Friday, December 30, 2011

Saya adelah fashionista sepanjang zaman

Ini adelah entry belog yang tak buleh blah sepanjang tahun. Akibat ketiadaan suami, dan sesekali terasa bohsan apabila suami menjadi busy, maka wifey mengambil kesempatan untuk berlibur sambil menjahanamkan muka sendiri. Kau mampu? Ha ha ha

Musti ada yang tertanya tanya bagaimanakah rupa kamu di tahun tahun 50an, 60an dan 70an. Adekah masih terasa diri seorang fashionista yang hebat sepanjang zaman itu?

Sekarang mari kita gelak dan keji sama sama.

Ready, go!

1976 Boogy Down. Ini adelah makcik kepada Kim Kardashian yang baru meningkat dewasa. Middle part hairstyle yang tak buleh tahan tuh. Ha ha ha.

1974 was the year of curls. Para retis restis yang feeling feeling hot dan hebat dengan fashion pada zaman nih adelah seperti Diana Ross, Barbara Streisand dan Doris Day. Muka suci nokz.

1972 Takin' it to the max please! Cheh cheh!! Frosted lipstick and shimmering eyeshadow paling laris di pasaran, walaupon photo blackout kekdahnye tetap giler hot dan vogue yuolss! Sapa nak pinjam spec sila bagi nama dan nombor kad pengenalan.

1964 The Jekkie Kennedy look of the year. Bouffant hairdo buleh buat sarang burung layang layang.
1952 Grease is the word! Pearls, pleats, hair parlors were all the rage in this year. Muka aku pon feeling feeling sangat klasik macam baru nak keluar dating dengan Humphrey Bogart. Mak aaihh. Keji sungguh. Hahahahahaha

Baiklah. Baiklah.

Akibat perbuatan suami yang sering sibuk dan meninggalkan isteri hingga menjadi kesunyian ini (nak mamposs engkau kan.. hahahaha) maka saya harus menghukum si suami juga. Yea, dia harus diberi hukuman.

Ha ha ha ha ha ha ha ampon kan adinda, kekanda.


Photo yang berjaya dicuri paparazzi sewaktu perkahwinan gemilang tahun 1978. Sekarang sumpah saya mahu gelak guling.

Kami nak lagi! Kami nak tengok photo lagi! Ewah ewah kalau bab nak mengeji semua menjadi hyper kan.

Entry terakhir di tahun 2011. Harap harap dapat menghiburkan segala hati yang rawan. Ampun dan maaf dipinta seandainya sepanjang tahun ini banyak entry melalut dari yang berilmiah. Tak kisah lah nokz, ini belog santai. Takmau emo emo. Kalau nak emo jugak, pegi main dengan Elmo.

Selamat datang 2012. Jadikan ia tahun yang terbaik di dalam hidup semua!


-xoxo-

Thursday, December 29, 2011

Roti jala gulai ayam

Selamat petang puan puan. Diharap puan puan gembira disamping suami dan anak anak. Maklum lah cuti sekolah bakal berakhir tak lama lagi. Jadi mesti ramai yang sedang menghabiskan masa cuti bersama keluarga masing masing. Ewah ewah apesal keluar cerita skema rumahtangga nih cik puan? Tak paham.

Terlebih hormon gembira bukan kepalang kot.

Hari yang indah ini saya mahu berkongsi resepi masakan kegemaran ramai. Hahahaha. Bajet chef jadian lah kononnye. Bukan apa, petang tadi saya telah berjaya belajar satu lagi resepi masakan dari mom. Mari saya tunjukkan.


Roti jala dengan gulai ayam. Akhirnya selain daripada menjadi hebat akibat men-makan, sekarang saya sudah buleh dengan bangganye mengakui kehebatan menjala roti pula. Memang tak semudah yang disangkakan. Kalau tersilap cara, mahu terurai terus roti tu sebelum masuk ke mulut.

Jadi saya tidak mahu menjadi pandai seorang diri. Saya mahu berkongsi kehebatan ini dengan puan puan semua. Pahala percuma pun dapat kan kalau berkongsi ilmu nih tau. Takmo kekwat kekwat hokey. Jom kita pandai sama sama.

Resepi kuih jala paling senang dan sedap!

1. Tepung gandum. Kalau nak lagi lembut dan sedap guna MFM yea puan puan - 2 cawan
2. Telur 2 biji
3. Air 1 cawan - Yang nih kena agak agak yea, masukkan sedikit sedikit. Tak nak terlampau pekat atau cair, nanti tak cantik macam saya. Eh?
4. Secubit garam. Jangan banyak. Nanti saya cubit. Hep!
5. Sedikit pewarna kuning. Pink? Kau jangan nak memandai. Dengar cakap chef.

Cara caranye

1. Blend kan semua bahan tadi sehingga mereka sebati dan sehati.
2. Titiskan sedikit pewarna kuning.
3. Masukkan ke dalam acuan, kalau juraiannye tak putus putus dan tak terlalu tebal, maknanye memang cantik molek lah roti jala uols tu nanti.
3. Panaskan non stick pan, sapu sedikit minyak ke atas pan dengan daun pandan sebab nak wangikan roti jala tu nanti.


Acuan roti jala yang saya guna


Percubaan pertama saya. So so aje. Sebab tangan menggeletar bukan main.

Mom masak kuah durian. Sangat sedap. Lepas cicah dengan gulai ayam, cicah dengan kuah manis pulak. Baru puas makan.

4. Mula jalakan di atas pan. Biarkan beberapa saat sahaja. Angkat dan lipatkan ikut citarasa.

5. Nah siap. Yum yum yum


Apa punya senang lah roti jala kau nih sash? Sambil tido pun buleh buat kalau cengini. Ha ha ha. Kan saya dah cakap, saya nak kongsi resepi yang senang memasak, hebat dimakan.

Sekarang mahu makan nasik gulai ayam dengan cili padi kicap pulak.

Harap maklum. Saya sedang gemoks dot com.

Jumpa lagi semua.

Tuesday, December 27, 2011

Anak kota pulang ke desa


*YAWN duluuuu semua*

Gulai nangka ikan bilis tumis darat sedaplicious please

Gulai pisang malatopss abis bertahun tak penah makan

Masak lemak belimbing buluh udang kuala muda sempoi habis engkau!

Sambal belacan terbaik buleh simpan sampai esok pagi buat nasi goreng pulak .. mak aihh!

Ikan goreng pun jadi sedap kalau mom yang masak

Pulut durian kampung..luar rumah pon dah semerbak gituuu

Ceteka? ceteka? Kalau suruh haku teka dah tentu tentu terlopong dulu. Seumur hidup tak pernah makan tapai. Rupa tapai pon jarang jarang dapat tengok. Bila dah jumpe, tak dapat nak makan jugak pon, hambek gambar aje lah nokz. Kenapa tak makan? Biase lah pantang larang ibunda ayahanda nih kan. Tapai nih tajam katanye :)

Minggu depan, jumpe ortho lagi. Maknanye minggu nih kena keja keras cari makanan lebih sikit. Ha ha ha. Kang gigi ketat rasa macam nak lempang orang aje kekdahnye.

Chiow! oh sudah pandai chiow juga sejak balik kampung nih.

Sunday, December 25, 2011

Takut- By Tun Dr M

1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.


2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.


3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.


4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.


5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.


6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.


7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.


8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.


9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.


10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.


11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.


12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.


13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.


14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.


15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.


16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.


17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.


18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.


19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah.


20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.


21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.


22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.


23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.


24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.


25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.


26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.


27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.


28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut




Happy Belated Birthday, Tun! Masih teringat kata kata Tun satu masa dulu " Tak akan Melayu hilang di dunia, tapi kalau jadi pecacai pun buat apa..?"


Kelakar dan sangat bermakna. Tun sangat pragmatik dan praktikal. Seorang pemimpin yang pentingkan logik dan rasionalisma. Tapi ramaikah yang mempunyai pemikiran sepertinya sekarang ni? Sedih sebab masih ada lagi saki baki yang kabur malah buta akal dan hati. Mereka yang menolak itu masih di dalam fasa primitif dari aspek pemikiran walaupun hakikatnya sesetengah dari mereka datangnya dari golongan yang berpelajaran tinggi. Sayang seribu kali sayang. Jangan sampai tergadai maruah bangsa sendiri kerana sanggup menjadi 'pecacai' orang lain dengan membuta tuli.


Jadikan Libya sebagai pengajaran.



Sekadar pendapat peribadi. Buleh abaikan kalau kurang berminat.



Kami sayang Tun Dr M, dulu kini dan selamanya.

Friday, December 23, 2011

Guess what!

Yeay am back to the most beautiful pulau in the world. Cheh cheh! Maka dengan tidak semena mena, menu ini telah menyambut kedatangan kami. Yum yum.

Pertama kali dalam sejarah hidup saya, men-makan cik adek ini ^______^

Sumpah sangat sedap hingga menjilat jari jemari sampai licin!


Sekarang saya hanya mahukan quail goreng berempah ini setiap masa, buleh? Kfc? Apa tuuuuu??


Tengah senyum kekwat!

Monday, December 19, 2011

The one that got away

Terima lah entry lagu baru. Terima lah. Lebih baik dari takde langsung. Terdesak kah? Ha ha ha.

Baiklah. Sesi mengeji yang pendek. Sesuai dengan mood mahu bergerak cepat. Ini adelah lagu kegemaran tersangat sangat. Maklum lah hati tengah mudo remajo sejak dua menjak. Masa makan, mandi dan dalam tido pun buleh ternyanyi nyayi macam kakak Katy Perry.

Lagu sedap. Percaya lah :)




Ini pula..?

Pabila jejari runcingku di-henna bagai. Terus feeling feeling kareena kapoor, voley?? Cantik walaupon photo terlebih flash gayanye..

Pakistan zindabad ;)


winks$smiles!

Thursday, December 15, 2011

Kecintaan itu adelah


apabila tiap tiap malam berdiri di balcony sampai puji puji cantiknye klcc itu. Eh BN dulu kini dan selamanye pun ada lah! Muka bangga please ^___^

apabila belum habis satu novel dan membeli novel yang baru dengan tamaknye setiap kali masuk ke MPH, macam banyak sangat masa kau buleh bergoyang kaki membaca novel bagai neh cik puan.

apabila melunaskan nafsu ke arah meatballs 'kuah lebih' di kala hujung minggu


apabila menghadap nasi bukhari ayam drumstick di Mahbub. Mak aaihh luarbiasa punye sedap hoih!


apabila suami bertanya "u need a new handbag, hon..?" kahkahkahkah. Tak payah nak menipu nokz. Aku orang pertama akan fengsan dulu kalau dia tanya macam nih tiap tiap minggu. Ha ha verrangan lah engkau! Ngeh.


apabila menghadiahi diri sendiri me-time moment dengan chocolate hebat Dove itu


Baiklah. Sekarang buleh sambung packing kain baju. Yeah, itu juga antara kehebatan aku. Wootwoot!

Wednesday, December 14, 2011

Deeply missed


Semalam mimpikan arwah. Dah lama arwah tak datang dalam mimpi saya. Saya rindukan dia sangat sangat. Bila tersedar rasa lagi pelukan arwah. Saya menangis tersedu. Rindu. Lalu sedekahkan al fatihah. Sehari dua yang lepas, hati tak berapa tenang, tak berape sihat. Mungkin arwah tahu kesedihan saya kot?

Jauh di dalam hati masih terasa ralat sebab tak sempat berjumpa arwah sebelum dia hembuskan nafas terakhir. Kami dalam perjalanan pulang. Tapi dua hari sebelum tuh saya sempat suapkan sup dan sembang sembang lagi dengan arwah. Dah lama. 7 tahun sudah. Tapi kesedihan saya tak pernah hilang walau sekelumit. Walau waktu gembira sekalipun, saya akan terkenang di dalam hati "kalau arwah ada mesti dia gembira tengok saya gembira macam nih.."

Arwah tak sempat melihat suami saya. Tak pernah mengenali cinta suami buat saya. Tetapi satu masa dahulu arwah tak putus mendoakan saya agar mendapat jodoh yang baik di dunia dan akhirat. Kasih sayang arwah untuk saya bagai menatang minyak yang penuh juga.

Saya memang rapat dengan arwah tok. Saya masih simpan gambar arwah dalam purse sampai hari nih, tak pernah saya tinggalkan. Kasih sayang kami begitu kuat. Saya selalu mimpikan arwah, tapi jarang jarang dapat merasa dipeluk arwah. Tapi setelah sekian lama, arwah datang dan peluk saya lagi semalam. Saya nampak dia senyum. Saya dapat rasakan semuanya, walau susah nak gambarkan perasaan itu bagaimana.

Semoga arwah tok tenang dan bahagia di sana. Sehari pun saya tak pernah lupakan tok dan tak akan pernah. Insyaallah kita pasti berjumpa satu masa nanti, andai diizinkan Nya.

Alfatihah juga untuk arwah tok wan, nenek, atuk, tok-yon, arwah baba dan saudara serta rakan yang telah kembali kepadamu Ya Allah. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman di syurga, di sisi Mu. Amen.


Entah kenapa hati terasa sayu.

Wednesday, December 7, 2011

In theaters December 21


Director:

Brad Bird

Writers: Josh Appelbaum and Andre' Nemec

Stars:

Tom Cruise & 'Sash something something'

HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Kau ader bukti? Ader?

Monday, December 5, 2011

Demi handbag baru


Eh eh tajuk tak buleh blah. Tolong blah skrang. Hahahahah.

sambal udang Ombak Rindu Lisa Surihani-over macam tak best langsung rugi duit aku


Masak lemak ayam dengan terung Twilight Saga cinta Jacob tulus dan mulus untuk Bella selamanye..

Ikan merah stim asam limau Mission Impossible tak sabar nak tengok daddy-Suri yang mengujakan itu minggu depan


.. dan ini adelah aku pada penghujung hari itu.


Sampai lunyai mengerjakan rumahtangga sendiri.


Sekarang buleh pergi tido berbantalkan ini. Pergi ^___^

Thursday, December 1, 2011

Braces Diary : December


Kenalkan kawan baru saya, Power Chains yang paling power di dunia.


Mak aaih.

Ingatkan hari nih berganti bracket aje, rupanye baru masuk bulan kedua encik ortho sudah mahu men-pakaikan gigi saya dengan power chains ini. Apekah fungsinye? Ianye berfungsi untuk memberikan extra force kepada gigi kamu dan membuatkannye tidak sabar sabar untuk bergerak dengan cepat. Dan yang penting sekali adelah bertindak menutupi extra gap yang ada masa extraction dulu. Ingat tidak? Apekah mungkin kau lupa akan kerompangan mu itu. Ekceli sekrang sudah tidak jelas kelihatan pon. Saya juga sudah tidak lagi menjadi bahan ketawa oleh suami macam dulu dulu. Ha ha ha. Horror okeh horror sangat.

Jadi pagi tadi, ortho memasangkan powerchains itu di kiri kanan dan atas bawah. Dia cakap kita tunggu next month dan lihat progress macam mana. So far gigi dah banyak bergerak. Pheww. Balik rumah tak sempat nak bukak kasut dah rasa sengal umpama nak pijak orang kalau carik pasal masa nih, lepas makan bertambah tambah sengal yang luarbiasa lagi.

Bertabahlah demi kecantikan abadi yea nokz. Ayat nak sedapkan hati. Bukan apa, kalau aku cakap banyak pon dah tak guna.. terlajak perahu buleh diundur, terlajak perbuatan gatal nak berbraces tua tua cengini hambek lah kau padahnye.

Whoa oh, these chains on my teeeeeth
Are really killing me-e
Yeah..
(nyanyi dan joget kejap.. ewah ewah)

Menu semalam : Butter shrimps pasta. Shedaappp hoih.


Back on soft diet lah nampak gayanye minggu nih..Lupakan makanan yang lain.

Sadis.Sekian.

Tuesday, November 29, 2011

Biryani si Berani

Seruan shopping minggu lepas. Membeli belah adelah kehebatan aku ^___^

-Iklan-

Halo semua!

Cik puan chef is in the house todaayy! Cheh cheh. Hari nih mood mahu memasak mengatasi bershopping. Hey memang patut pun, itu aje yang engkau buleh buat di awal awal minggu cengini. Suami mengerah tenaga di cyberjaya selama dua hari, malam malam karang baru buleh menghadap muka isteri. Sadis sangat. Tapi tak mengapa, cepat lah balik wahai suami kesayangan, i masak nasi biryani macam mom you ajar. Menantu tak nak kalah, asyik asyik mahu memasak cara sendiri, bila dah boring masak cara malaya, baru mahu skype dengan mertua tanya macam mana nak masak biryani, bajet baru seminggu kawen.

Begitu lah menantu terpilih.

Kalau kau berani sangat masak nasi biryani huplod lah cara cara kat sini. Kalau kau terlebih berani huplod saje di youtube. Hey sorryy saya bukan gadis youtube seperti najwa latif itu. Eh apesal kena bagi contoh najwa latif bersamaan dengan nasi biryani pakistan engkau pulak? Ini yang malas nak baca blog tak keruan cengini.

Baiklah, bersiap sedia dengan senjata memasak masing masing. Here we go!

1. Ini adelah ayam bukan peha aku yea. Ha ha ha. Cuci dan bersihkan dan potong sederhana besar.
2. Rendamkan beras sekurang kurangnye setengah jam sebelum memasak. Akibat stok basmathi sudah kehabisan, saya gantikan dengan herbal ponni taj mahal. Sebab tu comel comel aje, rendam kasi lama dari biasa supaya dia cepat membesar luarbiasa.


3. Natural low fat yogurt dan rempah biryani bersama bay leaves kering. Rempah biryani nih adelah gabungan pelbagai garam masala dan rempah ratus yang lain. Tapi kalau engkau malas nak mencari satu persatu cengini, beli aje yang dah siap sedia. Saya punye made in pakistan, asli you. Hujung tahun nih dapat lagi stock rempah ratus masakan. Yeah!

4. Bawang sederhana besar dan seangkatan dengannye untuk ditumis. Halia dan bawang putih perlu dibuat paste terlebih dahulu.

Cara memasak nasi. Alaa takkan tak tahu kot? Cara memasak nih adelah yang penting dalam memasak nasi biryani kali ni. Kalau nak lulus kena baca habis. Jangan main banyak.

1. Masukkan beras yang siap dicuci ke dalam dua-tiga cawan air panas. Jangan lupa daun pandan dan bunga cengkih dan secubit garam. Masak sampai didih. Lepas dah berkobar kobar nampak dia mendidih bagai nak rak, toskan beras yang separa masak tadi hingga kering kontang. Asingkan seperti di atas. Rehatkan sebentar tangan yang letih mengangkat periuk nasi tadi, kemudian kerahkan tenaga kembali.

2. Dalam kuali tefal kau tu, masukkan minyak olive dan panaskan.

3. Mula mula masukkan bawang besar yang dihiris nipis, goreng sampai hampir garing, masukkan kawan kawannye yang lain di kemudian hari, eh? Biar mereka berkasih sayang sementara. Bila dah sehati, baru masukkan ginger dan garlic paste itu.

4. Masak sehingga masing masing menjadi garing dan engkau pun terbersin seketika. Kalau tak bersin, jangan berhenti kacau. Ha ha Eh acah aje. Biar betul betul garing cengini kekdahnye.

5. Bila rumah pun sudah menjadi wangi seperti rumah tukang masak nasik kenduri, maka masukkan lah ayam tadi. Kalau pencinta kambing buleh lah masukkan kambing ikut citarasa tekak sendiri. Gaul kiri kanan sambil sambil bernyanyi kecil di dalam hati, biarkan ayam seketika masak bersama bahan tadi hingga hampir kering. Jangan terlampau kering pulak. Agak agak lah kan, kau ni pun.

6. Sampai jadi begini, masukkan yogurt lebih kurang lima camca besar.

7. Masak ayam bersama rempah dan yogurt sehingga pecah minyak. Nak jelas ape maksud pecah minyak memang payah sebab aku pun tak paham apesal mom selalu sebut macam tu, cuma buleh gambarkan seperti kat atas nih. Maksudnye minyak dah buleh kelihatan sedikit di atas bahan tadi. Kalau tak pecah minyak, masakan korang akan kelihatan sebam dan tidak cantik menawan macam aku. Kahkahkah. Serious tak tipu. Okeh, bila dah masak cengini.. cepat cepat asingkan dan bawa ke sebelah nasi yang dah siap tadi.

8. Di dalam rice cooker, lapiskan yang pertama dengan beras, ratakan keseluruhan periuk tapi kau jangan pandai pandai lenyekkan macam kuih keria pulak. Taburkan aje macam nak merenjis pengantin. Lepas tu renjiskan safron kasi color cantik tapi jangan banyak sangat.

9. Lapisan kedua, masukkan ayam tadi sebegini rupa.

10. Lapisan akhir masukkan beras untuk menutupi ayam tadi.


Masak nasi biryani kamu seperti biasa. Bila dah masak, baru kacau perlahan lahan gabungan tenaga ayam bersama rakan rakannye itu. Wow masa nih aroma nye menusuk sungguh qolbu jiran tetangga. Jangan terlebih kacau ibarat melanyakkan nasi tu pulak yea.

Tadaaa.. nasi biryani rumah kenduri kawen sudah siap!! Sekarang ade berani memasak nasik biryani seperti saya ?


winks $ smiles!