Showing posts with label Ramadan&Eid2014. Show all posts
Showing posts with label Ramadan&Eid2014. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

1 Syawal yang sempurna.



Masih menjadi igauan rendang pedas emakku di pagi hari raya yang lalu. Satu kuali besar kitaorang masak, tak sempat malam, dah habis licin. Esoknya raya kedua kena masak lagi. Ha ha ha. Tapi tak sebanyak hari pertama lah, sebab memang ramai yang datang. Mom tak buat semua juadah hari tu, dia cuma masak rendang, ayam masak rose dan ketupat. Ketupat pulut semestinya dianyam sendiri oleh kami berdua, dan ketupat nasik dibeli, dan rebus sahaja. 

Alhamdulillah. Raya yang sangat seronok (tetiap tahun pon seronok kan kalau bab raya nih!) rasa macam cepat sangat masa berlalu. Kejap aje dah selesai Ramadan, lepas tu tup tup dah habis 1 Syawal. Raya tahun nih kami sepakat memilih teme electric blue gitu. 

Tentunya idea dari cik puan besaq lah sape lagi kan punya angkara. Bukanlah nak sangat color tu sebenarnya, tapi memangdangkan baju Rizalman tahun ni kebanyakkan semuanya warna biru, hitam dan hijau, dan daku pulak dah gatai sangat pegi beli color biru awal awal, terpaksalah semua pon dipaksa memakai warna yang sama.


Puas hatiku melaram RefinedElegancebyRizalman sehari suntuk.. muehehehe!!

Tukar tudung aje, baju tetap tak berubah dari pagi sampai malam. Kau ponnn, dah le selai tu aje baju kurung yang aku beli, berbaloi lah kan kalau pakai lama lama sikit. Ha ha ha. Kesian, first time beli dari  Rizalman, sebab tu jakun sikit. Tapi sangat selesa, dan memang sumpah puas hati. Next year buleh beli lagi kut, eh? 

Ekceli tersangatlah banyak foto yang diambil lepas pulang dari solat raya sampai lah ke hari ini. Tapi ini aje yang kurang kegedikkan di hari raya untuk dikongsi bersama sama. 

Lepas breakfast ketupat dan rendang, bermaaf maafan, pastuh kira duit raya, eh?.. tengahari aje dah ade tetamu yang datang. Nasib baik tak panas sangat cuaca di Penang masa raya, kalau tidak mau jugak cair make up aku.. dah lah seharian kena pakai tudung dengan baju kurung kan. HEH.


Ayam masak rose resepi mom. Banyak kali aku masak pon takkan jadi sesedap mom yang masak :)

Makan tengahari kitaorang dad tempah dari Kassim Mustafa tahun nih. Mom tak larat nak masak banyak banyak katanya. Ada nasik bukhara tapi tak sempat ambik gambar nasik pon, ayam goreng cili kering, rendang itik, daging masak besamah dan korma kambing. Memang terbaahikkk sesangat diaorang masak hari tu. 

Kitaorang tempah untuk 100 orang, licin tinggal saki baki aje menjelang malam hari. Ade jugak yang tapau bawak balik. Haaaa..hovverr kannn. Lol 


Mom punya kek pon laju jugak habis hari tu :))

Sedar tak sedar, pukul 5 baru aku makan nasik sebab dok melayan tetamu dan kawan kawan yang datang. Husband pulak setiap sorang yang datang setiap kali tu lah dia makan dengan diaorang jugak. Aku jenis suka makan sorang sorang tanpa diganggu gugat, bila dah nampak takde orang datang cepat cepat bawak nasik masuk bilik. Baru lah buleh makan dengan tenang dan sempoi sikit.


Antara rakan rakan dan sedara yang datang dari jauh dan dekat. Raya kedua kawan kawan husband pulak, mom masak nasi tomato aje dengan kari ayam, rendang, dan udang goreng untuk diaorang hari tu sebab tak ramai sangat. Tapi dalam tak ramai tu, kira letih jugak lah kan. Rasa tido tak pernah aje cukup. 

Redho aje lah Sash!

Bila masuk raya ketiga, memang tak masak langsung sebab masing masing dah keletihan yang amat sangat, ramai kaum kerabat yang buat rumah terbuka pulak.. jadik kitaorang pegi beraya di rumah mereka aje dan makan kat sana pulak. 

Kat Penang memang meriah sangat kalau hari raya, sampai seminggu lepas tu pon masih ade yang datang, ade jugak yang buat siaran ulangan, sebab tak sempat nak sembang sembang panjang hari raya pertama, maklum lah orang ramai. Ha ha.

Nasib baik jugak, Ramadan dan Syawal kali nih, daku dikurniakan kesihatan yang sangat tip top, kalau dibandingkan dengan tahun lepas, teruk demam selsema sebelum dan lepas raya. Dapatlah daku tolong mom kemas rumah dan tolong dia memasak sikit sikit. Hihihi. Sayanggg mom seploh juta kali!! :)

Nasik, daging, sotong, telur masin, kuah banjir. Nyommss!

Dad pulak asyik menjamu kitaorang nasik kandaq siang malam. Sepanjang kat Penang dah berapa kali breakfast nasik kandar memanjang. Sampai ke saat menulis belog ini pon, sambil menyuap nasik kandar yang paling enak di dunia. HA HA.  Sayang dad banyak banyak sangat!

Jemput makan semua :) 

Harap harap daku tak terlupa macam mana nak masak nasik bila balik KL nanti. EEeeee stress dah nak balik KL lah pulak. 

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya


Salam Aidilfitri dari kami yang jauh di Penang. Ha Ha. Gigih sangat pepagi dah nak hupdet belog, mentang mentang le kau pakai baju raya kaannn.

Sekarang tak sibuk sangat cuma sibuk bergambar dan kutip duit raya aje. Kejap lagi sah sah penuh ler rumah dengan saudara mara dan kawan kawan.

Ok. Nanti sambung lagi. Selamat Hari Raya semua! Jaga diri. Nah saya belanja foto raya percuma aje bersama empat kilo ketupat palas emakku..layaaann. HEH.



Saturday, July 26, 2014

Menjelang Syawal


1.Dah nama pon beraya di rumah emak. jadi tak banyak lah yang perlu disiapkan di rumah sendiri. Setakat kemas kemas ape yang patut aje lah sebelum pulang ke penang tempoh hari. Takde lah sampai tukar beli perabot baru bagai kot.. Ha ha ha, setakat ganti curtain baru ade lah.

2. Rumahku vs rumah emakku. Mestilah kemenangan berpihak kepada emakku. Sebab rumah mereka kaya dengan munge munge cinta gitu. Hahahaha. Kiri kanan sampai ke dapur pon berbunga jangan main main. Gigih pegi tempah sampai ke SSF, kalau aku lebih sanggup ambik duit tu pegi H$M beli baju. HEH. Itu belum masuk fresh flowers di pagi raya nanti. Daku memang tidak lah sama sekali nak pegi cari bunga bagai nak hias begitu. Kalau nak sangat pegi lah ke ikea sudah.

3.Baju raya oh baju raya.
Tahun nih memang takde lah banyak gile membeli belah. Itupon atas belas ihsan suami dan ibubapa. Dapatlah merasa ape yang patut. Tapi daku beli jugak dua pasang skirt kembang kembang uolss. Hahahaha. Teringin nak pakai skirt, pastuh fefeeling princess masa turun tangga sambil lambai tangan ke tetamu nanti. Banyak sangat angan anganku lately. Ntah kenape dah pulak.

4. Dua tiga hari ni memang akan dipenuhi dengan aktiviti pra raya semata mata. Kejap lagi dah nak kena buka dan anyam daun palas. Sebab Ahad nanti nak masak pulut, jadi bila dah anyam dan bersihkan  awal daun tu, masukkan aje lah pulut dan terus kukus. Di penang memang ketupat palas adelah menjadi kewajipan setiap tahun. Dan kitaorang memang buat sendiri ( ekceli mom yang buat, daku setakat bukak daun palas dan susun ketupat aje nanti..hehehe )


Kueh raya emakku. Banyak yang dibeli aje tahun nih, esok baru nak membakar tiga biji kek lagi. Harap harap cukup lah sebab selalunya raya kedua memang dah habis licin.


Semuanya beli, ade yang daku beli dengan Pak Abu dekat Bangsar Village. Sedap sangat kueh dia, gebu gebu belaka. Geraaam.  Tapi mahal lah sikit kalau nak dibandingkan dengan harga kueh raya kat penang nih. Maklumlah pak abu dah femes. Teringat zaman kawin dulu dulu.

5. Buffet raya tahun nih macam biasa pada hari raya pertama. Mom akan masak rendang daging, ayam masak merah, ketupat, nasi impit dan kuah kacang, lauk pauk dan nasi akan ditempah dengan restoren kassim mustafa. Orang penang mesti tau restoren nih kan. Nyumm. Nyummm. Menu nya masih dalam perbincangan :D


Dah siap sedia semuanya. Senang hati rasanya bila letak awal awal, buleh lah daku merayap karang. Kalau tak berkemas nanti, mom mesti bising anak asyik hilang aje. He he.


Selamat pulang ke kampung semua pada yang beraya di kampug halaman. Balik rumah sendiri nanti pandai pandai lah bawak diri yer dak ;)

Thursday, July 24, 2014

Ramadan di kampung halaman

 
Kueh raya lah yang pertama wajib masuk bag balik kampung dulu. Tak banyak pon yang daku beli tahun ni, sebab mom dah pesan awal awal tak payah membazir sebab dia lagi awal dah buat dan beli jugak. Hehehe. Tapi yang ini memang lah wajib sebab menjadi kesukaan ku.. disamping biskut biskut lain. Cute sangat kan. Terjebak beli memula tu sebab color pink yang sangat comel, rasa butter dan ghee. Yang bawah tu namanya biskut arab, memang ghee semata mata, dua tiga bijik sekali makan rasa gebu lain macam aje dalam mulut. Risau tak sempat raya habis dikerjakan lah pulak.
 
 
Isnin lepas dah selamat sampai di kampung halaman..Alhamdulillah. Sepatutnya ibubapa nak datang, tiba tiba tak jadi pulak sebab dad banyak kerja, terpaksa lah ambik flight jugak balik sensorang. Si suami Jumaat nih baru datang, dapat lah jugak cuti seminggu lebih untuk raya nanti.  Syok nyaa.
 
Sebelum balik penang, kitaorang pergi iftar-date di Hadramawt. Baru daku tahu diaorang bukak di The Curve, siap ada buffet Ramadan pulak tu. Senang lah kan nanti, tak payah nak pegi jauh jauh kalau nak makan nasi arab.
 
 
Kambinggggg aje memanjang bulan puasa ni. Sedap sangat dan berbaloi. Next time buleh bawak ibubapa datang sini, kalau dulu sampai ke Cyberjaya kitaorang pegi makan nasik mandy ni.
 
 
Sepanjang kat Penang nih, dah tiga bazar Ramadan daku menjelajah mencari makanan kegemaran. Memang best giler kat sini. Antara yang menjadi pujaan setiap kali bulan puasa adelah murtabak daging. Memang sedap sangat, banyak daging dan terasa semua rempah ratus dalam murtabak tu. Kalau beli kat kl kebanyakkannya rasa telur dengan bawang semata mata kan.
 
Yang ini memang puas makan. Kitaorang suka cicah dengan mayo. Sebijik untuk berbuka dan sebijik habuan bersahur. Kenyang sampai esok hari. Ha ha ha. Selain itu, antara yang daku selalu beli jugak kalau balik berpuasa di sini adelah, pulut kacau+durian, yong tau foo, popia basah, dan macam macam lagi lah kueh muih.
 


 
Walaupon di bulan puasa tetap ku gagahi datang menjengukmu juga. Hehehe. Dari airport terus zaaassss datang Beratur, nasib baik memang takde orang beratur pon, terus ambik aje dan makan dengan gelojohnya. Hahaha.
 
Hari tu berbuka puasa pon dalam erl aje sebab dah lewat, jadi memang tak makan nasik lah kan..sampai aje ape lagi memang balun habis habisan lah. sampai mom cakap, kamu ni dah rupa tak jumpa nasik setahun. Hahahaha
 
 
Seronoknya hati dapat berbuka dan sambut raya sekeluarga. Sangat berbeza perasaannya kalau duduk di KL dengan pulang ke kampung halaman.  Hanya sesiapa yang merantau tinggal berjauhan dari keluarga aje pasti akan rasa yang sama. 
 
 
Selamat berpuasa untuk rakan rakan semua, selamat menjalani ibadah di akhir Ramadan ini, moga doa dan amalan kita mendapat keberkatan Yang Maha Esa. Amin.
 


Tuesday, July 8, 2014

Kambing golek di JW Marriott



Jumaat yang lepas daku buat nasik biryani ayam ala pakistan. Senang, sebab tak payah nak masak lauk pauk yang lain dah, terus masukkan ayam sekali bersama rempah biryani ke dalam nasik. Lepas tu buat cucumber raita. Masak sikit aje pon.. cukup cukup untuk berbuka dan supper..Sahur memang tidak lah berani menghadap yang ini, karang kering kontang tekak umpama sahara di siang hari. HEH. 

Alhamdulillah hari ni dah masuk 10 Ramadan. Cepat sangat rasa nya. Minggu depan dah buleh simpan kain baju untuk baaalik kapungggg. Dua minggu lebih jugak lah macam biasa di sana nanti. Seminggu untuk berpuasa, dan seminggu lebih sikit untuk beraya. HEH. Syokk nyaa bila dikenang kenang. 

Weekend hari tu pegi berbuka di tempat wajib tetiap tahun, JW Marriott lah mana lagi. Sedap giler kambing golek dia. Yang tak berape best nya hari tu dari tengahari kena gastric, husband dah suruh makan ubat aje kalau tak mampu.. tapi nasib baik buleh bertahan sampai berbuka. Penuh jugak puasa aku hari tu, Alhamdulillah.



Pukul 6 lebih baru keluar rumah. Sebab kalau awal awal pon jenuh nak menunggu jugak, nak merayap ke mana mana memang tidak lah berdaya rasanya. Kurang kurang pon.. lepas makan cargassss lah sikit kan. Hihihi.


Sampai aje kat sana, nasib baik tak berapa sesak sangat petang tu, terus cuci mata tengok tengok juadah mereka. Semuanya sedap belaka. Yang paling utama menjadi pilihan hati tentulah kambing golek itu bersama makanan kampung. Nasi kandar, ayam percik, satay, ikan bakar, kuih muih pencuci mulut, rojak, dan macam maca lagi semuanya sangat menarik perhatianku juga..

Namun memandangkan perut tidak begitu sihat, masa berbuka tu daku pilih yang ringan ringan aje lah dulu kan. Sabaaar, takkan lari makanan dikejar. Try test power perut dulu buleh tahan ke tidak.. kalau dah rasa okay baru buleh sambung makan yang lain lain. Nasib baik lah jugak gastric kali nih tak berape teruk.. ala ala kadar aje pon..


Mula mula daku makan bubur lambok yang dicampur sup ekor. Lepas hirup satu sudu terus rasa macam Wow. Sedaaaaapnya. Daku bukan lah penggemar bubur lambok pon, tapi yang ini memang sangat sedap. Rasa lemak, rasa daging, udang dan rempah ratus dia tu semua cukup. Ditambah pulak dengan rasa sup ekor, mak aaihh.. sampai licin aku hirup. Hihihi. Lepas tu baru berani cicah kambing dengan rosemary pulak. Lembut dan fresh sangat isi dia.


Lepas tu baru makan roti jala dan ayam percik. Dicampur dengan sedikit dhal sayuran. Eh eh sedap laar.. Memang semuanya lah sedap kalau masuk tekak aku nih. LOL


Dan semestinya kena makan lah jugak nasik kan. Memula aku letak lauk lauk aje dalam pinggan, macam malas lah nak makan nasik, nak ratah lauk aje, tapi apakan daya memang tidak mampu nak berbuat begitu. Sedikit nasi putih, rendang kerang yang sempoi habis, paru goreng berlada, dan gulai lemak ape ntah lagi aku letak semuanya dah bercampur campur dalam tuh. Kerabu dan budu pon ade tau. Licinnnnnn habaq hang.

Inilah penutup makan berat berat malam tu. Lepas tu kembali meratah kambing golek sorang sepinggan. Bab nak beratur ambik kambing nih mesti lah kerja si suami. Tak kuasa pulak aku yang dah perasan gojes gojes malam tu nak pegi beratur dua tiga kali kan. Maluuuuuu kot. :P


Baju tu dari Jovian Mandagie, sepasang dah pakai masa raya pertama tahun lepas, yang ni pulak sepatutnya jadi baju raya kedua lah.. Tapi sebab tahun lepas daku demam dengan selsema teruk, terus luntur semangat nak pakai. Last last raya kedua terus sarung jeans aje. Sempoi. Harap harap tahun nih sihat walafiat lah ye dak. 


Lepas dah kenyang dengan juadah juadah semua nih, daku makan jugak cempedak goreng dan puding roti. Diakhiri dengan ABC cendol. Kenyang sampai tak sempat nak ambik gambar dah yang hujung hujung tu. Ha ha. 


Lepas makan makan lebih kurang pukul 9 macam gitu, husband ajak pegi Pavvy. Yay yay. Takkan lah tak nak kan.. terus hilang gastric aku malam tu macam magic. Sempat lah beli dua pasang baju, yang lain dia lah yang membeli belah malam tu. Memang jarang sangat dia ni nak shopping, tapi kalau dah mula kalah bini nye pulak. Siap dengan baju kerja lepas raya pon dia nak beli. Duit hang, lantak lah. Hahahah.

Semalam daku masak chicken karaahi. Lama tak masak sebab stock rempah dah habis hari tu. Sejak puasa nih, semuanya menjadi sedap sedap bila aku masak. Hahahaa. Berkat memasak untuk suami dengan ikhlas tak gitu. Untuk mengelakkan pedas melampau, daku tambahkan juga tomato puree dan sedikit yogurt ke dala karaahi tadi. 

Best sangat rasa dia. Sampai sahaur tadi pon kitaorang makan nasik lepas tu cicah jugak dengan roti pratha. Alasannya sebab tak nak membazir makanan, sebab tu kena sapu licin walaupon pukul 5 pagi..   T_____T


Friday, July 4, 2014

Nasi lemak ayam berempah. Dari mulut turun ke perut.


Seperti yang dirancang rancangkan, memang semalam daku nak memasak nasi lemak.. dan menjadi lah jugak perancangan ke arah itu. Nak tak nak pon memang kena masak jugak, sebab bahan bahan semuanya dah siap sedia di dalam magic fridge itu. Kalau nak masak yang lain, gasak lah kau nak pegi mencarik pulak kan.. Sebab kitaorang memang beli barang barang nak memasak setiap hujung minggu aje pon..

Jadi nasi lemak kali ni memang super special habis sebab dimakan bersama sama dengan ayam goreng berempah. Yeah, memang menjadi sangat ayam goreng ku itu. Sedap, juicy, rangup dan wangi. Lagi sikit aje dah nak sama dengan yang jual dekat masjid damansara itu. Heheheh. Aku kalah sikit aje ponnnn. HEH.


Taadaaaaaa. Ya Allah habis semuanya dikerjakan oleh kami berdua. Memang tersangat lah sedap untuk tekak kitaorang lah kan. Si husband awal awal dah cakap, nanti nak ayam goreng macam gini aje. Kalau tak nak masak lauk lain pon takpe dah. Amboi.

Bahan bahannya pon tak lah payah mana. Kalau sesiapa nak cuba amatlah dipersilakan. Resipi memikat suami namanya. Ewah. Memandai aje hang.

Bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai. Perlu lah ditumbuk kasar. Itu lah rahsia kesedapannya.

1sb serbuk ketumbar, 1sb serbuk jintan putih + jintan manis, 1sb rempah daging, 1sb serbuk cili + kunyit, 1sb tepung jagung, garam secukup rasa, daku tambah 1sb serbuk Knorr, 1 biji telur, daun kari dan juga daun limau purut.. Yang ini semua digaul sekali dengan ayam tadi dan perlu diperap sekurang kurangnya sejam. Tapi lagi lama lagi sedap.

Senangkan...tau tau aje dah siap semua.

Lepas tu buleh lah digoreng dengan api yang sederhana, sebab serdak serdak yang keluar dari bahan tadi akan cepat garing, bila dah nampak garing buleh diangkat dan terukan menggoreng ayam lagi. Daku goreng dua kali untuk 7-8 ketul ayam tu.



Sambal tumis untuk dimakan dengan nasik lemak jugak mestilah tidak dilupakan. Apa lah ertinya nasik lemak sedap, kalau sambal tumis kurengggg power nye kan. Memandangkan bulan puasa, jadik nak memasak lebih menu memang rasa berkira kira sangat nak duduk lama kat kitchen tu. Hahaha. 

Memula ingat nak goreng sotong kunyit, dan udang dibuat sambal, tapi terus tukar rancangan sebab nanti petang nak goreng ayam lagi. Ayam goreng berempah nih sedap dimakan panas panas, jadik takkan nak goreng awal pulak kan. Maka, daku campurkan aje sotong dengan udang tadi untuk dijadikan sambal tumis. Senang kerjaku, sedap pulak tu. Bertambah manis dan lemak aje rasa sambal tumis ku. Cholesterol juga berlipat kali ganda lah jawabnye kaaannnnn. T________T


Kalau makan nasik lemak, mesti nak rebus telur lembik lembik begitu. Kesedapan dia memang payah nak dijelaskan di sini, melainkan kena menikmatinya sendiri. Nyumm nyumm. HEHE.

Sahur tadi cicah roti dengan milo aje laa. Sebab masih dihantui kekenyangan nasik lemak ku itu. Itu lah yang dikatakan lemak dari mulut turun ke perut. Entah dah berapa lapis lah gamaknye yer dak... *Pheww* 


Hari nih chicken biryani lah kiter :))


Selamat berpuasa semua!

Thursday, July 3, 2014

4 Ramadhan 2014



Hari ketiga puasa suami ajak berbuka kat luar sebab dia buleh balik awal (yeay), dapat lah merayap ke bazar ramadan TTDI kejap. Masa tuh sampai kat sana dalam pukul 6.30 petang, sempat lah tengok tengok ape yang patut. Tak ramai sangat petang tu sebab hujan lebat.

Kueh wajib beli tetiap tahun kalau ke sana, mesti lah tepung pelita Paya Jaras nih. Sedapnya dia. Lemak manis semuanya cukup lah. Beli untuk berbuka hari tu, dan untuk bawak balik simpan fridge buleh buat makan esok hari pulak. Tetiap petang kalau nak merayap memang tak dapat lah kan. Hihihi. Hari tu kitaorang buka puasa dekat Homst. 


Ini menu semalam. Bulan puasa kali nih tak berape nak selera makan nasik putih. Kalau buleh nak makan nasi tomato ke, nasi arab ke, nasi biryani ke macam gitu. Nasib baik lah diri menjadi sedikit rajin lately. Ha ha. Jadi kelmarin, awal awal dah bagitau husband nak masak nasik minyak lah. Dia okay aje asalkan nasik. Layaaan aje la :)


Sebelum puasa itu hari pegi Tesco, banyak perkakas nak buat kueh mueh raya nih diaorang letak kat depan. Pewarna pulak macam macam sampai rambang mata aku tengok. Ape lagi sempat lah beli beberapa warna. Maka setiap kali masak nasik aje, laju aku nak main curah curah. Baru rasa meriah sikit kot. Ha ha. 

Yang ini daku guna pewarna kuning tapi dicampur jugak dengan saffron. Sebab nak bagi aroma nasik itu lebih menusuk qolbu bila suami pulang dan membuka pintu terus macam.. waaahhh nasi kenduri in the house?? Hmmm begitu lah. 

Tak dilupakan juga, bila nasik dah hampir masak, buleh percikkan juga sedikit air rose untuk extra wangi lagi. Tak payah banyak, sikit aje. Semua bab percik percik nih harus lah dilakukan bile nasik dah masak yer. Jangan dikacau banyak kali, sebab nanti nasik kau akan hancur pulak dah tak cantik dan panjang panjang, biarkan macam gitu aje.. bila dah hampir nak kering baru gaulkan sekali aje. 



Turut berada dalam menu semalam adelah korma daging batang pinang dengan kentang dan juga sayur goreng dengan telur. Tidak dilupakan ada jugak fresh yogurt dan tembikai sebagai penyejuk tekak. Baru lah seimbang kan.


Semalam sebelum balik, husband ada tanya nak tak dia belikan kueh. Sebab dia memang faham sangat si bini tekak asli melayu ni memang pecinta kueh mueh manis. Allah. Ape lagi takkan tak nak kot.. beli ajelah kan. 

Pandai ke tu nak beli aku tanya dia. Buleh tahan jugak, sekali dia balik suruh aku bukak terus tengok.. siapkan bagi nama satu satu kueh tu. Kueh koci, kueh talam, seri muka, dengan kueh pinky. Itu sebab dia dah lupa nama sebab banyak sangat nak ingat. Ha ha ha. Pudding caramel pon ade jugak. Hmmm bijak bijak. Semalam makan sikit aje lah nasik sebab nak fokus habiskan kueh kueh ni. Tapi tak habis pon, caramel ade lagi dalam fridge, petang nih buleh makan lagi..


Nih masa puasa kedua kalau tak silap, daku buat pudding suji. Tak banyak pon, sekali makan aje kami berdua. Nak letak fridge pon buleh, nak makan suam suam pon sedap lah jugak..Senang aje rupanya buat dia nih.

Daku selalunya akan mula memasak dalam pukul 2 macam gitu. Lepas solat rehat rehat kejap sebab pagi memang aktiviti mengemas rumahtangga lah kan. Takde lah penat sangat dengan rutin harian di bulan puasa nih, takde yang banyak berubah pon, cuma masa memasak dan memakan aje lain. 


Hari nih bercadang nak masak nasi lemak ayam goreng berempah. Semalam dok ushar ushar recipe ayam goreng tuh, harap cukup lah bahan nanti, kalau tidak kita goreng ayam di dalam hati aje lah.. Hihihi.

Weekend nak berbuka kat luar. Tempat waaajibbb tetiap tahun. Tetiap kali bulan puasa mesti ada entry syok sendiri itu. Hahahah. Jangan keji please :P


Selamat berpuasa semua!

Monday, June 30, 2014

Menu berbuka pertama Ramadan ini



Sehari sebelum mula bersahur, dah mula siapkan sweedish meatball ni. Banyak bijik jugak dapat, kali ni gunakan lamb minced meat sebab tu color dia cerah sikit, dah berlipat ganda lagi sooodappp. Hehe. Disebabkan masa tu baru lepas kemas kemas rumah, maka malas lah nak menggoreng, jadik i baked aje. Senang cerita kan... lagipon malas nak berpanas panas kat dapur biler dah malam. 

Lebih kurang 150c dalam 20 minit, Siap! Tak nak lama lama sangat nanti dia akan jadi terlampau kering, sebab kita nak letakkan dalam freezer pulak, akan bertambah lah kering kontang. Jadi agak agak tak sampai setengah jam dah buleh angkat. 



Sedap I tell you! Nyum. Nyummm. Tak payah dah susah susah nak pegi beratur panjang panjang kat Ikea bulan puasa cam gini.


Bila dah sejuk, buleh masukkan dalam freezer. Sahur nanti panaskan aje, senang kerja i di pagi pagi buta kelak. Nak makan bersama nasi pon buleh, roti pon okay jugak, nak ratah acam gitu aje pon sedap belaka. Buleh juga dihidangkan waktu berbuka nanti, harap harap tahan lah seminggu dua kan. HEH.

Sahur pertama kami, adelah yang paling simple giler. Butter fried rice bersama telor dan meatballs. Layaaaan walaupon pukul 4.45 pagi. Ha ha ha. 

Pagi tu tak minum nescafe, jadik dia ala ala fening la sikit seharian, nak minum waktu berbuka pulak kang terbeliak mata aku tak buleh tido malam. Dua tiga hari harapnya okay lah tu. Takkan nak minum susu pulak kan.. eeeEE tidak lah jawabnye. Susu kambing pon jenuh berair mata nak teguk.

Iftar pertama kami pada Ramadan tahun ini :)



Nasi tomato hujan panas ribut taufan ape ntah nama dia, nama tu tercetus sebab KL hujan tak semena mena kelmarin. Hmm wangi nya sambil masak sambil cakap dalam hati aje lah. Hihihi. Dimakan bersama rendang pedas ayam, udang goreng kunyit, cucumber raita, eh eh agar agar pon ade jugak. First time masak agar agar merah sendiri tau. Not bad. Not nad :D

Ade sebelah lagi, hari ni pon kena paksa makan agar agar le jugak. Ha ha. Tidak dilupakan sirap selasih, kurma medjool yang besar gabak, manis dan sangat sedap itu. Dan Yakult adelah wajib juga untuk diriku. Simple aje kitaorang makan berdua. Alhamdulillah rezeki pertama Ramadan kami. 


Malam sebelum tido macam lapar lagi, sebab masa berbuka tu makan nasik sikit aje.. yer lah sebab takut nak bagi kejutan kat perut kan dah seharian tak makan. Lagipon nanti nak solat pon berat lain macam aje kau rasa badan. Jadik makan sikit sikit dulu, lepas tu buleh sambung lagi. Itu lah kenikmatan kalau berbuka kat rumah kan. 


Sempat jugak pegi bertarawikh pertama hari Sabtu di masjid wilayah. Petang tu pegi ronda ronda klcc, sampai rumah dah nak dekat maghrib, nasib baik sempat siap siap semua. Kitaorang keluar rumah awal jugak, dalam pukul 8.15 bila sampai pon dah penuh dan ramai sangat. 

Lepas solat, singgah minum minum dekat port wajib, mana lagi Pelita la.. tak pon Bestari. Kering tekak uolss.. Itu aje lah modei nyee. Nak jugak merayap ;)

Hari nih nak masak qeema lah. Si suami tadi cakap, kalau rajin suruh daku buat puding suji. Macam lah bini dia nih pandai sangat, mentang mentang dia tengok agar agar kelmarin menjadi, dah macam macam yer nak makan. Hmmm baiklah saya cuba :)

Friday, June 27, 2014

Ramadan Kareem



Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak untuk semua. Maafkan lah untuk lisan yang tidak berkenan, janji yang terabaikan, hati yang berprasangka dan segala sikap mahupun ucap yang menyakitkan kalian. Dari lubuk hati yang paling dalam ini, ingin daku pohon kemaafan atas segala kekhilafan selama usia menulis di sini, samada yang mengenali secara peribadi ataupon di alam maya. Selamat datang Ramadan. Marhaban Yaa Ramadan. Sucikan hati lah hati dan ayuh bersihkan diri. Mohon maaf zahir dan batin :')

1. InsyaaAllah sambut puasa di KL. Alhamdulillah masih di KL. Sebab baru aje balik dari Penang, minggu kedua puasa baru ibubapa datang sini pulak. Baru lah ramai sikit nanti berbuka, maklum lah masih berdua duaan lagi tahun ni.. Tahun lepas meriah jugak, sebab ramai keluarga mertua datang beraya kat sini, kali nih tak pasti lagi macam mana. 

2. Yang penting, raya tetap di Penang Darul Makan. Hahahaha. InsyaaAllah. 

3. Dua tiga hari lepas pon dah sibuk meracang rancang menu nak berbuka dan bersahur kelak. Hari pertama iftar nanti wajiblah seperti tetiap tahun di rumah sahaja. Jadi, daku dah bercadang nak masak lah special sikit. He he. Takde lah special ke tahap mee bandung nasi ulam bagai. Setakat nasi gitu gitu aje lah kot.

Janji masak dan berbuka kat rumah. Lepas tu nanti kita kira kira lah bila buleh berbuka kat luar kan. Selalunya hari bekerja memang lah payah sikit nak merayap keluar sesuka hati, sebab si suami itu jarang dapat balik awal, hujung minggu aje lah senang cerita nak ke mana pon. Dapat berbuka sekali dengan dia kat rumah pon dah bersyukur dari berbuka sensorang kan. HEH.

4. Tak sabar nak pegi bazar Ramadan jugak. Sehari dua berpuasa nanti takde lah teringin yang bukan bukan, nak masuk seminggu mula lah macam macam daku tergedik gedik nak makan. Cendol lah, soya cincau lah, tau fu fa, eh eh nampak semuanya nak yang manis manissssss belaka. Kitaorang selalunya ke TTDI, tak pon bazar di Bangsar. Itu aje yang dekat dan senang parking. Ha ha. 

Tapi semestinya tak buleh lawan bazar Ramadan di kampung halaman sendiri. Syokknyaaaa. Dekat dengan rumah, dan baaaaanyak sangat juadah yang memenuhi citarasa ku.


5. Curtain baru turut sudah melambai lambai. Hovverr tau, belum ape ape lagi dah bersiap sedia semuanya. Daku tak suka carik benda benda alah nih bila dah masuk bulan puasa, letih tu satu hal, nak carik satu persatu yang berkenan di qolbu memang sangat susah. En suami itu bukan nak ikut kalau carik kain nih, paling koman pon dia suruh pegi beli yang siap pasang di IKEA tu. Bosan lah kan. Jadi tahun ni, curtain yang belakang aje kitoarang beli di sana, yang depan tu awal awal dah beli di Jakel. Bab jahit menjahit takde masalah langsung sebab semuanya mom yang buat. Lagipon rumah aku bukannya besar mana pon, kitaorang pon nak yang simple aje, buat alas berteduh. Ewah. Jadi siap lah jugak akhirnya. Sukaaaaa letteww.



Tengah dok menggila tudung bawal lah pulak sekarang ini. 

Ini antara yang disambar masa kat Penang hari tu. Murah dan berbaloi. Kalau dapat pegi masjid India lagi best kan, measti macam macam. Nak ajak si suami itu memang dari tahun lepas dia cakap taaak naaaak, dad pon sama jugak.. mom aje lah yang buleh gang. Hmmm pegi dalam hati aje lah kot. Melainkan berlakunya keajaiban. Chinggg! Ha ha ha ha


Selamat menunaikan ibadah puasa, selamat beramal dan bersolat terawih juga. Kalau ternampak kiter di masjid wilayah nanti, tegur tegur lah yer tak, kite walaupon nampak macam tak ramah, tapi tersangat laaah ramah sebenarnya. Hehehehe. 


Semoga amalan kita dapat dilipat gandakan lagi dari tahun tahun yang lepas. InsyaaAllah.