Monday, February 27, 2012

Nasi tomato wifey paling sedap

..Ececeh bukannye susah sangat nak tulis statement berunsur syok sendiri. Belog engkau kan, engkau punye suka lah labu..

Selain dari memasak sarapan yang membawa kekenyangan hingga ke petang, kadangkala saya juga akan melakukan perbuatan memasak lunch yang buleh membawa kepada bekalan di hari muka. Maknanye masak hari ini, esok buleh dihadap dengan kasih sayang lagi. Tapi jarang jarang jugak dapat berlaku sebegitu yea puan puan, sebab apabila tahap kesedapan menjadi terlampau lampau, maka sang suami akan men-makan dengan banyaknye sehingga bekalan makanan kami akan kehabisan.

Tak buleh blah sangat nak mengutuk suami sendiri kan. Ha ha ha

I love you sayang. Ampunkan i.

Bee : Hon, lets have bfast outside. Am working from home today
Wifey : No need aah, i want to cook somethin special for lunch. Heeee * senyum carik makan*
Bee : Hmm.. whats for lunch eh? eh? eh? * buat muka macam sebelas tahun aku tak masak lunch* chet! lolz

Wifey : Nasi tomato, ayam masak merah. Suka tak?
Bee : Yeay!!! disertai dengan big hug

Nampak tidak? Kalau memasak di rumah, walaupon sedikit akan diakhiri dengan kegembiraan yang banyak. Walaupon aku bukanlah pandai sangat memasak, buat kek pun selalu gagal macam takde masa depan tapi kerajinan pasti akan membawa kepada kejayaan tak gitu? Lisa Surihani pun dah rajin memasak di rumah semenjak berkahwin.. Eh apesal pulak??

Maka, hari ini rumah kami berbau nasik kenduri lagi hew hew hew

Ayam masak merah serai wangi. Ini bukan aku letak nama dia, memang dah diberi macam tu dalam recipe itu..ape buleh buat

Nasi kenduri ala wifey. Okay aaah. Sedap, suami makan sambil puji puji ^____^

Sejam aje masak, bukan lama mana pon. Lepas tu engkau dah buleh berehat berjam jam.


Jemput makan semua! * ajak ajak chicken *


winks$smiles!

Friday, February 24, 2012

Diet Trivia : Bow tie pasta and the gang

Assalammualaikum

Happy Friday!

Mood happy akan mengakibatkan perbuatan memasak menjadi jadi. Alhamdulillah. Bersyukur atas apa jua rezeki yang Allah bagi. Tak mahu mengeluh, cuba untuk tak banyak mengeluh. Biasalah, aku pon manusia biasa bukannye pari pari cantik ( tibetibe ) kadangkala lalai dengan keluh kesah begitu begini. Jadi selalu ingatkan diri sendiri, bersyukur selalu. Bersyukur seadanye. Jangan tamak. Sikit sikit buleh. Ha ha ha.

Tau tak, kat rumah saya diberikan banyak gelaran. Sesuka hati aje mereka memanggil saya. Walaupon nama saya panjang dan macam best jugak, last last tinggal Sash aje. Dad panggil saya Intan. Kalau nak panjang dan sedikit formal Tasha. Kalau yang baru kenal tapi nak cuba bermanja, diaorang panggil Sha. Ha ha. Tapi yang dah lama kenal yang menjadi teman sekatil selama hampir 6 tahun ini akan menggelar saya mengikut kehendak kepala dia sendiri.

#Honney/Hun - Hari hari biasa yang banyak dengan kasih sayang.
#Honey Bunny - Hari wifey merajuk sedunia. Nak pujuk lah konon. Chet.
#Pingu- Hari wifey menjadi degil tak dengar cakap. Sampai hati dia panggil aku pingu. sobsob.
#Lollipop - Bila tak semena mena dia sibok nak ukur hidung aku, pastu buat muka tak bersalah cakap apesal hidung aku makin kembang dan bulat macam lolipop? OOOhh! tahu lah hidungku tak sesempurna hidungmu. Ha ha ha* background music cerita dongeng Stacy tetibe..*

Tapi nama pena aku di dalam belog adelah cik puan besar Sabariah. Hahahahaha. Kau mampu?


Okay. Itu adelah Iklan penaja yang syok sendiri kejap. Mari kembali ke saluran asal.


Baiklah semua. Hari ini saya memasak bow tie pasta bersama chicken grilled dan lemon sauce untuk kami sekeluarga. Pheww.. apekah punye rajin engkau hari nih bergrilled bagai patut lah sudah hujan di tengahari.

Bawang besar + Bawang putih di dadu kecil
Sedikit olive oil
Pasta sauce
Minced meat yang banyak banyak
Baby spinach yang comel comel ( takkan nak letak bok choy plak mana sedap hoih)
Mix vege ( kalau tak nak pun takpe )
Garam + Oregano +Gula dan Paprika secukup rasa

#Apa lagi masak lah

Lemond sauce

Sedikit butter ( janggan banyak sangat nanti kau muak )
Panaskan
Masukkan air, dan sedikit gula
Sedikit perahan lemond
Sukatan mengikut tekak masing masing yea.
Masak hingga sekali didih aje dan berkilat, Masukkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan sauce.
Curahkan atas ayam grilled kamu itu dan katakan Wow!

Chicken grilled ala wifey yang tak berape cukup bahan tapi mengidam nak makan dari semalam sampai termimpi mimpi..

Ayam ( saya suka drumstick )
Garlic+Ginger+Black pepper+ Salt+Honey ( diperap dengan ayam semalaman )
Kalau nak sedap tambah Rosemary. Tapi kat rumah dah tak ade bekalan. Layan aje lah apo yang hado! Banyak bunyik pulak.

Grilled selama 1 jam, suhu 230c hokek.

Tadaaaa! Sempurna untuk yang nak kurus macam Posh!


Nak pegi Slimming World? Ape tu? :P

Ape lagi, tepuk tangan entry sudah tamat derrr!

Monday, February 20, 2012

Busy seperti lebah

Eh eh.. ada lagi lah. Ingatkan dah jadi tugu peringatan belog dia nih. Caras nampak?? Baca balik tajuk entry tadi. Baiklah, sama sama jadikan iktibar. Bukan mudah menjadi blogger tak berbayar macam haku. Kan belog sudah menjadi hidup segan mati tak mahu.. Cuba laa sekali hupdate entry dapat duit ribu riban, baru kelass kaaann?? *cakap nada pondan*

Krispy Kreme on 14th Feb. Kebetuan sambut harijadi mom :)
RV antara yang terbaik di Delicious. Alaaah.. naik 5gm aje pon lepas makan. So macam takde hal lah.
Dan lain lain lagi..
Dan lain lain lagi..

Ape nih? Lama tak bukak belog, sekali keluar gambar makanan tak semena mena. Jadi ini kerja kau yea Sabariah?? Ini adelah bulan yang paling sibuk. Abang Kassim, eh?? suami asyik asyik bekerja di luar negara. Naseb baik dekat dekat, kalau jauh jauh lagi lah rasa terumbang ambing. Motif kau nak terumbang ambing apesal pulak? Kata best sangat menjadi seperti lebah. Ha ha. Betul, hidup saya sama seperti lebah yang sangat sibuk. Huh.

Singapura, Jakarta, Manila adelah sama seperti makan kacang putih bagi kami sejak dua menjak ini. Pergi balik macam Shah Alam ke Kuala Lumpur pun ade. sobsob. Dalam pada tu curi masa jugak pulang menjenguk ibubapa di kampung halaman ataupun ibubapa yang datang melawat kami bersama buah tangan macam setahun tak jumpa.


Minggu depan rasa rasanye nak balik penang lagi. Nak bawa diaorang datang sini sebelum bertolak menunaikan umrah. Photo di atas masa pegi Ikea. Dapat lah habuan sebijik Love-pillow itu sebab jadi pemandu pelancong yang baik hati. Heh?


Ini jugak namanye rezeki jangan ditolak. Ha ha ha. Orang cakap untung lah kau jadi anak sorang nih tak payah berebut rebut. Tapi besar tanggungjawab sebenarnye anak tunggal. Banyak hati yang kena jaga. Ada jugak masa kena tepikan perasaan dan kepuasan hati sendiri demi orang orang yang kite sayang. Mereka semua sentiasa saya dahulukan dalam apa juga pertimbangan :)

Maka dengan kisah kisah itu, dapur di rumah akhirnye menjadi tugu negara. Indah dipandang, dipegang jangan. Gile lama tak memasak, paling hebat pon aku buat sarapan pagi aje yang boleh membawa kekenyangan sehingga ke petang. Malam pula, kami akan menjadi kupu kupu malam mencari makanan. Kalau ibubapa di sini, siang siang lagi dah hilang merayap. Ha ha. Sama aje anak dengan mak bapak kan. Paling tak jemu adelah aktiviti mengemas dan mencuci kain baju macam nak rak. Nak nak lagi bila travelling. Penat hoih. Macam mana kalau bertiga, berempat dan berlima kelak? Hew hew hew..

Terima lah lagu paling suka minggu ini. Dos nye adelah seperti 7 kali sehari layan tanpa jemu.



Terima kasih semua. Ta-ta.

winka$smiles!

Thursday, February 16, 2012

Regime Change

Regime Change, By Dr M.


1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”, iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.


2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.


3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal. Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.


4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.


5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.


6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.


7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.


8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.


9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.


10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.


11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.


12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.


13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).


14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.


15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.


16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.


17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.



#Jangan harap lah AS. We are not giving up Malaysia to those joker. Nak jadi PM apa kejadahnye kalau nak menyahudikan tanahair sendiri alahai si puppet-Israel..



Buka hati, buka minda dan baca dengan terbuka :)

Friday, February 3, 2012

Random yang kurang kepoh..

saje nak tempek jugak dalam belog, bagi puas hati.. ha ha ha Annoying tak?


1.Rutin biase. Tak ade yang luarbiasa. Kesibukkan bertambah luarbiasa ade laa. February-March adelah bulan yang sibuk mengalahkan menteri. Suami terpaksa bertugas di luar negara, maka ape lagi si isteri pun mengatur langkah besar besaran lah macam dia yang sibuk nak bekerja juga. Ini bukan lagi tumpang sekaki, ini dah dua kaki masuk campur. Harap harap dapat lah visa suami itu dengan segera..

2.Ibubapa pula bakal ke tanah suci awal bulan depan. Lepas tu, akan ke Istanbul pula untuk bercuti berdua duaan tanpa gangguan pihak ketiga. Aku lah pihak ketiga itu. Ha ha ha. Sungguh tak patut kan. Gurau tu gurau. Kami doakan yang baik baik, semoga dimakbulkan segala doa nanti, dan selamat bercuti dan berbahagia berdua :) Ingatlah anakanda di sini, tiga empat helai baju atau jubah manik manik pun jadilah sebagai tanda mata kot... heh heh heh.

3. Mengalami kesukaan men-tonton horror movie yang terlampau. Antara movie yang terbest yang baru saya sempat tengok sejak dua menjak ini adelah

  • Dont Be Afraid of The Dark
  • Dream House
  • Hostel Part 111
Tapi yang paling menyentuh jiwa adelah Dream House. Sekarang tengah tunggu movie The Devil Inside. Tengok trailer pon aku dah siap gerun takut nak pegi toilet di malam hari..Choy lah..

4. Hari neh wifey masak ker? Tak..kiter tak masak. Bidadari bawak turun dari langit karang. Ha ha ha. Aparar.. Dah tentu tentu kena masak hari nih. Tapi menu cikai cikai aje. Nasi goreng dan soup ayam paling istimewa..hahahaha.. Istimewanye adelah engkau hadap lah sampai tengah malam nih. Kalau bernaseb baik, esok pagi pun buleh cicah dengan roti. Takde mood nak masak banyak banyak. Sebab takde selera nak makan masakan sendiri. Okay lah tu kan, dari tak berasap langsung. Janji dapat membahagiakan suami dengan masakan sendiri bila dia pulang dari kerja. Pahala percuma okayy tak susah mana pon nak carik... Tingtingting!

#Saya suka makan banana leaf rice. Tapi kat Nirvana aje yang selalu kitaorang pegi. Kat tempat lain macam failed lah dengan tekak.. Kat sini kalau nak sotong ke, udang ke, atau yang lain, buleh pilih dan baru digoreng.. Dapat lah makan panas panas. Buleh la sebagai pengganti nasi kandar yang susah nak cari kat kolumpo neh..#

5. Saat dan waktu sekarang nih, kawan baik saya tengah bertarung tenaga untuk melahirkan baby kedua dia. Isshh.. aku yang dengar nih pun terasa contraction nye tak semena mena pulak. First baby dia czer, so takde lah rasa kehebatan sakit itu kot? Kali neh normal delivery..mak aaiihh tak nak bayangkan lah macam mana. "Along, i tak putus doakan you dan baby agar semuanya selamat. Tolong karang citer panjang pajang nanti pasal sakit tu tau, i nak hafal siap siap.. "

Huhu..Buat Hsg dulu pun macam nak pitam aku tahan sakit. Lepas tu terus nurse tolak atas wheelchair. Hahahahaha. Aku pon heran apesal sakit lain macam ntah. Laps tak pulak seteruk tu. Seminggu dah sihat walafiat. Tapi cukup lah pengalaman setakat itu aje kot. Kalau buleh dah tak nak dirobek sedemikian rupa.. ha ha ha ha Belum masuk lagi Lucrin yang alolololo malas nak cerita panjang hokeh..

Senyum sorang sorang kejap..

Banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang tahun lepas. Insyaallah semoga 2012 ini lebih bersedia mental dan fizikal untuk segala galanye. Kita merancang yang baik baik, semoga Allah utuskan juga yang baik baik sahaja.

6. Suami bakal pulang dari solat jumaat tak lama lagi. Sambung kerja dari rumah aje katanye. Mahu hidangkan makan tengahari kejap. Lepas tu nak tunggu di pintu sambil sambut kepulangan suami macam filem melayu dolu dolu..


Assalammualaikum..jumpa lagi!