Showing posts with label London2013. Show all posts
Showing posts with label London2013. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Terkenang kenang!


Frutti diMare di Park Plaza hari tu. Nama sempoi bukan kepalang, sesuai lah dengan rasa dia yang memang sempoi jugak. Ade berdoyon doyon salmon, tiger prawn dan mushroom. Kalau kat Dominos buleh lah makan sorang sekotak, kat sini satu kotak pizza sila lah kongsi berdua yer jangan banyak bunyik. Makan dalam bilik aje lagiklah jimat sebab dah beli siap siap diet coke sorang sebotol. Bila hidup saling jimat menjimati maka hati pon akan lebih tenang. Hahahahaha.


Eh eh.. tak sangka laa hari nih buleh bukak belog dan bermain sedikit facebook dan Ig macam tak sebok langsung. Mesti ade yang musykil kan, dia ni bukannya bekerja pon, tapi asyik dok bebel busy memanjang. Kau buat apa sebenarnya kat rumah nih, sash? Memang nak makan penampar sulong aku lah sangat kalau berani tanya soklan macam tu kot.

Ntah lah sejak dua menjak nih aku pon heran apesal keja rumah tak penah selesai. Hari ni basuh sebakul baju, esok lusa ade lagi dua bakul pastu yang nak simpan dalam closet tak masuk campur lagi. Stressed ooi stressed. Memang lah orang cakap jangan terlampau susah hati hal duniawi, banyakkan beramal untuk bekalan akhirat tapi kadang kadang mana buleh pejam mata aje kan tengok rumah lintang pukang. Tak gitu dahhlinggss? 

Hidup masih berjalan seperti biasa. Takde apa yang baru, takde apa yang nak dikecohkan satu dunia pon hahahahaha, melainkan aku memang letih yang teramat dua tiga hari ni. Sampai nak makan pon macam tak selera (eh biar betul) yer lah sebab aku yang masak, cuba kalau makan luar atau mom kat sini, laju lah aku bertambah. Tapi makan tetap makan, tak pernah lagi tinggal..


Ayam tumis campak campak. Sumpah tak tahu nama apa menu ni. Sebab masak pon dah lewat, The Other Half cakap tak sempat nak keluar dinner malam ni jadik nak tak nak, memang aku kena masak lah sebab minggu ni memang dia tak nak makan fast food katanya. Jadik ade bawang dan seangkatan dengannya, ade rempah biryani, ade rempah kari, ade tomato puree jadik siap dinner yang penuh kasih sayang. Kalau tak sayang jugak taktau lah nak cakap apa lagi.. hahahahah

Banyak post yang tertunggak masa ke London hari tu, dah basi baru nak cerita kot. Takpe, janji hadddoo. Ekceli takde lah pegi tempat yang special special pon dari selalu, sebab kebanyakkan masanya memang ke high street aje aku..

Kali ni sempat singgah jenguk M&M World di Leicester. Tak rancang pon sebenarnya sebab kitaorang pegi jalan jalan ke Leicester sebelum ke Oxford, pastu tetiba ternampak M&M yang besaq gabak nih.. apa lagi...


Muka eksaited macam tak penah peluk bantal seumur hidup. Kesian aku..


Banyaknye cekelat mak ooi.. Hahahahahaha. Jakun please. Aku kagum bukan sebab M&M pon sebenarnya, tapi kagum sebab tengok pastel color yang comel comel MasyaAllah. Geram sangat, kalau dapat hias macam nih dalam bilik kitaorang mesti aku lah wanita yang paling bahagia dalam duniya. Bangun tido aje tarik satu balang, nak tido hadap satu balang lagik. Haaaaihhhhhh duniawi..


Tangan tu sepantas kilat nak capai aje. Maklum lah hati tengah bahagia. Hahahahaha. Keji.



Kat sana jalan seret kaki sampai kejung pon tak rasa penat, tak kecoh tak bising langsung.. balik rumah angkat bakul baju dari laundry room ke balcony aku bebel sampai ke malam. Hahahahahahaha. Sabarlah sabariyaaahhh.


Minggu depan ibubapa datang yeay please!

Tuesday, February 26, 2013

Where two worlds meet


Kau kunci cintaku di dalam hatimu sangat..! :D


Kalau nak buat entry pasal makanan especially bila di perantauan ececech (suka sangat guna word perantau tu) tak lah mengambil masa yang lama dan susah pon. Sebab bila makan aku akan menjadi lebih santai. Of course lah lepas shopping pon santai jugak. Itu tak perlu dijelaskan lagi la.

Tahu tidak..

Dapat jugak aku makan churros akhirnya. Okay now call me the jakun. I tak pernah merasa makan churros nokz. Masa pegi Aussie dulu tak tahu langsung senang dapat churros, lepas aku balik KL aje macam nak nangis bila tengok foto kawan kawan tengah melahap churros dengan bidapnya. Hahahahaha. Memang payah kalau ada kawan suka bersaing makan gini.

Tadi lepas letak foto ni dalam facebook teruk aku kena hentam. Hahahahahaha. Ade haku kisah? Shila Amzah pon pernah teruk dikecam, dia pon macam tak kisah jugak. *Gurau tu*

Churros nih ade yang panggil spanish doughnut. Tekstur dia sangat lembut dan gebu. Diaorang akan goreng dulu, pastu disalut dengan white sugar atau brown sugar pon buleh. Dalam dia ade rasa chocolate dan jugak caramel. Buleh pilih yang mana berkenan. Nak letak separuh separuh pon takpe. Nak cicah pon takde hal. Ikut keperluan masing masing. Aku cuba semua sebab dah dasar begitu..lolz

Memang sah sedap tak buleh blah.




Abang tu tengah goreng churros aku laa. Okay tak dia? hahahahha keji.


Kalau nak makan baru dia buat dan goreng panas panas. Kalau sejuk camner nak lekat dengan gula kan. Ya Allah memang sedap jiwa raga. Masa tu pulak tengah turun snow sikit sikit, minum dengan hot coffee. Tak sedar makan sorang dua bijik padahal baru lepas lunch aje. Tapau balik hotel 4 bijik habuan breakfast, baru tido dengan puas hati malam tu. 


Lunch yang cikai cikai macam gini pon dah 9GBP. Hanyalah nasik putih, beef stew, dan  sotong goreng. Yang penting halalan toyyiban. Ape lagi sapu licin lah masing masing bukan senang nak dapat nasik putih kot. Rasa dia okay okay aje, bukan lah paling sedap di dunia, tapi kalau dah lapaq nasik dengan sardin pon aku cakap sedap. 


Brioche Rolls M&S memang wajib kena beli kalau mai sini uolss. Lembutnyaaaa isi dia, awat kat KL hang takde macam gini pon? Ini sah sah wajib seludup bawak balik nanti, kalau tidak mesti nangis.


Monday, February 25, 2013

Resam hidup di kota London


Waterloo station dalam pukul 6 lebih masa tu.. lepas Maghrib aje pon. Macam dah tengah malam kan.


Ohaaaiiii!! mari mari bahan baru sudah sampai hahahaha

Kecoh. Tampar nak?

Gila lama tak hupdet nokzz.

Tahu tidak..

1. Pertengahan minggu lepas, London adelah di landa sedikit snow dan juga kesejukan bukan di tahap mengujakan dah, tapi I dah hilang semua perasaan yang ada kalau kat luar. Bayangkan betapa sejuknya hidup sampai tak ada ayat nak digambarkan waktu tu. Hahahahaha. Seriously. Siang malam pon kadang kadang sampai -1°c tapi aku rasa macam lebih kot? ke diaorang silap kira? Sejuk macam gini dijangka sampai hari Rabu kalau tak silap..eeeeee tak suka. Fountains yang dekat trafalgar tu pun sampai beku tak semena mena. Snow takde lah tebal mana sangat pon, manja manja aje dia turun tapi cukup lah setakat tu. Kalau turun lagi banyak memang tak keluar langsung lah aku jawabnya karang.

2. Underground tu pulak asyik buat perangai lately, kalau tak line ditutup pastuh tube pulak hanya gerak dalam sesuatu masa aje. Nak pegi makan ke Bayswater jenuh pusing pusing dulu sebab circle line tak jalan dua hari. Tapi I tak kisah yang itu, sebab kalau inginkan kegembiraan di penghujung hari maka haruslah melakukan sedikit pengorbanan kan? Hahahahaa. Cuba kalau kat KL buatnya diaorang tutup jalan ke, jam teruk dalam hujan lebat ke, memang dah lama kena hempuk steering tu. Kalau kat sini semuanya indah belaka. Tube macam sardin pon aku leh tahan dok sengeh lagi.

3. Maka adelah tidak lengkap datang ke sini kalau tak jejak ke oxford.st dan langsung ke Primark kan. Buleh pulak jenjalan macam takde hal masa tu. Tapi badan semua lenguh lenguh sebab terpaksa menampung winter coat yang tebal pastu ditambah pulak dengan membawa pulang habuan kegembiraan masing masing. Tak sampai empat jam shopping situ aku dah kesengkekkan lebih kurang 220GBP (tima kasih la pada sape sapa yang berkaitan bagi derma kilat aku shopping kat london ahahahahahah)

Pastu terus jadik kalut nak pinjam duit dengan mangsa yang berhati mulia itu (again?) sebab M&S pon tak dan jejak lagi, dah stress balik.

Pinjam manjanggggg kot. 

Oxford punya la besaq nokz sampai sehari suntuk pon aku tak habis tawaf. Kurang kurang kena duduk sini setaun nak? 


Sayang isteri ditinggal tinggalkan.. 

Laju tinggal aku ke belakang mentang mentang dia dah siap shopping masa tu. Hahahahaha. Selalunya kitaorang akan berpecah bila masuk dalam mall yang berpotensi untuk shopping banyak. Pastu barulah aku buleh mulakan operasi dengan senang hati. Selalunya si suami itu lah yang siap beli semua dulu, dan akan tunggu kat cafe di luar. Takde harapan langsung la dia nak duduk sedap kat dalam dengan ramai sangat manusia manusia yang terdesak macam bini dia kat sini. 

Muka muka bahagia sebelum dah selepas. Memang stress free sesangat.. 


Jangan tamak Sash, banyak hari lagi menanti. Sampai senget senget tangan bahu semua cik puan besaq pegang habuan kegembiraan itu. Dengan sejuk, salji tengah dok turun sikit sikit, angin kencang Ya Allah, sabar aje. Nasib baik balik ikut Marble Arch aje, jadik tak lah penat sangat kena hentak kaki jauh jauh. 

4. Aku sampai dah muak kot dok makan nasik arab, nasik biryani, nasik arab, nasik biryani. Saje ulang ayat sebab tengah carik idea lagi. Kadang kadang malam kalau dah tak keluar jauh jauh, kitaorang makan kat bilik aje. 

Nasik dan kari yang selalu kami makan adelah kat ChilliChutney, kedai dia betul betul berdepan dengan London Eye tu. Kalau convert harga ke ringgit buleh dapat stok makanan seminggu kat KL. Tapi laki kena beli jugak sebab bini dia kan kuat makan nasik, kurang kurang pon sekali sehari disamping selingan makan petang. Yang lain lain aku tak kisah sangat, tapi nasik itu keperluan. LOL Lagipon kat situ aje yang dekat buleh carik yang lain tak kuasa lah sebab jauh. Tahap kesedapan memang payah lah nak cakap sebab dalam keadaan sejuk dan lapar engkau bagi ape pon aku sapu licin. Hahahahaa

Kalau masa breakfast memang takde masalah langsung sebab kitaorang memang hadap dalam bilik aje, pastu bila dah tak lalu makan english breakfast macam ni aku akan suruh The Other Half beli fried chicken ke kebab extra ke untuk dimakan pagi pagi buta. Buat macam rumah sendiri lah ye.



Tapi kalau nak makan dalam hotel memang dah tentu tentu lah bukan nasik, pastu pulak memang lah sedikit mahal, rasa buleh amik duit tu beli baju baru (sanggup tak makan asalkan dapat baju? keji please)  Yang  berselera makan pon selain dari vegetarian pizza adelah fettuccine seafood pasta ni aje. Dia masak simple cuma ade olive oil, parrmesan, lemon dan berlonggok longgok udang bersama salmon. Memang hancur lah cholesterol aku bila kat sini. Takde pantang larang langsung, semuanya tibai mak ooi.

5. Kitaorang ade jugak pegi ke Camden. Best sesangat. Banyak bahan nak tulis sebenarnya, tapi kena tunggu mood yang betul betul nak menghadap belog seharian baru buleh buat entry okay. Sabran jameela sat naa.

6. InsyaaAllah minggu ni akan berada di Teddington. Dengarnya lagi sejuk kat sana. Tapi takpe, ni kan resam hidup di rantauan. Nak merasa panas sikit kita buleh jenguk jenguk Kingston macam tahun lepas tu, tak pon turun sikit ke Richmond sebab hari tu takdan pi kan dahhling? Muahahahaha I looikeeee.


 Lensbury tunggu kami datang yaw! 

Wednesday, February 20, 2013

Freezing Wednesday


It's just wonderful to know what's the reason when things happen :) 


Memandangkan hobi suami isteri memang berjalan, dari kecik hinggalah lewat remaja..eh ape keperluan sebut lewat remaja begitu? Maka setiap kali nak pegi bercuti a.k.a berfoya foya walau di mana sekali pon mesti tetiap hari aku buleh senyum sampai telinga. Langsung takde mood macam nak makan orang. Langsung tak bising pasal stress kekonon hormones changes ke apa. Best kot.

Sebab itu aku paham kenape tuhan telah menjodohkan aku dengan dia sebab hanya dia aje buleh menbimbing aku ke jalan yang benar hahahahahahahaha * gelak jahat please*

Okay okay. Hari tu ade seseorang bertanya kat aku, kalau pegi jenjalan kat luar aku tak kisah ke makan kat mana mana pon? Takde masalah ke rasa tekak? Lebih kurang macam gitulah soklannya. Jawapan aku senang aje, tapi kalau aku tulis tepuk dada tanya selera kang jadik bahan pulak ha ha. 

1. To be frank memang itu antara kegusaran kitaorang kalau nak pegi bercuti. Nak nak kalau tempat yang tak pernah sampai, tahu pulak memang susah nak carik makanan halal. Maka haruslah sebelum pegi tu buat homework banyak banyak pasal halal food dulu. Kalau orang lain kebanyakkannya akan google tempat tempat menarik untuk dilawati ke apa, kalau aku haruslah google pasal fooooood aje. Eh macam tak biasa kan. Ha ha. Tapi betul lah, kalau pegi nak berseronok macam mana pon kalau bab makan jadik isu tak guna jugak. Kang kena gastric ke diarrhea ke memang musnah lah segala mimpi kan. Eeee memang aku mintak simpang awal awal. Macam dekat sini, dah la toilet memang tersangatlah payah nak carik kalau kat luar, kalau ade pon engkau ingat buleh berak dengan senang hati ke? Hahahahaha Jadik moral of the cerita, bawaklah tissue atau wet tissue banyak banyak kalau dah terdesak sangat. Selagi buleh tahan, tahan lah sampai terkulat kulat jadik muka masing masing. Tapi Alhamdulillah, tak pernah jadik lagi perkara perkara keji sebegitu, setakat nak buang air sikit sikit adelah. Heeeeeee.

2. Rajin rajin lah pegi belek zabihah dot com. Katanya macam worlds largest guide untuk halal food merata pelusuk negara. The Other Half yang kenalkan aku dengan web nih. Memang rasa sangat senang hati bila tahu kat mana buleh carik makanan halal kalau nak pergi bercuti pertama kali ke sesuatu tempat, selain dari bahan bahan bacaan dan ilmu masing masing lah kan. Pendek kata tolong lah jadik rajin. 

3. Semalam jugak, kawan ade bagitau pasal satu app yang macam sempoi. Cuba carik dekat App store, Muslim Pro.  Sebelum nih kitaorang hanya guna app AlQibla pon bagus jugak untuk maklumat pasal solat dan arah kiblat semua. Tapi Muslim Pro nampak lagi complete sebab ade maklumat extra pasal tempat makan halal berhampiran kawasan yang kita tinggal. Best kan. Pastuh kalau dah masuk waktu solat, dia siap bagi reminder dengan azan sekali. Kalau sampai macam ni pon dok liat jugak nak solat tak tahulah nak cakap apa. Ha ha ha. 

Hari pertama kitaorang sampai sini, memang dugaan sungguh. Nak tunggu waktu Isya memang rasa dah tak mampu sangat sangat sebab mengantuk. Mata nih macam kena gam, semua ni mesti angkara Syaitan Laknatullah la hahahahahaha. Pukul 5 petang aku dah terkebil kebil tahan tido, tapi nasib baik iman kuat dan kena paksa dengan laki sama tak bagi tido. Alhamdulillah lepas aje solat Isya, makan pon aku rasa macam sambil tutup mata pastu terus debooomm sampai esok pagi dengan jayanya :)


 Ini app AlQibla yang kitaorang memula guna dulu

4.Katakan lah tak sempat tengok tempat tempat halal ni kan, maklumlah bila dah keluar kadang kadang berjalan ikut aje kaki melangkah gitu, sebab most of the time pon kitaorang takde lah rancang habis habisan nak kemana mana. Satu dua tempat yang mana ingat pastu bila dah sampai ikut aje lah kekuatan kudrat yang ada. Bila nampak restoren yang nama ala ala Arab ke Pakistan ke maka masing masing menjadi sangat teruja. Tapi tetap kena tengok logo halalnya jugak, sebab tak semua pak arab yang jual makanan halal pon. Itu kena jaga jaga lah jangan main redah aje. Tapi kalau kat London, Insyaallah tak kebulur lah engkau hidup kat sini. Kalau ke area Bayswater lagi lah berlonggok, or even Oxford St tu pon banyak. Tapi kalau nak tengok lagi meriah dengan makanan halal rasa macam tak dipinggirkan langsung cuba pegi ke Tooting atau Woking siap ade kedai runcit dengan wet market yang besar. Aku ke sana dulu sebab kawan kitaorang  kat situ. Tempat lain tak tau la sebab tak pernah sampai lagi :)


5. Kalau kat hotel pulak, pilih lah makanan yang tak menjadi was was pada diri. Kalau kat sini breakfast senang dah diaorang bagitau halal dan vegetarian pon ada jugak. Tapi aku paham setengah tu memang tak sentuh langsung walaupon air yang bukan muslim yang jual. Macam kawan aku sorang ni, dia sendiri bagitau memang tak lalu langsung. Elok lah tak makan kalau macam tu, sebab dah was was karang jatuh haram pulak kalau makan kan? Jadik buleh bawak instant coffee ke tea ke, pastu buleh lah angkut jugak instant noodle tu banyak banyak kalau travel ke luar. Takde masalah buleh aje bawak masuk kalau bahan kering ni. 

Pastu kalau nak carik makanan tanahair jugak, pegi la carik Malaysia Hall yang berdekatan. Tapi macam aku ni memang la teringin sangat nak pegi sebab tak pernah kan, tapi si suami tu pulak awal awal dah cakap ape yang payah sangat nak pegi makan nasik lemak padahal kat kl pon memang dah dok hadap selalu. Betul jugak cakap dia. Setakat pegi amik gambar buleh la, sebagai bukti aku pon mampu sampai Malaysia Hall. 

Hikhikhikhikss <------------ gelak="" mintak="" p="" penampar="" sangat="" tu="">

Tuesday, February 19, 2013

London adelah best!


Tajuk tak menggambarkan keadaan gambarajah langsung. Hahahahaha. 

Halo orang Penang!
Halo orang Kyell
Halo tanahair!

Dah rupa macam dalam pantang aku hari ni. Alhamdulillah selamat sampai London awal pagi semalam. Kalau dah berasap hidung mulut semua maknanya memang sejuk melampau lah bagi aku. Bukan main main punye sejuk kali ni, selalunya kat luar tak pakai winter coat buleh tahan lagi, tapi kali ni kurang kurang pon kena sarung jugak long johns kat dalam. Pagi petang sama aje ooi. Sekarang kat luar adelah -1'c dan kabus yang tebal gila :"( tinggal tak turun snow lagi macam minggu lepas tu.

Sampai London pukul 5.15 pagi lebih kurang 13 jam setengah jugak perjalanan. Malam tu memang dah mengantuk dengan letih yang amat sebab seharian memang tak tido langsung. Duduk aje kejap, aku terus tido macam takde masalah. Hahahahaa. Bila terjaga rupanya dah dekat New Delhi, Ya Allah tak sangka buleh tido sepanjang tu. Selalunya paling cikai pon sejam dua aje, sekarang baru faham lain kali memang elok sangat amik flight malam macam ni sebab badan aku akan menjadi sangat sopan.


 

Bukak mata aje ape lagi, mintak makanan la. Rugi pulak rasa bila bayaq mahai mahai aku tak enjoy habis habisan makan dalam airbus ni kan. Hewwww.  Kesedapan satay tu memang tak dapat dinafikan dari dulu lagi malah semakin best pulak aku rasa kali ni. Ke sebab baru bangun tidoq tak tahu lah kan. Aku memang tak buleh sangat minum air sejuk kalau dalam flight, kang mesti rasa loya dengan kembang semacam aje jadik tekak. Jadi teman satay tu adelah teh tarik panas yang sempoi habis, siap mintak lebih lagi instant tea powder tu bawak balik ke hotel. Itu pon keadaan yang biasa berlaku jugak. 


The Other Half dari awal dah bercita cita nak makan lamb chop dia tu, tapi kali ni macam kecik pulak kalau banding yang selalu. Cuma diaorang tambah banyak salad dengan roti. Nasi pon ade jugak tapi sebab masing masing dah kenyang, masa kat epot kitaorang dah balun chicken mcdeluxe sorang sebijik. Dia sempat tido dalam empat jam aje lebihnya tengok movie sorang sorang. Iols haruslah sambung tido balik lepas makan. Hahahahah. Memang best gila kalau travel takde masalah macam nih. Aku punye tido sampai ke Amsterdam nokz. Itu pon bangun sebab perot jahat membuat onar. Hahahahahah. Pastuh basuh muka, tukar baju suma siap siap sebab dah nak sampai kan. Tak nak nampak permandangan langsung kat luar sebab awal pagi lagi, tapi yang best buleh tengok kat screen macam pilot tu. Geli pulak rasa. Kalau aku kat depan sure muntah bogek dah. Patut lah tak jadik pilot. Lolz

Kat Heathrow pon cepat sebab kitaorang ada fast track priority service pass tu, immi pon takde masalah cuma dia tanya ape aku buat sampai tiga minggu kat London. Kepochi punye pakcik. Nasib baik hensem. Hahahahaha. Luggage pon okay takde pulak diaorang suruh bukak ke apa, aku risau jugak sebab bag kami rasanya macam berat gila. Tapi tak bawak makanan ape pon sebab tahu kat sini memang takde masalah langsung dengan food. Tak payah nak memandai suruh aku masak ke apa kat sini ek. Ha ha. Bawah hotel bersepah kedai makan pak arab. Nak nasik biryani, ayam goreng, pizza semua ada. Tapi haruslah dah nama pon cik puan besaq, kalau takdak nasik kandaq kari campur banyak banyak terus tak baper nak laju sangat lah kan aku makan. Heeeeeeee :) Kalau nak makan nasik campur buleh ke Malaysia Hall kan? Sepanjang tempoh aku mai London ni tak penah pon pegi jenguk Malaysia Hall. Teringin lah pulak. Tengok lah kalau sempat pegi nanti, haruslah foto gebu aku itu menyusul di sini :)))

Sampai hotel pon awal sebab jalan dari Heathrow ke central London sangat smooth maklum lah pagi pagi buta lagi. Kitaorang amik black cab terus senang cerita, lagipon bag besar besar gabak kalau ikut tube takde tenaga lah aku nak heret kot.  Itu kira cukup tido tu, bayangkan tahun tahun lepas yang aku tak tido langsung sebab flight pagi dari Kl. Pastu bila sampai London pulak tengahari buta. Walking zombie sangat.

Masa dalam cab baru rasa pening pening, mengantuk pon ye jugak sebab letih sangat kot, kena pakai tudung sehari semalam kan. Dalam pening pening tu lalu depan Knightsbridge terus mata aku jadik segar bugar bila tengok kekasih lama, eh. Hahahahahaa. Keji.

Okay sekarang dah rasa mengantuk balik padahal baru bangun tido ngan breakfast aje pon. Nanti aku cita pasal rumah baru kami ni, ececeh macam biasa lah kan.. tetap nak kena selit jugak sebagai kenang kenangan di kemudian hari. 

Aku sempat berfikir sebelum tido semalam, ini berjalan berdua duaan aje, kalau heret baby(s) nanti tak tahulah macam mana keadaan si emak ini. Pukul 5 petang semalam aku dah berperang dengan mata sendiri sebab mengantuk bukan kepalang. Makan pon takmau dah, rasa nak nangis gila bila hubs tak bagi tido, kurang kurang pon kena tunggu sampai pukul 9 malam baru buleh tido macam biasa, sebab tak nak badan aku hilang kawalan kan. Takut nanti tak buleh fokus masa kat Oxford pulak. Kang sapa susah? Ha ha ha

Aku banyangkan lah jugak, kalau ada baby(s) harus lah nak bagi diaorang tido makan mandi semua dulu, buatnya baby(s) pon mewarisi penyakit jetlag emaknya jugak, mampuih aarr. Pastu secepat kilat aku tanya The Other Half, kalau in future nanti nak ke dia bawak kami lagi bila keluarga dah besar kan. Dia selamba aje jawab, InsyaaAllah kalau Allah bagi rezeki apa salahnya. Haaaaa..lega baru buleh tido lena. Apa salahnya jugak kan daddy tolong jaga anak anak malam nanti. Hahahahahaha

Selamat makan petang semua kawan kawan di tanahair ( kalau ade yang teringin hadap belog aku la ) Kitaorang kat sini baru merancang nak carik luch sebab kenyang lagi baru lepas sarapan aje. Semalam The Other Half ade suruh aku tengok map nak ke Bicester Village ( sebut Biss-Terr yea dahhlingss). Apa? Bicester? Omaigod. Omaigod. Biar betul dia nih. Patut lah aku jatuh cinta terlebih sayang kat dia lately. Muahahahahahaha

Ini lagu yang tengah hawwtt kat London dan haruslah masuk bertapak dalam kepala aku dah siang malam. Best best best best!!! Semalam aje dah dengar banyak kali kat Heart.fm :)


Monday, February 11, 2013

Top 5 February




Ohai! Ada lagi dia nih rupanya.

1.Hidup menjadi sangat lega bila cuti panjang begini dan terpaksa berada di kotaraya. Kesesakan adelah tahap sifar lalu tak semena mena kami pegi lunch sampai ke setiawangsa nokz. Dapat jugak makan nasi arab di Saba. Pasni tak perlu lah bersusah payah ke cyberjaya dah nanti. Lepas tu sambung jenjalan sampai ke Sogo. Kalau tidak jangan harap The Other Half nak bawak aku pegi, sebab dia memang kurang berkenan sangat ke situ. Tu pon takat sogo aje lah, baru aku turun tangga nak menapak, dia ajak balik dah. Dan dan tu lah jugak dia nak sakit perot la, pening la, lapar suma ada. Payah betui.

2. Eh bila kali terakhir kau masuk work station? Buat buat tak ingat langsung dah kenape. Sebab last memasak pon hanyalah sandwich dengan tumbuhan segar. Ha ha Pastu terus terusan macam busy. Macam aje lah. Padahal tak siap packing ape pon lagi. Tapi list barang yang nak bawak semua dah siap :) Sarung tangan, sarung kaki segala sarung semua aku angkut kali ni.

Memula ingatkan nak pegi dalam seminggu aje, aku bajet keje The Other Half  habis buleh lah extend sikit habuan aku nak memerah tenaga kat Oxford. Aku cakap kat dia, nanti tak yah susah susah pikir pasal baju raya dah kalau kiter shoping siap siap kat sini. Licik tak? Tapi perancangan Allah itu mengatasi segala gala. Aku ingatkan seminggu pon dah cukup lah dengan tengah winter bagai nih kan, ambik engkau.. last last campur tolak semua mahu tiga minggu jugak kitaorang duduk sana kali ni. Hahahahaha. InsyaaAllah, nanti bila sampai dia siapkan keje apa yang patut, pastu pegi Lensbury kejap and tadaaa akan balik semula ke London untuk kutip separuh hati dan jiwa yang aku tinggalkan tiga puluh enam minggu yang lalu di sana. Muahahahaha *evils laugh*

3.Sepatutnya minggu ni adelah sangat stress bagi aku, sepatutnya lah. Hahahaha. Tapi nasib baik ade penyelamat keadaan, pastu dapatlah aku berbahagia seadanya.. Ecececeh. Tapi dalam kepala sebenarnya banyak perancangan lepas balik Uk nanti. InsyaaAllah semoga dipermudahkan. Dah bincang ape yang patut dengan gynae minggu lepas.

Pastuh, lately pon aku dah kurang bersosial dengan orang ramai di laman sosial. Heh apa punye ayat nih. Belog pon sikit lagik nak jadik macam tugu negara. Facebook pon macam tak larat nak hadap tetiap hari. Aku takde hati sangat nak membaca status orang, masuk campur masalah rumahtangga orang dan sebagainya. Sebab aku masih lagi menjadi sedikit self centered. Kalau ade pon yang mana aku berkenan aje lah. Ha ha. Yang lain dah tak lalu aku nak nengoknya. 

"Ya Allah, jadikan lah aku lebih baik daripada sangkaan mereka, jangan Kau hukum aku kerana ucapan mereka, ampunilah aku kerana ketidaktahuan meraka." ( Doa Abu Bakar R.A)


4. Rindu separuh nyawa dengan ibubapa. Macam lama sangat tak balik. Bila rindu macam nih, rasa serba tak kena. Seronok macam mana pon, tetap rasa kosong kalau tak dapat tengok mom dengan dad depan mata. Asalnya parents akan ikut sekali bercuti, dah macam macam kitaorang rancang nak pegi sama sama, pastu dad ada keja yang tak buleh tinggal. Emosi lah sekejap aku minggu lepas. Takpe, April dah tak lama :))

5. Sekarang telah kembali memupuk minat membaca yang lama ditinggalkan. Bukan apa, bila nak travel aje sibok lah aku carik buku sebab nak tahan bosan 13 jam nanti. Tapi kali ni tak lah teruk sangat kot sebab kitaorang naik flight malam, kira tu memang waktu tido aku, jadik aku cadang nak membaca apa yang patut sampai ngantuk, pastu buleh lah tido kurang kurang pon sampai esok pagi. Kalau aku bangun pukul 9 pon dah kira bagus lah sebab dah tak lama kan. Heh. 

Eh dan yang paling tak tahan, first time kitaorang nak naik A380 nih. Macam jakun masing masing kejap masa nak pilih seat hari tu, siap gaduh gaduh.. maka haruslah si jakun nih nak duduk kat upper deck kan. Hahahahahah. Keji. 


Selalunya sebelum travel haruslah gigih aku belek SeatGuru atau SeatPlans untuk memantau keadaan. Kat situ buleh tengok dengan jelas dan senang, sebelum kita web check in nanti. Tapi untuk A380 nih hari tu takde lagi dalam seatguru, so kitaorang masuk seatplans lah.


Itu aje untuk minggu ni.  Minggu depan kita bersiaran dari kota london uolss, ewah! 

Laaayaaannnn :D

Tuesday, January 29, 2013

Adrenaline Rush

Coretan cepat cepat sepanjang minggu.


1. Alam rumahtangga adelah berjalan seperti biasa sehinggalah satu ketika mendapat perkabaran yang menyebabkan adrenaline rush secara tiba tiba. Apatah lagi heart rate saya. Ha ha ha. Bukan. Aku tak pregnant lagi. Kalau pregnant pon belum tentu ade lonjakan adrenaline sebegini. Keji okay. The Other Half terpaksa menghadiri beberapa hari workshop di UK. Mungkin di London. Mungkin di Lensbury. Tak pasti lagi. Omaigod. Ini umpama orang yang nak tido disogokkan bantal empuk empuk kan. Tak kisah lah. Tapi dia memang wajib pergi. Yang tak wajib langsung pergi adelah berunsur seperti AKU. Hahahahahaha.

2. Serious takde langsung perancangan nak ke London, sebab teringin nak ke lain sebenarnya. Lolz. Memandangkan February pon tak lama lagi, dan ke sana cuma beberapa hari aje sebab dia kena balik KL untuk workshop lain pulak. Kalau aku tak ikut memang lah terasa rugi sebab tak dapat laa nak pegi Oxford dan Primark. Kalau ikut pulak, maknanye kena korbankan beberapa budget duit tabung kami yang nyawa nyawa ikan itu sebab ticket adelah mahal sekarang. Namun berterima kasih lah seumur hidupku pada ayahanda tersayang sebab sudi mencurahkan belas ihsan kepada anakanda yang sentiasa sengkek ini. Hahahahhaaha. Geddit?

3.Campur tolak pegi balik, jet lag bagai rasa rasanya aku sempat shopping dua atau tiga hari aje kot. Mintak mintak lah tak kena tonsils ke flu ke pms lagi mintak simpang. Kalau tinggal di Lensbury, maka aku perlukan sehari suntuk aje lah shopping di Oxford sebab Lensbury adelah jauh dari kota London itu. Tak kisah, janji aku dapat pegi Primark beli baju raya ape yang patut. Pastuh buleh bagi alasan nak pegi lagi tahun depan sebab tak sempat jalan jalan. Keji, no? 

Ekceli, bagus jugak pegi kejap kejap aje, sebab lagi lama aku duduk sana lagi panjang list yang nak mengirim itu ini. Bukan lah nak berkira kekwat bagai, tapi agak agak lah kan. Naik nyampah pulak kalau jenis yang memaksa ni kadang kadang. Bila tak beli terus sentap. Macam satu hal pulak. Bertahun tak pernah bertegur sapa pon buleh pandai carik aku dalam facebook. Hahahahaha. Tapi sekarang tidak lagi, facebook sudah tidak relevant. Tak perasan pulak bila kali terakhir aku hupdet.

4. Urusan visa dia dah selesai semua. Untuk dua tahun ni tak payah la nak pening kepala fikir pasal visa. Kita fikir macam mana nak kerah duit banyak banyak aje ye shaayangg. Ha ha ha ha


5. Maka, between February-April nanti sempat lah balik ke kampung halaman jugak. Pastu bila aku kira kira congak suma balik, yang pentingnya berape kerat hari aje  aku akan memasak kat rumah nanti. Alasan wajib keluar adelah seperti, jet lag, penat terlampau, nak kemas rumah, laundry berlonggok dan bla bla bla bla yang membawa kepada keadaan tak masuk work station langsung akhirnya. *Licik*


Sabarlah Sabariaaahhh!