Showing posts with label USA2015. Show all posts
Showing posts with label USA2015. Show all posts

Wednesday, July 22, 2015

Dendang Perantau di Hari Raya

 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kita kan masih di bulan Syawal yang penuh barakah. Sekejap aje dah masuk raya ke lima. Macam semalam aje daku dok sebok sebok memasak rendang daging batang pinang, sambil berskype dengan emak untuk bertanya resepi bagai sebab daun kunyit sampai ke sudah aku tak jumpa.
 
Last last aku syak rendang ku dah bertukar rasa menjadi rendang-tok. Aiik? Pelik tapi benar. Mungkin jugak terlebih santan. Tak pon cili keringnya kali ini kurang menyegat. Maka ia pon beralih menjadi, pedas pedas manis yang luarbiasa. Sumpah sedap sampai rasa tersebak sebak sambil makan. HAHAHA.
 
Lepas berbuka, sambil memasak di malam raya di sini sempatlah juga buat lintas langsung dengan ibubapa dan mak mertua ku kejap. Nasib baik tak ada drama air mata ke apa pulak. Tabah sangat masing masing okey. HAHA. Itu pon lepas dad tanya bila nak balik Penang sebab duit raya tengah menanti, ape lagi terus semangat macam nak lompat packing semua baju masa tu jugak kau tahu tak. 
 
Kenapa keji sangat nih maigaaddd LOL
 
Bila raya menjelang tiba..
 
Takde nye buat besar besaran open house berkhemah bagai pon, lepas solat husband jemput kenkawan dia datang beraya di rumah. Kebetulan ada geng orang Penang jugak, dapat lah merasa makanan masing masing, ada kari kambing dan dalca sayur, kuah kacang, ketupat segera, ayam masak merah dan serba sedikit kuih muih, kek dan buah buahan. Di masjid juga dibuat rumah terbuka dari pagi sampai ke petang.
 
Makan lah apa adanya, kueh samperit, tart nenas, biskut cornflakes kami hidangkan di dalam hati para tetamu yang datang. Sempoi giler kau raya yang tak ada kueh raya. Masing masing semua muka kempunan kueh raya aje dah aku tengok KAHKAHKAsihan.
 
 
Raya pertama Aidilfitri di Houston, USA Summer 2015. Mampu? Kekeke
 
 
Kalau dalam entry dua tiga tahun lalu aku penah tulis pasal keinginan nak beraya di perantauan, tahun nih nah ambik sebijik ke muka kau kan Sash HAHAHA. Betapa sedih pilunye bila dengar lagu raya tahap nak baling phone ke dinding aje. Seriously. Tapi aku kuatkan semangat demi mencari sesuap nasi dan rezeki di sini, Ececeh?
 
 
 
 
Raya pertama hari tu kami berkumpul geng geng yang ada sahaja, lepak sambil pegi rumah terbuka dan makan makan. Tak ada sedara mara di sini, jadi kenkawan yang ada pon layan lah jugak dari jadik sebatang kara di Aidilfitri memang tak sanggup lah aku.
 
Semuanya senasib seperti kitaorang, ada yang nak balik lepas raya, ada yang tahun depan baru berkesempatan pulang dan ade jugak yang tengah menanti hari nak terberanak dah. HAHA.
 

 
 
Memang tak sama lah kemeriahan di kampong halaman sendiri, nak nak di pagi raya berkumpul sanak sedara ramai ramai kan. Yang penting ketupat pulut emak sentiasa menjadi rebutan semua.
 
Kami merebus ketupat nona sahaja, nasib baik lah banyak di jual di sini dari kena makan nasi goring ikan bilis telor di pagi raya, kau nak ke? Bersyukur lah apa adanya kan. HAHA
 
 
Dalam sesebok dengan persiapan raya, sehari sebelum tu kebanyakkan barang barang shopping kitaorang dah siap sedia untuk di hantar pulang ke tanahair.
 
Lebih kurang 80kg semuanya. Ada lagi 5 beg dengan kitaorang nanti, mudah mudahan cukup lah begitu sahaja *jeling suami skit* HAHAHA Dan yang paling penting, moga kesayanganku di dalam kotak kotak nih selamat tiba di KL dengan sempurna.
 
Tak lena tido ku dibuatnya, lagi tak tengok dengan mata sendiri segala periuk belanga pinggan mangkuk bagai tu. Dah rupa mokcik mokcik dah kenapa kau. LOL
 
 
 
Aktiviti raya kitaorang dari mula sampai lah ke hujung minggu tu memang dipenuhi dengan makan memakan sahaja. Dari kurus selim melim di bulan puasa, risau bertukar jadik jelmaan si ikan buntal yang horror selepas raya ujar emakku. HAHAHA. Sampai hati mu Mother. Itu belum lagi aku balik ke kampong nanti. EEEeee risau kot.
 
Raya kedua kitaorang pegi Cheesecake Factory lah ape lagi, memang layan habis cheese cake dia sepanjang kitaorang kat U.S nih. Di Dubai dah ada satu, harap harap tak lama lagik sampai lah di KL pulak. Memang sangat puas makan untuk semua penggemar kek berkeju, selamat mencobaaa.
 
Tapi hari tu sebab dah tak berselera dengan kek, kitaorang makan Olio, salmon dengan couscous ape ntah namanye lagik panjang sangat, dan jugak vietnamese seafood spring rolls. Tips untuk makan luar di sini, kalau boleh order serba sedikit aje sebab portion nye memang besar gedabak. Sah sah tak pernah habis bila makan, selalu bawak balik sambung di rumah pulak.
 
Cheese cake pon sama, tak payah lah kau berangan nak makan sorang seketul, itupon dekat dua hari baru buleh habis selesai.
 
Raya ketiga dan penutup hujung minggu raya kitaorang di sini sebelum husband masuk ke office semula, kami pegi makan seafood di Joe's Crab Shack berdekatan Highway 6. Memang habis segala mak bapak ketam, udang dan clams ku kerjakan di situ. Dari bulan puasa lagi dah bercita cita nak pegi, tapi nak makan waktu berbuka memang kurang lah dia punya selera kan. Bila time raya begini, dah jemu dengan nasi tomato beriani dan rendang bagai, elok sangat lah bertukar citarasa sedikit.
 
Memang syok habis masing masing petang tu dapat makan fresh seafood, balik ke rumah layan drama raya di TV3 pulak sampai tengah malam. HAHA
 
Begitulah hari raya kami yang serba sederhana dan apa adanya di Houston ini. Jauh berbeza dengan di tanahair. Tapi pengalaman ini semestinya sangat manis untuk kami berdua dan akan menjadi tanda ingatan sampai bila bila.
 
Walaupon terpaksa berjauhan dengan yang tersayang, namun doa sentiasa mendekatkan kami semua.
 

 
Apa ini? Apa semua ini pula? Kau jangan nak macam macam yer Sash ;)
 
 
Maklum lah sekarang dah memasuki musim summer, maka marilah kita menghayati erti percutian summer bersama sama yang tersayang. Tak gitu?
 
Proposal diterima dengan jayanya. Ape lagi, hari ni jugak aku kemas baju sesiap sebelum dia tukar pikiran. Licik tak. HEH.
 

Monday, June 15, 2015

Eat Well Travel Often

 
 
 
Yang paling teringin nak makan masa di NY itu hari adelah mee sup daging dengan sambal kicap. Selain dari nasi, saya memang suka sangat makanan yang bercirikan sup. Apa saja sup memang layan habis. Di saat menulis belog ini, fikiran sudah melilau mencarik kat mana nak dapatkan tomyam campur. Kalau tak dapat makan di kedai, memang kena usahakan lah jugak cari paste tomyam yang halal di Asian market nanti. Mesti! Bulan puasa pon lagi berapa hari nak menjelma, memang sah sah lah lagi macam macam selera aku nanti kan.
 
Bukak magic freezer ada lagik stock daging dan tulang untuk dibuat sup. Ape lagi, terus lah menjadik mee sup ku minggu lepas. Sangat sedap walaupon simple takde tauhu dan taugeh ku gantikan dengan bok choy yang dicelur. Perah limau nipis. Perghhh terangkat!! Layaaannnn habis, hujan pulak masa tu. Sejuk sejuk kalau makan mee sup pedas begini memang meminta minta tambah dua mangkok lah sangat. Masak jugak nasik putih, sebab untuk husband yang memang kurang berminat dengan mee ataupon bihun. Weekend kelak kena pegi beli stok daging dan barang mentah yang lain untuk projek masak masak di bulan puasa nanti.
 
 

 
Masa di NY hari tu, kitaorang jugak mengambil kesempatan pegi menjamu selera di Restoren Rasa yang terletak berdekatan dengan Greenwich Village. Sebelum ke restoren, sempat lah jalan jalan sekitar Washington Square dan dari sana kami berjalan kaki sahaja dalam 500m dah pon sampai.
 
Setelah sekian lama aku tak tengok orang melayu dan dengar bahasa kebangsaan macam di kampong halaman sendiri, akhirnya di sini ku temui segala cinta bersama makanan makanan yang sumpah sedap memenuhi segala hajat di tekak sangat. Tengok menu dia aje dah rasa tamak nak makan macam macam, tapi yang paling utama semestinya lah satay ayam dan kuah kacang. Ini dari di Houston lagi ku dah bercita cita nak makan. Satay dia sangat lembut, fresh dan kuah kacang pon sedap, pekat dan lemak secukup rasa. Terus teringat satay favorite di pasar malam seberang jaya.
 
Rinduuuu letteww!

 
 

 
Selain satay, ada jugak murtabak mini daging cincang, dan nasi lemak gulai ayam, sambil bilis bersama acar. Ya Allah sangat sedap sambal bilis dia. Mungkin sebab dah berbulan tak makan makanan macam gini di luar, umpama nak nangis sangat kesedapan dia itu. HAHAHA. Licinnnnn okay!   Sampai pejam pejam mata ku menikmati nya.
 
Kenapa lah kau tak nak bukak kedai begini di Houston ooih? Terseksa seksa aku nak carik makanan melayu tau tidak. Apa lagi, laju lah menapak hari tu, maklum lah perot dah kenyang. Terus rasa gagah perkasa mengatur langkah bukan main lagi sampai ke world's largest Macys pulak dengan gembira nya. Ewah.

 

Husband pulak dengan nasik goreng kampong pedas memang tidak dapat dipisahkan lagi. Nasi goreng dulu kini dan selama lama di hati nya.
 
Kakak kedai tu belanja kitaorang sambal belacan semangkok habuan dah lama tak merasa makanan begini. HAHAA. Usap perot dengan bahagia kami petang tu, diakhiri jugak dengan teh tarik sebagai melepas kerinduan pada mamak Bestari belakang rumah dulu.
 
Di NY memang banyak sangat restoren dan makanan halal kalau nak dibandingkan dengan tempat kami sekarang ini. Kalau lah aku ini memang tak pandai langsung memasak, memang kebulur lah kitaorang nak merasa makan nasi kari daging bihun sup nasi tomato ayam masak merah dan lain lain lagik hihihi. Maklum lah tekak melayu jati masih menebal di dalam diri. Tapi kalau makanan Arab/ Pakistan dan North Indian memang banyak sesangat di sini. Sekali sekala okay lah, kalau dah selalu memang tidak lah kan. Naik jemu jugak, sedap lagi makan sambal tumis sardin nasi panas panas dan telor mata goring garing yummss!
 
Minggu ini saya akan menjadi sangat busy maklumlah bulan Ramadan yang mulia bakal berkunjung tiba. Setiap tahun pastinya akan ditunggu tunggu dengan penuh teruja apatah lagi di tahun ini. Satu pengalaman yang baru menyambut puasa di negara orang dan jauh sejauhnya dari keluarga. Mestilah sedikit sedih, tak dapat merasa makanan kegemaran dari air tangan emak, tapi itu lah kan.. tanggungjawab di sisi suami yang mencari rezeki di sini perlu lagi diutamakan.
 
 
 
Jadual solat dan waktu berbuka puasa untuk kawasan kami dah pon dapat. Siap lekat di fridge lagi. Kurma pon dah siap beli dari Kroger. Di sini memang sepanjang masa ada dijual kurma Medjool ini, kalau nak carik Yusuf tayyobb *sebut dengan suara berbisik* memang takde lah kan.
 
Esok buleh lah top up barang dapur apa yang patut. Ayam, daging, udang dan sayur sayuran adelah yang wajib dibeli. Masih tak pasti menu apa yang nak dimasak untuk sahur dan iftar pertama kami.
 
Tapi yang pastinya mestilah berbuka di rumah. Jauh sekali lah nak merasa ke pasar Ramadan, tapi husband cakap di masjid ada dibuat bazar kecil kecilan jugak. Tak tahu lah lagi, berkesempatan nak pegi ke tidak. Iftar di sini hampir ke pukul 8 lebih kot :)) Kena asuh perot tak makan banyak banyak sangat di petang hari dari sekarang, sebab risau menggigil lutut sambil memasak pulak kelak. HAHAHA.
 
Ini antara souvenirs yang dibeli untuk diri sendiri dan keluarga masa di NY tempoh hari.  Beli apa yang patut sahaja, sebab tersangatlah mahal barang barang di sana. Kalau ikutkan hati, memang macam macam lagi nak ku sambar aje, tapi nasib baik lah ada si penasihat kewangan itu. HAHAHA.
 
Yang terpaling kiri itu semestinya paling WIN kan!! Omeyy sangat  :))
 

Tuesday, May 19, 2015

All I Want For My Birthday Is You


 
If your dreams don't scare you
They aren't not big enough
 
 
 
Tinggg! And the countdown has officially begun :)
 
 
 
 
**Entry budak darjah dua. Dilayan jangan. Okbai**

Wednesday, May 6, 2015

When in doubt go shopping

 
..Cause shoping is cheaper than a psychiatrist. HAHAHA. Kau jangan nak macam macam yer.
 
 
Weekend lepas genap lah sebulan kami di Houston. Ya Allah cepatnya masa berlalu kan. Baru aje rasa hari tu dok sibok sibok kemas baju bagai, beli kicap kipas udang siap balut dengan towel bawak masuk luggage, ha ha.. tau tau aje dah sebulan. Jadi demi meraikan ulangtahun ke sebulan kami di sini ( itu pon nak kecoh kan kau ) aku dah siap siap berkira dari awal nak ngajak si suami itu pegi Cypress.
 
Cypress adelah sebuah bandar di mana terletak nye Premium Outlets yang kedua terbesar di sini selepas San Antonio.
 
Memandangkan Jumaat lepas dia cuti, jadi hari tu pegi beli sesiap lah barang dapur. Nak jalan punya pasal kan. Gigih sangat. Kalau pegi Ahad karang dah letih ke apa pulak esoknye keje, dan sememangnya kami terdampar letih macam nak rak pon. Elok sangat dah perancangan yang aku buat ni sebenarnya.
 
Hari Sabtu pagi, lepas Subuh memang tak tido lah, mandi pon awal bukan main. Breakfast ape yang patut, isi perut wajib lah dulu sebelum keluar berjalan kan. Kalau makan luar pon bukannya boleh dapat nasi lemak sambal kerang ikan bilis goreng ranggup dappp nyaaa..
 
Pukul 9 lebih kami dah mulakan perjalanan, dari rumah ke Cypress tak sampai pon sejam. Macam dari rumah nak ke Putrajaya aje kot. Dekat aje rupanya. Kalau macam gini tetiap minggu pon I buleh gi sukat Cypress kan wahai suami ? Banyak cantik kau Sash.
 
Perjalanan sangatlah indah pada pagi itu merentasi suburb Houston. Tengok rumah rumah diaorang yang ala ala desa tercinta, siap ada kandang kuda comel. Terus ajak husband pindah rumah macam gitu. Dia cakap seminggu pon belum tentu daku buleh tahan kut, kang melalak melolong nak balik Penang. HAHA.
 
Kitaorang relax relax aje, sebab tau outlets kan buka pukul 10.30, jadi tak yah lah over terkejar kejar sangat kan. Kereta pon tak banyak sangat pagi tu, mungkin jugak sebab awal lagi. Borak borak, bincang bincang, gelak gelak terus dah sampai simpang masuk. Best nyaaa, macam nak lompat keluar kereta rasa. HAHAHA. Hover kan kau.
 


 

 
Houston Premium Outlets. Jauh ku datang mencari mu. Dari Penang dah ku berangan angan nak mai sini hang tau tak.
 
 
Cuaca sangat lah cantik sepanjang hujung minggu yang lepas, tak hujan langsung, angin sepoi sepoi bahasa , matahari pon memancar macam nak tak nak aje. Janji tak hujan atau ribun taufan ke apa. Itu memang mengundang risau tak buleh nak shopping kelak.
 
Senang sangat nak cari parking lot masa nih sebab buleh kira dengan jari aje kereta, tapi kami bukan lah yang terawal sebab ada yang lagi hover heksaited dari ku. Kalau datang tengahari karang, memang gasak lah nak carik parking. Tah tah kena jalan dekat 1km nak masuk dalam. Itu pon kalau ada kosong lah kan. Tak dapat aku bayangkan kekalutan masa Black Friday atau Christmas, memang tertinggal di belakang lah kalau aku nak sibok join sama.
 
Kat sini pulak semuanya besar besar belaka, dari orang sampai lah ke kucing. Takde peluang lah aku nak merusuh masuk sama kot. Sekali dia tolak ke tepi lah aku. LOL
 
Ada lebih kurang 145 outlets di sini, sejujurnya memang tak sempat masuk semua pon. Sebab terlampau letih dan sakit tangan nak mengendong beg shopping. Kitaorang pon pilih yang mana betul betul berbaloi untuk beli dan lebih jimat ekonomi. HAHA. Maklum lah yang nak bawak keluar duit nye sorang aje kan, yang nak dibeli macam macam. Memang meminta lah sangat kalau setiap store kau masuk nak itu ini.  LOL
 
Butik yang pertama kami masuk bukan lah Coach. Lambat lah pulak dia bukak, nak dekat pukul 11 baru dok lap lap cermin. Penuh debaran aku dok tunggu kau tau. Sempat lah jugak ushar ushar dari luar, kurang kurang pon dah ada lah idea nak ambik yang mana dulu. Lagipon kat setiap butik memang takde tempat nak duduk, bayangkan kalau awal awal memang lah si husband tu okay aje.. tapi nanti dah sehari suntuk memang takdenya dia nak layan kan aku satu satu kot. HEEEE.
 
 

 
Kak long kawasan melayan perasaan kejap.. Jangan kaco! Emak cakap kalau ada anak nanti tah tah terlepas ke belakang dek perbuatan aku. Bahaya betol. LOL. Risau dah kenape pulak orang tu pon. HAHA
 
Tak sampai sejam dah siap pilih dengan jaya nye bersama sokongan moral darling suami :) Ada 50% Off sempena Mothers Day. Apa laaagiiiiik. Walaupon daku bukan lah pemakai Coach yang tegar, setakat cermin mata rabun Coach aku tuh ada lah satu. Tapi dah alang alang ada depan mata kan, elok lah kita memeriahkan suasana di hari raya..Wah Wah Wah.
 
 
Shopping is my cardio. Gituuuu. Isteri gembira, suami pon dijamin bahagia..HAHAHA. InsyaaAllah.
 
 
Senyum jangan tak senyum yer dak. I love you husband. Ececeh. Sweet gile I rasa keadaan masa ni. HAHAHAHA. Jangan keji please.
 
Antara butik yang sempat kitaorang gi belek belek satu persatu hari tu adelah seperti Converse, Coach, Coach Men's, Polo, Puma, Kate Spade New York, Tommy Hilfiger, GAP, Time Factory, Le Creuset, The Cosmetic's Store, Perfumania, Clarks, Forever 21, Levis dan beberapa local stores yang lain.
 
Ade jugak beberapa helai blouse ku sempat sambar kat sana.  Kot kot lah nak buat bekalan pakai masa honeymoon nanti. Ewah. Luas pandangan nampak.
 
Nasib baik dalam tu ada jugak food court, kalau tidak memang kelaparan tahap teruk lah kami. Pukul 4 petang, aku dah tak sanggup nak mengheret kaki melangkah, dengan kiri kanan tangan pegang beg lagik, sambil tunggu husband carik jam tangan dia, memang aku lepak duduk luar aje lah sambil kira beg beg yang penuh bermakna itu.
 
Akibat tenaga pon dah beransur kurang perot pon dah mula keluar macam macam lagu. Jadik kitaorang singgah makan vegan pizza sebelum balik.
 

 
 
Habis licin ku sapu lunch hari tu. Serdak pon tak tinggai. Giler tak lapor sehari suntuk kan. Dalam tengah makan pon, mata tak senang dok melilau tengok beg beg shopping tu takut kena curik pulak. HAHAHAHA. Mana tau kan.  Sebab punya lah ramai manusia dalam food court tu macam macam warna orang ada, sampai kena kongsi meja makan. Risau I kejap. Lepas makan, suruh husband tapau kan fries bersama jalapeno+cheese cream untuk dihadap perempuan gemok nih dalam perjalanan pulang. Tapi tak sempat ambik gambar, sebab bila teringat aje nak snap, fries pon dah tinggal saki baki menjilat jari jemari aje. HEHE.
 
Alhamdulillah hari yang sangat produktif untuk kitaorang walaupon penat. Selamat sampai rumah sebelum Maghrib. Sini Maghrib pukul 8 malam sekarang ni. Kalau bulan puasa lagi lambat lah berbuka kelak. Gulp!
 
 
Dari Northwest FDWY terus aje sampai ke Eldridge Parkway tak kona kiri kanan dah. Traffic pon takde lah sesak sangat malam malam gini, dari simpang ni belok kiri dalam 1km dah sampai rumah dengan jaya nya.
 
Diaorang ni memang terkenal dengan semangat patriotic yer, di mana mana saja bendera kebanggaan itu macam megah berkibar. Depan rumah, depan pejabat, tengah jalan merata rata ada, tak payah nak tunggu hari kebangsaan pun. Baguih kan.
 
Oh yeah, daku jugak telah berjaya dengan gilang cemerlang dalam percubaan drive di Houston ini. Ya Allah walaupon dia punya berdebar di dada masa pertama kali tu jangan cakap lah kan, dari rumah terus ke Sam Houston melalui Highway 6 nak carik Asian store baru. 
 
InsyaaAlah next entry buleh cerita lagi pasal tu. HAHAHA. Dan orang yang paling bangga semesinya dad lah, bila dia tahu aku dah takut takut bawak kereta kat sini. Padahal dia taktau punya lah risau bukan main sebelum keluar rumah tu. Kalau takde GPS memang tak sampai rumah lah jawap nya.
 
Okay berbalik pada cerita, masa sampai rumah Ya Allah memang terdampar teruk. Lepas mandi, solat, terlelap kejap sampai tak sedar langsung. Barang shopping pon ku longgok kat hall aje, takde nya nak gi tengok satu satu dah.
 
Lepas tuh bangun terus lapar nasik sangat, sebab seharian tak menjamah nasik kan. Cepat cepat gi masak nasik, selongkar magic freezer nasib baik ada lagi leftovers masak lemak cili padi, dan meatball stew yang ku masak sehari sebelum tuh. Ada jugak stok sambal belacan lagi, bersama nasik panas panas..dalam kepenatan tu pon licin satu periuk nasik kami makan. HAHAHA. Alaaa bukannye masak banyak pon, 1/2 pot aje. Cukup lah bekalan untuk perot perot gembira.
 
 
 
Meatball stew in tomato soup by Cik Puan Besaq
 
Recipe rekaan sendiri, masak sendiri, dan dimakan bersama suami. Kalau di sini memang daku selalu masak secara banyak, sebab buleh disimpan di dalam magic freezer untuk bekalan masa masa kelaparan dan kepenatan, contohnye seperti malam hari tu.
 
Baru senang sikit kehidupan rasanye, sini mana lah ada kedai nasi goreng tomyam campur bagai ke apa kan. Dapp nye tomyam. Esok nak masak sup tulang lah :)
 

Saturday, April 18, 2015

Let life surprise you

 

Masih jauh sayang perjalanan kita. Pasti ada yang beronak duri. Namun tiada yang merubah rasa. Kerna ku tahu kau sahaja di hati.
 
Gituuuuu ;)
 
Memang layan habis Suria cinta tetiap pagi sambil masak. Kadang kadang sambil masak pon buleh jadik sebak. Daku memang lah sejenis perempuan yang jiwang karat habis kalau bab lagu cinta cinta ni. Dad pon sama. HAHAHA. Emak tidak sama sekali. Suami lagiiiiiiiii lah bukan gang kami.
 
Houston April 2015 - Minggu pertama
 
Setelah mengharungi perjalanan yang sesungguhnya jauh sampai merentasi north pole pon, tidak lah jugak sampai sampai lagi. Akhirnya selamat juga kami tiba di bumi Amerika ini lebih kurang pukul 6 petang waktu tempatan. Entah berapa kali aku tido, bangun gi toilet pon tak tau lah masa tuh. Dari sihat walafiat masa naik, bertukar rasa nak demam. Lagi 7 jam sebelum sampai, muka dah rasa panas, kepala dah nak pening pening, tekak dah makin tak sedap. Cepat cepat ambik paracetamol baru rasa okay dan boleh tido sikit. Banyak kali juga berwassap dengan ibubapa masa tu, tapi takde lah bagitau aku tak sihat ke apa kan, nanti lagi tak senang duduk la diaorang. Memang bagus lah Emirates dengan wifi nye yang banyak memudahkan kehidupan aku hari tu. Kalau tidak memang terjejas teruk jugak kesabaran diri ini HAHA
 
 
Legaaaaaaaa rasa dapat bernapas dan berpijak di bumi yang nyata. Allah. Rasa hilang seketul beban dalam dada masa nih. Yang penting selamat semuanya, apa lah sangat belanja satu selfie kan. HAHA.
 
 
Sampai di epot, sangat cepat dan mudah dengan tidak disangka sangka. Melalui immigration pon tanpa sebarang masalah, semua bag selamat dan lepas tanpa perlu bukak langsung. Macam tak percaya semudah tu. Risau giler lah kan dengan kicap kipas udang aku tu kang kena rampas ke denda ke apa pulak. Susah lagi masa ke Australia dan UK dulu. Dengan anjing nye lagi. Di sini takde batang hidung sekor haiwan pon, dan officer yang bertugas pon baik tak sombong.
 
Alhamdulillah dengan berlapang dada kami menyusur keluar dari balai ketibaan. Terus hilang demam nye. Eh? Apalagi sempat lah ambik gambar post masuk IG dengan kegedikkan to the max. Heeee.
 
Menu pertama yang daku masak di sini. White korma ayam bersama ubi dan tomato. Santan tak jumpa lagi masa ni, jadik masak guna susu cair saja. Goreng telor dadar makan bersama nasi panas panas, dan tidak sama sekali ku lupakan cili kicap kipas udang. Perghhhh sempoi habis :))
 
Terkulat kulat ku bawak kuar rempah ratus dekat dapur nak masak korma ayam dengan nasik. Emak cakap nasib baik anak dia ni pandai jugak lah memasak, kalau tidak kebulur lah korang kat sana sementara nak mencari pot makan yang halal. Lagipon bukan lah sesenang di tanahair sendiri kan.
 
Terus rasa bangga diri kejap masa tu, kejap aje lah kasik channn pleaseeee. Tengahari gi carik serba sedikit barang dapur di Walmart yang terletak 10 minit dari rumah dan Kroger yang berjalan kaki pon dah buleh sampai. Beli belah apa yang patut untuk dimasak, buah buahan, sayur, juice, seafood. Daging dan ayam kitaorang cari dekat supermarket halal, lebih kurang 15 minit perjalanan. Beli yang penting penting aje dulu sebab awal minggu hari tu suami dah masuk office jadi tak sempat lah nak merewang rewang yang bukan bukan. Nanti boleh ushar ushar tempat lain jugak bila berkesempatan. Lagipon penat lelah pon rasa tak habis lagi masa tu.
 
Esok nye bangun pukul 5 pagi terus rasa cergas lain macam kenkonon tak jet lag langsung sebab buleh tido dan bangun tanpa sebarang masalah. Kau tunggu dua tiga hari lagi lepas tuh. Teruk ku dikerjakan. Siang malam mengantuk carik bantal tahap tak makan nasi pon takpe dah sebab tido yang menjadi keutamaan. Nangis bucu katil mengenangkan nasib HAHA. Sedangkan pegi Aussie yang bak sebelah rumah aje pon aku dah tak tentu arah, muka jadik sembab, mata bengkak lepas beberapa hari baru okay, inikan pulak yang berjam jam perjalanan dan perbezaan waktu tido yang dah tak keruan. Memang gasak betul lah.
 
 
 
Melintasi North Pole pada ketinggian 36000ft.
 
 
Hantar foto ni pada emak waktu itu, terus dia cakap kalau ditakdirkan ada visa sekali pon, memang tidak lah sama sekali nak datang sama, pegi Bandung lagi bagus katanya lagi. HAHAHA Comel kan emak saya :)
 

Friday, April 10, 2015

Ku kirim rindu di angin lalu

 
 
 
Khamis lepas di Dubai. Awal minggu lepas jugak terasa baru gi belasah makan puas puas beriani ayam goreng madu di Mehbub amboih sedaappp nye itu. Sekarang rindu bertandang lagi kekasih..Heee.
 
Dubai.
 
Cepat sungguh masa berlalu. Dua jam setengah kami terkandas di dalam flight akibat sand storm yang buleh tahan teruk jugak. Melihatkan debu debu kemerahan di luar pon dah membuatkan daku terbersin bersin. Tapi nampak tak diaorang kat luar tu, macam selamba aje pegi balik sana sini. Sesak napas nengok nye pon.
 
Tak senang duduk aku masa tu, pukul berapa nak gerak ni, pukul berapa nak sampai semua dah bermain main dalam kepala. Bukannya dekat kan, buat nye dia cakap kena tunggu lagi enam tujuh jam memang aku nangis kat situ. Memang dah jenis penrisau, begitu lah. Bile telepon dad masa tu, lagi lah drama swasta punya risau orang tua tu pon. HAHAHA. Pong pang pong pang, tepat pukul 11 pagi kami pon terbang keluar dari Dubai dengan selamat nya, dan berbaki 16jam penerbangan yang perlu dilalui. Ya Allah macam tak sangka aku harungi semua tu dengan jaya nye tanpa sebarang masalah besar.
 
Sehari sebelum tu.
 
Pukul 4.30 pagi dah menonong ku bangun, tengok tengok ape yang patut sebagai persiapan terakhir sebelum bersiap siap ke Kl Sentral pada pukul 7 pagi. Hantar semua 5 bijik beg besar gedabak di counter Emirates situ aje, senang berlenggang kangkung naik ERL bawak sebijik hand luggage. Itu pon habuan nak bermalam di Dubai punya kain baju. Semalam aje pon. Jadi kau tak payah beriya nak bawak banyak banyak.
 
Sampai di epot, pegi breakfast dulu minum teh tarik dan roti bakar, sebab kalau perut kosong nanti lagi lah aku rasa nak termuntah kalau makan atas flight. Sekadar lapik perut aje lah.
 
Pukul 10.30 pagi selamat bertolak meninggalkan KL yang tercinta ( ye ke haha ) Naik jugak Emirates seperti yang kudambakan itu. HAHAHA.
 
Ekceli kan.. biasa biasa aje pon, lain lah kalau business class ke apa kan, aku duduk di kalangan golongan marhaen sahaja. LOL Tapi husband cakap balik KL InsyaaAllah boleh lah hupgred seat sebab nak merasa jugak, tak nak kalah kan. HAHAHA.
 
Cantik flight diaorang. Memang jumbo gile dan nampak pon ekslusif dek warna keemasan di dalam nye. Yang lain lain lebih kurang sama jugak dengan A380 tempatan kebanggaan kita itu.
 
 
 
Gigih checked in dalam IG foto ni. Dah nama pon cik puan besaq, benda kecik pon mesti kecoh lah kan. HAHA.
 
Semestinya yang penting, paling terbest adelah wifi on board  yay yay yay. Bukan main aku menghupdet IG, FB lah ape bagai. 500MB, USD1. Tersangat lah okay dari nak mati kutu berjam jam nganga layan movie yang rata rata nye semuanya dah aku tengok pon.
 
Boring gile babs lah kalau takde internet. Walaupon tidak lah sepantas halilintar, tapi kalau buleh upload foto dah kira bagus lah kan. Sedar tak sedar dah nak sampai Dubai masa tuh. Syok nye. Mungkin sebab sibok main tenet aje, terus tak merasa pening, nausea mahupon kelaparan. Makan sikit sikit aje pon, minum memang banyak giler sampai dah rasa nak berkhemah dalam toilet aje pulak :)) 
 
 
 
Lamb mendi di Wafi Restaurant Terminal 3. Dua pinggan dengan juice dan yogurt 115AED. Kalau gi Saba buleh bertingkek tingkek ku tapau bawak balik kan. Lapor punye pasal.. Tapi memang sedap, besar dan puas lah tekak makan nasik hari tu.
 
Esok nye lepas bersiap sedia, turun bawah terus pegi tapau lagi sekotak untuk dimakan dalam flight. Okay aje diaorang. Memang buleh bawak bekal makan pon. Sempoi habis satu flight bau nasik arab dan dengan tak malu nya aku makan macam takde hal langsung. HAHAHA. Pedulik?
 
 
Pukul 5 petang sampai lah kami di Dubai Airport Terminal 3. Terus melepasi immigration di sana tanpa sebarang halangan. Alhamdulillah, lagipon beg memang dah tak payah ambik. Terus kami pegi ronda ronda kejap sambil beli kekacang kurma dan cookies. Lepas beli belah kudapan apa yang patut, terus naik ke hotel yang berada di Terminal 3 juga.
 
 
 
Dubai International Hotel di Terminal 3. Semalam dalam 820AED. Kalau tak singgah bermalam di sini, memang sah aku muntah bogek di  tengah jalan kot. Takde canggih mana pon bilik dia, standard room biasa sahaja. Depan takde permandangan apa apa pon, hanyalah bangunan terminal.
 
Rehat rehatkan badan kejap, mandi dan solat baru turun makan ke restoren Wafi tuh. Lepas makan, terus rasa mata dah berat giler macam nak mintak dokong aje naik bilik. Kitoarang gi minum kopi di Costa kejap, sebab nak hilangkan ngantuk. Lepas tuh terus naik bilik, terbongkang tido lah ape lagi. Esoknye memang nak kena bangun seawall 4 pagi jugak. Allah..
 
Penat memang penat. Kalau diberi pilihan lain kali, mahu ku fikir dua kali nak datang kot. Tapi itu lah, jauh perjalanan makin jauh dan luas lah pandangan dan pengetahuan nanti di tempat baru. Yer dak.
 
Esok genap seminggu kami di Houston ini. Alhamdulillah semuanya baik baik sahaja. Cuaca kurang menentu sehari dua ini, kejap panas kejap sejuk menggigil tahap sambil masak pon ku sarung sweater. Encik suami itu pon dah masuk ke office Isnin lepas, dekat aje dengan rumah lebih kurang 10minit, pukul 4.30 petang dah balik. Best gile tak macam KL.
 
Setiap hari bersembang sembang dengan emak mengenai perjalanan hidupku di sini. Rutin harian seperti di KL jugak macam takde banyak yang berubah pon. Tapi hati dah terasa sedikit rindu  :)
 

Tuesday, April 7, 2015

Helo dari Texas


Alhamdulillah setelah ditolak campur perjalanan dari KL ke Dubai, tido sekejap di sana sambung semula, nah.. sampai jugak kami akhirnya. Kurang lebih 50 jam ++ semuanya kalau dikira dari waktu keluar dari rumah hinggalah menapak di bumi Amerika ini. Pheww..

Sekarang sebenarnya saya masih di tahap bila tengok foto foto sepanjang flight ke sini pon buleh membawa kepada muntah hijau dah. HAHAHA. Sumpah tak tipu. Tolong la pikir panjang pada yang bercita cita nak datang ke sini lain kali. HEH. *urut dada*

Semuanya baik baik belaka Ahamdulillah. Tak sabar nak menulis belog panjang panjang semula bila tenaga luar biasa macam magic itu muncul kembali.


Berkibar megah di depan rumah giteww  :D 

Sempat meronda di Terminal 3 Dubai dan terjumpa boifren lama si Costa Coffee ini. Apa lagi, menselfie kan lah diri sikit walaupon dia punya letih masa ni buleh tahan jugak. Nasib baik hotel dalam airport aje. Kalau tidak jangan harap la nak lama lama ronda di sini.


Okay dah. Esok esok sambung lagi. Selamat malam Malaysia, selamat pagi Amerika. Ohoooiii ngantuk nye :'( 


Friday, March 13, 2015

Little things are actually big things



Kurang lebih dua minggu aje tinggal, tapi ape pon tak ku simpan lagi. Bag baju masih terbongkang di tengah tengah rumah ( masa foto ni diambil lah, tiga hari lepas ) 

Tapi kini tidak lagi. HEHE. LALALALA..

1. Penat. Sungguh memenatkan kehidupan ku sekarang. Lepas tu terus perasan diri sedikit kurus setelah berhempas pulas mengemas kain baju, rumahtangga dan hal hal yang lain itu? Ya Allah. 

2.

3.

4. Ciri ciri yang sama dikenalpasti sehingga ke nombor 3. Maafkan lah saya kerana sedikit over. Buat masa sekarang emosi saya di tahap yang kurang stabil, kesilapan teknikal bakal mengundang diri bertukar menjadi raksaksa. HEH. * tiup tudung sendiri*

5. Semestinya masih memasak walaupon dalam kuantiti yang semakin sedikit dan tidak rumit. Rujuk lah gambarajah di bawah sebagai bahan bukti.

  

Nasih putih, ayam goreng kunyit dan sambal cili padi pedas mak lampir kau! Paling senang, paling sedap dan menjimatkan tenaga untuk tidak lama lama berkeliaran di dapur. Lepas masak secara cepat cepat, kemas kemas dan kembali melipat baju.  

6. 70% sudah bersedia untuk melangkah menjalani kehidupan di tempat baru bersama suami yang sama. HAHA. Selebihnya masih dalam keadaan emosi yang tidak keruan kerana memikirkan perkara perkara tertentu, contohnya lauk pauk di bulan Ramadan yang bakal menjelang nanti. EH? Keji sangat kan ingat ke makan aje, padahal dalam keadaan sekarang ni sejujurnya dah kurang berselera makan kerana saya dikehendaki meminum 2.5 lits air sehari. 


Helo rumah baru :) Allahuma Yassir..

7. Masih daku ingat, satu malam di tahun lepas bila dikejutkan dari tido dan diberitahu bakal berhijrah buat sementara waktu ke tempat baru lagi kerana tuntutan kerja nya. Ohoiii, Maka bermula lah mimpi mimpi best dan tak terbest bertandang dalam hidupku. 

Mesti lah risau, sebab kena berjauhan sekali lagi dengan ibubapa. Itu aje, yang lain takde apa apa yang ku lihat buleh menjadi kesedihan di hati pun. Ini juga merupakan pengalaman dan peluang kedua ke luar negara setelah The Hague pada 2006 dahulu. 

Semestinya itu tak termasuk hollymoon ke jollymoon ke apa apa aje lah yang kau panggil ;)

Memang kalau pasal berjalan buleh mencetuskan kegedikan ku kembali ke bentuk asal. HAHA. Terus hilang penat lelah nye tadi.

Alhamdulillah. Life is good right about now. Selebih nya biar lah takdir yang menentukan. Ewah. 

8.

Seperti yang dinyatakan di awal awal tadi, saya masih tercari cari mood memasak secara banyak dan berhemah. Jadi rezeki of the day kami ; Sedikit nasi putih, wet butter chicken dan taukua goreng togel togel sahaja HAHAHA. Ok la kan?  Aku penat ni, kau jangan nak macam macam ye. 

9. Weekend nanti bakal menjadi sibuk mencari barang barang dapur untuk keperluan sementara di sana. Bukan lah segala mak nenek nak kubawa pon, rempah kari dan kicap kipas udang semestinya menjadi kewajipan para perantau. Tak gitu?  Kalau tidak, nangis tak berlagu lah daku * sambil urut dada*


10. Baiklah. Jumpa lagi. Saya sedang menuju ke hati awak yang paling dalam. Dah. Pegi tido. 

Saturday, February 28, 2015

Diam diam berisi

 
Ohai!

1. Wah. Kau. Tajuk memang mengundangggg sesangat. Takdo makno nyoo lah. Makin berisi isi hadooo.  *nangis tepi bucu katil sekarang jugak*

2. Kali ni memang paling lama dalam sejarah belog di tinggal tinggalkan. Tersangat lah rindu namun akibat kekangan masa yang sangat berharga, (ececeh) memang banyak benda nak dibuat di dalam sebulan dua ini. Dengan tajuk belog yang sememangnya nya jeng je jeng, jagaaaaa! Memang misteri sangat game kau ni Sash. HAHAHA


Ape ni? Ape semua ni? 

3. Punya lah daku eksaited kemahinn lagi kut. Maklum lah first time cik puan besaq nak naik Emirates uolsss. HAHAHA Sumpah tersangat lah jakun di situ. Kesian tak? Ya Allah bini sape lah tu. Bimbing lah dia ke jalan yang benar.

4. Nak cerita panjang lebar kena buat entry baru, kat sini memang sangat tergesa gesa akibat daku sedang berada di penang darul makan (lagi?) HA HA. Yeah. Tepat dan tidak syak lagik. Lepas ni memang lambat lah nak berjumpa dengan ayahanda dan ibunda :( 

5. Mom masak special atas permintaan anak pada hari semalam. Kalau hidup di rantau memang sah sah la tak merasa kesedapan begini kata emak ku. 
 


Sambal udang petai, memang lama giler tak makan petai. Dah lah tak reti nak masak sedap macam gini kalau di rumahtangga sendiri kan. Ada juga asam rebus ikan kembong nyum nyum nyum ini memang betul betul punya teringin dan sambal belacan bersama ulam.
 
Dua kali bertambah nasik kau. Tapi malam dah tak makan sebab saya perasan diri dah gemok padahal baru dua hari kat sini. HA HA. 
 
6. Yeah. Betul. Tak lama lagi saya akan mengikut suami ku encik orang minyak, EH?  bertugas ke tempat baru. Secara tepat nya ke negara baru. InsyaaAllah jika tiada aral. Yay.
 
Nak kata sedih sangat tu tak jugak, eksaited lebih pon takde lah jugak. Sebab sekarang daku di dalam fasa stress nak mengemas dan packing kain baju. Ewah. Suka lettewww baik kau ngaku cepat!! HAHA
 
 
 
Gituuuuu :D
 
7. Kesinambungan bakal menyusul kelak. Ni emakku dah terjerit jerit memanggil sebab dah masuk waktu memakan tengahari, walaupon dua jam lepas baru ku tibai nasi goreng cili padi bersama sosej.
 
 
Jumpa lagik. Muah kiri kanan cikedd.