hebat tidak? And tadaaaaaaa.......lalu saya berdiri dengan muka secomel yang mungkin lepas penat melakonkan aksi jeritan terlampau di dapur dengan sebiji cake untuk suami tercinta.

Menggeletar tangan wifey sebab cuba selematkan candles yang hampir padam. Dah la kena kerja keras melakukan aksi jeritan tak hengat. Nasib baik tak kecoh security kat bawah condo aku.

Blow the candles!!!

Hubby tak nak beritahu 'birthday wishes' dia tahun nih. Okay fine fine. Jangan nak ber-wish yang bukan bukan yer! Yang nih pon hampir tidak terkawal. Ha ha ha

Memang dia tak sedar ape ape pon langsung, mungkin jugak sebab sehari dua sebelum itu emosi saya agak tunggang langgang menjadikan dia sedikit alpa dengan birthday sendiri. Kasihan :)

Hadiah yang disorok merata,sebab takut dia terjumpa awal. Walaupun tak sebesar mana, tapi ada sentimental value gitu. Tak payah lah bertanya apekah itu, sebab saya tak terfikir pon untuk mengeksploitasikan nye di sini atas sebab sebab privacy. Cheh. Ada rasa macam nak penampar tidak? Kah kah kah. Tidak. Tidak. Bukan sebab apa apa pon, tapi biarlah menjadi rahsia perkahwinan kami berdua. Lagi ayat tak boley blah sangat!

Pheww! Tarik nafas dan tiup rambut..

Lega dapat bernafas dengan tenang minggu nih. Alhamdulillah. Oh ya, saya telah dibawa untuk makan malam keesokan harinya di satu tempat yang belum pernah saya pergi lagi walaupun dah bertahun aku kat Kl nih.

Kat mana pulak? Nanti rajin saya buat entry baru sebab hari nih kelihatan agak sukar. Masa sangat berkejar kejaran dengan saya. Rumah dah lama tak dicuci, baju banyak tak berlipat, dan digantung, groceries pon tak beli lagi. Kejap lagi lunch spaghetti dan salad aje lah kau. Ringkas dan mudah. So boleh senang hati berpoya poya di luar bersama suami petang karang. Ape barang aku nak duduk lama lama di rumah? Eww mana mungkin. Hep Hep. Jangan celupar. Minggu lepas keluar bilik pon kau rasa tak mampu kan. Ya Allah, teruk nya rasa masa tu. Macan damn sangat.

Itu cerita lepas, tak payah lah dikenang. Life goes on kekdahnya. Mind you, myself kan Geminian. Jadi kadangkala emosi agak di luar batasan. Tapi tak lama, sebab character Gemini mudah berubah ubah mengikut peredaran bulan. Ha ha ha. Aku pon bukan lah percaya sangat akan benda alah nih, tapi bila fikir fikir ade logiknye jugak dengan kehidupan sendiri. Dalam sedih pilu itu jugak, sempat lagi aku pegi hadap sales dekat M&S KLCC. Dapat lah sehelai dua pengubat duka lara. Patut lah langsung rasa sihat dan hyper lain macam aje nokz.. Heh Heh


Baiklah. Baiklah. Saya perlu berangkat keluar sekarang. Tanggungjawab besar menanti. Bakul baju besar pun menanti dekat laundry room itu. Sudah, kau jangan nak gedik bagai kat sini.

Cheers semua!


Wifey yang polos signed-out!

Thursday, May 12, 2011

Happy Birthday bee!




Happy Birthday sweetheart
Happy Birthday darling
Happy Birthday janeeman

Happy Birthday Happy Birthday Happy Birthday to you..!


Few hours to go, semuanya dah siap. Walaupun bukan lah Eiffel Tower ataupun kota London, tapi effort dan niat untuk men-kejutkan itu adelah lebih penting. Tak gitu?

..and i know he wont be checking this jugak, sebab dia bukan lah orang facebook dan blogger, dia hanyalah orang minyak yang tak pernah kecoh apa apa pon. ha ha ha

Oh yea, saya dah okay sebenarnya. Thank u thank u pada yang bertanya kabar. Yang mendoakan. Yang prihatin. Maaf kalau tak sempat reply. Saya sibok bercinta dan dicintai. Ha ha. Sengal kan? Kan dah cakap aku dah kembali normal. Itu lah magis nye cinta :)

Tak sabar nak tunggu malam karang!



2010 :)



winks&smiles!

Friday, February 18, 2011

Bulan madu di awan biru

ta-daaa! me and mom. at chili's grill and bar

Ececcehh!!. Tajuk entry yang tak boley blah. Hahahahahaha. Tolong ketatkan tali pinggang masing masing okeh.


Eh lama gile tak menconteng blog diri sendiri. Busy ni busy. Dah mengalahkan datin seri. Ibubapa masih di rumah sambil berehat rehat dan bersiar siar aje kejenya setiap hari. Saya pun tumpang sekaki. Seronok weh. Tak teringat langsung nak membuka facebook kalau ramai ramai di sini. Perlu ke facebook dalah hidup aku?? Wah.. cakap besar kan. Tunggu kau minggu depan.

Tapi esok mereka dah nak balik ke penang, alaa..rindulah anakanda ini. Hubby cakap maybe boley pulang ke sana kejap sebelum kami berholly-moon nanti.

Eh cik puan besar nak bercuti cuti? ke manakah?Ha ha ha. Kan dah kecoh kau.
Hubby is taking me to LONDON next month!!!!! Weeehooo!! alaaah london pun kau nak kecoh..

It has been a long time since we left Uk in 2008 tau. Patutlah kan. Ciri ciri macam ..*****.. pun terasa. Eh tak payah lah kau sebut ayat mengeji diri sendiri. Lamanye saya tak menjejakkan kaki ke tanahair. Hahahahaha. *fengsan*

Sememangnye saya sangatlah terkejut dengan kezutan si suami beberapa bulan lepas, yang tiba tiba bertanya samada saya nak ke tidak bercuti di London? Ke nak balik penang aje? Apa punya soalan lah dia ni. Hahahaha. Kan?

Sepatutnye kite nak pegi masa harijadi masing masing (sebab kami berdua ter-lahir di bulan May.. ) tapi memandangkan akan kesibukan berganda hubby pada ketika itu nanti, maka kami telah berpakat pakat untuk ke sana pada March aje lah. May nanti, harap harap ada yang nak membawa aku jejalan lagi (tingtingting. kenyit mata RM kejap!! ha ha ha )

Thank u darling!!!!! Love love love you sesangat! Macam mana lah tak timbul rasa terlebih sayang kat dia ni :)
Harap maklum jika unsur unsur kasih sayang sangat berlebihan dalam entry ini terjadi secara mendadak. Adalah menjadi tanggunjawab wifey untuk memuji suami sendiri bila mendapat hadiah macam magic. Ha ha ha.

Thank u daddy sebab belanja saya coat baru untuk ke uk nanti :)


Ishhh..banyak benda rupanya tak beli lagi. List dah semakin panjang. Terus jadi stress. Eh tetiba. Kan dah cakap. Nak berjalan pun aku boley jadi stress. Kalau tak pegi mana lagi lah gila- stress. Hubby adalah orang yang paling tak faham akan konsep saya, shopping before holidays. Ini adalah sangat perlu dan wajib. Takkan nak ke sana dengan jeans yang dah lunyai dipakai setahun? ( alasan nak cari pen-sponsor lagi. ahahahaha. dasar dot dot dot)

Minggu depan akan bermula lah hari hari busy saya sebagai wifey sebenar-benarnya. Ibubapa dah nak pulang esok, eh, takde chance laa nak merayap dan mengulat. Takpe, hati tengah berbunga cinta! Suruh masak Lamb Biryani tiap tiap hari pun aku sanggup untuk hubby tersayaaaaanggggg!! kan kan kan? :D


winks&smiles!

Tuesday, December 21, 2010

Burp-day!


HAPPY 29th BIRTHDAY CHEDA!!!



Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberkati dunia dan akhirat. Jangan makan banyak banyak sangat, sebab kamu dah semakin hari semakin bolat!! Nantikan kepulangan adindamu di perantauan tak lama lagi. Dapat la kita membina badan dan membesar bersama sama pula. Bukan kah itu lebih menarik?


Ha ha ha.! gelak guling sepak terajang semua dah!! :P


Looking forward for many more years of fun and friendship with uuuu!! hendak tak?? ;)


Ikhlas dari,
Kesayanganmu selalu. Ha ha.

Wednesday, June 2, 2010

Sweet 29 sangat! LOL!!


Sash's 29!!!!




thank you sebab wish kat facebook walls/message/comments.

thank you sebab sms birthday wish.
thank you sebab call.
thank you sebab buat buat tak kisah sambil tunggu i tido and nyanyi nyanyi happy birthday tepat 12 mlm.. * walaupun sumbang skit..lalalala



since its my birthday my blog post is gonna be bahasa rojak campur. hmph! hehe

eve of my birthday (29th May) i celebrated with people who meant a lottt to me especially when they were there to pick me up when i was falling down. (emo moment la kejap kan ehe) ya Allah tanpa mereka tak tau la what to do kan. We had a great dinner at Golden Sands Resort, Bt Ferringi. Thank you dad sebab belanja saya yang sememangnye suka amat makan ini.


My first gift from hubby!! semua ader 2 jer.. ha ha ha. Yang satu lagi..jeng jeng jeng


we are going thereeeee soon!! he asked me to decide when, tapi takde mood lagi nak pilih date sebab tak sihat..uhuuks!
tetap nak control cun kan..tanak muka herot.. abis 'lip-tik' i.. muahahaha

dalam mulut pun tak abis lagi tuu..

the small family ..bile agaknye nak bertambah ek? jgn nak tambah yg lain suda la..lolzz

muka bangga and happy the bombombom!!

descriptions not needed ;)

will my baby look like me? hubby mesti fikir dua kali klu macam ni. muahahaha.


PS I LOVE YOU.





Friday, May 14, 2010

The Burrrp-Day!

HAPPY!!HAPPY!!JOY!JOY!!

Besssst!! seriously..hubby sangat sangat lah happy! Lepas habis semua kezzzutaan yang kat rumah tu, we decided to have dinner dekat Ole Ole Bali, SOHO. ( Bukan Sogo okeh..) Lolz. Big thumbs up for the food. Terasa sangat Balinese itew!! Next time memang boleh datang lagi. Actually, this is our first time dinner kat sana walaupun belakang rumah aje..

Okay..nih ceritanye masa dekat rumah... dah la dia balik lambat. Naseb baik tak hancur luluh ice cream cake saya itu. Amat lah bersusah payah saya drive ke Bangsar, dengan hujan lebatnye petang tu, ( sebab beriya la nak surprise kan dia ..hiks)

Ice cream cake from BaskinRobbins


8.15pm..dia baru sampai rumah..


Hubby dah kat luar.. tapi tak bleh masuk..saya cakap ader zombie..kena tutup mata dulu..Lolzz





Semua dah siap masa tu..



Yaaaay!!



muka bangga dia lepas dapat gift! Dia suka gilerrrrrrr!!!!



Ole Ole Bali!! Ni saya punyer. Bumbu kambing!! Sampai licin saya makan..Huhu.
Ni beef ape ntah.. tak sempat tengok menu. Sebab tengah focus dekat bumbu saya itew.. hi hi.
Sate lelet!! Terbaek punyaaa! Besar kan sate dia..makan separuh pun dah kenyang.
Main banyak niiih!!! Ha Ha





Okay..dah dah..End of this month birthday saya pulak.. cepat laa buat surprise kat saya jugak bee!..ha ha ha ha..!!




P.S I Love You.

Thursday, May 13, 2010

Hip Hip Hooraay!

This is our love song ..



Today is my hubby's 30th BURRRRPPPday !




Happy birthday my darling! my janeeman ! my heart! my soul ! my world ! and my finance minister ..hahahahah.

Hope my darling hubby doesn't have to work too hard on his birthday ( sebab this week dia busy sangat, sampai malam dekat shell house tu..nasib baik ader isteri yang mulia ni ..hiks ) and can take a few minutes to enjoy some of his birthday sweets and celebrate another year of life, blessings, health, love, and joy!



So HAPPY 30th BIRTHDAY SWEETHEART, may you have many, many more.

May you stay happy and healthy and i love you a lot! U are just as sweet or maybe sweeter than you were all those years ago when I first met you.


sorry TMI! Ha Ha Ha Ha ..Tetibe plak kuar photo ni. Tapi malas nak tag kat facebook..kepoci ramai..



And you are XXXX times as handsome!

So, come home soon, because i cant wait to give u the surprise. Yay!





P.S I LOVE YOU.