Tuesday, November 30, 2010

selamat tinggal November!

cinta abadi..



Esok dah tiba bulan baru..


November banyak memberi tekanan buat saya. Bila saya tertekan, habis la orang orang di sekeliling saya tak pasal pasal akan turut serta sekali. Ha ha.
Ketawa ketawa jugak, tapi dalam ketawa ada tangisan sebenarnya. Namun dalam tangisan, dia jugak yang berjaya membuat saya kembali tersenyum.

Memilih untuk tidak bercerita panjang mengapa november menyakiti jiwa raga ini, saya tetap bersyukur ke atas setiap apa jua yang telah terjadi. Mungkin ada rahmatnya. Mungkin bukan rezeki saya. Allah lebih mengetahui. Saya percaya, tidak sekali Allah akan membebani seseorang itu di luar kemampuannya. Setiap yang terjadi ada yang tersirat. Dan saya tak akan pernah berhenti mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada saya, mempunyai seorang suami yang paling baik dan penyayang. Anugerah yang terindah dalam hidup saya.

Semoga 2011 akan membawa banyak berita gembira. Saya dah dapat satu berita gembira untuk tahun depan. Nanti saya cerita lagi di entry entry yang akan datang. Yay!


Selamat datang December :)



winks&smiles!

kecintaan saya.

daging masak cili kering.



soup ayam berciri cinta ;)

Bila dah lama tak masuk work station untuk memasak, kalau sekali memasak tu.. mesti tak habis puji diri sendiri. contohnye macam, 'sedaaapnye saya masak hari ni'. sampai licin pun, sambil cuci pinggan saya tak akan habis habis memuji. kira takde orang lain yang boley masak lauk tu kecuali aku aje dalam dunia ni. ha ha ha. walaupun sangat la simple, tapi saya akan memasak dengan penuh kecintaan untuk suami. ( omputih cakap..cooking with heart n soul ) ish korang ni pun..!


amaran : entry macam baru seminggu nikah ..

Hey mind you, tak kisah la berapa tahun dah pun, cinta saya masih berbunga bunga tulip macam dulu. ( insyaallah sampai bebila hendaknye.. )

Kami masih..


1. berpegangan tangan kalau keluar rumah. lupakan kalau dekat mall ke apa, nak pegi car park pun dia akan genggam erat tangan saya dengan penuh kasih sayang.. ngeee ;)

2. mesti ber-hug hug dan ber- i love you bagai sebelum pegi keje. bau perfume dia akan membuatkan saya menjadi angau dan tidak keruan seharian sementara nak tunggu petang pulak. ha ha

3. walaupun busy,tak sihat atau sengaja buat buat malas/ tak sihat atau kedua duanya sekali, saya tetap akan sediakan breakfast untuk dia. walaupun hanya muesli and milk, amatlah rasa bersalah kalau dia tak menjamah air tangan wifey ni dulu sebelum keluar mencari rezeki di kota. ha ha. drama.

4. harus nak makan together gether jugak, kalau tak sempat lunch skali.. dinner menjadi kemestian kami.

5. late nite chatz macam orang bercinta sakan. sangat seronok. cuba lah. ha ha.


6. suka memanggil dengan kata nama yang comel comel belaka.. ; hunny bunny dan baby bee.


dan dia juga sangat suka memanjakan saya (macam kucing) dengan makanan yang terang terangan akan membuatkan saya menjadi montel.. awwww! ini lah yang akan melemahkan kuasa saya sama sekali!

darling u know what, everyday u amaze me! wow!!


Mak aaihh.. tu lah dia, bila cerita pasal cinta saya, mesti dah sesat jalan. asalnya nak cerita pasal daging masak cili kering.. apesal jauh sangat terpesong dengan entry yang baik tak yah baca ni kan?? sangat berciri syok sendiri.

malam ni katanye nak pegi makan steamboat. weehooo! dah lama tak makan cengitu..



Ha ha ha.


winks&smiles!

Monday, November 22, 2010

Wednesday, November 17, 2010

Eid Ul-Adha Mubarak !


pose layan perasaan sendiri..ha ha


tak larat la nak mereka cerita panjang panjang hari ni, sebab saya telah termakan dengan banyaknye dan mata saya menjadi sangat malas, ya rabbi!


overdose lemang la sangat!


Di samping makanan makanan yang sememangnya melalaikan diet saya itew..


moms signature, tako layer cake!

spicy and sour acar from pakistan..!

wajib ada..

saya sorang je makan prawns.. yg lain sibuk takut cholesterol.. sgt propa!!

kesukaan semua orang..


rendang tok yg bakal dicicah lemang


sindhi beriani

saya hantu lemang!

nasi impit yg cute

the only cookies raya yg sempat buat.. biskut cornflakes :D


Next week pandai pandai la saya bawak diri. Perut dah tak boley manja manja macam nih!. mengemas, memasak, memotong buah, segala macam me- lagi la kena buat sendiri.. * nanges *

Hu hu hu..


Winks&Smiles!

Monday, November 15, 2010

Mood ketat.......

.........sebab ada yg tak puas di hati. ngeeeee!!


sekian..

Sunday, November 14, 2010

Lets ceketiow!

Mentang mentang la cik puan dah sihat, maka cik puan pun rasa macam nak lompat sampai ke bintang!


Maka dengan gigihnye dia pun..

............................menge-pose aksi paling tak senonoh of the year!

Kesiaaan kan. macam first time cik puan dapat makanan. mana nak carik macam ni kat kl sayangggg? sumpah tak sama langsung !

char koew teow basah, M size aje!

kalau balik penang tak sah kalau tak makan nih!


Esok dah boley jalan laju laju, lompat tinggi tinggi.. eh,, nak lompat pi tang mana cik puan?? hahahaha.


Okay okay.. kembali ke pangkal jalan..


Esok dah boley jalan laju laju, langkah pun panjang panjang.. nak pegi beli barang buat cake untuk raya nanti. Teringin gile nak makan moms choco cake dengan tako pudding!

Weeeehoooooooo!!! saya dah sihat! dah boley beraya dengan gumbira!


Winks&Smiles!

Saturday, November 13, 2010

Peace!


Sakit sampai demam.

Sakit sampai muntah.

The most painful experience Ive ever gone through in my life up to this point!


BUT



it was worth all the pain, for the peace of mind.

Thank u God.


saya rindukan lelaki pujaan saya ini. Tuesday, pls come fast!



Friday, November 12, 2010

Bersuka suka dahulu,bersakit sakit kemudian

Nikmatnye tekak dapat makan nasi kandar selalu kat sini..next week nak balik dah. how time flies kan..

Semalam pulak mom masak kurma kambing. Paling sedap lah!! sayangnye saya tak pandai nak masak daging kambing, tapi ada hikmahnye jugak. Kalau tak bertambah sia sia la diet yang tak seberapa saya tu. Camne nak jadik macam Posh kan?? Heyy gedikss!



Dan...........

petang tadi..

Jeng je jeng......................

after a pretty bloody painful ***!

senyuman dalam tangisan atau ayat yang lebih asli lagi, senyuman selepas meraung uwaaa......tarik nafas panjang panjang, sabar.. ada hikmahnye nanti kan :)


tapi apsal daddy happy lain macam aje ek?


winks&smiles!

Wednesday, November 10, 2010

Bintang hati

Semua nak sama macam aunty. Nak make up
macam aunty, nak 'liptik' mcm aunty, nak spec besar besar macam aunty.. tiap
tiap hari kalau jumpe aunty pun takpe. Kalau sara ikut aunty balik KL
boleh tak?? ~ Myqaysara


Ha ha ha !!!



Myqaysara yg comel dan bercita cita tinggi nak jadi macam saya bila besar! adeh.. !lol


Gang sehati sejiwa! walaupun sangat demanding! lol

'kalau sara kawen nanti, nak pakai tudung macam ni..'ha ha ha.

pinjam pose aunty dulu..


I love you sweetie pie.


Winks&Smiles

Monday, November 8, 2010

Ikan yang dicili!

Dah lama saya nak makan species ikan ni. Masalahnye tak reti nak siang dia, tak reti nak tumbuk sambal dia, tak reti nak cilikan ikan lepas tu ( nak cilikan molot orang saya mampu lagi okeh.. ) maka sila jangan pandang saya sebelah mata atas ketidakmampuan saya itu..hahahahah.


puas hati saya makan!

mom jer yang pandai buat sambal dia! sampai bebila pon saya takkan mampu buat sesedap nih!!


Akhirnye terlaksana jugak hajat di hati anakanda ini. Dari KL sampai ke penang saya mencari ikan ni mengalahkan orang prego 7 bulan. Ha ha ha. Bukan main berselera saya makan tengahari. Daddy jugak tak ketinggalan nak tunjukkan skill dia memasak soup favourite saya.. sampai tak pegi office lah kelmarin..

sangat suka makan sup sayur pucuk campur!



Petang tadi dengan gigihnye, kiter pegi mencari mee sotong pulak , tapi sebab hujan sangat lebat.. kiter terpaksa tukar plan, last last sotong yang dicari, kambing yang saya dapat. ha ha


Lantas..kambing pon kambing lah.. saya rela..



Alaaaahaaiiii..aku dah gemok!

Winks&Smiles!

Sunday, November 7, 2010

Hello Jello Penang!

resam anak kota pulang ke desa.. ha ha ha ha...adeh!



Penaaaang!


Saya sudah sampai !! Wah..sangat syok sendiri. macam dah sampai ostolia. Ha ha. Tak kisah laa kan..ape la sangat ostolia tu .. muahahahaa.. !!

Sambil menjamah mom's nasi lemak kukus sambal sotong di hening pagi yang sangat sejuk ( maklumlah hujan tiap tiap hari ) sambil ber-fb dan ber-blogger, fikir fikir nak buat ape petang ni, esok, lusa dan raya nanti! halaamaakk, terus jatuh perasan macam zaman single mingle jingle kejap! Ha ha.

Tu la nikmatnye hidup dengan family. Tak yah bangun pagi terkejar sana sini. Kan kan. Motif kau kuarkan statement ni sash?? Dang!!! hahahahaha


-to be continued



Winks&Smiles!

Monday, November 1, 2010

Kecoh aje..



Al ceritanye..di weekend yang lepas, we both sangat teringin, *nasib baik tak sampai kebulur.. nak makan masakan kampung lah kononnye... walaupun hujung minggu nih dah tahap tergedik gedik yang amat, nak balik ke kampung halaman.. ha ha ha
So dengan gigihnye kami pun memecut laju ke Rebung Rest. Macam biasa, buffet dia tak pernah mengecewakan tekak saya ni..

Walaupun menu dia tak la semeriah masa bulan Ramadan dulu (patut la harga buffet dia pun murah sket) tapi rasa masakan Chef Ismail tetap sama. Caya la chef! Kiranye sesuai la bagi para wifey yang tak reti nak menggoreng ikan atau menumbuk sambal belacan macam saya ini.. Dun get me wrong, saya bukan perasan diva okeh yang taknak tumbuk sambal .. ha ha ha.. tapi ape kan daya, memang tak reti nokz.. Ataupun diva sangat kah??? ngeeeee..


Awal awal lagi dah pegi buat laksa sendiri.. sangat masam dan pedas!!

wajib diratah..

hubby yang tak pandai makan laksa dan siput sedut! ha ha..
tapi pandai buat sambal.. semuanye dia campur sekali.. ha ha

berselera la wifey dia makan..

pedas pedas belaka..

lamanye tak makan ikan ni cicah cili kicap..

yg bestestest!

abc cendol yg sangat manis mcm wifey... heeee ;)

Minggu tu jugak dengan tak malu dan rasa bersalahnye saya dah melanggar prinsip sendiri !!! Makan sangat banyak!! yang saya masak kat rumah last week, asam pedas daging, kurma ayam, fried spagetti wth chicken and herbs, lepas tu makan kat Nirvana, makan kat Aunty Nat hartamas, makan kat Delicious bangsar, pastu Rebung..semalam order fried chicken dengan porridge Mcd lagi .. Walaaweyyy.. terus tanak timbang berat lah!! :(


Tapi minggu ni saya ada sebab untuk menjadi sangat teruja dan rasa macam nak lompat bintang dan lupakan kesedihan itu kejap, sebab nak balik penangggg..weehooooo! ishhh.. kecoh je kan pompuan ni.. orang lain pun balik kampung jugak . lolz


Mom dah awal awal tanya, nak makan ketupat ke raya nih? nak rendang daging ke ayam? ker nak masak nasi biryani? Haiihhh..macam mana la anak mom tak membina badan kat sana nanti?? Heeee.

terus teringat ayam yang mom masak di pagi aidilfitri..


Sudeh..sudeh.. jom packing baju cepat!!!

Winks&Smiles!