Showing posts with label Emotions. Show all posts
Showing posts with label Emotions. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Bittersweet

Dear Allah, please give me strength both spiritually and physically to do this.

Will be away for a few days, insyaallah panjang umur dan ader rezeki jumpe lagi. Doakan yang terbaik :)





-wifey-

Tuesday, May 10, 2011

Redha

Sesungguhnya Allah SWT tidak membebani hambanya dengan ujian yang tidak mampu untuk mereka tanggung. Thank you Allah. Walau seperit mana ujian melanda, saya redha. Saya tetap pasrah dan terima dengan hati yang terbuka. Walaupun ada juga rasa kecewa dan air mata.

Alhamdulillah di sebalik kekecewaan ini, saya masih punyai suami yang sanggup bersusah payah demi menjaga hati isteri. Suami yang sanggup melepaskan tanggungjawab kerjanya ke sebelah demi isteri didahului. Suami yang mendidik saya untuk tidak menjadi alpa dengan kesedihan. Mana mungkin saya berasa derita dengan kasih sayang yang sebegini banyak untuk saya? Mana mungkin saya sanggup meluahkan seksa di dada di hadapan orang yang mencintai saya sepenuh jiwanya? Mana mungkin..

Sebak.

Hari ini saya menulis di luar kawalan emosi saya sendiri. Emosi yang masih kurang stabil. Jiwa saya masih keliru dengan kesilapan sendiri. Saya tidak pasti sejauh mana saya mampu bertahan dan bertoleransi dengan apa jua keadaan. Saya bimbang ia akan mengundang sesuatu di luar kawalan dengan penulisan dan apa jua yang datang dari saya kelak. Saya cuba untuk menjarakkan masa saya bersama blog dan komunikasi yang lain demi untuk menjaga hati sendiri. Saya akan menjadi bimbang dan risau dengan pertanyaan, saya menjadi resah dan gundah dengan belas kasihan orang. Saya bahagia begini dengan memujuk diri sendiri. Sebab saya sedar, saya hanyalah manusia biasa yang sememangnya akan bergembira bila bahagia, dan menangis seandainya musibah melanda. Bukankah ia fitrah kejadian manusia? Saya tidak malu untuk mengakui hakikat itu. Kerana saya hanyalah manusia biasa.

Saya menangis. Tetapi hati saya semakin lega. Saya menangis lagi. Tapi hati saya semakin lapang terbentang. Saya cuba mencari nikmat dalam kekecewaan. Alhamdulillah saya merasa nikmat itu. Saya sangat bahagia dikurniakan suami dan keluarga yang tak pernah berhenti berdoa untuk kesejahteraan saya dan mendidik saya untuk tidak melupakan Allah walau sebesar mana dugaan mendatang. I will be fine. Insyaallah.


Rezeki kehendak yang Esa, saya pasrah dan redha.




:)

Monday, May 9, 2011

Am sorry..


The journey has ended before it started.

Therefore, I am totally responsible for my own actions and mistakes.

Friday, May 6, 2011

when the heart speaks

Hyde Park, London 2011


Oh God, please guide decision that I make. Let my actions be acceptable in your sight. Fill my heart with love and joy.

Amen.

Wednesday, January 5, 2011

Rindu


bawa ibubapa ke ikea sambil posing gedik dengan muka bangga. Dad cakap saya pandai drive kat kl dari dia :)


Ibubapa dah balik penang hari ni. Hati kembali sedih. Terus rasa empty. Tengok bilik diaorang dah kosong. Tengok family hall pun rasa kosong. Mom suka 'lepak' kat situ sebab cozy katanye. Hari ni dah tak boley berebut rebut newspaper dengan dad sambil curi white coffee dia. Bila dia kat sini atau saya balik ke penang, dad yang akan buatkan coffee untuk saya masa breakfast. Saya rasa coffee dia lah yang paling sedap di dunia. Betul.


-Kejap. Tak mampu nak sambung. Hati jadi sebak tiba tiba-



mom at Peranakan Palace, 1 utama. Bawa ibubapa makan kat sana last weekend. Semua orang suka makan kat situ kecuali saya. Kau ni kan, suka tau jadi lain dari yang lain. Ha ha. Bukan ape, sebabnye saya order nasi apa ntah, kononnye tak nak sama dengan semua orang. Hambek kau, tekak giler protes sampai sakit. Pedas terlampau gamaknye.. Mom cakap saya tak tahan pedas dari kecik kecik lagi :)


masa jalan jalan kat mid valley sebelum singgah Delicious dan paksa ibubapa makan pavlova and bread pudding :)

shopping kat klcc. dad belanja saya lipstick & powder blush MAC, mom belikan saya shirt MNG !! Best naaaaa. Mom suka Isetan sebab blouse cantik cantik dan senang cari size katanya..



Dad dengan aksi meow meow sebab nak pujuk anakanda yang kuat memprotes. ha ha ha. Dad tak suka makan meatballs kat ikea tuh, tapi dia suka makan yang ini..

fried chicken biryani at Insaf. Kalau diaorang datang kl, wajiblah saya bawa mereka ke Insaf. biryani dia sedap sangat, dan saya suka ratah fried chicken dia gitu aje..

capati, somewhere dekat masjid india jugak. Hubby kurang suka makan capati tapi dad giler suka pulak dah. Dad saya adalah pemakan species roti yang tegar, bukan macam anak dia yang sorang tuh. Sehari tak makan nasi pun dah kecoh sangat. Ha ha. So kelmarin saya pun bawa lah diaorang tawaf kat masjid india.

Jalan jalan bawa mom cari scarf kat situ sampai lemau. Tapi best sebab mom belanja saya banyak scarf baru. Yaaay. Thank u mom :)


Dad yang tak tahan panas dan bersesak sesak kat masjid india sebab kitaorang singgah sana sini nak mencari tudung. Sebab tuh saya bribe -kan dia dengan biryani dan capati awal awal lagi. Ha ha ha!! Lebih kurang tiga jam jugak kat situ kelmarin sebelum balik dan siggah sogo kejap. Sogo macam biasa, amat memboringkan untuk jiwa muda saya. Mom suka sangat lah :)

Hari ni rasa kosong kembali. Ibubapa baru balik pagi tadi. Dad kena balik awal sebab banyak kerja dan dah lama tinggalkan office katanya. Kalau turut kan hati, nak sangat saya ikut balik penang dengan diaorang. Tapi tak boley. Tak, bukan tak boley. Tak mampu nak tinggalkan hubby kesayangan sebenarnya. Mula lah nanti rasa serba salah, sedih pilu, rindu dendam segala gala macam orang mabuk bercinta. Baik tak payah. Nanti semua orang akan susah hati sebab saya. Biar lah saya tanggung kesusahan itu sensorang aje. Ececeh! (sambil sapu air mata macam cerekarama minggu ini )


Haaaih. Itu lah saya. Sangat cepat beremosi dan sensitive dengan keadaan sekeliling . Susahnye kan. Insyaallah, dua tiga hari lagi okay lah hendaknya :)

Ya Allah selamatkan lah perjalanan kedua ibubapaku. Amen.

Monday, September 27, 2010

Homesick..

Wanna tell you that I miss you so much.. But I dare not ..