Tuesday, May 31, 2011

Thank you life!

Terima kasih kehidupan. Terima kasih Tuhan.

Kerana memberikan kebahagiaan di dalam kehidupan saya selama 30 tahun di dunia ini. Alhamdulillah. Bersyukur. Sepanjang 30 tahun itu juga, saya dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh kedua ibubapa yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri saya. Di dalam masa yang sama, saya telah dikurniakan seorang lelaki sebagai suami yang paling sempurna di mata saya. Banyaknya kalau nak dikira kebahagiaan itu. Jadi, ini mendorong saya untuk tidak membilang kesedihan yang pernah saya lalui. Semuanya hanyalah duniawi semata mata. Kan?


Yang paling membuat saya bahagia, di hari ini saya sekali lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk bersama sama meraikan dengan orang orang yang paling saya sayang dan bermakna di dalam kehidupan saya. Ya Allah. Gembiranya.


the birthday eve. Starhill Gallery.

Tiada party besar besaran. Memang tidak pernah ader di dalam kamus kehidupan saya dan suami pon sebenarnya. Ha ha ha. Cukup lah sekadar menyambut bersama keluarga seperti setiap tahun. Saya rasa lebih bermakna dan dihargai disamping mereka.

Saya yang pilih warna tema tahun ini. Royal-White. Kononnye masih feeling-feeling perkahwinan diraja nokz. Kah kah kah. Eh ekceli setiap tahun saya aje yang memilih warna tema mengikut mood dan kehendak peribadi. Orang lain jangan harap dapat masuk campur.


wifey yang polos. kah kah kah. Tak tahan bukan? kah kah kah


Kami telah sepakat memilih starhill gallery untuk menjadi saksi kedewasaan saya pada hari itu. Eh lamanye tak datang sini, kali terakhir masa buffet bulan puasa tahun lepas.

sangat suka akan sheesh kebabs. Yang lain lain pon menjadi kesukaan saya jugak. Eh macam lah tak biasa kan. ha ha.

Makan sampai lemau.


Saya tidak sangka akan diberi hadiah hadiah lagi. Memandangkan ade hadiah masa dibeli di UK dulu pon masih belum saya buka. Lagipun, bila usia dah semakin meningkat, saya menjadi kurang teruja untuk menyambut hari lahir dan meminta hadiah untuk diri sendiri. Apekah itu tanda tanda penuaan ? Kurang pasti. Tapi seperti biasa, mereka mereka ini tidak pernah lupa untuk memeriahkan hari saya. Jadi, saya bertukar menjadi perempuan gediks yang teruja secara tiba tiba. Kah kah kah. Boley gitu?

Thank you bee. Thank you mom. Thank you dad :D

Oh ya, selain selain itu.. saya mempuanyai satu lagi kezutan yang mengkezutkan. Apekah?? Apekah?? Propa sangatlah kau...


Jeng je jeng!!!!!! thank you suami. thank youuuuuuuuuuuuuuuuu! macam mana lah aku tak terlebey lebey sayang. kan. kan. kan. angau!


Insyaallah. Jumpa di lain siaran. Perlu berkejar ke Ikea bersama ibubapa. Tanggungjawab besar perlu didahului kan ;)

Cheers semua.


winks&smiles!

Friday, May 27, 2011

3 hari lagi

Assalammualaikum

Halo!

Lamanye tak menghadap blogger. Sibuk nih sibuk. Menjaga rumahtangga sendiri. Oh ya, lagi 3 hari, saya akan menjadi wanita 'dewasa'. Hari ini adalah hari terakhir saya menaip di usia 20an. Lepas tu segala gala akan bertukar macam magic. Wah. Masa berterbangan bukan.

Apa yang saya dah buat sepanjang tahun lepas? Banyak mana amalan dan bekalan yang saya sudah ada? Haaih, terlalu sedikit dan kerdil nye rasa. Semoga Allah akan sentiasa membuka pintu rahmat dan hidayah Nya untuk saya dan keluarga.

3 hari lagi itu juga, saya mahu menjadi wanita 'dewasa' yang sedang berbahagia dan sentiasa dicinta.

Banyaknya yang saya nak bila 3 hari itu menjelang tiba. Doa doakan yang terbaik.

Friday, May 20, 2011

Coffee yay or nay?



I say YAY! Ha ha ha

Keadaan agak kurang ceria beberapa hari. Bila tilik punye tilik baru jumpe sebab dan penyebab akan ketidakceriaan itu. Macam lah ape sangat kan.

Rupanya dah seminggu saya tak dapat minum coffee. Ataupun coffee agak kurang bernasib baik kerana tidak diminum oleh saya. Yang menjadi pengganti baru adalah decaf-coffee, Mark&Spencer. Sangat menjadi masalah negara kepada hidup saya kalau tak dapat minum white coffee sehari. Umpama nur tanpa kasih adam. Hey ape barang kau nak bagi contoh nur kasih neh? Motif sangat.

Bangun pagi terpaksa moncong 5 inchi sebab tak dapat minum N** (malas nak sebut jenama, bukan aku dapat stok free pon promote kat sini kan). Mulai minggu lepas juga, adelah menjadi undang undang baru di rumah kami bahawasanye tiada lagi N** atau apa saja jenama coffee tegar, supplements dan vitamin yang bakal mengundang masalah peribadi dan emosi. Itu tak masuk lagi benda yang aku sorok sorok hambek dulu sebab nak cantek macam Posh Beckham kekdahnye. kah kah kah. Okeh itu dulu okeh, dulu. Jangan nak keji banyak banyak. Mentang mentang lah aku penah buat salah.

Ekceli decaf coffee yang dekat Mark&Spencer itu takde lah teruk sangat. Cuma saya yang bertindak sebagai peminum tegar coffee agak berasa jengkel bila pertama kali merasakan hakikat coffee yang kurang caffeine. Sangat mengundang kemurungan di hari pertama minggu lepas itu. Tapi sekarang dah boley tahan siket. Kalau tak boley pon, kena tahan jugak lah untuk kepentingan bersama. Ha ha ha.


Oh ya, ade sape sape penah bersantap di Resto Mimpi Muor? kat sana ade asam pedas dan mee bandung muor yang bestestest in town. Hoih mana boley tahan kalau dengar orang cakap aje kan? Harus kakak pegi jugak nokz. Maka sabtu lepas, pegi lah kami ke situ. Ader lebih kurang 5 periuk besar asam pedas kau. Macam macam jenis ikan, ulam ulam dan kebanyakkannye makanan muor lah. Hajat dihati nak jugak men-tangkap gambar dan tempekkan di sini, tapi akibat ramai sangat orang beratur, cik puan pon menjadi sangat malu malu. Tambah tambah yang beratur kat depan aku camera lagi besau. Kakak camera murah aje nokz. Ha ha ha. Sapa nak sponsor camera baru cepat angkat tangan? Eh tetiba kan.

Semalam pula kami telah pegi men-tonton Nur Kasih the movie. Baru masuk plot pertama, cik puan dah keluarkan tissue. Masuk pertengahan plot dah mula berjurai jurai. Kah kah kah. Sumpah emosi sangat kecoh kau. One of the best malay movie lah yang pernah saya tengok. Penggambaran banyak di Jordan. Cantik nye. Sapa nak sponsor saya pegi Jordan angkat tangan jugak? Eh tersasul lagi. Asyik tersasul aje sejak dua menjak nih. Apekah petanda? Heh heh. Lagi satu, saya suka sangat tudung yang Nur pakai sepanjang movie itu. Semuanye sangat taste wifey nokz.


Baiklah.Hujan makin lebat. Mari makan nasik cepat cepat. Okeh, jemput makan semua.

Lamb masak rempah. Atau saya panggil negro's lamb. Je jeng je jeng!


winks&smiles!

Thursday, May 19, 2011

Wifey's baked rice

Sadis kan. Rice tak nampak wajah pon, yang jelas kelihatan hanyalah ayam ayam dan ayam ayam sahaja. Selain dari itu, terdapat juga holland potato, carrot, raisins dan lemond di dalamnya. Tapi harus sabar mencari, sebab mereka pasti tersembunyi di sebalik ayam ayam berkenaan juga. Ha ha ha. Hubby semestinya sangat suka lah kalau menu cengini.

Sepatutnye ade cheese topping, tapi memandangkan ini adelah recipe terdesak oleh wifey yang juga terdesak untuk memasak cepat cepat, maka letak lah ape saja yang ada dan boleh dicapai dalam fridge itu. Hujung minggu kiter cari lain. Lagipun, tak larat lah nak berdiri lama lama. Tanda tanda berat semakin menjunam naik kot? Heh ape kau merapu ni? Ha ha

Makan bersama garden salad dan juga yogurt. Kalau rajin buat lah salsa salad. Aku malas. So tak payah bincang panjang.

Okay weekend kelak nak buat apa? Saya teringin nak men-tonton Nur Kasih The Movie. Dulu sangat rajin mengikut drama tersebut sambil memasak untuk berbuka puasa. Harap harap ada english subtitles, so senang nak ajak hubby hadap movie nih sekali. Kalau takde, hadap gambar aje lah disamping sekerat dua ayat yang dia faham. Ha ha ha.

Oh ya saya juga telah men-tonton Insidious. Gile gerun punye movie. Betul tak tipu. Bukan sebab aku penakut, tapi hakikatnye memang meremang segala gala. Tak rugi rasa beli Dvd nih. Selalunye kalau movie lain, mesti aku rasa macam menyesal lepas tengok. Tapi ini tidak. Perasaan yang boleh dibawa sampai ke tido. Berani? Sumpah aku tak tengok kalau sensorang kat rumah.


Minggu depan ibu bapa nak berkunjung. Yay tak sabar yay! Boleh kirim jeruk buah salak dan acar buah. Tekak sangat teringin nak makan woo!

winks&smiles!

Tuesday, May 17, 2011

Wifey's Spaghetti Bolognese

Ini adelah entry berprofile tinggi. Kecoh tidak? Macam lah ape sangat, setakat spaghetti tu aje pejam mata pon masing masing boley masak kan. Ekeceli nak buat mac and cheese ( recipe dalam entry last year kot) tapi stok cheese dah kehabisan di rumah, jadi nak lagi senang dan tak payah serabut nak fikir masak ape, buat yang ini aje nokz.

Saya guna recipe yang sama macam entry yang lepas cuma tambahkan sedikit lemonade. Malaatoppss!

1.minced chicken
2.preggo sauce
3.white button mushroom. cuci bersih, hiris nipis nipis
4. sebiji tomato yang besar, cincang halus
5. sebiji lemond
6. coriander leaves
7. Oregano. Saya guna McCormick. Wangi!
8. Chicken cube
9. Bertolli extra light, Olive Oil

Dan yang terbaru, saya tambahkan sedikit Lemonade-Monte Verde

Easy, fast and sedaplicious!

Tumis terlebih dahulu bawang merah dan bawang putih supaya sauce menjadi extra sedap dan harum. Masukkan minced chicken sehingga bertukar warna, masukkan pula tomato yang dipotong kecil dan juga preggo sauce. Bila hampir masak baru letakkan mushroom, chicken cube dan beberapa titis lemonade. Kacau sampai didih. Percikkan sedikit oregano ke atas sauce yang dah siap dimasak. Lepas tu boley lah diratah ikut keperluan masing masing sementara menunggu spaghetti yang dicelur itu pula. Heh heh.

Comel kan. Ade jual di Mercato Pavillion

Tos kan spaghetti yang dicelur tadi, letakkan hirisan lemond untuk menambah aroma. Tuangkan juga olive oil ke atasnye supaya lebih kenyal dan tidak melekat. Sewaktu dicelur juga, jangan lupa letakkan sedikit olive oil dan secubit garam.

Senang tidak? Kan dah cakap tadi, sambil sambil masak pon kau boley berfacebook atau berblog. Memang takde hal punyer sebab terlampau senang tak hengat.

Untung untung dapat upah dan pahala lagi sebab masak sedap sedap untuk suami. Tak gitu?

winks&smiles!

Monday, May 16, 2011

Oh Wadi Hadramawt!


my new toy dan pengubat duka lara! sangat struggle memula nak habiskan satu entry. biar lambat, asal bergaya kekdahnye. sekarang dah berjaya dan bergaya tak hengat. Ha ha ha


Weekend lepas, we went for an authentic yemeni cuisines at Wadi Hadramawt Ampang. Jangan keliru dengan yang Raja Chulan punyer, walaupun nama hampir sama tapi rasa memang lain bebenor. Jadi kalau yang dah berkira kira nak makan angin ke Yemen, boley lah ambek berkat ke sini dulu. Tak jauh mana pun, dekat aje dengan Al Rawsha yang lama itu sebenarnye. Sebelah dengan Petronas jalan Ampang.


Barbican Malt adelah menjadi kewaijan saya sebelum hadap ape ape yang lain

cucumber and yogurt , macam selalu yang saya buat kat rumah. Cuma bezanye kat sini ditabur dengan segala bagai rempah atas dia. Wangi!

Lamb Haneeth. Kalau ke wadi hadramawt, jangan lupa menu wajib makan ini okeh. Tekstur lamb nye sangat lembut, halus, diperap dan dimasak dengan rempah ratus yang gile sedap. Very big portion of rice, sampai mengantuk saya nak habiskan nasi yang akhirnye tak habis jugak. Maka suami lah yang dipaksa menjadi penyelamat makanan saya seperti selalu. Tak baik buang rezeki kan.


Chicken Mandy Hadramawt. Tekak saya cakap lebih sedap dari Al Rawsha punye. Basmathi nye sangat panjang panjang, lembut dan wangi. Tapi saya lebih berselera ke arah ayam tersebut. Sangat sedap diratah dan dicicah dengan tomatoes salad berserta yogurt. Nasi memang tak mampu nak habiskan walaupun dah berkongsi kongsi dengan suami.

Hajat dihati nak cuba Shawarma jugak, tapi apa kan daya perot sudah menjadi mampat dan padat sebelum waktunye. Next time boleh cuba lagi. Ape lah sangat kan ke sini, memang dekat dengan rumah aje pon. Yang penting belakang KLCC aje nokz. Eh wifey sangat suka lokasi itu!

Maka, bila sudah selesai menghadap dinner sempena birthday suami di malam yang indah itu, amatlah mustahil kalau tidak bersiar siaran di rumah kedua saya itu pula kan. Sempat singgah kejap dan merasa dessert yang saya paling suka kalau ke klcc. Taddaaaaaaaa........


Alhamdulillah. Thank u Allah for all rezeki.


winks&smiles!

Sunday, May 15, 2011

Hubby turns 31! Oops.

Yay! Happy birthday suami. Untung suami dapat wifey muda remaja. Kahkahkah. Muda kah kakak??

Kejutan bukanlah kelihatan luar biasa sangat pon, dan dibuat sejam lebih awal. Bukan ape, kerunsingan saya agak terserlah bila dia asyik keluar masuk kitchen aje dengan tidak semena mena. Saya khuatir dia bakal ternampak akan carrot brownies cream cheese itu sebelum saya men-kejutkan dia. Adalah menjadi sia sia aku pegi Ikano dalam hujan lebat dan sepantas yang mungkin sebab takut dihubungi suami yang sedang berada di pejabat seandainya dia menghidu brownies yang wangi menawan itu. Kan?

Maka setelah berlatih dua tiga kali saya nekad melakukan ini. Saya menakut nakutkan dia dengan jeritan seperti...( hep!! tak nak keji diri sendiri) waktu berada di kitchen, kononnye telah ternampak sesuatu objek ganas, maka sepantas superman dia lompat menyelamatkan saya. Kah kah kah. Hebat tidak hebat tidak? And tadaaaaaaa.......lalu saya berdiri dengan muka secomel yang mungkin lepas penat melakonkan aksi jeritan terlampau di dapur dengan sebiji cake untuk suami tercinta.

Menggeletar tangan wifey sebab cuba selematkan candles yang hampir padam. Dah la kena kerja keras melakukan aksi jeritan tak hengat. Nasib baik tak kecoh security kat bawah condo aku.

Blow the candles!!!

Hubby tak nak beritahu 'birthday wishes' dia tahun nih. Okay fine fine. Jangan nak ber-wish yang bukan bukan yer! Yang nih pon hampir tidak terkawal. Ha ha ha

Memang dia tak sedar ape ape pon langsung, mungkin jugak sebab sehari dua sebelum itu emosi saya agak tunggang langgang menjadikan dia sedikit alpa dengan birthday sendiri. Kasihan :)

Hadiah yang disorok merata,sebab takut dia terjumpa awal. Walaupun tak sebesar mana, tapi ada sentimental value gitu. Tak payah lah bertanya apekah itu, sebab saya tak terfikir pon untuk mengeksploitasikan nye di sini atas sebab sebab privacy. Cheh. Ada rasa macam nak penampar tidak? Kah kah kah. Tidak. Tidak. Bukan sebab apa apa pon, tapi biarlah menjadi rahsia perkahwinan kami berdua. Lagi ayat tak boley blah sangat!

Pheww! Tarik nafas dan tiup rambut..

Lega dapat bernafas dengan tenang minggu nih. Alhamdulillah. Oh ya, saya telah dibawa untuk makan malam keesokan harinya di satu tempat yang belum pernah saya pergi lagi walaupun dah bertahun aku kat Kl nih.

Kat mana pulak? Nanti rajin saya buat entry baru sebab hari nih kelihatan agak sukar. Masa sangat berkejar kejaran dengan saya. Rumah dah lama tak dicuci, baju banyak tak berlipat, dan digantung, groceries pon tak beli lagi. Kejap lagi lunch spaghetti dan salad aje lah kau. Ringkas dan mudah. So boleh senang hati berpoya poya di luar bersama suami petang karang. Ape barang aku nak duduk lama lama di rumah? Eww mana mungkin. Hep Hep. Jangan celupar. Minggu lepas keluar bilik pon kau rasa tak mampu kan. Ya Allah, teruk nya rasa masa tu. Macan damn sangat.

Itu cerita lepas, tak payah lah dikenang. Life goes on kekdahnya. Mind you, myself kan Geminian. Jadi kadangkala emosi agak di luar batasan. Tapi tak lama, sebab character Gemini mudah berubah ubah mengikut peredaran bulan. Ha ha ha. Aku pon bukan lah percaya sangat akan benda alah nih, tapi bila fikir fikir ade logiknye jugak dengan kehidupan sendiri. Dalam sedih pilu itu jugak, sempat lagi aku pegi hadap sales dekat M&S KLCC. Dapat lah sehelai dua pengubat duka lara. Patut lah langsung rasa sihat dan hyper lain macam aje nokz.. Heh Heh


Baiklah. Baiklah. Saya perlu berangkat keluar sekarang. Tanggungjawab besar menanti. Bakul baju besar pun menanti dekat laundry room itu. Sudah, kau jangan nak gedik bagai kat sini.

Cheers semua!


Wifey yang polos signed-out!

Thursday, May 12, 2011

Happy Birthday bee!




Happy Birthday sweetheart
Happy Birthday darling
Happy Birthday janeeman

Happy Birthday Happy Birthday Happy Birthday to you..!


Few hours to go, semuanya dah siap. Walaupun bukan lah Eiffel Tower ataupun kota London, tapi effort dan niat untuk men-kejutkan itu adelah lebih penting. Tak gitu?

..and i know he wont be checking this jugak, sebab dia bukan lah orang facebook dan blogger, dia hanyalah orang minyak yang tak pernah kecoh apa apa pon. ha ha ha

Oh yea, saya dah okay sebenarnya. Thank u thank u pada yang bertanya kabar. Yang mendoakan. Yang prihatin. Maaf kalau tak sempat reply. Saya sibok bercinta dan dicintai. Ha ha. Sengal kan? Kan dah cakap aku dah kembali normal. Itu lah magis nye cinta :)

Tak sabar nak tunggu malam karang!



2010 :)



winks&smiles!

Tuesday, May 10, 2011

Redha

Sesungguhnya Allah SWT tidak membebani hambanya dengan ujian yang tidak mampu untuk mereka tanggung. Thank you Allah. Walau seperit mana ujian melanda, saya redha. Saya tetap pasrah dan terima dengan hati yang terbuka. Walaupun ada juga rasa kecewa dan air mata.

Alhamdulillah di sebalik kekecewaan ini, saya masih punyai suami yang sanggup bersusah payah demi menjaga hati isteri. Suami yang sanggup melepaskan tanggungjawab kerjanya ke sebelah demi isteri didahului. Suami yang mendidik saya untuk tidak menjadi alpa dengan kesedihan. Mana mungkin saya berasa derita dengan kasih sayang yang sebegini banyak untuk saya? Mana mungkin saya sanggup meluahkan seksa di dada di hadapan orang yang mencintai saya sepenuh jiwanya? Mana mungkin..

Sebak.

Hari ini saya menulis di luar kawalan emosi saya sendiri. Emosi yang masih kurang stabil. Jiwa saya masih keliru dengan kesilapan sendiri. Saya tidak pasti sejauh mana saya mampu bertahan dan bertoleransi dengan apa jua keadaan. Saya bimbang ia akan mengundang sesuatu di luar kawalan dengan penulisan dan apa jua yang datang dari saya kelak. Saya cuba untuk menjarakkan masa saya bersama blog dan komunikasi yang lain demi untuk menjaga hati sendiri. Saya akan menjadi bimbang dan risau dengan pertanyaan, saya menjadi resah dan gundah dengan belas kasihan orang. Saya bahagia begini dengan memujuk diri sendiri. Sebab saya sedar, saya hanyalah manusia biasa yang sememangnya akan bergembira bila bahagia, dan menangis seandainya musibah melanda. Bukankah ia fitrah kejadian manusia? Saya tidak malu untuk mengakui hakikat itu. Kerana saya hanyalah manusia biasa.

Saya menangis. Tetapi hati saya semakin lega. Saya menangis lagi. Tapi hati saya semakin lapang terbentang. Saya cuba mencari nikmat dalam kekecewaan. Alhamdulillah saya merasa nikmat itu. Saya sangat bahagia dikurniakan suami dan keluarga yang tak pernah berhenti berdoa untuk kesejahteraan saya dan mendidik saya untuk tidak melupakan Allah walau sebesar mana dugaan mendatang. I will be fine. Insyaallah.


Rezeki kehendak yang Esa, saya pasrah dan redha.




:)

Monday, May 9, 2011

Am sorry..


The journey has ended before it started.

Therefore, I am totally responsible for my own actions and mistakes.

Saturday, May 7, 2011

Red Velvet yay!

Oh red velvet, kamu sangat gorjes okeh!

Ini adelah kejadian pada satu petang di Pavillion. Eh lama aku tak men-sukat pavvy. Apelah maknanye hidup di kotaraya kalau tidak ke sini kan. Heh heh. Minggu nih saya telah mengisytiharkan pembelian groceries dan seangkatan dengannye haruslah di Mercato, sekian terima kasih. Gile mahal kau, padahal beli berape kerat aje barang dapur untuk stok seminggu. Tapi takpe, biar mahal asal bergaya. Kahkahkah. Sentap tidak?? Berani sentap.

Nih yang malas baca blog wifey nih. Mari log off kawan kawan.

Iklan tu iklan. Jangan ambil hati. Ambil berkat takpe.

Sebenarnye nak menulis pasal red velvet. Akhirnya dapat jugak rezeki tekak dan tummy saya nak merasa cake yang gorjes dan sedap ini. Bukan senang nak cari cake yang comel comel zaman sekarang, tambah pulak dimakan oleh wifey yang comel. Haalaamaak, wifey siapekah itu? Jawab dalam hati pon boley. Dapat pahala penuh jugak mudah mudahan. Larrikkkkk!

Creamy, sexy and yummy. Kalau nak rasa red velvet ini, rajin rajin lah membawa diri ke Slice of Heaven, Pavillion dan hadaplah ia sepuas hati kamu seperti perempuan di bawah ini.


Ini adelah contoh muka sangat puas hati setelah menghadap beberapa biji red velvet dengan bangganye.

Gemok? What gemok?

winks&smiles!

Friday, May 6, 2011

when the heart speaks

Hyde Park, London 2011


Oh God, please guide decision that I make. Let my actions be acceptable in your sight. Fill my heart with love and joy.

Amen.

Wednesday, May 4, 2011

sedap hoih sedap!

Halo Halo!

Nasi kukus
Ayam goreng berempah
Rendang daging
Sambal belacan jeruk limau

Location : next to masjid Saidina Umar Al-khattab, Damansara


The best nasi kukus i ever had in my life. Haaa.. percaya tidak percaya tidak? Percaya aje lah. Bukan nasi lemak, ianya nasi putih yang dikukus di dalam bekas bekas kecil yang comel, dan dimakan bersama menu menu di atas yang panas panas. So kau tak payah fikir panjang lebar sampai kecur air liur nak letak lauk ape. Wangi, sedap dan melaaatopppsss tak hengat okeh.


Jadi malam nih kau makan ringan ringan aje lah ye cik puan, nasi kukus tadi masih bersoka ria di dalam tummy rasanye. Sumpah sangat sedap!

Dan ini pula ...


Last week pegi buffet rebung lagi sebab gile teringin nak makan asam pedas dan lemak siput sedut. Tak sabar tunggu buffet bulan puasa nanti. Lagi banyak juadah dan penyedap tekak belaka.


Promo free tanpa sempadan. Chef, sudi sudi lah belanja saya kelak? Heh Heh.


winks&smiles!

Tuesday, May 3, 2011

Halo May!

Bila wifey menjadi rajin berkobar kobar, maka terhasil lah nasi goreng butter dan daging di satu pagi yang indah. Dari malam lagi dah bersemangat nak memakan nasi goreng buatan tangan sendiri.

Maka, makanlah berdua duaan kami suami dan isteri di pagi itu sambil berbincang bincang mengenai perkara yang tak payah lah nak disebut kan di sini. Cuaca pon cantik, mood pon cantik semuanya pendek kata sangat membahagiakan.

Selepas kejadian nasi goreng di pagi hari, maka wifey memasak lagi untuk makan tengahari pulak sebab terasa sangat malas mahu bersantap dan berjalan jalan di luar. Hoh? Apakah sihat wifey waktu itu? Suami berasa sangat luar biasa bila wifey tiba tiba menjadi malas untuk berkeluar-keluaran di kala hujung minggu.

Maka masak-lah wifey itu dengan juadah juadah yang senang senang dan sedap sedap belaka. Cheh. Bila terdengar juadah juadah, terasa bagai 14 jenis hidangan padahal boley dikira sambil tutup mata aje pon. Kecoh lebih kan maklumlah mood memasak mengatasi segala gala. Kau ada?

tumis kubis dan suhun

diratah sorang sorang akibat suami tidak suka akan sang udang ini. lega tak payah nak berebut. kah kah kah

hubby's favourite. daging goreng cili padi

masak pedas salmon yang ditambah preggo. yummy yummy yaw!


Ini adelah minggu yang penting dalam fasa kehidupan saya. Minggu depan juga. Minggu yang akan datang juga. Minggu akhir itu pon juga. Wow.Wow. May adelah sangat memberi makna kepada saya tahun ini. Semoga dipermudahkan segala gala. Amen.


Selamat datang May bulan chinta.